PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ MAHATHIR? BACA DAN FAHAMKAN

Aku tertarik dengan artikel yang dibuat oleh Gelombang Wangsa Maju mengenai Mukhriz Mahathir KLIK SINI.

Kenapa kita perlu sokong Mukhriz Mahathir? Sebabnya mudah saja, kita perlu remajakan UMNO semula dna Mukhriz boleh mewakili suara akar umbi dalam UMNO. Malah boleh dikatakan keputusan untuk beliau bertanding ni pun kerana desakan akar umbi. Sudha tiba masanya UMNO perlu direjuvenasi.

Aku nak kongsi sikit dengan korang petikan GWM kat bawah ni:

Suka atau tidak, UMNO sebenarnya masih ketinggalan dari segi barisan pelapis muda bagi peringkat kepimpinan tertinggi jika dibandingkan dengan parti pembangkang. Cukuplah sekadar menyebut nama-nama pemimpin pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub yang puratanya dibawah lingkungan usia 50 tahun.

Memang benar, perlu ada keseimbangan golongan muda dan golongan tua dalam UMNO. Namun, tidak terjentikkah telinga dan hati 146,500 KINGMAKER UMNO ini melihatkan barisan pelapis muda dalam parti pembangkang. Puak-puak ini diangkat sebagai Pengarah Strategi, Pengarah Komunikasi untuk parti dalam linkungan usia yang cukup muda.

UMNO ? Question mark tu bang ...

Barangkali, dari satu sudut keperluan mengapa Mukhriz perlu diberi ruang dan peluang adalah kerana kemampuan beliau menerajui UMNO dan BN untuk menawan kembali Kedah dari tangan PAS, PRU12 [ Parlimen - 4, DUN - 14 ], PRU13 [ Parlimen - 10, DUN - 21 ]. BN berjaya mengekalkan kemenangan PRU 12 di 14 kerusi DUN di samping berjaya merampas 7 kerusi yang sebelum ini milik PAS, seterusnya merampas Kedah kembali. Fact is fact, fakta adalah fakta.

Ini adalah trek rekod yang perlu dilihat dan dinilai oleh 146,500 KINGMAKER UMNO. Jika Mukhriz [ jika ditakdirkan ] terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, kita yakin beliau tidak akan lokek untuk memberi pandangan, berkongsi idea dan strategi terbaik untuk merampas kembali Selangor dan Kelantan dari tangan pembangkang. Jika ingin menilai dari segi calon yang boleh BEKERJA dan EFEKTIF, jawapannya sudah tersedia.

Kita juga yakin bahawa Mukhriz boleh menjadi pemimpin yang sayangkan parti dan berani memperjuangkan hak orang Melayu. Tidak semudah untuk bersikap apologetik apabila melibatkan hak orang Melayu. Jika tidak sayangkan parti dan orang Melayu, mana mungkin beliau terpaksa menegur dengan cara berhemah kepimpinan Pak Lah agar mengundurkan diri demi UMNO dan orang Melayu. Rasanya tidak perlulah mengulas begitu panjang insiden keputusan teruk PRU-12 yang hampir-hampir meranapkan UMNO ...

Ada juga suara akar umbi yang agak skeptikal dengan Mukhriz Mahathir "Apa jasa dia pada UMNO selama ini, layakkah beliau diangkat sebagai Naib Presiden"?


PEMIMPIN BERJIWA BESAR AKAN SENTIASA MEMPUNYAI SIKAP POSITIF

Soal jasa seseorang pemimpin terhadap parti sebenarnya cukup subjektif. Ukuran dan had bagaimana yang menentukan seorang pemimpin itu telah berjasa kepada UMNO payah untuk diberi 'benchmark'. 10 tahun ? 20 tahun ? 30 tahun ? Tun Dr Mahathir pun terpaksa mengambil masa lebih daripada 30 tahun untuk dilihat telah berjasa kepada UMNO. Begitu juga dengan Dato Seri Najib yang masih dalam lingkungan dua penggal menjadi Presiden UMNO, apakah Dato Seri Najib tidak mempunyai jasa terhadap parti selama ini ?

