MESEJ KHAS UNTUK PENGURUSAN PLUS 'HIGHWAY' DARI MB PERAK! MESTI DIBACA

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berharap PLUS Expressway dapat mempercepatkan pembinaan susur keluar dan persimpangan bertingkat yang diubah dari kawasan Taiping ke Gua Tempurung dan Kampar.

“Ianya telah dibangkitkan kepada PLUS dan proses pembinaan di kawasan plaza tol Gua Tempurung telah dipersetujui.

“Pembinaan ini bukan sahaja dapat memudahkan pengguna jalan raya, malah dapat mempromosikan Lata Kinjang, Tapah yang diiktiraf sebagai air terjun tertinggi di Asia Tenggara, “ jelasnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Ipoh.

Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan negeri juga mengemukakan cadangan kepada PLUS untuk menimbang semula satu laluan keluar untuk pengguna yang sukar memasuki Ipoh disebabkan keadaan trafik yang sesak menjelang musim cuti sekolah.

“PLUS harus fikir dan ambil serius perkara ini supaya pengguna-pengguna jalan raya tidak tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.

“Ada juga pengguna yang memasuki tol PLUS terpaksa berpatah balik melalaui alternatif lain seperti Kuala Kangsar untuk masuk dan keluar ke bandar Ipoh disebabkan keadaan trafik yang terpaksa dihadapi,” tambah beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry turut mencadangkan supaya susur keluar dan pembangunan bersepadu Ipoh Sentral dinaiktaraf bagi memudahkan penguna melalui jalan tersebut.

Sumber: Perak Today

HOUSE PK: Come on Plus! U can do it!

11 Responses to "MESEJ KHAS UNTUK PENGURUSAN PLUS 'HIGHWAY' DARI MB PERAK! MESTI DIBACA"

  1. KAH...KAH....KAH...Ini berita yg paling gembira dari akhbar Mamakin.

    ReplyDelete
  2. KERAJAAN AMALKAN DISKRIMINASI

    Betul kata Datok Mohd Noor Abdullah Bekas Hakim Mahkamah Rayuan. Kerajaan tidak adil kepada lain2 etnik minoriti dalam negara. Kerajaan telah mendiskriminasikan mereka. Sekolah Cina ada. Sekolah Tamil ada. Mana Sekolah Dayak ? Mana Sekolah Kadazan ? Mana Sekolah Iban ? Mana Sekolah Dusun ? Mana Sekolah Bajau ? Mana Sekolah Murut ?

    INI KALI LAH. Bumiputra Sabah Sarawak yang telah memenangkan Umno patut desak Najib adakan sekolah seperti yang saya sebut tadi. Kalau dia tak boleh nak adakan, kamu bumiputra Sabah Sarawak desak dia hapuskan sekolah vernakular Cina dan Tamil yang langsung tidak menyumbang untuk perpaduan nasional. INI KALI LAH.. KITA MELAYU DAN BUMIPUTRA SABAH SARAWAK MAHU LIHAT PERUBAHAN. KITA SUDAH SEKIAN LAMA BERDIAM SENDIRI MEMENDAM RASA MELIHAT NAJIB MENGUTAMAKAN ORANG LAIN. THIS TIME NO MORE ....

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tha's more like it! Syabas Tuan Hj. Jika cina diberi sekolah jenis dia, kenapa wujud etnik pribumi (yg sah menyokong Kerajaan)terpinggir? Kesimpulannya......tutup & lenyapkan sekolah vernakular. Ini baru KEADILAN!

      Delete
    2. Najib tak akan dengar dan faham rintihan suara hati orang2 Melayu dan bumiputera, sudah sampai masnya dia berundur ...

      Kita kena giatkann usaha dlm UMNO supaya Najib tidak diberi ruang lagi untuk menjadi teraju ... no 1 perlu diganti ...

      Delete
    3. 3:01pm

      Ini baru KEADILAN!

      Kenapa perkataan keadilan 'in block letter'? Mcm orang tak faham makna perkataan itu.

      Biasanya bila sesuatu perkataan itu 'in parentheses' atau 'in bold' atau 'underlined' atau 'in block' ... ia ada maksud yg lain dari kebiasaannya!

      He he he .... gestapo ala KGB ...

      Delete
  3. Surat tunjuk sebab kpd parpukari

    sdr parpu kebelakangan ini isu yang saudara ketengahkan di blog sudara sudah tidak ada umph lagi, apa pasal???


    ReplyDelete
  4. Orang Melayu harus bersatu .

    ReplyDelete
  5. Saya gemar topik ini. Ini menunjukkan kita orang UMNO bersikap demokratik. Kita bukan Pak Angguk tak bertempat. Bila tak betul, kita sanggah tapi dgn hemah dan kritikan membina(constructive criticism).

    Ayuh teman-teman mari curah idea-idea bernas demi Agama, Bangsa & Negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul.

      Mari ramai2 kita desak Tun M yg minta tiada pertandingan bagi jwtn presiden dlm PAU akan datang bagi mengekalkan Najib supaya beliau menarik balik cadangan itu.

      Sbb pertama, Najib tidak sesuai lagi, sbb kedua, ianya tidak demokratik.

      ..... demi Agama, Bangsa & Negara ...

      Delete
  6. Bagaimana dengan pelaksanaan Lebuhraya Changkat Jering...Terowong Bukit Larut...Anak Kurau...Batu Kurau...Ijok...Selama Perak...Sg. Bayor...Karangan Kedah...Tahun 2013 sudah pertengahan dah niii...Jangan terlupa pulak bila nak di mulakan pembinaan nyer...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!