ALHAMDULILLAH! TABUNG HAJI MEMANG PRIHATIN!

Keprihatinan pengurusan Tabung Haji (TH) menziarahi dan memberi sumbangan kepada keluarga jemaah kedua yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci dilihat mampu mengurangkan kesedihan dan beban yang ditanggung keluarga.

Pengerusinya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini berkesempatan melawat keluarga Allahyarham Hashim Abdul Latif yang meninggal ketika berada di Tanah Suci, kelmarin.

Menurut Abdul Azeez, Allahyarham sempat melaksanakan ibadat umrah tetapi mengalami kesukaran untuk bernafas sebelum dikatakan jatuh di bilik mandi dan kemudiannya dilaporkan meninggal dunia pada 21 September lalu di Klinik Maktab Rehab Al Janadriyah, kira-kira jam 12.10 pagi waktu Mekah.

“Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak yang mana isterinya turut serta bersama-sama di sana. Isteri Allahyarham akan sentiasa dipantau serta diberi bimbingan kaunseling supaya dapat meneruskan ibadat haji.

Baca seterusnya di Perak Today

10 Responses to "ALHAMDULILLAH! TABUNG HAJI MEMANG PRIHATIN! "

  1. Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

    Al - maidah :8

    ReplyDelete
  2. Aku respek Azeez ni ...humble & kuat kerja ... jenis pemimpin grassroot
    Sebab tu dia dpt menawan parlimen baling yg sekian lama dibawah PAS

    Kalaulah Ketua Pemuda mcm ni, aku rasa tak der ler BN teruk sgt masa PRU13

    ReplyDelete
  3. Dia smmgnya seorangbpemimpin yang berjiwa rakyat..pemimpin yang dipilih rakyat, untuk rakyat dan bekerja dengan rakyat..banyak org yang mnyalak bila dia dilantik jadi pngrusi TH, tapi yg dok ktuk dia tu sdar tak dikala pmimpin mreka sdg sronok dgn betina mamak azeez sdg slmatkan wanita melayu di seberang laut sana..Lpas ni azeez akn dilempar dgn fitnah yg dia songlap duit tabung haji plak..xprcya tgk la nnti..

    ReplyDelete
  4. bagi aku apa yg azeez lakukan nie dengan menziarahi dan memberi sumbangan kepada keluarga jemaah kedua yang meninggal dunia akibat serangan jantung di Tanah Suci dilihat mampu mengurangkan kesedihan dan beban yang ditanggung keluarga mereka...apa yg tabung haji lakukan nie dengan menziarah keluarga jemaah haji yg meninggal d tanah suci satu pendekatan yg amat baik skali....tabung haji banyak berubah d bawah pimpinan azeez....

    ReplyDelete
  5. ni la antara contoh2 pemimpin yg baik,yg layak memegang jawatan.
    masa dia dilantik macam2 org hentam dia,kata dia x layak la itu la ini la.
    skrg kenapa senyap bile dia byk buat amal jariah,byk tlg org2 susah.

    ReplyDelete
  6. SIAPA KATA AZEEZ TAK LAYAK JADI PENGERUSI TH , TGK SAJA AKAN KEBAJIKAN YG DILAKUKAN OLEH AZEEZ NIE PADA KELUARGA ARWAH DGN MENYAMPAIKAN BANTUAN KHAIRAT KEMATIAN. PADA ORG YG DENGKI DGN KERJAYA AZEEZ BAIK KRG TUTUP MULUT KRG.

    ReplyDelete
  7. inilah sikap azeez yg cukup mulia sekali kerana dia prihatin terhadap keluarga arwah dgn menghulurkan bantuan khairat kematian. sekarang aku nak tgk sape nak buka mulut lagi caci azeez ni tak layak jadi pengerusi tabung haji..........

    ReplyDelete
  8. azeez ini mmg layak jadi pengerusi TH sebab dia mmg mempunyai hati yg baik dan prihatin terhadap org yg menimpa musibah.sekurang-kurangnya zaeez dapat juga menenagkan hati keluarga arwah dgn memberi kata2 semangat dan janji azeez utk menunaikan hasrat ibu mereka utk pulkang cpt sesudah selesai menunaikan haji.

    ReplyDelete
  9. siapa lagi yg layak kalau bkn azeez, krg tgk apa yg mampu azeez lakukan tentang kebajikan terhadap keluarga arwah dgn menyampaikan sumbangan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesedihan yg di hadapi oleh keluarga arwah itu.

    ReplyDelete
  10. cuba kita tgk sendiri apa yg azeez buat ini tak cukup bagus ke , azeez prihatin dgn keluarga arwah sehinggakan sanggup turun padang sendiri melawat keluarga arwah dan dapat jugalah azeez kurangkan sedikit kesedihan dihati keluarga arwah itu..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!