'Benchmark' yang bagaimana untuk dilihat sebagai sudah berjasa kepada UMNO ? Mukhriz Mahathir pun baharu bergiat aktif dalam politik lebih kurang dalam 10 hingga 12 tahun. Itu pun DIHALANG oleh Tun Dr Mahathir untuk tidak bergiat aktif dalam politik sewaktu Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri agar tidak berlaku 'conflict of interest'.

Merampas Kedah dari tangan pembangkang sudah boleh dianggap sebagai jasa beliau sedikit sebanyak terhadap parti [ walaupun bukan beliau seorang sahaja yang melakukannya tanpa bantuan akar umbi ].

Apa yang penting adalah 146,500 KINGMAKER UMNO ini tidak boleh terpengaruh dengan apa jua bentuk TAWARAN, JANJI dan IKRAR semata-mata. Pilihlah calon yang benar-benar BOLEH BEKERJA dan EFEKTIF kalau mahu UMNO TERUS HIDUP. Jangan bercakap soal PEREMAJAAN UMNO kalau 146,500 KINGMAKER UMNO ini masih mengidap SINDROM TIPIKAL UMNO.

Perlu diingat, UMNO memerlukan sokongan kritikal dari kumpulan PROFESIONAL MUDA berusia 40 tahun ke atas dan golongan ATAS PAGAR. Golongan inilah yang akan menjadi "PENENTU KUASA HAYAT POLITIK UMNO" pada masa hadapan.

Nasihat aku kepada 146,500 pemilih adalah mudah saja, pilihlah Mukhriz untuk masa depan UMNO yang lebih cemerlang. Kita perlukan pemimpin bersih dan boleh buat kerja. Ketika ini Mukhriz dapat menjaga negeri Kedah dengan begitu baik sekali dan aku percaya Mukhriz boleh bawak suara Melayu Islam.

Jom kita pastikan Mukhriz Mahathir menjadi Naib Presiden UMNO.

15 Responses to "PANAS! KENAPA PERWAKILAN UMNO MESTI PILIH MUKHRIZ MAHATHIR? BACA DAN FAHAMKAN"

  1. Mugkin terlalu cepat untuk MB Kedah yang baru ini menjadi naib presiden Umno kerana beliau boleh bertanding pada pemilihan umno yang seterusnya. Ketika itu, rakyat dapat melihat sendiri hasil beliau mentadbir negeri dan umno Kedah, sekaligus dapat menangkis anggapan kepimpinan umno skrg lebih berunsur pewarisan. Tidak dapat dinafikan, YB MB mempunyai ketokohan sendiri disamping mewarisi ketokohan ayahnya menjadikannya calon sesuai. Walaupun tidak menjadi naib presiden, tidak semestinya idea beliau tidak akan didengar kerana ia dibuktikan oleh ayahda beliau sendiri yang sanggup keluar umno untuk memperbetulkan apa yang dirasakan tidak betul, dan rakyat diluar tetap menyokong beliau dan umno mendengar. Bisa seorang pemimpin tidak akan mati apabila beliau berhenti menjadi wakil rakyat atau memegang jawatan-jawatan tinggi. Bisa seorang pemimpin kekal pada idea dan keiklasan beliau dalam memperjuangkan sesuatu agenda, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  2. pendapat setiap org harus dihormati,sama juga kpd pemilik blog ni.beliau tampil berani ke depan utk menyuarakan isi hati beliau.utk itu,gua tabik spring pd lu..

    ReplyDelete
  3. Kita juga yakin bahawa Mukhriz boleh menjadi pemimpin yang sayangkan parti dan berani memperjuangkan hak orang Melayu. Tidak semudah untuk bersikap apologetik apabila melibatkan hak orang Melayu. Jika tidak sayangkan parti dan orang Melayu, mana mungkin beliau terpaksa menegur dengan cara berhemah kepimpinan Pak Lah agar mengundurkan diri demi UMNO dan orang Melayu. Rasanya tidak perlulah mengulas begitu panjang insiden keputusan teruk PRU-12 yang hampir-hampir meranapkan UMNO ...
    Soalan saya:
    Tapi kenapa PRU13 (133 kerusi) ini tidak ada yang bersuara UNTUK MENDESAK PRESIDEN LETAK JAWATAN..kalau dibandingkan PRU12 (140 kerusi) yang lalu?? Lebih teruk dari PRU12. Bermakna Najib lebih teruk berbanding Pak Lah...

