CILI KASI TARUK! KENAPA PUSAT ZAKAT SANGAT ZALIM? MESTI BACA

Umat Islam seharusnya tidak berhadapan dengan pelbagai masalah berkaitan ekonomi memandangkan Allah Taala sendiri telah menciptakan sistem yang sangat unik menerusi kewajipan pembayaran zakat. Kewajipan bermakna, setiap umat Islam wajib mengeluarkan sebahagian daripada pendapatan, harta mahupun emas perak dan hasil pertanian untuk diagih-agihkan kepada 8 asnaf yang telah dinyatakan secara terang dan bukan bersifat mutasyabihat.

Namun di sebaliknya cekapnya sistem pungutan zakat, pembahagian zakat yang melibatkan pihak baitulmal negeri pula amat daif dan terlalu banyak kerenah birokrasinya. Sehinggakan terpaksa pula ditahkikkan menerusi fatwa bagi memenuhi keperluan 8 asnaf yang telah dinyatakan.

Dari tahun demi tahun, masalah umat Islam yang memerlukan bantuan, kerap kali ditimbulkan dan didedahkan oleh media. Secara tidak langsung dari segi persepsinya, umat Islam merupakan umat yang paling daif dan sentiasa terpinggir daripada sebarang bantuan.

Walhal Allah Taala telah memberikan keistimewaan yang luar biasa kepada umat Islam menerusi sistem zakat.

Masalah sebenar sistem zakat di negara ini adalah pengagihan. Dan sehingga kini, masalah tersebut tidak pernah diselesaikan oleh pihak berkuasa dengan kaedah sebaik-baiknya.

Berdasarkan pengalaman penulis, bantuan yang dipohon dari pusat zakat untuk golongan fakir miskin, tidaklah semudah sepertimana yang diterangkan oleh Allah Taala dan diajarkan oleh Nabi s.a.w. Sebaliknya pusat zakat menerusi pegawai-pegawai yang diamanahkan, meletakkan pelbagai syarat yang aneh-aneh untuk wang zakat dikeluarkan bagi golongan berkenaan.

Dalam satu kes melibatkan seorang ibu tunggal yang mempunyai tiga orang anak di mana salah seorang anaknya yang berusia lima tahun, tidak sahaja menghidapi penyakit jantung berlubang, bahkan telah diliwat dan dirogol oleh manusia berhati Iblis yang diamanahkan untuk menjaganya. Sudahlah terlalu liat untuk pusat zakat memberikan bantuan, bahkan bantuan yang dipohon untuk membiayai persekolahan anak-anaknya serta permulaan untuk mendapatkan sebuah rumah sewa juga telah ditolak mentah-mentah.

Alasannya, ibu tunggal bersama anak-anaknya itu mempunyai tempat perlindungan atau rumah walhal telah diberitahu bahawa ibu tunggal tersebut menumpang tinggal di rumah ibu bapanya bersama adik-adiknya yang lain. Rumah kecil yang hanya mempunyai dua buah bilik itu dihuni lebih 10 orang telah dijadikan alasan oleh pusat zakat untuk menafikan hak ibu tunggal berkenaan.

Lebih malang lagi ialah apabila ibu tunggal tersebut tidak dapat bekerja memandangkan anaknya yang berusia lima tahun itu, mengalami trauma dan sukar bercampur atau mempercayai orang lain selain ibunya. Sedangkan majikan-majikan yang ingin mengambilnya bekerja pula, tidak memberikan kemudahan kepadanya untuk membawa anak malang tersebut ke tempat kerja dengan alasan, kehadiran anak tersebut akan mengganggu kelancaran tugas si ibu.

Bukan pegawai-pegawai dari pusat zakat yang keluar mencari golongan fakir miskin untuk diserahkan hak mereka daripada bahagian zakat, sebaliknya golongan fakir miskin pula yang terpaksa menyembah dan merayu kepada pegawai-pegawai berkenaan.

