CILI KASI TARUK! BILA LAGI BANGSA CINA AKAN PANDAI BERBAHASA KEBANGSAAN?

Kaedah menyebarkan maklumat merupakan kaedah terbaik bagi mengabsahkan tujuan serta taktik bagi mendapatkan sesuatu. Di Malaysia, penyebaran maklumat biasanya sedikit terhad kerana kongkongan bahasa.

Biarpun Bahasa Kebangsaan adalah Bahasa Melayu, namun rata-rata kebanyakan yang bukan berbangsa Melayu-Bumiputera, khususnya masyarakat Cina, terlalu kurang berbahasa Melayu. Malah ada sesetengahnya yang LANGSUNG TIDAK FAHAM BAHASA sekalipun mereka menjawat jawatan sebagai AHLI PARLIMEN atau ADUN. Dan kalaupun mereka boleh bertutur, pertuturan mereka hanya sehala.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, mereka sahaja yang faham apa yang mereka tuturkan, sedangkan orang yang mendengar pula, walau sehebat mana pun penguasaan Bahasa Kebangsaan, akan mengambil masa untuk memahami apa yang cuba disampaikan oleh golongan berkenaan.

Contoh terbaik ialah apabila Ahli-Ahli Parlimen dan ADUN DAP berucap di Parlimen dan DUN. Punyalah susah nak faham bahasa yang mereka tuturkan seperti susahnya kita cuba memahami orang putih yang baru belajar bercakap Bahasa Melayu seminggu lepas.

Dek kerana kongkongan bahasa itulah, kebanyakan maklumat yang disalurkan terutama oleh media-media cetak berbahasa Cina lebih cenderung untuk menipu, memutarbelitkan sejarah dan pada masa yang sama, cuba menafikan fakta penting negara ini iaitu kaum Cina adalah pendatang dan mereka hanya menjadi warganegara menerusi kaedah JUS SOLI yang diperkenalkan oleh British yang enggan menerima mereka sebagai RAKYAT GREAT BRITAIN.

Kematian Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Ong Boon Hwa atau lebih dikenali sebagai Chin Peng, 90, mendedahkan perangai hodoh puak-puak berkenaan. Mereka bersatu hati, tidak kiralah dari kalangan yang berada dalam komponen Barisan Nasional, apatah lagi DAP dan PKR, untuk mendesak agar mayat atau abu mayat Chin Peng ‘dibenarkan bawa pulang’ ke negara ini.

Baca seterusnya disini...

38 Responses to "CILI KASI TARUK! BILA LAGI BANGSA CINA AKAN PANDAI BERBAHASA KEBANGSAAN? "

  1. Masa kat sekolah dulu pelajar yang mendapat markah paling tinggi dalam BM di kelas saya ialah seorang pelajar Cina. Jiran sebelah rumah saya (seorang guru) pula pernah merungut murid-murid Cina di sekolahnya secara average mendapat markah BM yang lebih baik dari murid-murid Melayu.

    Bila bertugas di Parlimen pula seringkali melihat wakil-wakil rakyat bukan Melayu berbahas dalam Dewan dengan menggunakan BM yang lebih baik daripada sebahagian wakil-wakil rakyat Melayu yg selalu meminta izin dari Tuan Speaker untuk menggunakan beberapa istilah Inggeris yang sebenarnya sudah ada dlm BM. Paling menarik ialah lengggang lenggok cara perbahasan Dr Tan Seng Giaw (DAP Kepong) yang sering menyelit pantun-pantun Melayu yang sungguh indahketika berbahas.

    Saya juga selalu terpegun dengan dengan gaya percakapan penyair, pakar penulisan BM dan pensyarah BM di UPM, Prof Madya Dr. Lim Swee Tin yang atas jasanya memartabatkan BM di peringkat dunia telah dianugerahkan S.E.A Write Award 2000 oleh kerajaan Thailand.

    Alangkah baiknya jika orang-orang Melayu juga mempunyai kemahiran menulis dan bercakap sebaik sesetengah orang-orang bukan Melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.blogger yg menulis artikel ni pun sama.bahasa rojak digunakan.cili kasi taruk.lenggok bahasa ni keling saja yg suka gunakan.tepuk air didulang.amat memalukan bila orang yang memperkatakan isu bahasa sendiri gagal menguasai bahasa tersebut.amat janggal lagi memualkan.