    ReplyDelete
  4. Harapan saya supaya Mukhriz jadi Perdana Menteri suatu hari nanti . Saya yakin beliau boleh jadi PM yang baik . Saya mahukan seorang PM yang no nonsense dan tegas .

    ReplyDelete
  5. aq sokong 200% apa yg mukhriz buat utk menaikkan martabat bangsa melayu di dalam negar nie.. tgk je lah isu pasal pendidikan di kedah.. beliau sanggup mengabaikan permintaan kaum cina semata2 mahu memberi peluang kepad kaum melayu utk maju terlebih dahulu.... pemimpin sebegini lah yg patut UMNO cari....

    ReplyDelete
  6. mukhriz mesti naik lepas ni, percayalah. laluan dia untuk menjadi pm lebih kurang sama macam najib

    ReplyDelete
  7. Kalau muda macam rafizi lembut tu tak ade gunanya... Umno tak perlukan lelaki pondan..!!!

    kita nak pemimpin muda yang cergas dan cerdik macam encik khairy jamaludin sekurang kurangnya atau mukriz seeloknya.

    ReplyDelete
  8. SETUJU.... TERAMATLAH SETUJU... SOKONG... TERAMATLAH SOKONG..

    semoga berjaya.. aminnnnnnnn

    ReplyDelete
  9. Sila layari You Tube, "PAS Silap! Ditegur Shekh Imran Hosein kerana tidak ikut sunnah".
    Ulama antarabangsa terkenal, Sheikh Imran Nazar Hosein menegur PAS kerana silap mempergunakan Islam untuk main politik dalam sistem demokrasi.

    Juga sila layari You Tube, "Surah Al Kahf & Akhir Zaman" - Shekh Imran Hosein ; dan "Kejatuhan Sistem Kewangan & Dr. Mahathir Mohamed" - Shekh Imran Hosein.
    Untuk mengetahui siapa musuh sebenar kita, politik antarabangsa, riba & sistem kewangan antarabangsa..




    ReplyDelete
  10. Bukti Mukhriz berjiwa Melayu dan mengutamakan Melayu. Fahaman Liberal untuk meliberalisasikan ekonomi, politik, ugama dan apapun aspek memang menyesat & membinasakan rakyat & negara.

    Datuk Mukhriz Mahathir berpendapat, perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) bakal membuat negeri Kedah hilang punca sebab Kedah sebagai periuk nasi negara dengan hasil pertaniannya. Industri pertanian khususnya padi satu-satunya sumber hasil Kedah. Beliau juga telah memanjangkan kebimbangan itu kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.

    Selain itu, beliau juga menekankan soal Industri Kecil Sederhana (IKS) yang bakal terjejas. Kebanyakan produk dari luar negara yang masuk ke dalam pasaran kita, akan didapati di Tesco, Jusco dan sebagainya. Berderet-deret produk import. Mungkin boleh dibuat oleh syarikat tempatan tapi tak boleh bersaing dari segi kualiti dan harga. Mengulas lanjut soal itu, beliau memberitahu, produk tempatan tidak akan dapat dijual pada pasaran tempatan sendiri. Syarikat-syarikat kita sekarang ini banyak yang berinovasi, tetapi kalau syarikat daripada luar untuk menembusi pasaran kita, maksudnya, produk yang kita buat sendiri pun tak boleh dijual kepada pasaran tempatan, jauh sekali untuk dieksport.


    ReplyDelete
  11. Semoga dgn bimbingan Tun M, Mukhriz akan mengembalikan kegemilangan kepimpinan Melayu Islam yg telah diakui dan diiktiraf oleh dunia (termasuk dunia Islam & barat). Ini diakui oleh ulama terkenal Shekh Imran Hosein yg pernah menjadi Imam di New York & berkhidmat dgn Bank dunia. Beliau mengelilingi dunia berdakwah & kini memilih negara kita tempat penginapannya.

