ARTIKEL TERBAIK PERAK TODAY TENTANG WAR ROOM! WAJIB DIBACA

BANYAK pihak bercakap tentang dakwaan berlakunya kelemahan dalam bilik perang (War Room) Barisan Nasional dalam pilihanraya umum yang lepas.

Malah penulis dimaklumkan ada kumpulan tertentu yang menggabungkan beberapa blogger pro Barisan Nasional, khas untuk menyerang mereka yang mengendalikan War Room ini. Kononnya, kelemahan disitulah yang menyebabkan BN gagal mendapat majoriti 2/3 dan kehilangan 8 kerusi dalam masa yang sama.

Tapi sedikit yang kumpulan ini terlupa, PRU13 adalah antara sempadan kalah dengan menang, bukan antara pasti menang dengan majoriti 2/3!!

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin tidak berjaya mengembalikan semula majoriti 2/3 yang hilang sejak 2008, tapi beliau berjaya mengelakkan BN dari kalah selain mengembalikan semula kekuatan UMNO yang jatuh merosot pada 2008. Selain itu, prestasi BN juga banyak dipengaruhi faktor undi komuniti tertentu yang sebulat suara mahu mengubah kerajaan, tidak kira siapa dan apa.

Penulis sudah mencari, tapi penulis tidak nampak sebab kenapa Najib perlu disingkirkan kerana prestasi BN dalam PRU13 yang lepas. Situasi PRU13, tidak langsung sama dengan prestasi PRU12 yang menyaksikan BN kehilangan 58 kerusi parlimen kepada 140 kerusi parlimen sahaja berbanding 198 kerusi yang dimenangi pada 2004, selain kehilangan 4 negeri – tambahan kepada Kelantan yang berjaya dipertahankan PAS.

Tak disebut lagi hilang majoriti 2/3 – buat pertama kali sejak 1969.

Dalam 140 kerusi yang dimenangi BN pada 2008 itupun, 8 darinya adalah kerusi parlimen yang dimenangi tanpa bertanding, sementara dalam PRU13, semua kerusi parlimen dan DUN dipertandingkan.

Apa pun yang penting sekali, BN masih menang dan untuk menambah baik kepada keadaan itu, kerajaan persekutuan sedia ada, hampir keseluruhannya dianggotai pemimpin Melayu dan bumiputera. Ini setelah parti orang cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan, menolak sebarang jawatan dalam kabinet sebagai hukuman kerana prestasi yang kurang memberangsangkan.

Jadi apa pun orang nak kutuk War Room BN, satu yang pasti, BN masih menang dalam persaingan pilihanraya yang paling sengit dalam sejarah.

Berbanding dengan ‘War Room’ di pihak pembangkang, prestasi ‘War Room’ BN adalah jauh lebih baik. Penulis yakin setiap 3 parti pembangkang mempunyai apa bentuk War Room masing-masing untuk merangka strategi dalam PRU13 yang lepas. Antara 3 ini, DAP yang paling beruntung kerana berjaya meningkatkan jumlah kerusi parlimen sebanyak 10 kerusi kepada 38 kerusi, berbanding 28 kerusi pada tahun 2008.

Sementara PKR dan PAS merosot dengan teruk. Memang PKR hanya kekurangan 1 kerusi parlimen berbanding 2008, tapi perlu ingat juga bahawa pada 2008 PKR bertanding 91 kerusi dan menang 31, tapi kali ini PKR bertanding 99 kerusi dan hanya menang 30. PAS juga begitu. Pada 2008, PAS bertanding 66 kerusi dan menang 24, berbanding kali ini, bertanding 73 kerusi dan hanya menang 21.

Jumlah kerusi ditandingi bertambah banyak, tapi jumlah yang menang bertambah sedikit.

Dengan itupun, penulis tidak mendengar sesiapa dari kalangan pembangkang, apatah lagi penyokong BN yang mempertikai kelemahan War Room pembangkang dan orang-orang yang dilantik untuk mengendalikannya. Ada ke takde?

Sepatutnya pada waktu ini, orang yang merangka strategi pilihanraya pembangkang, sepatutnya dikutuk dengan teruk atas prestasi yang merosot itu. Hakikanyat, dengan satu komuniti memberikan hampir 97% undi kepada pembangkang pun mereka masih gagal menumbangkan BN, adalah satu isu yang sepatutnya diperkatakan sepanjang penggal sehingga pilihanraya umum yang akan datang.

Bukan dok mengutuk parti sendiri.

Sumber: Perak Today

23 Responses to "ARTIKEL TERBAIK PERAK TODAY TENTANG WAR ROOM! WAJIB DIBACA"

  1. Baca ini
    http://helenang.wordpress.com/2013/06/17/umno-says-please-stab-me-i-really-wanna-die/

    ReplyDelete
  2. Pkr, pas, dap terbiasa kalah - bergerak secara pakatan - mereka dapat kerusi lebih Kali ini. Secara relatifnya najib makin merosot.