      Delete
    2. Saya ingin bertanya, berapa ramaikah orang cina di Malaysia yg boleh menguasai/bertutur bahasa Melayu dengan baik?
      Sepatutnya setiap orang cina yg mengaku menjadi warganegara Malaysia 100% boleh menguasai bahasa Melayu dengan baik atau boleh berbahasa Melayu dengan fasih.

      Delete
    3. Melayu pun cakap BM tak betul. Cuba dengar org Kelantan cakap BM...fail bro!

      Delete
  2. kalau mahathir pm pada zaman fb nie korang rasa mahathir akan berjaya atau tak????akan censor internet ke tak cam sgpore, china dan pantau cam amerika???paling penting zaman IT nie pemimpin kena berani so aku kata yaaa...mahathir ttp akan jadi mahathir malah lebih berjaya lagi....

    masalah ngn najib adalah dia tidak cukup berani menggunakan kuasa pm dan presiden umno/bn nya dalam membangunkan malaysia..

    soalan bila cinabeeng nak pandai bahasa kebangsaaan adalah soalan baik dan boleh dijayakan demi kesatuan malaysia....

    malahan dah jadi bukti bahasa menyatukan bangsa dan negara spt jepun, thailand, indonesia yg berbilang kaum, sgpore yg berbilang, amerika yg berbilang....

    tapi NAJIB have ball or not to enforce new rules to get IC????????Kalau kita kuatkuasan peraturan kelayakan Kad Pengenalan masa umur 12 dan 18 adalah membaca keratan akhbar bahasa kebangsaan dengan lancar betul dan tepat maka semua cina yang akan lahir akan pandai bahasa kebangsaaan justeru usaha kearah itu ada dan...

    kendian barulah usaha untuk mengawal media bahasa bukan kebangsaaan sehingga satu hari nanti spt di beijing jgn harap nak cari suratkhabar bukan bahasa cina...kerajaan booleh menaikkan cukai akhbar cina agar mereka menaikkan harga dan mnyediakan intensif jika mereka menyediakan akhbarsisipan/kolum bahasa melayu ......

    SOALNYA....NAJIB BERANI KE TAK JADI PM PADA CINA.....????????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib memiliki keberanian tetapi tidak memiliki kepandaian. Sama seperti anda yang masih tidak pandai menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Lihatlah tatabahasa yang anda gunakan.

      Delete
    2. haha...ano september 24 anda memang terbaik.........tapi lebih terbaik kalau ikhlas menegur saya spt saya ikhlas menegur najib.....bukan susah jadi ikhlas..letak je nama sebenar berbanding ano...."ano nie umpama org yang bercakap di balik bukit sibuk ckp bukit besar tapi siapa suh ckp balik bukit"...

      dari bahasa anda juga dilihat anda sept pandai sgt dalam bahasa melayu....saya org biasa je keyboard laptop ni pun "ert" dah ilang so dah biasa tulis camnie...hahaha...

      be right focus to the issue...pertuturan bahasa kebangsaan adalah bahasa baku tapi saya dari dulu tanya kenapa kita tak sebut MALAYSIA dalam bahasa baku....???????

      hmm..nampaknya masih banyak yg perlu dilakukan untuk bahasa kebangsaan sebelum dihormati oleh dbp termasuk kita berbanding berkelahi dan merendahkan niat orang...xgitu...

      anyway boleh tak saya tanya

      Delete
    3. Mustaqim Abdul Rahman...lu punya english fail dan chinese langsung tak reti. that'y lu cemburu numpak cina boleh menguasai bahasa bahasa ini. sebab hati cemburu, lu tiap hari harap kan cina tak boleh belajar bahasa cina dan english..so lu mau semo org macam lu bodoh....gua mahadey, as lu punya idol pun rasa malu lu hidup di malaysia. baik lu pigi jilat bontot gua sekarang....wakakakakakakakakakakakakakaka

      Delete
  3. .

    Kalau di Indonesia , orang Indonesia keturunan cina dipaksa bertutur dalam bahasa Indonesia . Akibatnya hampir semua orang cina Indonesia tidak boleh bertutur dalam bahasa ibunda mereka . Kerajaan Indonesia memang keras dan tegas , tak macam kerajaan Malaysia yang lembik dan suka sangat berlembut .

