PANAS BERAPI! KEBENARAN TENTANG SCORPENE YANG AKAN MEMBUATKAN PEMIMPIN PAKATAN HILANG KEMALUAN!

Akhbar the New Straits Times semalam memberi ruang khas bagi menangani isu fitnah mengenai pembelian kapal selam scorpene serta pembunuhan Altantuya. Isu ini sebelum ini telah pun tenggelam kerana segala pembohongan dan penipuan SUARAM dan pembangkang telah pun terbongkar.

Namun, SUARAM dan pembangkang masih lagi berusaha untuk menghidupkannya mungkin kerana ketandusan isu. Terbaru, SUARAM mengadakan Jamuan Berbuka Puasa dengan bertemakan fitnah ini bagi mengutip derma dari orang ramai. Apa yang dilakukan oleh SUARAM ini amatlah jijik sekali kerana mengajak orang Islam berbuka dengan fitnah dan kemudiannya mengutip derma pula dari mereka.

Justeru, usaha NST untuk memberi penjelasan terperinci mengenai isu ini dilihat sebagai usaha yang tepat bagi menghentikan SUARAM dari terus mengambil kesempatan ke atas orang ramai.

Untuk tujuan itu, NST telah mewawancara Jasbir Singh Chahl iaitu seorang arkitek yang terlibat secara langsung dalam urusniaga ini. Nama Jasbir Singh Chahl pernah digunakan oleh SUARAM dengan mewar-warkan kononnya beliau merupakan antara salah seorang yang telah menerima sapina oleh mahkamah Perancis bagi kes ini. Jasbir pantas menafikannya dengan membuat kenyataan balas melalui media bahawa beliau tidak pernah menerima sebarang notis sapina.

Dan kini, Jasbir tampil sekali lagi menerangkan apa yang telah diterangkan berkali-kali sebelum ini. Antara fakta yang tidak pernah berubah sama ada dalam wawancara dengan Jasbir, kenyataan pihak Perancis, keterangan di mahkamah dalam kes pembunuhan Altantuya mahupun dalam penjelasan kerajaan Malaysia adalah:

1. Altantuya bukan seorang penterjemah malah penguasaannya dalam bahasa Perancis juga tidak dapat disahkan.

2. Semua yang terlibat secara langsung dalam urusniaga scorpene, termasuk Jasbir, tidak pernah berjumpa dengan Altantuya sepanjang tempoh urusniaga tersebut iaitu pada tahun 2000 - 2002.

3. Altantuya tidak pernah menjejakkan kaki ke Perancis dalam tempoh itu sepertimana yang disahkan oleh polis Perancis.

4. Abdul Razak Baginda yang dikaitkan dengan Perdana Menteri dan Altantuya sekali gus, hanya berjumpa dengan Altantuya pada tahun 2004.

5. Altantuya dibunuh pada tahun 2006.

6. Syarikat DCNS yang menjadi pembekal scorpene menjalankan semua urusannya dengan syarikat di seluruh dunia dalam Bahasa Inggeris serta tidak memerlukan penterjemah apatah lagi dari Mongolia.

7. Syarikat Perimekar yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah dimiliki oleh KS Ombak Laut Sdn Bhd, LTAT dan juga Boustead.

8. Syarikat Perimekar menerima bayaran atas perkhidmatan logistik, latihan serta pengurusan termasuk menyediakan tempat tinggal kepada 145 staff dan 49 pegawai di Perancis dan Sepanyol.

9. Syarikat Perimekar tidak pernah menerima komisyen bagi pihak Dato’ Seri Najib dan semuanya terbukti dalam laporan audit di mana keuntungan selepas cukai syarikat mencatatkan jumlah sebanyak RM105,111,191.

