CILI KASI TARUK! APAKAH PERGERAKAN PUTERI MAHU MENJADI TEMPELAN SAHAJA ATAU MAHU BENAR-BENAR BERUBAH?

Tak tau kenapa la lepas je baca artikel RBF Online, klik sini, tiba-tiba aku rasa nak komen sikit pasal Puteri UMNO ni. Bukan apa selama ini kita dengar macam-macam cerita negatif pasal puteri ni, ada yang kata puteri ni untuk perhiasan je, ada yang kata puteri ni buat syarat je dan ada jugak mulut-mulut jahat yang kata Puteri ni jadi penyedap je.

Yalah selama ini pun aku kurang minat nak ambil tahu pasal puteri sebab ketua dia hari tu pun lemak dia sangat berlebihan sampai nak bangun dari duduk pun tak lalu adanya. Maaf le aku cakap terus terang ni, sejak Azalina tinggalkan Puteri nampak pergerakan Pink ni agak lesu, berlemak dan banyak kolestrol.

Tapi beb, bila tengok si Jemi (gambar diatas) rasa macam Pergerakan ni boleh jadi mantap sekiranya dia dipilih untuk lead Puteri. Kalau korang tengok video dia kat bawah ni, memang class la. Ada gaya, lontaran suara yang bagu, personaliti yang menarik, pendek kata memang CUN la dia ni.

Korang kena tengok video ni, isu yang dibawak dia pun menarik, sudah tiba masanya Puteri dalam UMNO menajdi lebih professional dan lebih berktrempilan. Puteri kena mainkan banyak peranan lagi. Selama ini kalau ketuanya hanya duduk disitu untuk memanaskan kerusi atau lebih best lagi untuk patahkan kerusi je, kini sudah tiba masanya kerusi itu diguna dengan betul.

Sampai bila Puteri kat luar sana dipandang sipi sahaja? Kita mau tengok Puteri UMNO boleh menjadi segah Wanita UMNO yang menjadi tulang belakang parti keramat UMNO ni. Aku rasa, kalau dipilih Jemi ni, pergerakan ini bakal menjadi satu pergerakan yang disegani dan bukan tempelan je macam sekarang ni.

Maaf ya sahabat-sahabat Puteri sekalian, niat House PK menegur dengan ikhlas sebab aku mau tengok korang dihormati dan disegani, untuk itu korang kena pilih ketua yang betul. Bukan la kata calon sorang lagi si Emi tu tak bagus, tapi dia ahli Parlimen, takut tak sempat nak concentrate pada pergerakan yang sangat memerlukan seorang pemimpin yang bagus sekarang ni.

So aku doakan semoga JAMILAH HANIM OTHMAN menjadi Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Aku tak kenal dia dan dia pun tak kenal aku. Tapi aku yakin dia boleh bawak perubahan untuk Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Aku tegur sebab aku sayangkan Puteri UMNO!

All the best!

8 Responses to "CILI KASI TARUK! APAKAH PERGERAKAN PUTERI MAHU MENJADI TEMPELAN SAHAJA ATAU MAHU BENAR-BENAR BERUBAH?"

  1. Alah sekadar baca skrip, semua orang pun boleh lahhh....ooi dah le tu...suara macam lelaki biawak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah calon dari melaka ni akan perkasa kan sayap umno....terbukti sb melaka adalah kubu kuat umno...

      Delete
    2. JAMILAH HANIM OTHMAN Ketua Puteri Umno insyallah, biarkan mereka nak kata apa pon, Janji berkat usaha kita menjadi bekal untuk perjuangan yang tidak pernah selesai. Berani mempertengahkan polisi polisi untuk membantu ekonomi orang kita juga.

      Kredible dari segi gerak kerja yang sudah dan akan di lakukan.
      Integriti yang mendekatkan dengan amalan hidup yang tidak diselubungi penyelewangan.
      Dedikasi dengan niat murni dan ikhlas untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air.


      sekian dari,
      Pemuda aliff ba ta, lembah pantai.
      http://www.youtube.com/watch?v=cCqoe8_ZXRE

      kita mahu Ketua Puteri Umno yang Baik dan Bijak!

      Delete
    3. Pembangkang biasanya x minat sangat pasal perwakilan dalaman. Komen di atas sekali ni antara punca masalah sekarang yg berlaku kepada orang melayu di Malaysia. Sikap phd sampai bila2 pun x boleh nak terhakis. Kalau rasa diri lebih bagus. Buktikan dan bersaing cara sihat. Tunjukkan keupayaan dalam berkhidmat. Bukan tonjolkan kelemahan pesaing dalam satu entiti yang sama. Ntah apa2 la.. sampai bila nk buat perangai mcm budak kecik. Damn ar.. bos aku org umno. Ayat dia satu saja. Amp.. ingat ni... bukan org luar yang jahanamkan umno. Orang umno yg jahanamkan umno dari dalam. Muhasabah la diri sikit weh.. x usah la berdengki dengki.

      Delete
    4. Emy dr melaka pasti menang.. emy mmg dah terserlah lg bagus dr pemnaca scrip ni..

      Delete
  2. siape pun pemimpin puteri ni..pergerakan puteri tetap perhiasan...kenapa?...sebab jantan2x dlm umno sendiri yg melayan mereka mcm tu..komen engko pun parpu adalh cerminan sentimen ato pandangan lelaki melayu secara keseluruhannya..mcmlah perempuan kena cantik barulah pergerakan ni hebat kononya..hah nampak luaran je...aku tak sokong mana2x cuma kenapa perlu mempersendakan rosnah dgn ungkapan byk lemak..adakah puteri lemah kerana dia berbadan besar..aku lihat puteri tetap sama mcm zaman azalina..tak dipandang sgt pun..melainkn sekadar utk cuci mata..setiap kritikan dan idea mereka mcm masuk telinga kiri keluar telinga kanan..pilihlah sape pun bentuk mcm mana pun puteri umno memang cuma perhiasan cuci mata umno..pasal lelaki melayu majoriti hanya pandai melihat luaran daa tak mampu menilai keikhalsan dalaman.

    ReplyDelete
  3. PK,aku sarankan KJ tu cermin diri tu dulu...boleh ke dia concentrate pd pergerakan pemuda?Ce tanya dia berapa ramai sokongan pemuda dalam UMNO pada PRU13 yang lepas?Tak cukup2 lagi dengan jawatan MP dan Menteri Belia & Sukan tu ke?.

    ReplyDelete
  4. House PK tak kenal Jamilah Hanim konon.Entah2 lu punya paymaster kot? Wakakaka

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!