    .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu dulu, mereka sejak awal lagi telah didoktrinkan oleh SUKAR_NO. Sekarang mereka kembali terbuka dan membenarkan pendidikan berasaskan China.

      Delete
    2. saya Indo !!

      Ya di sini sudah terbuka dan membenarkan pendidikam Berasaskan China , tp Rata2 Rakyat Cina Indo tidak Tertarik , mereka lebih suka di sekolah negara , tidak tertarik di sekolah bangsa !!

      Delete
  4. CILI KASI TARUK! BILA LAGI BANGSA CINA AKAN PANDAI BERBAHASA KEBANGSAAN?
    ----------------------------

    Itu untuk orang cina....

    Untuk melayu islam pulak......

    Bila lagi nak buat undang2 yang mewajibkan semua orang melayu islam solat cukup 5 waktu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berikah contoh negara mana didunia yang memiliki undang-undang dunia yang memaksa rakyat sembahyang 5 waktu. Ulang soalan bagi sibebal seperti anda: Hukum dunia bukan hukum Allah yang saya maksudkan.

      Delete
    2. Bila lagi nikaziz nak Islamkan limguaneng?

      Delete
    3. Sembahyang 5 waktu dah memang wajib sejak lebih kurang 1430 tahun dah. Nak undang-undang apa lagi wei?

      Delete
    4. Undang2 dah ada....Sembahyang tu kan hukumnya WAJIB!!!! Lainlah jika batu api mau bawak usul keParlimen membahaskan perkara-perkara berikut:
      1. Akta X perkara Y..Mengucap 2 Kalimah Syahadah
      2. Akta XX perkara YY...Sembahyang 5 waktu
      3. Akta XXX perkara YYY...Puasa Ramadhan
      4. Akta XXXX perkara YYY ...Mengeluar Zakat
      5. Akta XXXXX perkara YYYYY...Mengerjakan Haji di Mekah.

      Perlembagaan Malaysia jelas meletakkan Agama Islam sebagai agama Resmi, Hukum Islam adalah hukum dianuti Perlembagaan.

      Orang Islam dari bangsa Cina, India, lain-lain bangsa pun wajib sembahyang. Bukan MELAYU Islam sahaja. Batu Api ini bukan Melayu gamaknya, juga munkin bukan Islam.

      Delete
    5. Wahai anon - anon yang diatas, saya tahu and bijak dan berilmu tinggi....
      Apa yang saya maksud kan ialah...laksana kan hukum dan syariat islam sepenuh nya di malaysia ini...setuju tak?
      Atau anda semua masih ragu dengan hukum dan syariat islam itu..
      Sekiranya masih ada rasa ragu,keimanan anda pada islam masih boleh dipertikai.


      Wallahualam.

      Delete
    6. Yang rajin tak solat.....biasaa nya memang dia tak setuju.

      Delete
  5. bawak mereka yg puja chin peng tu pegi bangkok, biar depa minum air yg dicampur abu chin peng. bila depa balik sini, suh depa kencing kat serata malaya ni. settle lah isu abu mayat chin peng tu. amacam brilliant dak idea aku neh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang bercakan pasal burung gagak tapi engkau bercakap pasal burung dalam seluar. Apalah punya bebal

      Delete
    2. ko memang bijak, orang mcm ni lah patut bertanding pemilihan umno.

      Delete
  6. Bro

    Cina tak pandai bahasa melayu. Salah melayu juga. Cuba tengok bila melayu berbual dengan cina, siapa ikut siapa, cina ikut melayu atau melayu ikut cina ? Kadang2 pelatnya lidah melayu menyebut perkataan dalam bahasa melayu lebih teruk daripada pelatnya cina. Kadang2 cina nak bercakap dalam bahasa melayu, tapi melayu pulak balas dalam bahasa omputih.