Semua fakta dan angka yang dibentangkan adalah menepati gambaran penceritaan, kenyataan dan penjelasan semua pihak yang terlibat. Tiada satu pun yang berubah. Apa yang berubah hanyalah angka dan fakta yang dikemukakan oleh SUARAM dan pembangkang. Oleh itu, kita tidak perlu menjadi seorang ‘genius’ untuk melihat pihak mana yang berbohong dan pihak mana yang bercakap benar sekiranya benar ikhlas ingin mencari kebenaran

Apa yang menarik ialah Jasbir, dikatakan hampir meninggikan suara ketika wawancara kerana berang dengan tuduhan yang tidak berasas pihak pembangkang. Jelas, sebagai seorang arkitek berpengalaman dan telah bekerja dengan syarikat gergasi negara luar sejak berusia 20-an lagi, Jasbir kurang senang apabila namanya diheret ke dalam politik. Beliau sebelum ini pernah bekerja di syarikat pertahanan dan pembinaan di London dan telah terlibat dalam urusan perniagaan berjumlan berbilion dolar. Dari situ beliau membina hubungan yang baik dengan kontraktor pertahanan di Eropah. Beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1981 sebelum menyertai syarikat Thomson-CSF Int. iaitu anak syarikat Thales yang mana membawanya kepada urusan pembelian scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan Jasbir, rakyat Malaysia wajar meletakkan titik noktah ke atas isu skandal scorpene ini. Biarkan SUARAM dan pembangkang terus memainkan isu ini sesuka hati mereka kerana sesungguhnya ia tidak akan ke mana melainkan menghabiskan dana mereka sendiri.

HOUSE PK: Untuk artikel penuh, BACA DISINI

50 Responses to "PANAS BERAPI! KEBENARAN TENTANG SCORPENE YANG AKAN MEMBUATKAN PEMIMPIN PAKATAN HILANG KEMALUAN! "

  1. suaram dan pakatan harami nie x de beza nyer suka membuat fitnah membabi buta terhadap najib dan rosmah.....sekarang jelas dan nyata najib dan rosmah tidak terlibat pun dengan tuduhan2 yg d lemparkan suaram dan pakatan harami terhadap diri mereka...ini smua hanyalah permainan kotor dan menjijikan yg d mainkan oleh pakatan harami dan suaram sungguh memalukan.....

    ReplyDelete
  2. CERITA SCORPENE DAN ALTANTUYA NI SEBENARNYA DAH BASI PUN...RAKYAT BUKAN NAK DENGAR CERITA RECYCLE...RAKYAT DAH TAU CERITA SEBENAR DAN PEMBOHONGAN SUARAM...JADI TAK PERLU LAH DI KELUARKAN CERITA NI LAGI...YANG DI IKUT RENTAK MEREKA KENAPE...KAN DE BAIK NYE CARI BERITA YANG LEBIH BERFAEDAH YANG MENGUNTUNGKAN BANGSA MELAYU...

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasalah pembangkang dah takde modal lain nak kenakan najib dan rosmah sebab tu mereka mainkan isu suaram.

      Delete
    2. Memang citew nie dh basi,tp sbgai pembangkang,mrk tetap menyebut2 hal seperti ini wlaupn hal sebenar dh jelas yg mrk menipu dan ttipu. X chaye? G kt page2 pembangkang di fb. D sana,mrk senantiasa menceritakan hal yg sama..

      Delete
  3. Kesimpulannya ialah Rafizi PENIPU BESAR!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesimpulannya ramai orang melayu yang tidak berpuasa termasuk para bloggers .

      Delete
  4. Pembangkang di malaysia ni memang takde tanggung jawab kepada negara....burukan negara sendiri....fitah negara sendiri.

    Lepastu ada pulak yang percaya dengan pembohongan begini bertahun tahun, terus terusan menyebar fitnah....

    astafirullah al alazim

    ReplyDelete
  5. Orang PAS mana nak percaya cerita2 macam ni, diaorang hanya percaya cakap nuar je.

    ReplyDelete
  6. Bila TLDM dan kerajaan Malaysia hendak saman Suaram dan pemimpin-pemimpinnya?

    Selagi Kementah tak saman dan tak ambil tindakan selagi itulah Suaram akan terus bersuara menyebarkan benda-benda haram.

    No more amaran!