    Sila layari You Tube "Shekh Imran Hosein - Kejatuhan sistem kewangan & Dr. Mahathir".

    GOOD SEED REAPS GOOD FRUIT

    ReplyDelete
  12. NAJIB & KHAIRY ATASI MUSUH CYBER …

    Kini Najib dah tunjuk bukti
    Bangsa Melayu tetap di hati
    MEB diumum kita menanti
    Cuma Si Entry yang sakit hati

    Najib dah tahu perangai Cina
    Memang mereka bangsa tak guna
    UMNO tak akan lagi terkena
    Ini yang buat Seman tak lena

    Sekarang Melayu mahu ditolong
    Supaya Melayu tidak dilelong
    Namun ada yang masih melolong
    Macam Entry bak sundal bolong

    Menerus amanat T.A.Rahman
    Najib cuba nak elak perkauman
    Namun Cinabeng tak makan saman
    Tak perlu ungkit le oi Wak Seman

    Najib punyai tinggi jati diri
    Begitulah juga dengan si Khairy
    Makin nampak hari ke hari
    Ini yang bikin senak si Entry

    Ada kumpulan nak buat kacau
    Tak habis2 meraban meracau
    Najib dan Khairy buat tak dihirau
    Wak Seman tidur jadi mengigau

    Ada lah juga yang gatal mulut
    Bawa fitnah yang karut marut
    Dalam team Najib tiada kemelut
    Entry semakin bingung dan kalut

    Ekonomi Melayu nak diperkasa
    Najib dan Khairy dah nampak jasa
    Serangan penentang dah tak berbisa
    Tinggal Wak Seman memendam rasa

    Najib dah mula terbuka minda
    Nak jadi hebat macam ayahnda
    Nak komplen pun modal tiada
    Entry menjeruk pedih di dada

    MEB cantik bak corak diukir
    Melayu nanti tak akan terpinggir
    Tiada lah lagi akan jadi fakir
    Wak Seman makin pening memikir

    Racun ditepis madu diberi
    Bantuan nasihat dari si Khairy
    Itulah sikap Perdana Menteri
    Terlopong Seman monyok si Entry

    Gandingan bagai gula dan madu
    Najib dan Khairy mantap berpadu
    Sedihlah Entry meratap sedu
    Wak Seman pula terus terkedu …

    ReplyDelete
  13. Mukhriz yang takdak apa-apa jawatan dalam Umno di pusat tiba-tiba nak bertanding jawatan ketua tertinggi. Jadi ahli Majlis Tertinggi pun tak pernah. Kalau ikut haraki kepimpinan memang sepatutnya masuk lawan jawatan MT dulu, lepas tu pelan-pelan kumpul kekuatan, bila dah cukup kuat baru lah padan berangan-angan nak jadi Naib Presiden. Kecuali la kalau sebelum ni dia menang masa lawan Khairy untuk jawatan Ketua Pemuda, memang padan kalau seterusnya lawan Naib Presiden pulak.

    Tapi bezanya Mukhriz tak sama dengan pemimpin muda Umno yang lain, dia anak Tun Dr. Mahathir, bekas PM Malaysia paling lama dalam sejarah.

    Lagipun, kalau TDM nak bagi Mukhriz naik cepat dan mungkin peluang terbaik yang dia ada, memang Mukhriz patut bertanding jawatan Naib Presiden sementara dia masih ada. Takut nanti dah tak sempat kalau nak tunggu lagi 3 tahun.

    ReplyDelete
  14. goblok lu , mana tanggapan? kenapa gak disiarkan.

    ReplyDelete
  15. Gempar! Cuba pakat2 melawat blog APA (Aku Peduli APA).
    Ada cerita hot dan sensasi hantam teruk KJ ….

    http://aku-tak-peduli.blogspot.com/2013/09/gurindam-untuk-khairykj.html

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!