    Melayu yang rosakkan bahasa melayu. Melayu yang rojakkan bahasa melayu. Melayu yang malu nak ketengahkan (promote) bahasa melayu. Sebelum PRU13, ramai meneri kabinet bangsa cina. Cuba bandingkan kualiti bahasa melayu yang dituturkan oleh beberapa orang menteri cina dengan menteri melayu. Tak mahu sebut lah .... amat memalukan. Saya suka dengan bahasa melayu Liow Tiong Lai bekas Menteri Kesihatan dan bekas menteri Lim Ah Lek .... bahasa melayu nya ada kelas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sejak awal merdeka lagi saya telah membuat rumusan sendiri mengenai Melayu dan bahasa ibundanya. Sebenarnya Melayu amat hipokrit, bermegah dengan jati diri Melayu tetapi realitinya tidak. Bagi saya Melayu ialah:

      Belajar setahun di England dan bila pulang lidah Melayunya hilang
      Belajar setahun di Mesir dan bila pulang lidah Melayunya hilang
      Hairannya bila belajar 100 tahun di Tamil Nadu lidah Melayunya tidak akan hilang - sebab bahasa Keling tak ada ummmm bagi mereka
      Kalau bernasyid mesti lidah Arab walaupun senikata bahasa Melayu
      Begitu juga ceramah agama, pekat Kedahnya akan hilang ditelan lidah arab
      Terkenang arwah Tok Mat yang pernah mengharamkan bahasa rojak dalam berita RTM

      Delete
    2. teringat wawancara bersama tan sri p.ramlee katanya...lagu dan irama melayu harus dipertahankan dan dimainkan lebih kerap...kerana jika dada anak bangsa melayu diisi dengan lagu dan irama bukan melayu maka hilanglah melayunya dari dadanya....

      kita jadi sperti yang tuan ano 10.05 ckp sbb irama kita telah dihijack oleh irama luar....sbb itu pusing ikut mana pun kita akan tau kita manusia kamil yg punya pengetahuan amat sedikit...

      keroncong melyu, zapin, mak yong, rebana dan macam2 instrumen irama melayu jika dialunkan mempunyai kesamaan byk dengan taranum al-quran berbanding instrumen muzik lain....jadi kesimpulannya kalau kita isi jiwa anak melayu dengan bacaan lagu alquran maka mereka ini akan suka pada irama melayu.......tapi kita tidak...kita hantar ke sekolah kebangsaan yang dikurangkan silibus "islam"nya kerana mahu menarik cina dan india sekolah disitu...tapi hasilnya...anak2 kita suka lagu pop...balada......lagu barat dsb...

      penghasilan itu adalah apa yang terjadi pada bahasa kebangsaan kini...tak perlu komen penggunaan tatabahasa saya sbb saya hanya nak ketengahkan isu utama bukan.....

      sy pejuang bahasa yang dah fed up dengan bahasa melayu yg tidak berusaha berevolusi sejajar dengan peredara tetikus, dinding api, perkakas lembut, perkakas keras(double meaning) dsb........ so...sayonara bahasa melayu kalau xdiagresifkan lagi oleh kerajaan maka ia berkubur lebih cepat...

      ps:kadang2 mendalami bahasa dialek kelantan dan kedah, bahasa mereka lebih byk nahu dan nahi dari bahasa melayu sendiri.....



      Delete
    3. @Tuan Mustaqim, Saya ialah Anon yang sama dalam beberapa Anon yang ada diatas dan dibawah. Saya juga seperti tuan juga dan entah kenapa saya begitu sensitif bila bercakap tentang isu bahasa. Saya bukan Melayu jumud dan kerana itulah mengapa saya mampu menguasai 3 bahasa termasuk bahasa ibunda.

      Bagi saya Bahasa Melayu sebenarnya sudah ketahap kronik bukan saja dikalangan bukan Melayu malah dikalangan Melayu sendiri. Mungkin saya dianggap “poyo” kerana tidak mampu membaca dan memahami SMS yang saya terima. Itulah contoh mudah.

      Kita memiliki dasar yang kukuh untuk memartabatkan Bahasa Melayu tetapi seakan terlepas pandang atau mungkin juga berpunca dari sikap kita sendiri yang tidak pernah ambil pusing. Dulu sudah wujud arahan diperingkat pusat mewajibkan nama jalan dan nama tempat harus berbau Melayu atau Malaysia. Kita sudah lama lupa dan kerana itulah Putrajaya yang dibanggakan sebagai lambang kemerdekaan wujud berbagai-bagai “pleasant”. Bukanlah itu lebih lebih ummm! Tok Mat akan menangis jika dia masih ada bersama kita. Selepas kehilangannya maka kita sudah tidak ada sesiapa lagi yang boleh diharap.