    ReplyDelete
  7. Apo korang ingat Pakatan Rakyat mahu percaya kpd kebenaran! Tidak sama sekali katakanlah PKR,PAS dan DAP amatlah meyakini akan kebenaran sehingga mereka memesongkan yakni berpaling sambil berkata tiada petistiwa benar dipihak mereka sehingga mereka berpaling dan mengikuti kami...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa nak percaya ,kalau batang tubuh yg di tuduh buat tak tahu saja tanpa sebarang tindakan seolah-olah dia memang bersalah bersalah.Berapa banyak tuduhan pembangkang terhadap Najib dan Rosmah,berapa yg dia jawab dan ambil tindakan,ye lek.Dia tak ada duit ke nak bayar lawyer?.Sebenarnya dia suka rakyat benci pada dia ,biar Umno BN tumbang,itulah pandangan aku.

      Delete
  8. 1MALAYSIA
    “1Malaysia adalah satu gagasan bagi
    memupuk perpaduan di kalangan
    rakyat Malaysia yang berbilang
    kaum, berteraskan beberapa nilai-
    nilai penting yang seharusnya
    menjadi amalan setiap rakyat
    Malaysia.”
    Ia bukan satu dasar baru yang
    terpisah dari dasar-dasar kerajaan
    Barisan Nasional sebelum ini,
    sebaliknya ia merupakan pelengkap
    kepada pendekatan-pendekatan
    yang sedia ada untuk mengukuhkan
    lagi perpaduan bagi menjamin
    kestabilan, ke arah mencapai
    kemajuan dan pembangunan yang
    lebih tinggi bagi rakyat dan negara
    Malaysia.
    Dalam erti kata lain 1Malaysia
    digagaskan sebagai satu formula
    yang akan membantu memastikan
    aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020
    tercapai jika ia diterapkan ke dalam
    sanubari rakyat dan diamalkan oleh
    setiap lapisan masyarakat.
    Pengertian ini adalah berdasarkan
    hujah bahawa untuk mencapai
    status negara maju sepertimana
    yang diilhamkan melalui Wawasan
    2020, syarat yang paling utama ialah
    sebuah negara yang kukuh dan
    stabil dan ini akan hanya dapat
    dicapai apabila rakyat nya bersatu
    padu.
    Perpaduan yang digambarkan oleh
    gagasan 1Malaysia amat berbeza
    dari konsep asimilasi yang
    diamalkan di negara-negara lain di
    mana identiti kaum-kaum etnik
    dilenyapkan dan diganti dengan
    satu identity nasional yang sama.
    Sebaliknya 1Malaysia menghargai
    dan menghormati prinsip-prinsip
    Perlembagaan Persekutuan serta
    identiti-identiti etnik setiap kaum di
    Malaysia , dan menganggapnya
    sebagai satu aset atau kelebihan
    yang patut dibanggakan.
    1Malaysia menekankan sikap
    penerimaan di kalangan rakyat
    berbilang kaum, di mana sesuatu
    kaum menerima keunikan kaum
    yang lain seadanya agar dapat kita
    hidup bersama dalam keadaan
    saling hormat menghormati sebagai
    rakyat dalam satu negara.
    Menjadi asas kepada semua ini
    adalah prinsip keadilan untuk semua
    kaum, yang membawa maksud
    bahawa nasib semua kaum akan
    terbela dan tiada mana-mana pihak
    akan dipinggirkan. Keadilan ini
    mestilah mengambil kira taraf
    kemajuan kaum-kaum yang berada
    pada tahap yang berbeza. Oleh itu,
    dasar-dasar kerajaan dan
    peruntukan-peruntukan
    Perlembagaan yang memberikan
    pembelaan kepada golongan yang
    memerlukannya, akan tetap
    dilaksanakan.
    1Malaysia adalah penerusan agenda
    membina negara. Untuk mencapai
    kemajuan bagi negara, rakyat perlu
    dimajukan terlebih dahulu, dan ini
    dimulakan dengan membentuk
    sikap penerimaanantara kaum, yang
    membawa kepada perpaduan yang
    utuh. Apabila perpaduan dicapai,
    maka urusan pembangunan negara
    akan berjalan dengan lebih lancar.
    - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd
    Razak -
    Perdana Menteri Malaysia

