CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Saturday, June 29, 2013

ARTIKEL KHAS UNTUK AG! APA CERITA DENGAN KES BAFIA RAFIZI? SENYAP JE....

Ogos tahun lepas, Rafizi Ramli pucat lesi ketika dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk berhadapan dengan pertuduhan BAFIA.

10 September 2012, Rafizi Ramli menerusi peguamnya, Sivarasa membuat rayuan agar pertuduhan tersebut diketepikan kerana beranggapan, pertuduhan tersebut melanggar peraturan negara, selain berniat jahat untuk mengenakan Rafizi Ramli.

23 November 2012, permohonan untuk mengenepikan tuduhan, ditolak oleh Mahkamah Tinggi dan Rafizi Ramli yang cukup hebat apabila bercakap tetapi pucat lesi apabila dibawa masuk ke mahkamah, meneruskan proses untuk mengenepikan tuduhan tersebut di Mahkamah Rayuan.

23 Mei 2013, rayuan Rafizi Ramli yang difailkan oleh Sivarasa Rasiah di Mahkamah Rayuan telah ditolak kerana rayuannya tidak mempunyai merit. Panel tiga hakim yang dipengerusikan oleh Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali berkata, dakwaan bahawa tuduhan itu bercanggah dengan dasar awam tidak mempunyai merit.

Atau dalam bahasa yang lebih mudah, hujah Sivarasa Rasiah untuk membebaskan Rafizi Ramli adalah HUJAH BUDAK BODOH yang diselindungkan dengan alasan-alasan perundangan agar kelihatan lebih bijak.

Hakim kemudiannya mengeluarkan arahan agar perbicaraan kes itu dipercepatkan kerana ia melibatkan kepentingan awam. Kes itu sepatutnya disebut di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 10 Jun.

Ketika pendengaran rayuan pada 23 Mei, Sivarasa Rasiah yang mewakili Rafizi berkata, tuduhan terhadap Rafizi patut diketepikan atas alasan ia bercanggah dengan dasar awam. Katanya lagi, dakwaan terhadap Rafizi atas tuduhan melanggar BAFIA adalah BERSIFAT MENINDAS DAN MENYALAHGUNAKAN PROSES MAHKAMAH manakala pendakwa raya pula mempunyai niat jahat apabila mendakwanya.

Biarpun 10 Jun telah berlalu dan arahan hakim agar kes tersebut dipercepatkan, nampaknya kehebatan Peguam Negara dalam kes melibatkan Khir Toyo, tidak berulang. 10 Jun sudah bertukar menjadi 10 Julai dan sehingga ke hari ini, sebarang cerita tentang Rafizi Ramli dan kes BAFIAnya kelihatan seolah-olah akan lenyap dengan RAFIZI TIDAK DIDAPATI BERSALAH!!!

Adakah Peguam Negara yang juga merupakan Pendakwaraya dalam kes ini, TERKEJUT DAN TERSENTAK dengan tuduhan mempunyai niat jahat apabila mendakwa Rafizi Ramli sebagaimana yang dituduh oleh Sivarasa Rasiah, sehingga kes tidak berjalan sebagaimana sepatutnya? Apakah taktik ugut dan serang yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim terhadap Peguam Negara pada tahun 2008, akan kembali berhasil cuma kali ini hanya melibatkan anak bilisnya yang bernama Rafizi Ramli?

House PK: Apa cerita ni AG? Awat kes BAFIA Rafizi aka Rapussy ni senyap begitu je? Dimana keadilan? Cuba kalau por kerajaan atau rakyat biasa yang lakukan kesalahan ini? AKu gerenti la dah masuk ke dalam punya...makin sial kan AG ni?

Oh ya artikel ini aku petik dari Kickers

46 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Jual beli produk di www.produkmuslim.info

    Terima kasih

    ReplyDelete
  2. mohon kakbedah jentik telo AG

    ReplyDelete
  3. Kes rapussy gay yang dicanang parpukari sebelum pru dulu pun tergantung tanpa kesudahan...

