ALHAMDULILLAH! ADA JUGA MUALAF MUDA DAPAT KE BAITULLAH ATAS TAJAAN 1MDB

“Saya merasakan diri ini seolah-olah bermimpi kerana akhirnya dapat menjejakkan kaki di Masjidil Haram dan menatap secara dekat kebesaran Al Batil Atiq, yakni rumah Allah SWT,”.

Demikian pengalaman yang dikongsikan seorang mualaf muda, Muhammad Fardhu Angah, salah seorang jemaah haji Malaysia di bawah tajaan 1MDB yang terpilih mengerjakan rukun Islam kelima itu pada musim 1434H.

Muhammad Fardhu memeluk Islam pada Jun 2005 pada usia 15 tahun dan sejak itu, pemuda berketurunan Temiar dari Pos Tuel, dekat Gua Musang, Kelantan itu terus mendalami agama suci itu di Pusat Latihan Dakwah Orang Asli Kok Lanas.

Pada awalnya, beliau katanya, tidak begitu memberi perhatian terhadap kelas pengajian agama yang disampaikan oleh pendakwah yang datang ke kampungnya.

Baca seterusnya di Lambaian Kaabah - Perak Today

Itu kisha 1MDB, manakala Khazanah Nasional pulak cukup hebat dalam membazir wang berjuta demi nak seronokkan pihak pengurusan, laporan audit mengatakan Kahazanah membazir berjuta-juta ke atas 'charge card' untuk kakitangan pengurusan mereka.

Blogger A Voice menulis tentang KHINZIR yang halal di Khazanah, KLIK SINI

2 Responses to "ALHAMDULILLAH! ADA JUGA MUALAF MUDA DAPAT KE BAITULLAH ATAS TAJAAN 1MDB"

  1. Taja jangan tak taja.... Silap nanti dia balik masuk parti pas... Bn juga yang Melopong.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang yang bertanggungjawab menguruskan penajaan haji bagi orang seperti Muhammad Fardhu akan mendapat pahala dari Allah......soal sama ada dia tak kenang budi atau tak berterimakasih ataupun mungkin menyeleweng pegangan agamanya maka orang itu yang akan menanggung dosanya sendiri.....wallahualam.

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!