    ReplyDelete
    Replies
    1. TUN MAHATHIR DAH MULA MARAH DGN IMALAYSIA NAJIB

      Kerosakan UMNO bermula dari waktu Pak Lah menjadi pemimpin UMNO, dan kemudian DS Najib gagal memperbetulkan nya malah keadaan bertambah buruk. Akibat perpecahan perpecahan Melayu orang cina menjadi penentu kuasa malah kemungkinan kita akan dapat Perdana Menteri Melayu yang ikut telunjuk cina, ini sudah pun berlaku sekarang”. Najib nak jadi “BRAND” dan juga cogan “1Malaysia” kerana difikirkan nama UMNO sudah tidak bagus lagi. Keadaan bertambah buruk dengan memiliki penasihat yang tidak faham politik dan sensitiviti, tapi malangnya mereka lah yang didengar oleh pemimpin. Pemuda UMNO sekarang tidak semacam dulu, ujar Tun, ini amat ketara kerana Pemuda UMNO ada agenda dan kepentingan sendiri dan bukan pemankin kepada penentu kuasa orang melayu. Kita kini dalam keadaan yang cukup bahaya jelas Tun Mahathir.

      Saya di datangi oleh pelbagai pihak dan pertubuhan melayu yang mengadu mereka tidak selesa dengan pentadbiran DS Najib , malah ada diantara nya mencadang kan DS Najib di langgar.

      Tun Mahathir juga berkata banyak pihak yang berjumpa dengan nya merasa kan melayu tersisih kerana DS Najib terlalu tumpu mahu menarik perhatian pihak yang tidak menyokong nya terutama nya orang cina.Malah mereka ini sangat di layan dengan istemewa berbanding dengan orang Melayu yang menyokong nya.

      Walaupun DS Najib naik atas tiket Melayu tapi amat malang dia masih menumpu kepada bukan melayu untuk di layan. Kini GLC dan beberapa perkara lain harus ada peruntukan untuk orang bukan melayu, sedang itu sahaja yang melayu ada. “Orang Melayu undi Najib bukan kerana suka kepada nya, tapi kerana takut kepada Anwar dan Lim Kit Siang dan apa yang akan dibawa oleh kedua nya, lalu ketakutan mereka diterjemah kepada undi kepada UMNO dan DS Najib” kata Tun lagi.

      Akhir sekali Tun berkata “Saya akan terus bersuara untuk bumiputera dan melayu, jika mereka kata saya rasis Ya saya akan kata saya rasis”.

      Petikan ucapannya dgn NGO Melayu pada 26/7/13. TNB - Tumbangkan Najib Bacul.....!

      Delete
    2. IMalaysia.....my foot...!! Gejala dan pergolakan yg terjadi sekarang adalah gara-gara konsep songsang 1Malaysia yg ada persemaan dgn konsep PAP/DAP Malaysian Malaysia.

      Rakyat bawahan sekarang banyak membicarakan TNB........TUMBANGKAN NAJIB BACUL...!!

      Delete
    3. The root of all these disgusting problems is ...... poor administration and leadership, originally stemmed by The Sleeping PM (Dollah Badawi) and consecutively followed up by The Lame Duck PM (Najib); upon the advice of the young liberals such as KJ, Omar Ong, Kalimullah etc... and support by the Team B leadership of Musa Hitam and Shahrir Samad.

      Punca semua masalah yg terjadi adalah akibat dari pentadbiran dan kepimpinan lemah bermula dari PM yg kuat tidur (Dollah Badawi) dan diikuti oleh PM yg lembik (Najib); atas nasihat orang muda liberal spt KJ, Omar Ong, Kalimullah dll.... serta disokong oleh bekas pemimpin Team B Musa Hitam & Shahrir Samad.