    Apa cerita parpu

    ReplyDelete
  4. mohon parpu jentik telur rapussy gay

    ReplyDelete
  5. Macam lar tak tahu pulak... kita cakap pasal AG ni... Tak akan buat Tindakan Punya Lar

    ReplyDelete

  6. Tunggu telor AG pecah kot.

    Aku juga heran dengan keputusan mahkamah suatu masa dulu mahukan MB Selangor TS Khalid membayar balik hutangnya dgn Bank Islam sebanyak RM60juta. Apa hal? Dah bayar ke? Kalau dah bayar mcm mana dia bayar? Sebagai rakyat yang anti rasuah, kita mahu tahu juga dari punca mana dtg nya duit sebegitu banyak. Kalu nak ikut gaji MB memang tak berdaya nak cari RM60juta tu. Jangan cakap je Rasuah, rasuah tapi orang yang memberi atau menerima rasuah itu sama2 bersalah. Minta penjelasan yang Arif atau Bank Islam atau sesiapa yang mengetahuinya.

    Teruskan boikot peniaga dan barang2 Cinabeng.

    ReplyDelete
  7. Biasala pak..den dah perasan benda ni dah lama.dah malas nak fikir lagi.Double standard punya Peguam Negara..agaknya musuh dalam selimut tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najib punya tukang monitor perkara2 macam ni siapa ah? Orang2 war room UMNO buat apa la agaknya?

      Main pondok2 kot.

      Delete
  8. 1.Guna BAFIA untuk tutup kes NFC!!gila ke apa!!
    2.Mana lebih besar kesalahanya!! keluarkan dokumen bank secara tidak sah untuk membuktika kes songlap duit rakyat berjuta melalui NFC!!
    3.Budak tadika pun dok gelak baca kelaku hangpa semua!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. How can one injustice can justify another injustice? How's that morality works out in your mind?

      Delete
    2. Dalam keadaan parlimen yang banyak dengan pembangkang, boleh ke lagi nak tutup apa-apa kes? Kenapa tidak bahas kes NFC di parlimen? Bolehka bahas kalau sudah jadi kes mahkamah? Semua yang melanggar undang - undang tidak kira jumlah yang terlibat berbillion ke atau rm10 ringgit ke, mesti dituduh di mahkamah dan dijatuhkan hukum. Bahalol punya manusia

      Delete
    3. 1.mattt!!cakap omputih tak semestinya menunjukkan otak ko cream dan educated!!gelak je kawan-kawan aku yang ada Phd bila dok cakap omputih dengan depa!!
      2.BAFIA ni timbul akibat kes NFC!!yang paling penting adalah kes NFC!!
      3.kalau kes NFC ni tak jadi isu besar!!sharizat tak akan letak jawatan menteri dulu!!sharizat akan bertanding pada pru 13 dulu!!
      4.ko kawan la dengan puak-puak pro sikit bhaiii!!!

      Delete
    4. budak tadika dok tergelak tengok seyuman rafizi montel ada style Tun M

      Delete
  9. only in malaysia..

    ReplyDelete
  10. Aku pecaya di kedua2 belah pihak ada angka yg tsbunyi. Tu sebab kes2 pun tak berbunyi

    ReplyDelete
  11. kes mcm ni tidak akan dibicarakan. kala tak caya tanya blogger Jaya Negara.

    ReplyDelete
  12. Cuba korang pergi kat Youtube . Korang search Ustad Zakir Hussain . Memang best . Tip top . Sampai aku ketagih , nak dengar hari hari .

    ReplyDelete
  13. KAH....KAH....KAH....ini kes lembu.....Woit...AG pening.....Kak ijat anak mami...suku sakat parpu....kalau dakwah semua meletup....sebab itu AG,GG,KUJI semua tunggu aza...menentang..mama lembu. Untuk Kes ini kita sokong parpu...hidup..parpu...hidup....musnah anak mami serta mamak....kah...kah..kah..terguling guling nak kentut.