Dan terlebih menarik lagi, hanya dengan menerima PENGHADAPAN, pegawai-pegawai pusat zakat berkenaan dengan bijak memberi alasan, 'PERMOHONAN ANDA SEDANG DIPERTIMBANG' tanpa sebarang tindakan pro-aktif bagi mempercepatkan dan mempermudahkan permohonan golongan berkenaan.

Timbul tanda tanya, apakah sebenarnya zakat? Untuk apakah wang zakat yang dikutip apabila cukup haul dan hisabnya? Adakah wang zakat tersebut dipergunakan untuk perniagaan atau sebenarnya, wang zakat tersebut digunakan untuk bermegah-megah dan kemudian menyusahkan kaum fakir dan miskin serta golongan yang amat memerlukan bantuan daripada sistem yang Allah Taala sendiri ciptakan?

Sudah sampai masanya, pusat-pusat zakat serta pihak berkuasa agama, memperincikan dan mengkaji semula kaedah serta sistem yang digunapakai sekarang. Selagi mana wujud umat Islam yang faqir miskin dan tidak menerima wang zakat, fungsi pusat-pusat zakat serta pegawai-pegawai yang diberi pendapatan daripada zakat, perlu dikaji semula.

Anehnya, di pusat-pusat zakat, cukup ramai kakitangan yang sangat pandai bercakap tentang hukum hudud dan negara Islam!!!

House PK: Ini aku petik dari Flying kickers. Aku dah tak boleh tahan dengan birokrasi dari Pusat Zakat ni. Sepatutnya mereka tolong orang islam yang kedaifan tapi sekarang ni nampaknya tak berlaku. Insya'allah aku dan kengkawan lain akan cuba korek habis-habisan mengenai perkara ini.

60 Responses to "CILI KASI TARUK! KENAPA PUSAT ZAKAT SANGAT ZALIM? MESTI BACA"

  1. jangan pelik urusan menolong orang susah dan 8 asnaf tu jadi mudah bila Dap perintah..

    itu lah realitinya...bila hilang kuasa, segalanya dah terlambat.

    gen2felda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah bayar zakat melalui pusat zakat
      boikot pusat zakat
      kita boleh berzakat by hand kepada fakir miskin@yang layak

      aku dah lama tak bayar zakat fitrah kepada jabatan agama islam

      Delete
    2. Setuju,

      pusat zakat ni urus zakat main-main, itu belum masuk hal duit zakat yang hilang dalam 'pelaburan' yang tidak cekap...

      Amanah besar tu pun buat main-main...hampir semua yang bekerja di Pusat Zakat ni lulusan sekolah agama, banyak jugalah yang berlatar belakang PAS...tapi bila time buat kerja, HAMPAS.

      Delete
    3. Kena sembah junjung ngan pegawai pegawai zakat yang lancang mulut tu dulu dan kena tahan telinga dengan bertan tan caci maki cemuhan baru dapat tu pun seciput alasan banyak lagi orang yang nak duit free ni katanya..tengok keadaan lah siapa yang minta kan..ibu tunggal dengan 7 anak yang nak makan dengan seorang pelajar (anak orang ada ada) yang nak belajor kat tanah arab..keputusannya si pelajar dapat banyak sebab bapanya orang ada ada berbanding si ibu tunggal yang ditinggal laki yang berkahwin muda cuma kena tunggu surat rasmi yang mengatakan dia bebenor ibu tunggal berapa lama dia kena tunggu?..dan satu lagi kalau ibu tunggal tu kaya tidak dia tertunggu tunggu dipejabat zakat?..kekadang pegawai zakat ni dengki sangat macamlah duit zakat tu makbapak dia yang punya..tanya pegawai zakat berapa banyak ahli keluarga, kaun kerabat yang senang lenang dapat duit zakat..ingat Allah melihat tindak tanduk anda berkhidmatlah dengan jujur..