      Mengenai Indonesia dan Bahasa Melayu Indonesia pula memang ada kehairanan dihati mengapa SUKAR_NO memilih Bahasa Melayu dan tidak bahasa daerah lain yang ratusan jumlahnya sebagai bahasa resmi negara. Bahasa Melayu diawal sejarah Indonesia hanyalah dipertuturkan disebahagian Sumatera atau wilayah yang hampir dengan Semenanjung Malaysia. Saya pernah bertanya hal ini kepada sahabat Indonesia yang saya anggap bijak pandai tetapi tiada jawapan yang boleh diterima pakai.

      Saya juga seperti Melayu lain yang suka kepada persepsi dan bukan fakta. Entah betul atau entah tidak sebenarnya ia adalah bertitik tolak kepada doktrin SUKAR_NO yang ingin “mengIndonesiakan” Borneo dan Semenanjung Malaysia. SUKAR_NO dari awal lagi sudah memandang potensi Bahasa Melayu sebagai bahasa utama nusantara berasaskan sejarah Empayar Melaka dan kerana itulah Bahasa Melayu dipilih sebagai Bahasa resmi NKRI. Memang SUKAR_NO berjaya kepada perkembangan bahasa Indonesia sesuai namanya “SUKAR_NO”. Berbeza dengan kita yang selalu sahaja “SUKAR_YES”

      Memang Indonesia wujud evolusi bahasa seperti juga kita. Suatu masa dulu mereka banyak menggunakan bahasa Latin (kalau tidak silap) dalam istilah dan perbendaharan kata. Kini mereka lebih condong kepada English sebagai sumber evolusi bahasa berbanding bahasa Belanda yang saya anggap mereka benci dan tidak suka sebagai bekas penjajah. Lihat bagaimana mereka mengIndonesiakan “parking lot” sebagai parkiran dan “parking” kepada parkir. Sekarang kita sudah meniru mereka kerana kita juga kekurangan perbendaharan kata dan bahasa sukuan sebagai asas evolusi bahasa. Saya suka bahasa Kedah “Kelui” merujuk kepada alat kelui yang sudah pupus ditelan technology “hang pong”

      Maaf atas keterlanjuran dan diharap komen ini tidak dikategorikan sebagai bebal. Saya suka Tuan Mustaqim.

      Delete
  7. Bro org Melayu sendiri pn fail lah BAHASA MALAYSIA tunggang langgang bahasa pasarnya,nak dibandingkan dgn Sabah Sarawak jauh bezanya dgn semenanjung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bahasa Malaysia ialah bahasa Melayu Baku.

      Delete
    2. Tidak ramai yang sedar Bahasa Indonesia di Timor Leste hanya dikenali setelah kependudukan Indonesia. Indonesia hanya mengambil masa 20 tahun tempoh kependudukannya mengembangkan bahasa Indonesia di Timor Leste dan sehingga kini hampir 100% rakyatnya yang lahir sebelum merdeka boleh menguasai Bahasa Indonesia dengan baik. Berbeza dengan kita yang sudah merdeka 56 tahun yang masih tidak mampu menguasai Bahasa Melayu. Itulah Malaysia.

      Delete
    3. org Indonesia bila pakai bahasa ibunda mereka rasa bangga,org Melayu pulak kalau nak cakap Bahasa Malaysia
      dia rasa malu takut org panggil poyo skema.

      Delete
    4. ano yg sama dengan nahu dan tata yang sama...mmg org bahasa nya tinggi....anyway....saya pernah baca buku akta dan perlembagaan indonesia setebal 2000 lebih halaman....gambar depan gambar garuda...untuk pengetahuan...pada tahun 1947.....satu mesyuarat diadakan dan kerajaan indonesia bersetuju menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan indonesia yang dikenali sebagai bahasa indonesia.....

      so...kena banggalah sbb bahasa melayu digunakan oleh indonesia dan dijadikan bahasa indonesia.....

      anyway....kalau nak proud dgn bhs melayu bhs melayu dulu kena sedar diri yg bahasa kita tak cukup nahu nahi....contohi indonesia yg dah evlousi kan bahasa melayu sampai sume frasa nak dienglishkan sbb nya mudah...sbb bahasa kita xlengkap....

