APA CERITA UMNO SELANGOR NI? NOH OMAR NAK JADI MACAM SULTAN KIRAM KE?

Pening pula melihatkan gelagat dan kisahnya dalam UMNO Selangor....

Setelah UMNO-BN kalah teruk pada PRU 13, terutamanya diperingkat DUN dimana daripada 22 kerusi yang pernah dimenangi oleh calon calon BN pada PRU 2008, kini hanya tinggal 12 sahaja, semakin meruyup dan merudum!

Natijahnya kita telah disajikan dengan suatu berita yang menggembiran bekas Menteri Pertanian yang masih kekal menang di Parlimen Tanjung Karang, Yb Dato Sri Noh Omar. Iya, walaupun UMNO-BN kalah teruk di Selangor, namun Noh tetap dapat "naik pangkat".
Mengikut laporan Berita Harian bertarikh 25hb Jun 2013, YAB Dato Sri Najib sudah bersetuju dan akan membuat pengumuman rasmi perlantikan tersebut pada hari Jumaat 28hb Jun 2013. Malangnya sehingga ke saat ini, masih belum ada sebarang pengumuman rasmi....

Maka tidak terkejutlah apabila beberapa pimpinan UMNO Selangor masih terkeliru untuk mendongak keatas dan memperakui siapakah pemimpin mereka yang sebenar....

Malah, ada juga yang mempersoalkan mengenai arahan arahan yang sedang dikeluarkan... Apakah mereka yang kini 'claim' berjawatan benar benar sah..?

Sebagai contoh, lihat sms dibawah ini....

Ianya telah diedarkan oleh bekas ADUN Batang Kali, Mohd Isa Abu Kassim. Mesej yang dikirim dan diedarkan menyatakan Isa sebagai Setiauasaha Kerja kepada Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Dato Sri Noh Omar...
30hb Jun 2013 Noh Omar adalah PENGERUSI Perhubungan UMNO Negeri Selangor... Buktinya lihat mesej diatas yang dicipta oleh Isa Abu Kassim.

Dua hari selepas itu, pada 2 Julai 2013, Noh Omar turun pangkat menjadi TIMBALAN Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.... Lihat banner program dibawah ini!
Anda mahu tahu kenapa semakin huru hara gelagat dalam UMNO Selangor...? Jawapannya untuk anda ketahui ada di SINI
 
HOUSE PK: Aisehman brader, takkan la Noh nak jadi macam Sultan Kiram tu? Nak lantik diri dia sendiri sebagai Pengerusi Perhubungan? Biar betul ni? Apa sapa-sapa nak jelaskan ke?
 
Sumber cerita ini aku petik dari blog MIK

22 Responses to "APA CERITA UMNO SELANGOR NI? NOH OMAR NAK JADI MACAM SULTAN KIRAM KE? "

  1. Aku tak paham betul la diorang nih! Diorang ni nak merasa memerintah Selangor lagi di masa depan atau tak? Masing2 berperangai bangang je aku tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori la beb, kalau dah bangang memang x leh buat apa dah! Rakyat makin selesa dengan PR...korang bolehlah terus nyanyi sayangi Selangor samapai PRU14...

      Delete
    2. Bukan sampai PRU14 ... sampai kiamat ..

      Delete
    3. Bercakar ke tak bercakar ke ... berebut ke tak berebut ke ... bertanding ke tak bertanding ke ... UMNO Selangor akan terus tersungkur ... tiada lagi jalan kembali ...

      Delete
    4. UMNO hanya masih dapat hidup di kawasan gigi2 pantai ... dgn bantuan mat2 jawa dan mat2 banjar pesawah dan nelayan ... yg masih mudah untuk diperbodohkan .. itu pun hidup dlm keadaan separuh nyawa ...
      Namun mat2 jawa dan mat2 banjar ini sudah ramai yg makin cerdik dan sedar, tidak boleh terus diperbodohkan selama-lama ... mereka skrg dlm proses nak menyediakan tapak perkuburan baru untuk UMNO di sepanjang gigi2 pantai Selangor itu ... kita nanti shj PRU14 nanti ...

      Delete
    5. Mat Noh! Kau ni, aku rasa tak akan mampu bertahan lama di Tjg Karang tu ... PRU14 nanti belum tentu nama kau akan ada lagi dlm senarai calon BN ... ada baiknya ko masuk saja PKR ... satu jaminan masa hadapan ko yg sangat pasti ...

      Delete
  2. Noh tu perasan lebih sbb dia menang dgn majority agak banyak (2 ribu lebih) berbanding calon umno yg lain2 menang kat Selangor ratus2 shj ... pas tu dia mula naik kepalalah nak jual diri, kononnya hebat ... harapkan jawa & banjar tjg karang yg mmg taksub dgn BN ... letak tikus mati jadi calon pun mmg akan menang ... tok sah perasanlah Noh ... kami tahu lu siapa ... kalau ada orang nak kata Noh adalah yg terbaik dlm UMNO Selangor setakat ini ... gua mahu cakap UMNO teruk dan tenat sangat lah ... perumpamaan inggeris ada menyebut "THE LESS WORST AMONG THE WORST IS THE BEST INDEED" ... yg paling kurang buruk di kalangan yg buruk2 adalah yg terbaik sebenarnya ... mcm beli durian 10 biji, semua busuk ... yg sebiji tu, ada seulas boleh dimakan ... yg sebiji tu adalah yg terbaik ... lancau lu Noh ...