      Delete
  2. Baik sekali pendedahan begini.

    Korek jangan lupa korek juga di Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Sarawak lagi la sedih..duit kutipan zakat yg dibayar rakyat, telah digunakan utk bermegah2 membina bangunan puluhan tingkat..kononnya pusat Islam. siap ADA KFC! Makin Rancak la pemuda pemudi melepak buat maksiat..sedangkan kesusahan dikalangan rakyat Sarawak yg Muslim diabaikan terang2an..

      Delete
  3. Wang zakat tu bukan hak dia. Bila minta bayar zakat cukup hebat di warwarkan bila
    nak bagi pada asnaf cukup liat.

    ReplyDelete
  4. Memang betul pun, kedai rakan aku terbakar, aku cuba telefon baitulmal minta tolong punya la susah, sekejap dia transfer ke tempat lain, byk kali call x angkat, bila tanya kwn aku dia ckp dia dh call, dia rasa mcm jadi peminta sedekah bila berurusan dgn baitulmal, last2 give up beb.

    ReplyDelete
  5. pasal apa ssh sangat ppz nie nak menolong org??? ke dah ada org dlm kat ppz tue yg cuba menggelapkan wang demi kepentingan diri sendiri?????

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak bedah ni tak baiklah kata mcm tu dgn PPZ ...

      Maklumat ni pun PK amik dari Flying Kickers, bukan dia cari sendiri ...

      Kakak tak pernah baca ke ppz & bailtul mal bagi derma hampir RM100K dekat sdr Jamil Khir ... buat renovate bungalow?



      Delete
    2. Sonoknya wat fitnah....xpela ...lgpon org PAS /pakatan aka palatan dah konpom masok syorga...per kata sblm laju jer lidah n jari memfitnah org len jengok2 dulu dalam kain pakatan...byk x 'kudis n kurap'??????

      Delete
  6. ke dah ada pihak ketiga yg nampak ppz nie sebgai tempat nak mengaut keuntungan sbb org ramai x ambik tahu pasal selok belok pentadbiran ppz nie?????

    ReplyDelete
  7. Pusat zakat kau biarlah berfikir macam syadina omar. Cari siapa yang msikin bukan duk pejabat tunggu orang miskin datang. Orang miskin nak gi pejabat mu pun takut dan malu. Tapi kalau kat budak ipt mu beri 3/4k setahun. Kat Dr mu nak bagi suruh buat Dr pakar. Betullah ada asnaf tapi mana yg lebih penting dan utama. Mu ni teruk betullah. Bukalah tempat memohon zakat kat pasar payang ke atau kat masjid putih. Sebab ramai orang miskin kat situ. Kalau masjid muhammadi tu penuh dengan orang miskin minta sedekah. Edarlah borang zakat kat situ. Gantung label aku pegawai zakat. Kalau masa bulan puasa penuh dengan meja kutipan zakat sampai kat supermarket dan pasar semua ada. Buka lah meja memohon zakat pula. Bila orang Islam.nak.maju kalau kerja sambil lewa je. Pengarah sedap je duduk kat pejabat berkerusi empuk dalam.aircond. Ke nak tunggu dia orang ambil zakat kat gereja pula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju bro.... masalah yg keje kat situ tue bukannya x pandai.. siap ada phd lg tue... takkan x leh nak fikir....

      Delete
    2. org miskin kdg2 duit tambang nak pegi pusat zakat pun xde....kalau nak nak kutip zakat merata-rata boleh pegi.....drive tru pun ade....sana-sini buka meja kutip zakat......nak minta punya la susah.....bukan saje2 nak mintak....memang dah terdesak.....nak daftarlah....nak bancilah...itu inilah....dah tergolek pun belum tentu dapat......ntahlah....