      jepun juga meniru 30% simbol dari bahasa mandarin.....x salah kita cedok/guna bahasa lain ie english cam indonesia bagi perkasakan bahasa melayu sbb bahasa yg betul2 sempurna adalah bangsa urdu, arab dan cina je pun...

      tapi jgn melbih sgt cam indonesia ie distop, masterbasi dan sbgainya

      Delete
  8. jangan proud sangat kalau fasih berbahasa melayu. kalau betul2 fasih, apabila bercakap kenapa dicampur adukkan dengan perkataan inggeris untuk menunjukkan atau semata2 hendak show off bahawa orang itu very intellectual...very learned...poorah lah....Yang lagi menghairankan lagi ialah bila bertutur bahasa inggeris pula, perkataan yang hendak disebut bila lupa, biasanya diguna frasa "apa nama..." dont be proud man....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada sesiapa pernah dengar Gabenor Bank Negara bertutur dalam Bahasa Melayu. Itulah contoh terbaik betapa orang Melayu sebenarnya amat berbangga dengan Bahasa Omputih. Kalau dizaman Tok Mat dulu pasti dia diharamkan tersiar dalam Berita Perdana TV1

      Delete
  9. Dah telebey makan babey..memanglaa susah nak bersuara dalam bahasa melayu..so bahasa apa yang layak si puak pig eater ni gunakan?

    Bahasa BABEY@TONYOK laa...

    ReplyDelete
  10. Menteri kita pon segan nak guna bahasa melayu bil berucap di PBB.
    Lepas tu nak paksa cina supaya fasih berbahasa melayu.....melayu sendiri segan nak berbahasa melayu....

    ReplyDelete
  11. Polis perlu serius membanteras jenayah ragut yang berleluasa, bukan sibuk mencegah kemasukan abu mayat individu lain, kata Haniza Talha. “Saya gesa masyarakat mendesak pihak keselamatan meningkatkan usaha membanteras kes ragut. Bukan tunggu di sempadan Thailand untuk pastikan abu mendiang Chin Peng tidak masuk ke negara ini. “Sebaliknya lebih fokus kepada keselamatan masyarakat,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Taman Medan. Beliau berkata demikian pada sidang media kes kematian seorang wanita akibat jenayah ragut pada 12 September lalu di Taman Sri Manja di sini, semalam. Pada 12 September lalu, Go Lee Koon, 27, seorang ejen bank diragut beg tangannya oleh dua lelaki bermotosikal berhampiran Sri Manja Court, kira-kira jam 9 malam. Mangsa yang cuba mengelak beg tangannya diragut, cedera di kepala akibat terkena batu pembahagi jalan dan dikejarkan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia selepas lima hari koma akibat pendarahan serius dalam otak. Pada sidang media sama, Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian mahu polis lebih serius mengawal jenayah berikutan kes ragut semakin menjadi-jadi. Penduduk takut untuk keluar terutama pada waktu malam kerana khuatir keselamatan dan nyawa mereka terancam. Polis perlu bertindak segera,” katanya. Penduduk takut untuk keluar terutama pada waktu malam kerana khuatir keselamatan dan nyawa mereka terancam. Polis perlu bertindak segera,” katanya. Penduduk dalam ketakutan. Hari ini anak saya diragut dan mati. Esok lusa bagaimana pula dengan nasib penduduk yang lain,” katanya, sebak.

    ReplyDelete
  12. Mahu tak mahu ... orang melayu wajib berubah .

    ReplyDelete
  13. guru BAHASA MALAYSIA paling hebat

    1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
    “Besoh kirim, hari ini juga sampai”

    2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
    “Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat besar”

    3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
    “Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalu tade sungai, kita bina sungai”

    4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
    “Toll naik sikit, banyak marah saya. You Worang ingat semua ini toll saya bapah punya kah!”

    5. Ketika krisis air:
    “Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”

    6. Berkenaan masalah sosial:
    “Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”

    7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
    “Marilah kita semua menderma dare”

    8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
    “Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

    9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
    “Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”

    10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
    “Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”

    Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:

    “Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”

    ReplyDelete
  14. Rakyat Malaysia harus pandai cakap melayu mau cina ke, india ke,,,semuanya nak cakap melayu macam di Indonesia

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!