    ReplyDelete
  3. Pru13 dulu, BN ... ----> Blaim Najib
    Pru14 nanti, BN ... ---> Bungkuih Noh

    ReplyDelete
  4. Ini ayat terakhir dari komen Papa Gomo dlm blognya terhadap Noh:

    "Buat Umno Selangor, cukup cukuplah memualkan rakyat."

    Nampak tak? Mmg selama ini rakyat Selangor sudah muak dan mual dgn UMNO Selangor ... tlg jgn bagi mereka termuntah atau cirit birit ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita masih menunggu sampai bila pulak rakyat nak jadi mual terhadap UMNO Perak, Tganu dan Kedah .... mudah2an mereka akan dapat belajar dari rakyat Selangor ....

      Delete
  5. Sepak raga buat lipatan
    Permata sinar dalam dakapan
    Mat Noh patut masuk Pakatan.
    Cerah masa depan.

    ReplyDelete
  6. Bersatu la Melayu ...

    ReplyDelete
  7. Selangor yg dah jatuh ke tangan PR tu mmg dah tak boleh nak buat apa dah ... semua orang menyedari hakikat ini ... sesiapa yg nak tampil ke depan sbg teraju dgn harapan dpt mumulihkan UMNO Selangor, tak payah cakap besar dan nak buat temberang lah ... bukti sudah nyata, sdg kan PM, Presiden UMNO sendiri jadi teraju pun UMNO bungkus teruk ... yg ramai2 berebut, game itu, game ini (mcm cakap Papa Gomo) ... bodek membodek, cantas mencantas, silat bersilat ... semua tu nak menangguk di air keruh belaka ... nak cari peluang kaut duit UMNO dan duit kerajaan ... niat & perangai pemimpin2 UMNO ni mmg kita boleh baca punya ... mereka tidak akan berubah ... DULU, KINI & SELAMANYA ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu x pe.... kah kah kah

      Delete
  8. AnonymousJuly 5, 2013 at 9:30 AM

    Anggapan Papa Gomol, rakyat mual dgn UMNO Selangor tu mungkin benar ... tak tahu lah ...
    Tapi yg lebih pasti ialah rakyat Selangor adalah bijak dlm memilih, ... kalau ada banyak benda baik, mereka memilih yg terbaik .... Era 5 tahun yg lalu memperlihatkan corak kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Selangor yg cekap, bersih dan telus telah membuka lebih banyak mata rakyat untuk jadi bijak dlm membuat penilaian ...
    Jika kita kalah, kita perlu melihat kpd kekalahan kita dengan dua cara, iaitu, adakah kerana kita mmg lemah? atau adakah kerana lawan kita mmg hebat? ... kalau nak menang kita kena dan perlu jadi hebat ... Namun dgn ketokohan yg ada ketika ini dlm kepimpinan UMNO Selangor ... jwbnya ialah ... UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI ... jauh panggang dari api ... Kita (UMNO Selangor) mmg ditakdirkan untuk tewas di Selangor ... DULU, KINI & SELAMANYA ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang bijak pandai semua dah berubah ke PR, yang tinggal hanya yg dungu2 masih menyokong umno, itu lah susah sangat sekarang ni nak pilih pemimpin umno yg berwibawa. Nasib umno dah macan tu, nak buat cam ne.

      Delete
  9. Berbincang hal negeri hal negara tak kalah....cerminlah muka tu sikit

    ReplyDelete
  10. BN Selangor dah macam 'brain drain',,,dah takda lagi pemimpin yg berwibawa utk menjadi nakhoda,,walaupun undi Melayu meningkat tapi kita lihat UMNO Selangor umumnya masih jauh tertinggal berbanding dengan PR,,sori to say,,terlalu byk pincang dlm Bahagian.,cuma halusi betui2 kenapa jadi mcm nih,,,tp PR pula tak perlu dabik dada,,dunia boleh pusing 360 degree,,silap haribulan boleh tumbang semula di Selangor,,

    ReplyDelete
  11. Payah mmg payah Umno Selangor hanya bersendirian berhadapan 3 puak daripada 3 parti.

    ReplyDelete
  12. aku tengok orang melayu yang bangang masih hidup lagi dalam ni. dah la share kerusi setengah setengah dengan DAP, tak sedar diri, nak pijak kepala lak orang yang bole solatkan jenazah kamu nanti. kalau lah DAP tu taruk sorang melayu islam yang bole ditarik hedung, PAS PKR pegi MELOPONG LAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nak jd menteri besar. kalau tidak kerana kuasa Allah yg bole memberi izin sultan selangor untuk melantik orang melayu islam yg benar2 jujur, PAS PKR pegi la `yes sir yes sir' kat DAP korang tuh.

    ReplyDelete
  13. Mai Insung MatkajiJuly 6, 2013 at 1:32 AM

    Yang menang dari PR di Selangor adalah berasal dari, Rakyat Tonsan Guangzoa, Tamilnadu, Singapore, Negeri-Negeri Selat (Yang tak beraja). Bilangan asal Jawa, Banjar, Bugis tak berapa kerat. Rakyat Selangor amat berbangga dengan Reformasi ini. PR menolak hak Jawa dan Melayu.

    Selangor adalah tempat politikus cari makan, tabur umpan, menipu & lasi, tangkap kaut, kelenntong dan pelangkong, masyyuuuuk!!! Rakyat Selangor amat berbangga dengan Reformasi ini. Sorak jangan tak sorak walau kampung tergadai tak apa.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!