      Delete
  8. susah nak dptkan bantuan dr pusat zakat sbb...kos penyediaan dan pengurusan pusat zakat sgt tinggi...perabut kena tukar selalu , baju koperat , komputer , 4x4 , van , mesyuarat , gaji , dll.

    lagi 1 , pengurusan pusat zakat fikir dia org tu macam pengurusan bank...penerima zakat adalah peminjam..

    ReplyDelete
  9. Aku bersetuju biar ada satu badan pemerhati yang menilai pergerakan dan pentadbiran ppz ini. Banyak kepincangan yang dikatakan terutama dari umat Islam yang amat memerlukan bantuan dari zakat. Aku tidak mahu menuduh melulu. Tapi yang aku nampak jelas, ada yang tidak kena somewhere kerana pernah aku kenal rapat dengan seorang pegawai zakat yang hidup begitu mewah dengan beberapa rumah dikawasan elit, berkereta mewah dan beristeri 3. Dan dia tidak pernah menafikan bahawa usahanya adalah memungut zakat korporat.

    Jika usaha memungut zakat itu satu usaha yang amat menguntungkan, dan dapat membina kekayaan untuk orang-orang tertentu, tentu terjadinya ketidakadilan didalam pengurusan tersebut. Munkin satu transformasi diPPZ diperlukan, dan menteri berkenaan perlu dikejutkan dari lena atau mimpi di Tabung Haji dan musabaqah Al-Quran sahaja.

    ReplyDelete
  10. TOLONG TUKAR NAMA PUSAT PUNGUTAN ZAKAT KEPADA PUSAT SERAH ZAKAT. selagi tak tukar, staf PPZ ni cakap tugas aku kutip je bukan serah zakat. so tak heran lah kalo org asnaf malu nak minta duit kat PPZ. lebih senang minta kat gereja sebab PPZ fail. Setahun dapat beratus juta, nak bagi 200 ringgit pun kedekut. CILAKA PUNYA PPZ.

    ReplyDelete
  11. org pas yg banyak dok pusat zakat x reti buat kerje... kpi pusat zakat patutnye ialah zero setiap tahun dgn wang zakat pantas diagihkan sebaik dipungut

    ReplyDelete

  12. puncanya adalah disebabkan pengagihan yang salah asnaf dan keutamaan.yang fakir dan yang miskin tidak didahulukan.

    ReplyDelete
  13. sy mualaf dah 10 thun mmluk islam.. baru 2 thun duk slangor n msuk klas ngaji tuk mualaf.. sy dpingirkn kluarga n dah 2 thun mnjanda.. skrg dok umah baitul salam yg disediakn oleh mais.. dah cuba mmohon bantuan asnaf tp msih lom ada apa2 tindak blas.. mgkn x sy x layak?

    ReplyDelete
  14. sy mualaf dah 10 thun mmluk islam.. baru 2 thun duk slangor n msuk klas ngaji tuk mualaf.. sy dpingirkn kluarga n dah 2 thun mnjanda.. skrg dok umah baitul salam yg disediakn oleh mais.. dah cuba mmohon bantuan asnaf tp msih lom ada apa2 tindak blas.. mgkn x sy x layak?

    ReplyDelete
  15. Kpi pusat zakat sepatutnya mesti habis duit zakat yg di kutip, kalau beratus juta lagi dalam simpanan kau bawaklah masuk neraka ptuihhhh

    ReplyDelete
  16. Inilah mentaliti kakitangan kerajaan termasuk institusi pembiayaan kerajaan seperti PUNB,SME Corp dan SME Bank.Kita kena menyembah mereka bagaikan meminta duit mak bapak mereka. Tapi kalau bank2 swasta,dengan mudah kita dapat pembiayaan dan mereka pula yang menyembah kita supaya mendapatkan perkhidmatan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju sangat sebab setiap kali aku ke pasar raya banyak pengawai pegawai bank nak rekomen aku pinjaman kereta, rumah, kredit kad, insurans dan macam macam lagi. Kadang kadang sampai aku nak rehat pun tak senang sebab mereka asyik membujuk aku nak bagi duit bank mereka. Tapi si anak haram pusat zakat ni nak kita sembah dan pujuk rayu mereka dulu, ptuiih!!!

