LAPORAN HAJI PERAK TODAY - JEMAAH HAJI MALAYSIA DIAKUI PALING BERDISIPLIN!

Pihak pengurusan Tabung Haji (TH) sememangnya layak menerima pujian di atas kemampuan dan kejayaannya mengendalikan jemaah haji Malaysia dengan begitu baik sekali.

Menurut pemilik bangunan yang disewa TH di Makkah, Bakr Saeed Nashwan, jemaah haji Malaysia adalah yang terbaik dan paling berdisplin jika dibandingkan dengan jemaah dari negara lain.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan TH yang diketuai Datuk Syed Saleh Abdul Rahman.

Perjumpaan itu antara lain bertujuan membincangkan beberapa isu isu penting berkaitan aspek pengurusan dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah haji di Makkah.

Bakr Saeed turut mendoakan agar jemaah Malaysia sentiasa berada dalam keadaan sihat wal’afiat untuk melakukan ibadah dan melengkapkan rukun-rukun haji.

Tahun ini, kira-kira 22,320 jemaah Malaysia akan menunaikan ibadah haji bulan depan.

Baca seterusnya di Perak Today

0 Response to "LAPORAN HAJI PERAK TODAY - JEMAAH HAJI MALAYSIA DIAKUI PALING BERDISIPLIN!"

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!