      Delete
    4. Berkaitan ucapan Tun M dgn NGO Melayu pada 26/7/13, nampak seperti tidak ada keikhlasan pada pendirian Tun M. Pada suatu ketika dia meminta semua ahli UMNO mengekalkan Najib dgn tidak dipertandingkan jawatan tertinggi no1 & no2 dlm UMNO pada PAU hujung tahun nanti. Pada masa lain pula, dia mengadakan sesi untuk menghentam Najib, seolah-olah meminta ahli2 UMNO menolak Najib. Tindak tanduk seumpama ini nyata akan lebih memecah belahkan UMNO. Dalam keadaan UMNO terpecah belah inilah, Datuk Mukhriz akan diketengahkan sebagai orang yg akan jadi hero untuk pulihkan keadaan dan satukan semula UMNO.

      Jangan lupa apa yg terjadi dlm pemilihan agung UMNO tahun 1988, penyingkiran Anwar 1998, Tun M keluar UMNO 2008 dan ada satu percaturan baru sdg dibuat untuk tahun 2018!

      Delete
    5. Najib dah berbelanja ratusan juta untuk kempen 1Malaysia. Adakah cina & keling sokong najib pada PRU 13? Malah keling & india makin menjadi-jadi dgn sikap biadap & kurang ajar mereka terhadap bangsa & ugama kita. Konsep 1Malaysia memang gagal. Sampai kini tak ada satu manfaat pun terlihat dari 1Malaysia Najib. Cina dgn sekolah cina dia... apa dia hormat dgn sistem pembelajaran kerajaan?

      TNB .. .. .. Tibai Najib Bahlol.
      TNB .. .. .. Tumbangkan Najib Bacol.

      Delete
    6. apa bukti yg ko ada kata najib berbelanja ratusan juta untuk kempen satu malaysia????mana bukti nyer?yg bahlol bukan najib tp ko lain kali klu nk berhujag pakai otak bukan nyer pakai kepala lutut...bodoh punyer pencacai pakatan harami....

      Delete
    7. setakat nk pakai tuduh rambang je semua org bioleh buat wei..
      lain kali nk nampak bijak bg bukti..
      lagipun bukti apa korang nk bagi dah benda tu fitnah semata

      Delete
    8. BIASALAH BILA NAJIB BUAT SESUATU PROGRAM UTK RAKYAT ADA AJE FITNAH PIHAK PEMBANGKANG INI AKAN MENUDUH BKN2 PADA NAJIB YG KONONNYA NAJIB TLH MEMBELANJAKAN RATUSAN JUTA DUIT RAKYAT. KENAPALAH PEMBANGKANG NI TAK HBS2 NAK FITNAH NAJIB DGN KES ATLANTUYA.

      Delete
    9. Sejauhmana dan berapa lama agaknya blog2 pro kerajaan dan pro UMNO khususnya dapat bertahan untuk mempertahankan kerajaan yang diungguli UMNO.

      Tidak bertahan bukan kerana pembangkang hebat, tidak juga kerana blogger pro pembangkang yang bagus2, ulasan mereka lebih banyak, logik dan rasional. Mereka juga tidak berdaya tahan, jatuh moral kerana sikap pemimpin UMNO sendiri. Mereka sudah patah dan lemah semangat. Yang segar dan makin galak hidup ialah pengunjung blog yang mengkritik keras UMNO, mereka bersikap menentang pemimpin UMNO kerana UMNO tidak berubah - masih tunduk dan lembik kepada desakan pembangkang.

      Jelasnya blogger pro UMNO dan pengunjungnya yang bertungkus lumus selama ini mempertahankan UMNO tanpa dibayar sesen dua pun kini mula sudah 'fed up' dengan sikap UMNO sendiri, sikap pemimpin yang masih tidah faham2, tak reti bahasa, bodoh sombong dan ada yang masih syok sendiri merasakan rakyat sokong kerajaan sekadar pemimpin pembangkang diburukkan.

      Sudah tentunya 'fed up' datang dengan merujuk kepada sikap Najib sendiri sebagai Presiden UMNO, Presiden BN dan Perdana Menteri Malaysia yang sudah hilang hormat, hilang kuasa, hilang kawalan dan kelihatan tidak konsisten, tidak tegas dan mula 'merapu' dengan ungkapan2 yang hilang kawalan dan maksud. Najib sudah mula menampakkan gohead gostan, flip flop dalam ucapan dan janjinya. Saya sendiri malas mahu merujuk atau membuktikan apa apa sikap tersebut, memadailah kita sudah sering membacanya seperti yang terpapar di semua media sejak dahulu hingga sekarang. semuanya menyakitkan hati dari hari ke sehari.