    Najib perlu ambil tanggungjawabn tu Dan berundur. Sama juga dng gesaan supaya anwar berundur bila gagal tawan putrajaya.

    Malangnya kita Ada dua Jenis pemimpin melayu ini yg terang2 korup moral.

    Simple explanation.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn ko. BN menang pun sebab terdapat pertambahan kerusi di sabah sarawak dan beberapa tempat lain. why not bagitau kat situ. keseluruhan, mmg najib failed dengan pelbagai tohmahan dari rakyat sendiri. WAR ROOM PR win dalam alam maya. itu fakta sebenar. war room BN hanya lebih kepada berita lucah.

      Delete
    2. Dogs And Pigs saling menyokong kenyataan yang dibuat oleh mereka sendiri.

      Delete
    3. Menang? Kah kah kah...apa punya bodoh la red bean army ni? Kesian...

      Kluangman, kau tu tutup je la blog, kesian aku tgk kau dah makin meroyan ni

      Delete
    4. Carlos Santiaga..... Car Lost Long Ago...?????? Ini spesi dari mana yg selalu menyibuk & mencuba mengadu domba orang? Atau syaitan ke haiwan berkepala manusia?

      Si Senior Carlos Santiago,

      I suggest you vamoose from this site as you've been a nuisance with your stupid comment at this site.

      Adieu & good bye..

      Delete
  3. Artikel ni sebenarnya dituju kepada orang macam parpukari, tapi parpu macam biasa lah dia buat tak tau je...

    ReplyDelete
  4. war room tu apa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik perang ... alaa mcm bilik pengantin tu ...

      Delete
  5. Parpu jilat ludah sendiri ke apa? Hari ini pos artikel yang menyebelah War Room BN setelah hari-hari sebelumnya sibuk menghentam mereka di dalamnya. Cakap tak serupa bikin. Mana integriti dan kredibiliti ko Parpu? Lain kali cakap siang pandang pandang. Memalukan diri sendiri. Buat satu artikel minta maaflah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah bezanya antara blogger pakatan hanjeng dan blogger pro kerajaan. Pakatan salah ke takde moral ke pemimpin mereka, mereka terus jilat. Blogger pro kerajaan, salah ditegur. Yang benar disokong. Kenapa pakatan terkejut ke? tak boleh nak terima ke?

      Delete
    2. U....T.....U....S.....A....N:
      Umno Tulis Umno Sebar Anda Nilai

      H.......A......R.......A....K......A......H:
      Hakikat Amanah Rencana Ajak Kepada Amalan Hasanan

      Delete
    3. Ni budak skolah ja buat benda2 singkatan mcm ni. Haha..

      Delete
  6. sama-sama lah kita apenyokong kerajaan melayu/BN ni untuk terus menang pada pru14. tugas najib pula pastikan segala kebaikan dilakukan pada rakyat dan negara. sebarkan segala maklumat pada pengundi secara emel, fb, tweeter dll.

    ReplyDelete
  7. UMNO/BN menang sebab masih ada lagi orang melayu-bumiputera yang waras sayangkan agamanya, bangsanya dan negara ini bukan sebab war room apa ke lancau. Kebanyakkan kawasan yang menang pun area kampung dan pendalaman yang masih memerlukan dan menaruh kepercayaan pada UMNO/BN untuk pembangunan dan sebagainya. Bukannya kekuatan UMNO/BN dan populariti pemimpinnya sangat. Jangan perasan lebih2. Terdapatnya unsur paksaan di sini sebab tiada pilihan bagi orang melayu-bumiputera lain akibat sikap dan fikiran luar tabi'i lahanat yang dibawa oleh parti pakatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah buat war room, buat masa, buang wang, buang tenaga ... Buat mcm PRU13 baru2 ni. Orang2 Melayu ni mudah diperlemah. Gempar & ugut sikit, mereka akan sokong BN & UMNO. Cakap saja mcm hari tu: "Kalau undi pembangkang Msia akan jadi Spore, Islam tak akan jadi agama rasmi lagi, Raja2 akan hilang kuasa, Kristian akan jadi ugama yg setaraf dgn Islam, Melayu akan jadi terpinggir dan jatuh susah, Cina akan perintah Negara ini. Orang Cina akan jadi Perdana Menteri, nasib orang Melayu tiada siapa yg nak bela lagi, pepatah hang Tuah akan tidak relevan lagi sbb Melayu akan hilang dari dunia ...". Ini adalah warfare, lagi hebat dari war room ...

