WEI JOM KITA PI LANGKAWI DAN SERTAI JAMBOREE ANTARABANGSA! LAGI BEST...

Kita skip dari politik sekejap dan kita cerita pasal sesuatu yang lagi bagus, so aku nak share dengan korang pasal pertandingan Mountain Bike di Langkawi, lagi best, berbasikal sambil meyihatkan badan. Khabarnya hadiah pertandingan Jamboree ni boleh tahan la:

Langkawi International Mountain Bike Challenge 2013 (LIMBC2013) merupakan platform dan peluang terbaik untuk mempromosikan Pulau Langkawi dan Malaysia amnya di persada dunia.

Penaung Kehormatnya, Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata ia juga pelaburan yang baik untuk menarik kehadiran lebih ramai pelancong berkunjung ke negara melalui penganjuran pertandingan berbasikal bertaraf dunia seperti Le Tour De Langkawi yang menjadi acara tahunan.

Sasaran menarik 29 juta pelancong tahun ini, katanya dapat dijayakan menerusi program LIMBC2013 ini yang menarik penyertaan jaguh basikal dari seluruh dunia.

“LIMBC2013 merupakan peluang terbaik untuk mempromosikan Langkawi sebagai destinasi pelancongan keluarga bagi pelancong tempatan dan luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis pelancaran LIMBC2013 di Yayasan Kepimpinan Perdana dekat Putrajaya, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Human Voyage, Datuk Malik Mydin.

Tun Mahathir berkata, sebelum ini, nama Langkawi atau Malaysia tidak begitu dikenali pelancong tetapi apabila wujudnya perlumbaan Le Tour De Langkawi dan LIMBC, ia secara tidak langsung mempromosikan negara di seluruh dunia.

“Promosi dan iklan pelancongan di televisyen akan memerlukan perbelanjaan yang berjuta-juta ringgit.

“Sebagai contoh, walaupun ada pihak mendakwa penganjuran Le Tour De Langkawi membazir, acara ini mendapat liputan meluas di media tempatan dan luar negara, sekaligus mempromosikan tempat-tempat menarik di Malaysia,” tegas beliau lagi.

Mengulas lanjut, Tun Mahathir menegaskan, kira-kira 6,000 pelumba dari dalam dan luar negara dijangka mengambil bahagian dalam cabaran itu antaranya Indonesia, Singapura, Jepun, Korea Selatan Brunei.

Baca seterusnya di Perak Today

3 Responses to "WEI JOM KITA PI LANGKAWI DAN SERTAI JAMBOREE ANTARABANGSA! LAGI BEST..."

  1. Kesian betul oranb tua tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Disebabkan orang tua tu lah yg ko tak buta computer.

      Delete
    2. Apsal sumpah mahsuri hidup kembali di sini... sepi je?

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!