      Semak bagaimana kerajaan tangani isu Allah, isu Kristian, isu petrol, isu gula, isu harga barang, isu sensitif, isu perkauman, isu projek, isu biasiswa, isu ahli UMNO yang belum mendaftar sebagai pengundi, kegagalan 1Malaysia, isu hak Melayu, isu anwar, isu rsuah, isu video seks, isu Dato T dan banyak lagi dan belum nampak sesuatu yang meyakinkan di hadapan untuk rakyat bergantung harap melainkan kerajaan dilihat lemah dalam pengurusan dan kepimpinan, lembap, berlembut tidak kena tempat, tiada kecekapan dan ketepatan dalam isu keselamtan melainkan dilihat meleret dan tiada kesudahan menyebabkan rakyat makin gelisah dan bertanya tanya. Ditambah pula dengan Ketua Pemuda UMNO yang hilang arah perjuangan.

      Tidak ada gunanya sesiapa pun mempertahankan kerajaan hari ini kalau kerajaan sendiri dilihat sukar berubah, tidak mahu berubah dan paling minimum, tidak 'mendengar' pun.



      Delete
  9. Apa lagi,mintalah Najib ambil tindakan undang-undang,jangan diam membisu,kemudian marah kepada persepsi rakyat.Apakah Najib sengaja mendiamkan diri untuk menjadikan rakyat marah dan menolak Umno/BN?.Mungkinkah Najib memang suka persepsi negetif rakyat terhadap beliau dan kemudian nya rakyat menterjemahkan kebencian tersebut kepada kertas undi ,menolak Umno/BN?.Daripada bersungguh-sungguh menangani fitnah,Najib lebih selesa membuang ISA yg menjadi senjata keselamatan negara,apakah kerana Najib dan Anwar memang berkerjasama utk menjadikan Malaysia sebuah negara liberal?.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tepat - On The Dot - Najib lebih selesa membuang ISA yg menjadi senjata keselamatan negara. Najib dan Anwar memang berkerjasama utk menjadikan Malaysia sebuah negara liberal.

      Delete
  10. PANAS BERAPI! KEBENARAN TENTANG SCORPENE YANG AKAN MEMBUATKAN PEMIMPIN PAKATAN HILANG KEMALUAN!

    ----------------------------------

    Mudah-mudahan scorpene ini boleh menyelam dan timbul kembali.

    ReplyDelete
  11. Sampai matilah sorang.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...skorpen sengaja diburuk burukkan kerana mungkin negara jiran jiran kita merasa jeles/tergugat/tercabar/irihati/sakit hati/busuk hati kerana dowang blom memiliki senjata tercanggih dikawasan ini....haku adew terbace di satu blog military of malaysia kecanggihan kebabom n pilot2 tudm yg melatopsss....dowang2 yg duk melalak tuh mmg tidak sayangkan tanah air sendiwi...patut digubal satu akta sesaper yg merendah2kan/memburuk2kan negara/raja/anggota keselamatan maka otometik kewarganegaraan terlucut dgn sendirinyer....setuju idak...deme yg duk ngadap lepi
    nih bknnyer xleh nk carik blogger keselamatan....taip jer...jgn taip yg xdeq pekdah...yg pekdah melambak lambak....duk nk cayer org yg busuk ati watpew...err..pose...pose..pose....

    ReplyDelete
  13. Jasbir Singh Chahl banyak ada masyuuk ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kepala but#%& lu la....kalau hotak dh pikir benda masyukkk dn asyik buat benda harammm, ini lah yang lu selalu pikir!!!..nama pun tk berani tulis....pengecut macam geng pr yg lain!!!

      Delete
  14. Sebelum pru buka main galak pemimpin pakatan dia pencacainya mainkan isu ni semata mata nak menimbulkan pemandangan buruk kepada kerajaan. Sehinggakan dibawa ke semua ceramah mereka tiap malam, sekarang semuanya dah terbukti, nak tanya pada pencacai PAS.. Tak rasa berdosa ke fitnah saudara islam kamu sendiri?