      Delete
  8. puluhan juta ringgit dihabis oleh mereka utk kemenangan bn.. sebenar tidak memberi kesan yg byk.. perana blog pro bn dan utusan melayu dan ngo2 melayu dan individu2 melayu yg sedar dgn jelas agenda org kafir utk menguasai m'sia secara halus dan nyata membuatkan org melayu dan bumiputra faham dan sedar tidak memilih PR..
    percayalah.. andainye pas berada diluar PR sudah pasti kerusi parlimen umno akn merundum secara mendadak.. krn org melayu dan bumiputra mengundi umno kerana sudah tiada pilihan lg buat mereka.. bkn krn tranformasi,kewibawaan dato najib atau war room mereka...

    bahkan bajet2 utk cawangan umno akar umbi utk mengerakan aktiviti masyarakat dan bersama pemimpin setempat tiada.. hanya sibok mempopularkan pemimpin utama.. mcm mana rakyat nk dekat dan yakin kalau ahli umno akar umbi sendiri terbiar....

    utk ape bedah siasat dan habiskan wang utk itu.. kalau kenyataannye tidak boleh diterima dan kaedah penyelesaian kearah itu diabaikan...

    ReplyDelete
  9. Artikel ini wajib di baca ? Kalau tak baca , berdosa ke , Parpu ? Setahu aku , sembahyang itu wajib , puasa itu wajib . Tak pernah pulak aku dengar pasal artikel yang wajib di baca . Makna nya , kalau tak baca , berdosa . Ada di sebut dalam Quran ke ?

    ReplyDelete
  10. 1st...kalau nak cari parti yg tak boleh kutuk tegur n kritik jadilah ahli PAS PKR n DAP....kalau tegur trus kena pecat....

    2nd...kalau nak cari parti halalku harammu atau betulku salahmu jangan jadi ahli umno...jadi ahli PAS PKR n DAP...UMNO pak lah tidur umno sendiri yg kutuk termasuk parpu n perak today....sampai gerakan jatuhkan pak lah sbb x kompeten pun korang yg champion....xkan bila ahli umno lain nak jatuhkan najib korang hina pulak kan....aikkk...toksah jadi ahli umno laa....ahli kimma pun ok juga tue jadi lalang....

    3rd.....UMNO mengamalkan prinsip kebebasan bersuara n keterbukaan yg paling hebat...kalau perak today and parpu nak merendahkan org yg tak sehaluan ngn korang dalam umno.....susah laaaa.....SATU2NYA PANTANG umno adalah lawan ketua....umno tak tolerate pada sesiapa lawan ketua...tapi itu dulu.....sebelum pak lah ditekan oleh timbalan dan naib presidennya....apa salahnya kalau najib ditekan pula oleh timbalan atau naib presidennya pula kini...

    4th.....dalam pru 13 NAJIB brjaya sebagai pemimpin UMNO tapi gagal sbg pemimpin BN.....kekalahan mca gerakan perlu dipikul olh najib dan umno........so apa nak bangga 88 kerusi?????

    5th....pada aku najib harus berundur sbb bliau gagal menghayati muafakat BN iatu mca jaga/pejuang cina....mic jaga/pejuang india...umno jaga/pejuang melayu.....NAJIB mesti MALAY 1st Malaysian 2nd samada secara terbuka atau secara tindakan....malangnya najib lebih malaysia dari melayu.jadi apa kriteria yg ada pada najib yg tak jaga melayu untuk dihormati mca dan mic..buktinya...bila cina hina raja, bila org hina nabi muhammad saw...tindakan amat lambat....bila melayu hina je terus tangkap jail lokap sume ada....kita mahu pemimpin UMNO yang kuat perjuangkan melayu untuk mengatasi mca dan mic yg pejuang india...apa yg kita lihat amat berbeza...najib pejuang 1Malaysia atau 1MESS....1Maalaysia Melayu Syok Sendiri,,,dari dulu org melayu je sibuk n bangga jadi rakyat malaysia yg sayanagkan malaysia lebih dari kaumnya....org cina sayangkan kaumnnya lbih dari malaysia...so berhnti perasan..n berhenti pejuangkan melayu kalau x mampu...

    NAJIB HARUS BERUNDUR ATAU DIGULINGKAN

    ReplyDelete
  11. PRU-13 dan keputusannya hanyalah salah satu daripada KPI Najib. PRU-13 bukanlah segala-galanya. Tindak tanduk Najib yang masih mengekalkan corak pentadbiran Pak Lah yang lebih utama. Mengambil orang luar kerajaan sebagai sumber nasihat sambul mengetepikan orang dalam kerajaan adalah tindakan yang ketara membawa kesan buruk. Nasihat mereka tidak berpijak di bumi nyata. Kerana nasihat merekalah, Najib menjadi penyembah Cina selama 4 tahun pertama sebagai Perdana Menteri. Kerana nasihat merekalah Najib sanggup memalu gong Cina. Bila ada yang megatakan tukang palu gong itu biasanya budak bodoh, semua membela. Hanya apabila keputusan PRU-13 diumumkan, semua tersentak dengan tahap penolakan pengundi Cina terhadap BN. Muncullah istilah tsunami Cina.