    ReplyDelete
  14. parpu ... kes kondo lembu tak mahu buka cerita sama kah ... baru seronok untuk dibahaskan ... eemmmoooooooooooooo ....

    ReplyDelete
  15. woii indon kejora...!!!!bangunlah sembahyang subuh.Ngentotlah kau sampai tengahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah nak puasa ni practice sikit la bangun sahur.Jangan asyik nak buat puisi ngentot pasal kejora jer...PtuuiiiiHH....!!!!!

      Delete


    2. Assalamualaikum Sdra ReentryCapsule,

      Kebelakangan topik kurang ummmmm......! Harap pihak admin buat yg lebih berkualiti dan memfaatkan.

      Delete
    3. ► Waalaikumussalam Tuan Othaman Ahmad,

      Admin buat cerita tergantung.Follow up pasal Joker Walk senyap jer lepas info macam caca marba.Apa-apahal pun Masalodey Kasi Taruk....!!!!

      Delete
    4. ► Waalaikumussalam Tuan Othaman Ahmad,

      Admin buat cerita tergantung.Follow up pasal Joker Walk senyap jer lepas info macam caca marba.Apa-apahal pun Masalodey Kasi Taruk....!!!!

      Delete
  16. Mutiara kata;

    don't believe you have to be better than other people,
    just believe you have to be better than you were yesterday.

    ReplyDelete
  17. Siapa buat salah hadap ke mahkamah...hatta hakim sendiri.

    ReplyDelete
  18. Muka kat atas tu...sko-seko cam jubor babey laa..

    ReplyDelete
  19. Dengar nama AG pun dah rasa nak termuntah hijau....

    ReplyDelete
  20. Banyak isu2 besar yang hilang begitu sahaja.

    Kes BAFIA Rafizi ni tak berapa besar. Kes Dalang Pencerobohan Lahad Datu masa dekat nak undi katanya ada 3 orang - 1 orang Sabah dan 2 orang Semenanjung. Katanya lagi duk tunggu nak tuduh di mahkamah saja. APA DAH JADI ... SENYAP JER. Kes kononnya Anwar terima dana Luar, nak siasat katanya dan nak dedahkan kononnya. APA DAH JADI .. TAK KAN NAK SENYAP CAM TU JER.

    Bukannya apa, takut PRU14 nanti, bawa lah cerita apa pun tentang pembangkang rakyat akan anggap itu hanya MAHA LAWAK PRU saja. Terserah pada Najib sebab rakyat tak boleh selamanya di tipu ....

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam buat teman seperjuangan.

      Saya sokong sepenuhnya kenyataan Tuan Hj. Setelah mengungkit emosi kita sebelum PRU 13 dgn berita penghianatan, pentadbiran Najib kini senyap bagai hangat-hangat tahi ayam.

      Sejak peninggalan Tun Mahathir, Integriti Melayu UMNO langsung tidak berwibawa, mudah diperlecehkan oeh puak pembangkang, orang cina & india.

      Delete
  21. Tenguk muka AG dengan senyum dan tawa dia dah nak terjeluak dan meloyakan. Kami rakyat sudah rasa tidak selamat lagi dengan sikap double standard Ag dalam menjaga undang-undang negara. Kami rakyat sudah hilang keyakinan dengan sifat begini. Jadi tak salah jika PR kata Undang-undang dan kehakiman di Negara ini boleh dibeli kerana yang menjualnya adalah AG dan yang membelinya pauak-puak PR...ini yang diwarwarkan oleh pauk PR kerana puak ini lah yang selalu dimenangi oleh AG.Rakyat biasa pun boleh lihat kepincangan ini.