    ReplyDelete
  15. Pembangkang ambil 100 tahun untuk bongkarkan hal ini pun masih tidak cukup untuk membuktikan adanya penyelewengan dalam scorpene. Pembangkang hanya nak tunggang popularity dalam semua isu yang membabitkan BN semata - mata menfitnah untuk mendapatkan nama buruk dan mengakibatkan undi hilang dalam masa yang akan datang. Cukuplah pembangkang Oi orang dah tidak beli dah cerita berikut.

    ReplyDelete
  16. Nama pun suaram..suara haram..org dah nak habis puasa ni spatutnya sbuk cari pahala, buat amal ibadat...ini fitnah yang diorng makan masa buka puasa..cuba korang fikir baik2, kenapa isu altantuya sering dgnakan oleh pmbgkang?? Sbabnya mreka melihat yang hnya isu ni yang blh buat reputasi najib merudum, satu isu lagi ialah rosmah...kalau hari tu mreka asyik kecoh nak lagakan najib dgn muhyidin tp xblh sbb smua ahli umno mnyokong gndingan najib dan muhyidin..maka trpksa lah diorng brbalik pada isu altantuya...satu hal korang kena paham yg mentaliti pencacai2 PR ni mreka suka dgr cerita, betul ke tak betul ke itu blakang cerita..yg pntg cerita bruk tu mmg mreka akn prcya sbab apa, sbab kpala otak mreka dah biol, hati dah buta smpai tak blh nak bezakan haq dengan yang batil...kau pkir logik la, xkn nak beli bnda yang berjuta2 tu dia nak pkai pelacur jadi jurubahasa...bdoh pnya macai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl tu don melayu suara haram mana reti nak cari pahala dlm bulan pose ni, asyik kecoh nak lagakan org aje kerjanya. takutlah sikit dgn dosa bila memfitnah org ni terutama sekali dgn PM kita ni. di mana perginya nilai2 murni sebagai seorang muslim.

      Delete
  17. Nama pun suaram..suara haram..org dah nak habis puasa ni spatutnya sbuk cari pahala, buat amal ibadat...ini fitnah yang diorng makan masa buka puasa..cuba korang fikir baik2, kenapa isu altantuya sering dgnakan oleh pmbgkang?? Sbabnya mreka melihat yang hnya isu ni yang blh buat reputasi najib merudum, satu isu lagi ialah rosmah...kalau hari tu mreka asyik kecoh nak lagakan najib dgn muhyidin tp xblh sbb smua ahli umno mnyokong gndingan najib dan muhyidin..maka trpksa lah diorng brbalik pada isu altantuya...satu hal korang kena paham yg mentaliti pencacai2 PR ni mreka suka dgr cerita, betul ke tak betul ke itu blakang cerita..yg pntg cerita bruk tu mmg mreka akn prcya sbab apa, sbab kpala otak mreka dah biol, hati dah buta smpai tak blh nak bezakan haq dengan yang batil...kau pkir logik la, xkn nak beli bnda yang berjuta2 tu dia nak pkai pelacur jadi jurubahasa...bdoh pnya macai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macai Pakatan kencing rakyat hati mereka sudah gelap. Sudah susah untuk digilap.. bila nafsu serakah gila kuasa menguasai pemimpin mereka, mereka akan terima bulat-bulat tanpa memikirkan betul dan salah apa yang pemimpin mereka lakukan.

      Delete
  18. xxxLUCKY....MURAH REZEKIxxx

    ReplyDelete
  19. bulan2 pose lebih baik la korang pergi buat amal ibadat nak2 10 malam terakhir..wahai PAS xtakut plak korang menabur fitnah dan mengungkit cerita yg tanpa bukti berkali kali..
    pembangkang dh mula cerita ngarut depa...
    rasanya isu nie dh basi dan dah dapat pun jawapan so???