      Delete
  17. Kita boleh gah PPZ kutip zakat beratus juta RM setiap tahun.Tapi kita langsung tak gah berapa banyak wang zakat telah dikeluarkan untuk selamatkan kategori asnaf ini.Semua orang tahu,miskin tegar memang minimum,tapi miskin relatif jumlahnya besar.Contohnya,seorang pemandu teksi yang hanya berpendapatan sebulan maksimum RM4000.Tetapi oleh kerana anaknya 6 orang dan bermasih sekolah&bayar sewa rumah dan isteri surirumah sepenuh masa,adakah dia tak layak terima wang zakat?Sudah sampai masanya,PPZ mengkaji semula mekanisma yang paling efektif dalam menyelesaikan isu ini.Suatu perkara yang mengelirukan antara peranan PPZ dan Baitumal,,pegawai2 PPZ@Baitumal sepatutnya turun padang cari golongan2 ini,bukannya golongan pergi menyembah pegawai2 ini diperjabat...

    ReplyDelete
  18. Sgt setuju dgn kenyataan yg pegawai dipusat zakatlah yg perlu keluar mencari asnaf yg layak yg kebanyakanny fakir miskin yg tidak faham prosedur utk dibantu. Bukan fakir miskin ini yg kekadang tidak tahu menulis membaca yg perlu dtg memohon bantuan.

    ReplyDelete
  19. Parpu, bukan Flying kickers tapi The Flying Kick. Selain ko parpu, itu blog kegemaran aku tu...nanti ko kena flying kick baru ko tau. Aku tak kisah kalau ko kena flying kick...yang aku takut kalau kak bedah jentik telur ko sampai hancur.

    ReplyDelete
  20. Beberapa bulan dulu saya ada pergi kepusat zakat Wilayah Persekutuan yang terletak berdekatan Chow Kit . Ramai saya lihat yang memohon bantuan terutama nya pelajar pelajar .

    ReplyDelete
  21. PPZ ini jika pengagihannya adalah mengikut lunas-lunas Islam ramai org akan pelok Islam. PPZ tidak sepatutnya bergerak seperti bank apabila melayani pemohon yg didalam kesusahan. Istilah rugi tidak sepatutnya timbul kerana kami pembayar zakat tidak pernah menabung didalam PPZ.

    Mungkin sudAH SAMPAI MASANYA kita ajar PPZ ni. Kita akan hanya bayar kpd pusat zakat yg tidak "kedekut". PPZ yg kedekut tu kita biarkan shj biar mereka berakal sedikit. Kita patut pantau mereka ini, sebarang permohonan yg mereka reject harus di war-warkan kpd org ramai utk kita "boikot" pusat zakat yg telah dikenal pasti itu. Kita hanya akan bayar zakat kpd pusat zakat yg benar-benar bolih bantu orang susah.

    Macamana semua setuju tak?

    ReplyDelete
  22. Angin 10.05 sempat x nnti minta maaf pd Jamil Khir atas fitnah anda, isu ni dah lama diperjelaskan secara detail, masalah melayu lebih suka mengata dr membaca

    ReplyDelete
  23. Yup jamil khir dh terang seterang nye.. Jgn buat fitnah bro

    ReplyDelete
  24. Zakat juta2 tp tak tau kemana perginya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kuching Sarawak kiteorg muslim tau duit berjuta2 zakat rakyat dah convert jadi bangunan puluhan tingkat..