    ReplyDelete
  22. Salam, saya setuju dengan Haji Ariffin, memang rakyat sedang memerhatikan kerajaan sekarang. PM tolonglah alert sikit... Jangan biar penasihat buat kerja tapi kita tak siasat sama. Ikut ayahanda Tun M, dia siasat jika ada sesuatu orang yang diperkatakan orang macam kes Umi Hafilda suatu masa dulu, Jadi PM perlu juga siasat AG kita ni.... Takut dia ni gunting dalam lipatan aka duri dalam daging.... Hanya memerhati untuk PRU14

    ReplyDelete
  23. Kita Pelik Bin Hairan.

    AG Pak Gani Empat Tahil tu kakitangan awam. Tak kan Najib takut dekat Pak Gani. Apa kejadahnya nak takut dengan dia. Lain lah kalau Pak Gani tu Ketua Bahgian Umno kah atau Naib Presiden Umno kah. Kalau macam tu memang lah ada asas Najib nak takut sebab kalau kacau dia, dia boleh boikot Najib dalam PAU 2013 nanti, Maksudnya kalau jawatan Presiden Umno dicabar. Ini Pak Gani tu penjawat awam, Najib bagi saja arahan dia suka atau tidak dia kena lah buat sebab arahan dari PM.

    Yang kita takut, Najib ni tak berani nak bertegas dengan Pak Gani Empat Tahil ada bersebab .... ?????? Memang kadang2 kita naik pelik, beratus2 laporan Polis yang dibuat oleh NGO ... siasat memang siasat, last2 SENYAP CAM TU JER ? Laporan rasuah kepada SPRM pun sama juga, berpuloh2 laporan dibuat ... siasat memang siasat, kononnya Kertas Siasatan dah ada dekat pejabat Gani Empat Tahil, pastu DIAM CAM TU JER. Yang kena hanya lah Khir Toyo sebab beli hartanah bawah pada harga pasaran semasa ... sian kat Dr Khir Toyo, entah2 dia dipilih untuk dijadikan mangsa keadaan.

    NAJIB TOLONG DENGAR.

    Kami buka mulut ni kerana kami masih sayangkan Umno dan masih menyimpan niat untuk nak pangkah Umno lagi pada PRU14 nanti. Tak tahu lah kut2 Najib ada ingat dalam hati, " elehhhh, hangpa tak pangkah Umno pun kami tak kisah, kami dah ada pengundi cina sebagai simpanan tetap (fixed deposit) ".

    Kalau itu yang terlintas dalam benak Najib, kami cuma nak minta PAS BERUBAH DAN BERPISAH DARIPADA DAP ... itu saja.

    Hj Ariffin

    ReplyDelete
    Replies
    1. engkau manusia paling bodoh di dunia. PM tidak ada kuasa menyuruh peguam negara siasat itu dan ini. Kalau itu berlaku, tidak ada ketelusan kerana kuasa peguam negara dipengaruhi unsur2 politik. Ada paham???

      Delete
    2. Semua penjawat awam adalah di bawah pentadbiran PM sebagai pemimpin negara. The Prime Minister is the Chief Executive of the country. Mungkin ini yang ramai orang tak faham. Segala tindak-tanduk anak buah tak banyak sedikit akan melibatkan pemimpin, sama ada yang baik atau yang buruk. Jika Najib tidak berani menegur atau memberi arahan kepada Peguam Negara, itu bukan Tidak Ketelusan, tapi TIDAK ADA TELUR...!!!! Got it?

      Delete
    3. Saudara Othaman Ahmad

      Terima kasih kerana tolong explain bagi Mamat sekor ni faham tentang kuasa yang ada pada PM. Mungkin Mamat sekor nih rasa Gani Empat Tahil tu lebih besor kuasanya daripada PM kut. Wah kalau macam tu semakin besor kepala lah Gani Empat Tahil ni, semakin bertambah2 lah Tahil nya.

