CILI KASI TARUK! HAPUSKAN CTOS YANG MEROSAKKAN MASA DEPAN RAKYAT!


Aku tak faham kenapa perlu pakai CTOS lagi dizaman yang begitu canggih dan moden sekarang ni? Bukan ke Bank Negara sudah ada CCRIS? Ianya sudah cukup lengkap tentang latar belakang kredit seseorang tu, apa perlunya CTOS? Jabatan Insolvensi kan dah ada?

Kenapa bank-bank di negara ini masih mahu guna pakai CTOS yang bukannya dimiliki oleh kerajaan pun, adalah sangat bahaya bagi sebuah syarikat swasta untuk memegang rekod kredit rakyat Malaysia. So aku sokong Sohami Shahdan, hapuskan CTOS. Patutnya dah dihapuskan dari dulu lagi.

Ayuh akar umbi UMNO sokong Sohaimi untuk pastikan dia menjadi ahli Majlis Tertinggi dan membawak isu ini ketengah, suka atau tidak kita semua memang pernah atau akan hadapi masalah dengan CTOS ni, kadang-kdang tu orang yang bayar semua pun masih lagi diblacklist oleh CTOS ni.

Steady Sohaimi, aku support kau 100% untuk semua isu yang dibawak. Semoga Sohaimi beroleh kemenangan pada hari sabtu ni.

6 Responses to "CILI KASI TARUK! HAPUSKAN CTOS YANG MEROSAKKAN MASA DEPAN RAKYAT! "

  1. Assalam Tuan hamba. Mohon blog hamba http://toramalaya.blogspot.com/ dimasukkan kedalam blog list Tuan hamba. Blog Tuan hamba sudah di linkkan didalam blog list hamba. Sukran Tuan hamba.

    ReplyDelete
  2. isunya ialah kenapa financial institutions masih bergantung pada ctos?. hapus atau tak hapus is not the main issue.

    ReplyDelete
  3. Sebabnya fncl inst tu semuanya babi.......

    ReplyDelete
  4. ctos sume menteri nak hapuskan tp mana mungkin.....kalau sohaimi nak hapuskan stakat ckap its outdated sbb dah ramai yg cuba....tapi kalau dia ikhlas nak hapuskan ctos bentangkan pelan ataupun sikit idea how to?.................nak hapuskan ctos cam nak hapuskan riba dalam sistem kewangan konvensional xmungkin langsung....btw...kalau dia berjaya aku tumpang tuah dan hat off pada dia....tapi x mungkin bro.....xmungkin langsung sbb ini bukan kali pertama menteri cuba hapuskan....

    ReplyDelete
  5. Dari segi akedemi, CCRIS yg patut di hapuskan sbb ia dlm bidang kuasa gomen (BNM).
    CTOS hanyalah syarikat 3rd party yg berniaga dan mencari untung. Bank2 membeli data yg dikutip dari surat khabar sbb CTOS kutip berita mahkamah dari surat khabar. Bila dah keluar paper bermaksud rahsia yg sudah tidak lagi rahsia.

    Manakala CCRIS pula kutip record2 direct dari bank2 di Malaysia. Kebanyakan kes2 yg direject oleh bank adalah sbb record dlm CCRIS yg buruk. CCRIS tunjuk record trend pembayaran selama 12 bln.

    Aku bukan sokong CTOS tapi kenapa kita minta benda susah gomen nak buat. Lebih baik kita minta benda yg dibawah bidang kuasa gomen.




    ReplyDelete
  6. Jangan buat janji kosong. Cerita ini dah sampai ke Kementerian. Tak juga ada kesudahan. Apa solusi kalau tiada undang-undang untuk mengkuburkan operasi CTOS? Bank dan institusi kewangan masih gunakan CTOS, dan ini yang mendorong dan menyokong operasi CTOS. CTOS telah banyak memperokperanda kehidupan rakyat Malaysia. CTOS tidak bertanggongjawab kerana hanya memaparkan rekod tindakan undang-undang TAPI TIDAK berlaku ADIL dengan GAGAL update maklumat berhubung tindakan undang-undang. Kalau nak di kemaskini maklumat, kita pulak kena bayar, mahal pulak tu. Pihak berwajib perlu ambil perhatian.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!