      Delete
  25. PKZ phg pula...ada sorang pegawai yg bertugas di PKZ kerjanya asik bertazkirah dan
    ceramah di mesjid2..tajuk seminggu sbelum PRU "memelih pemimpin cara Islam"..kami ingatkan sebagai pegawai kutipan zakat dapat memperjelaskan cara2 mengeluarkan zakat..ustaz ni lebih kpd berpolitik mengehetam kerajaan...ustaz ni mugkin jg makan gaji buta...lari dri amanah...kerja sambilannya pula mencari orang tuk pergi umrah...dapat 10 orang ,..dah tetu ustaz ni dapat tambang free...dlm mesjid hentam kerajaan kaw-kaw...tu pasal temerloh terlepas ketangan PAS ..berpolitik atas nama ISLAM....

    ReplyDelete
  26. wang zakat ni tak cukup utk membantu. Sebab tu lah gunanya kita jgn racist dgn Cina. Kerajaan mengaut berbillion ringgit dpd cukai syarikat2 Cina. Inilah masanya kita meminta bantuan dpd Cina. Melutut, tundukkan kepala, hulurkan tangan kpd Cina untuk meminta bantuan kewangan. Biar merendah diri, sbb ular yg menyusur akar tidak akan hilang bisanya.

    Sambutlah tangan mereka dgn mesra, moga2 lebih byk bantuan cina akan masuk kocek melayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak hingin haku. Lebih baik memohon dripada Allah dari Cinabeng yg tak sudah sudah menghina Allah dan RasulNya.

      Delete
    2. hoi babi..bile mase plak company cina babi bayar zakat

      Delete
  27. wang zakat nak diniagakan,nak dapat untung pulak atas duit zakat tu.kalau dapat sejuta,sejutalah kena dipulangkan balik kpd yg hak.bukan dok simpan2hantar kad raya pada pembayar zakat.ni tiap2 tahun dpt kad raya dari baitulmal.buat kejadah apa.

    ReplyDelete
  28. apa nk pelik .elokla PUSAT ZAKAT TYKAR NAMA JD PUSAT ZALIM.duit zakat dbeli aset tah apa2..x paham xpaham

    ReplyDelete
  29. Aku dah lama tak cari pusat zakat di mana2 pon. Dah jenoh tengok org lain pulak dah pandai2 *menolong* diri sendiri Tak caya lagi dah.Aku balik kampung tolong yg mana patut dan perlu. DIRECT!!

    ReplyDelete
  30. Masalahnya kerana hampir keseluruhan pusat zakat dikendalikan oleh iblis dan syaitan yang mementingkan kroni serta diri sendiri. Mereka menyusahkan orang yang memohon bantuan zakat dan ibarat langit dengan bumi jika nak dibandingkan dengan amalan dan ajaran Kristian yang lebih mudah menghulurkan bantuan tanpa banyak soal.

    ReplyDelete
  31. Saya berharap semua pusat pungutan zakat negeri2 mengambil pandangan2 yag diberikan secara terbuka demi kelangsungan ugama Islam yang kita cintai yang sangat mengambil berat tentang permasalahan penganutnya. Saya rasa pusat2 zakat sekarang telah memeberi imej yang mengelirukan kepada umum iaitu ianya beroperasi seolah-olah sebuah badan perniagaan beridentiti korporat. Sebagai pembayar zakat saya mencadangkan ketelusan kepada semua pusat2 zakat supaya akaun tahunan yang dipermudahkan dan diaudit oleh pehak2 yang layak hendaklah dihantar kepada setiap pembayar zakat seperti penyata ASB sebagai tanggungjawab kepada pembayar zakat yang perlu tahu kemana WANG ZAKAT YANG DIBAYAR DIBELANJAKAN!

    ReplyDelete
  32. terima la hakikat pusat zakat da jd tempat mengumpul modal utk berniaga agensi berkenaan, dan menegak negara islam dan hukum hudud bg segelintir kakitangannye.. bkn lg tempat mengagihkan zakat kpd yg berhak..
    kalau ade nilai agihannye pon amat ciput.. prosesnye pon amat rumit.. kononnye nk jga amanah la tu..
    ape salahnye bile ade permohonan rujuk aje kpd imam2 dikws pemohon utk sokongan ,seterusnye wakil rakyat..