    ReplyDelete
  20. pakatan mana ada takut dosa punya org, ikut suka hati mereka aje nak tabur fitnah kpd najib dan rosmah. kalau sekadar cite fitnah tanpa bukti yg sahih rasanya isu ini dah basi dan rakyat juga dah tahu akan kebenarannya.

    ReplyDelete
  21. kenapa cina dan india naik kepala bukankah itu kerana org melayu kita sendiri punya pasal sebab berpecah belah dgn kaum sendiri, mcm mana kaum lain nak respect dgn kita sesama sendiri dok menikam dari belakang. bagi akulah kalau kita org melayu bersatu takde bangsa lain yg berani nak melawan koita punya ini tidak bangsa melayu lagi nak jatuhkan najib plak.

    ReplyDelete
  22. SUARAM dengan kerja memfitnah di bulan puasa tanpa bukti yang kukuh dan terang lagi bersuluh PM dan Datin tidak terlibat dengan kes altantunya. Pihak Rafizi di bawah pakatan harami hanya bercakap tanpa fakta. Sesuai dengan bendera Parti Kencing Rakyat yang melambangkan mata satu dajal. Sungguh jahat agenda mereka walaupun di bulan puasa. Parti kencing rakyat bukannya ingin membantu rakyat tetapi kencing rakyat. Rakyat terpedaya dengan tipu helah Parti Kencing Rakyat yang hanya memperjuangkan pemimpin mereka yang gilakan kuasa. Manakala PAS pula hanya menggunakan nama Islam untuk kepentingan politik mereka sahaja. Mereka tidak takut dengan fitnah yang mereka lemparkan.

    ReplyDelete
  23. Mungkin Najib sudah dapat elak satu dakyah & fitnah oleh pembangkang berkaitan Scorpene & Altantuya, tapi kini datang pula bertubi-tubi kritikan, serangan, kutukan dan fitnah dari dalaman UMNO sendiri.
    Pembangkang tak payah buat kerja teruklah nak tumbangkan Najib, geng2 UMNO sendiri yg akan tolong buat.
    Hai .. nasib ngko lah Najib ...
    Syabbas Aotaman, Repentry, Mohamad Norasionalis & the gang!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musuh dlm selimut mcm gini lebih bahaya! Ingat sejarah Raja Mandeliar & Si Kitol yg menyebabkan Melaka hancur? Inilah bakal2 pengganti Mandeliar & Kitol yg akan hancurkan UMNO! Musuh luar mmg nyata musuh, apa muslihat mereka pun senang ditangkis, tapi musuh dalaman mcm gini boleh bawa pengaruh yg tak baik dan menimbulkan pecah belah dlm UMNO.
      Singkirkan Aotaman The Mad, Repentry Cap Sulu, Mohamad Norasionalis & the gang!

      Delete
  24. bale betul la,pakatan x abis2 nk menabur fitnah.
    bln2 pose pun nak buat fitnah lg,bukti xde tp cerite kencang.
    xabis2 dengan komplot nak jatuhkan najib,bertaubat la wei.
    bende ni isu dah lapuk lg geng pakatan nak spin cerite ni,bende ni pun dah trjawab.
    dasar manusia sial yg lahanat,manusia hipokrit yg kafir

    ReplyDelete
  25. SELAGI BULAN PUASA MASA ADA, TABUR FITNAH MERATA-RATA, BAGAIKAN DI ATAS PUSARA, NANTI NESCARAY DAPAT BANYAK PAHALA SONGSANG!!!

    ReplyDelete
  26. Org Melayu 100% ciptaan Yang Maha Kuasa, Org Bukan Melayu 100% ciptaan Ultraman. Patut dicipta saja Org Melayu di Dunia ni, tidak payah ada diversiti dari segi ras dan latar belakang, one size from beginning till end, barulah interesting. Tak payah gaduh2, berlainan pikiran, pendapat dan citarasa. Biar semua bunga dlm dunia ni Orkid saja, barulah syok, tiada perbezaan, semuanye sama saja, no differentiation. Biar semua makanan mee goreng saja, nothing else dlm dunia ini, barulah best, one meal fits all. Biar saja Melayu, barulah best

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah semuanya melayu, hilang seri dunia ni

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!