LAPORAN HARIAN DARI TANAH SUCI BERSAMA PORTAL PERAK TODAY!


Aku dapat tahu Perak Today akan melaporkan dari Tanah Suci Makkah setiap hari, portal pertama dalam negara yang akan melaporkan segala berita dari Tanah Suci secara Eksklusif. Kepada sesiapa nak tahu apa updates dari Tanah Suci Mekah, maka boleh la layari portal tersebut di www.peraktoday.com

Ini artikel pertama Perak Today, aku nak kongsi dengan korang:

Saya Redha Dengan Ketentuan Ilahi’: Rosnamsiati:

“Ajal maut adalah ketentuan Allah SWT dan saya redha dengan takdir Allahyarham pergi dalam sekelip mata. Saya tabahkan hati kerana Allah lebih sayangkannya,” demikian ujar Rosnamsiati Mohd Daham, balu arwah Hashim Abdul Latif yang meninggal dunia di Makkah, Sabtu lalu.

Allahyarham Hashim, 60, menghembuskan nafasnya terakhir pada jam 12.01 pagi waktu Makkah setelah pengsan akibat terjatuh dalam bilik mandi.

Menurut Rosnamsiati, 59, arwah suaminya pernah mengadu sakit dada dan pasangan itu berjaya melaksanakan ibadah umrah setelah tiba di Tanah Haram beberapa hari sebelum kejadian.

Allahyarham Hashim dan Rosnamsiati berasal dari Kampung Rapat, dekat Ipoh.

Baca seterusnya di Perak Today...

1 Response to "LAPORAN HARIAN DARI TANAH SUCI BERSAMA PORTAL PERAK TODAY!"

  1. Engko bila pulak nak pegi haji... Nanti boleh pakai nama Tuan Haji Parpu
    hi hi hi

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!