    ReplyDelete
  33. ramai beruk pas yang jadi jadi kakitangan pusat zakat nie...

    ReplyDelete
  34. Pegawai dan kakitangan PKZ dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri tidak menjalankan amanah yang telah ditetapkan oleh ALLAHswt iaitu mengutip dan mengagihkan zakat kepada 8 asnaf yang telah ditetapkan. Mereka hanya kutip dan simpan dan akhir tahun bila akaun disediakan, mereka berbangga dengan jumlah zakat yang dikutip serta jumlah faedah yang dapat dari bank yang terkumpul berjuta-juta ringgit, saolah-olah mereka adalah agensi yang menjalankan perniagaan pula. Mereka gagal menjalankan amanah yang tersangat penting iaitu memberi dan mengagihkan zakat kepada orang-orang islam yang layak. Kalau ada pun agihan hanya setahun sekali iaitu semasa hari raya Aidil Fitri. Saya ada difahamkan pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam yang yang menerima gaji bulanan sebagai yang ditugaskan menerima pembayaran zakat di Pejabat juga di kira sebagai asnaf dan layak mendapat habuan zakat ini. Betul kah? Jika benar maka mereka ini telah makan apa yang mereka tidak ada hak ke atasnya.

    ReplyDelete
  35. Beli ke China ertinya bayar peluru untuk bunuh kita.

    Macam mana nak kata kita rasis. Dia lagi rasis PRU13. Celako!

    ReplyDelete
  36. Tambah pendapatan Nuffnang? Dah Like page Nuffnanger Malaysia? Jom Like sekarang untuk tambah earnings..

    Senarai Kereta Milik Rosmah atau..

    Nuffnanger Malaysia




    ReplyDelete
  37. Kalau semua jutawan islam reti bayar zakat, dan pusat pungutan zakat pon tahu apa yang patut dibuat pada duit zakat tu.....selesai masalah.K

    ReplyDelete
  38. Projek Semua org dalam dan Cina dapat.

    ReplyDelete
  39. Pusat jagaan orang tua-tua yang dah kaya (Mana tak kaya, dalam 3 tahun beroperasi boleh beli 3 buah rumah dan kereta pun dah ada 5 buah) pun boleh terima bantuan untuk renovate rumah.. orang yg belum ada rumah napa susah sangat nak dapat bantuan???

    ReplyDelete
  40. Kita biasa dengar cerita betapa ada segelintir org-org Melayu berebut-rebut utk menjadi AJK masjid hanya kerana kutipan mingguan yg bernilai ribuan ringgit. Hasil kutipan derma yg sepatutnya mampu utk menolong org ramai yg benar-benar susah telah menjadi tabungan yg perlu mereka pertahankan.

    Saya pernah terlihat dan terdengar dialog AJk masjid utk membayar upah kerja-kerja yg dilakukan olih kontraktor melayu. "ini rumah Allah tau, jgn la caj mahal-mahal kalau bolih bagi free pun lagi baik". Lalu kontraktor melayu tadi menjawab selamba" Kenapa tak cakap begitu kepada kontraktor-kontraktor cina yg pernah membuat kerja-kerja baikpulih yg sama dimasjid itu?". "Lagi pun inikan rumah Allah, dan Allah kan Maha kaya?". Senyap siak masjid itu.

    Jika inilah sikap org melayu Islam kita tidak hairanlah tindakkan pihak Baitul Mal yg terlalu berkira-kira utk mengeluarkan bantuan kewangan, apakah mereka ingat Baitul Mal bolih jatuh bankrap? Mereka ingat duit Baitul Mal ini duit mereka ke?