    Keputusan PRU-13 bukan sebab utama war room dan Najib diperlekehkan. Semua keputusan dan tindakan sepanjang 4 tahun itulah yang dinilai. Keputusan PRU-13 hanyalah sebagai penutup atau kesimpulannya sahaja. Dan selepas PRU-13 yang jelas menunjukkan corak penolakan Cina, Najib masih belum berbuat apa-apa untuk menghargai pengundi Melayu Bumiputera yang menyelamatkan UMNO BN sebagai pemerintah. Maka Najib wajar diketepikan, bukan sebab BN tidak memperoleh 2/3 tetapi kerana tindak tanduknya mengekalkan pentadbiran ala Pak Lah. Parpukari ke atau mana-mana blogger pun tidak mampu menangkis bahawa Najib perlu ditolak kerana mengekalkan cara Pak Lah mentadbir negara. Pak Lah tidur, Najib langsung tidak berfikir sendiri.

    ReplyDelete
  12. ape laa..

    Kepada semua Nuffnanger, jom like page Nuffnanger Malaysia untuk tingkat earnings kita semua

    Nuffnanger Malaysia

    Realiti dan Fiksyen




    ReplyDelete
  13. Jangan ingat kedah menang kerana Najib.Orang lain yang bersusah payah,perlawanan sebenar antara Anwar aljuburi dengan Tun M DI kedah,jangan taktau.Najib kan pengerusi BN,cuba tengok balik noo...Tengok kerusi DUN kerajaan,bagaimana ?Jangan lupa juga tengok kat Johor nuu...Buat malu UMNO,MELAYU dan Malaysia mendapat pemimpin seperti ini.Tukar orang lain November ni.

    Kepada Parpu basi ,jangan duk bodek Najib,meluat aku.Blogger pro kerajaan yang bongok,tak seperti kawan-kawan hang yang lain.Fakta mengelirukan orang dan buat kesimpulan seperti orang tak pernah pi sekolah...

    ReplyDelete
  14. Maaf.... sesekali kena tulis dlm Bahasa Inggeris. Anggap saja English lesson time!

    During Dr Mahathir's time the 500 mile N-S Highway wa built in a record time of under five years. The KLIA in four years, the KLCC in two years, the LRTs in two years. Everything was built in world record time.

    Under Pak Lah he did not even build a bus stop but sleeping all the time. What happen to his Hadhari? I reckon he was dihindari by Hindraf. Yes this the only legacy left by The Sleeping PM.

    Under Najib the KLIA2 is behind schedule. That bridge in Kelantan was behind schedule. Many things are just behind schedule. This is the Najib style of Gomen. What happened to ETP, GTP, Pemandu, Pemudah, Omar Ong, the con-sultans etc? Where are Khazanah and the other Government Losing Concerns?

    Dr Mahathir achieved so much without resorting to con-sultans, ETP, GTP, Idris Jala, Pemandu, Pemudah or whatever. Dr Mahathir only had the EPU, the ICU and the Civil Service. It was a top flight Civil Service.

    It is obvious. The failed system inherited from Abdullah Badawi has failed Najib. Now he is about to lose his job. For Najib to survive - the solution is simple. Just get rid of the entire system inherited from Badawi, Just go back to the system that was so successful and which served us so well under Dr Mahathir. Fire all the con-sultans. Empower the Civil Service. Empower the EPU, the ICU and the Civil Service. Get rid of Idris Jala and the entire Pemandu team. Get rid of the entire GLC leadership. Wind up Khazanah Nasional Bhd. They dont do much anyway. Nenek tua investment holding company.

    They invested in Appollo Hospital in India. How many Malaysian doctors, nurses and technicians have been employed or created from all those billions invested? Let me ask a question - who was the "middle man" in that deal? There must be middle men I presume!

    Mr PM has to change drastically or be changed, no choice! Some lembik followers have been saying that give him time to make things work. I say bro, 4 tahun pemerintahannya membuat pembangkang semakin kuat dan BN sebaliknya semakin rapuh. Asyik ikut telunjuk pembangkang, cina dan akhirnya timbul soalan, siapa sebenarnya memerintah negara ini. Asyik amaran, amaran, amaran. Pagi tangkap, petang dah keluar macam tindakan melepas batu di tangga. Ada apa-apa ke........?????????

    Ex Son of Spura

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!