    Saya berpendapat, sekiranya ada blogger yg berani utk membuat contoh penggagihan yg adil kepada org-org Islam yg memerlukan dana dan sanggup utk update hari-hari berapa kutipan yg sudah diterima dari org ramai dan mampu utk update senarai penerima bantuan yg bolih di periksa hmm... ramai yg akan mahu bayar "zakat" kpd blogger ini sebagai alternatif kpd pihak Baitul Mal yg kedekut itu. Kita semua sebagai "pemerhati akan mencari org-org islam yg memerlukan utk di muat turun kedalam website blogger. Tujuannya adalah utk memberitahu kepada semua akan kedaifan mereka. Apa macam para blogger setuju tak dgn cadangan gua ini????

    Setidak-tidaknya sekiranya perkara ini dapat dilaksanakan pihak Baitul Mal akan rasa terpanggil utk melakukan perkara yg sama ... demi utk memulihkan keyakinan org ramai terhadap ketelusan pihak mereka utk mengeluarkan bantuan dana bantuan...wallahualam.

    ReplyDelete
  41. Aku setuju. Memang kita kena bayar zakat kita kat Pusat zakat. Tapi lihat saje jiran kita yg daif bertahun tahun pun tak dapat pembilaan. Ini kat kelantan yg ditadbirkan oleh kononnya org kuat ugama. Bila kita tanya ustaz dia kata itu kerja pegawai zakat, tak payah risau dekat org miskin kalu kita dah bayar zakat. Rasa geram betul,

    ReplyDelete
  42. Jangan marah.... org PPZ ni banyak kerja....kakitangan lak sikit.ara. mana nak uruskan permohonan yang banyak bebenor. Mana nak gi ceramah yang penuh tersusun dalam jadual. mana nak gi kursus pengurusan kat hotel 5 bintang. mana nak buat lawatan sambil belajar ke luar negara. PPZ pun nak berniaga, tambah dana nak beri pada asnaf. Nak menguruskan duit berjuta ni bukan senang. Kalau awak tak kenal sesiapa dalam ppz, sila lah Q, tunggu dan sabar menunggu.

    ReplyDelete
  43. Ppz memang xguna!ini berdasarkn pengalaman sy sndiri yg merupakn seorang mualaf yg telah lebih had 5thn.org miskin dn sakit ada ke Allah bg had berape tahun??ppz bodoh!

    ReplyDelete
  44. salam.saya pernah buat permohonan untuk mohon laptop utk anak saya tapi ditolak pusat zakat dgn alasan ank saya tidak belajar di kolej yg panel dgn zakat(unisel atau kuis) sdgkkn mereka memang tahu saya miskin dn xbkerja,seorg balu menanggung anak yatim 6 org.smpai skrg anak saya xde laptop krn saya xmmpu beli.dia trpaksa meminjam kwn2 dn kdg2 lecturer bg pinjam sbb nk siapkn assignment.kalau ada ssape nk bantu ini emailsaya ibrahimsitinazira6@gmail.com. no acc 0880020107475 AMBANK

    ReplyDelete
  45. Ramai lagi bayar zakat dengan ppz. Yg komen kat atas ni sume butthurt x dapat duit zakat. Aku dpt je masa belajo. Ptptn dh x sambung kontrak. Dorang la tolong byr aku punya yuran. Tpi xdelah dorang bagi bnyak sampai goyang kaki je kt rumah. Aku kerjs sambil belajar. Kurang2 dorang bantu ringankn kewangan. Yg jadi masalah aku tnya ppz. Yg miskin tu nak harap100 %.goyang kaki x berisaha.Aku tnya ppz ramai je dpt. Dari korang menfitnah. Baik tnya tuan punya bdn.

    ReplyDelete
  46. byk nye fitnah² yg dilemparkan... tanpa bukti yg kukuh... tanpa brtanya pd pihak yg benar.. tanpa mengetahui keadaan yg sebenar.... jawab la dikau wahai saudara² islamku diakhirat kelak..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!