      (Budak2 zaman siber ni tahu kah apa kejadah nya Tahil tu .. Tahil itu adalah unit timbangan kami orang dulu . Orang sekarang pakai Gram)

      Hj Ariffin

      Delete
    4. ni lah masalahnya jadi orang tua didikan umno, masih tak faham2. AG diberikan kuasa untuk menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan PEMIMPIN KERAJAAN (termasuk PM). Dalam hal ini bidang kuasa AG TIDAK BOLEH dicampuri oleh PM atau dipengaruhi oleh PM.

      Ada faham orang tua???

      Delete
  24. Anon June 30 2013 @ 343

    Ha ha ha. Terima kasih kerana kau lebih cerdik daripada aku. Kalau PM tak ada kuasa kenapa bila PM nak datang melawat disesuatu kawasan habis semua jabatan kerajaan dikerah membuat persediaan dan persiapan. Kalau PM bukan orang yang paling berkuasa, kenapa perlu ada police out riders escort dia daripada airport sampai ke mana saja yang dia nak pergi. Kalau PM tak ada kuasa, Ketua Polis Daerah boleh jawab kepada Jabatan Perdana Menteri " go to hell with PM, who is he to ask for police out riders ". Ada berani kah Ketua Polis nak jawab macam tu kepada request daripada PM ?

    Itu menunjukkan PM ada kuasa Mamat oiiii. Apa peliknya kalau PM nak beri arahan kepada Gani Empat Tahil. PM tu Ketua Pentadbir Negara. Ko nak tahu PM ada kah tidak kuasa, cuba bagi sekali peluang Lim Kit Siang jadi PM, botak kepala kau dikerjakan nya Mamat oiiiii.

    Ko tengok macam mana Lim Guan Eng exercise dia punya kuasa sebagai KM di Penang. Habis lintang pukang peniaga2 melayu yang duk berniaga ditempat2 yang tak dibenarkan. Sedangkan peniaga2 cina relax saja walau pun mereka juga berniaga di tempat yang tak dibenarkan.

    Gelaran " engkau manusia paling bodoh di dunia " Hj Ariffin dengan besor hati menerimanya. Terima kasih diatas pengiktirafan mu wahai Mamat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. abis nak buat mcm mana, Lim Dap dah ada kuasa, mmg melayu dia balun cukup2, Pas pun tak boleh nak tolong dah, sbb Pas kata parti Pas bkn parti melayu, Pkr pun sama sbb ni cuma hal melayu bkn hal berkaitan lgbt.

      Delete
  25. 1.hairan jugak!kes yang melibatkan pembangkang suruh dipercepatkan!kes besar disebalik isu BAFIA dibuat pekak jee!!
    2.Hairan jugak!kes Sivarasa kata najib ada kes dengan altantunya di buat pekak jee!!tak dak sapa berani debatkan!!
    3.Kes-kes besar seperti kes JALIL bank bumiputera yang dibunuh di hong kong pada tahun 80an!!senyap je sekarang walaupun nama tengku razaliegh hamzah naik dalam kes tersebut!!
    4.macam jugak kes PKFZ!!perbicaraaan bertahun-tahun!!tak selesai lagi!!nama mahathir jugak turut disebut!!
    5.banyak lagi la kes yang melibatkan puak-puak umno!!senyap jee!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. KUALA LUMPUR, 28 JUN: Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah menyifatkan hujah Timbalan Peguam Cara Negara III, Tun Abdul Majid Tun Hamzah bahawa tiada apa-apa yang boleh mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dalam kes pembunuhan wanita warga Mongolia dangkal dan tidak masuk akal.
      “Ada cukup bukti bahawa pada malam berkenaan, Razak Raginda yang kita ketahui sangat rapat dengan Najib Razak membuat panggilan dan menghantar SMS kepada pembantu peribadi Najib iaitu Musa Safri.
      “Apakah sesuatu mahu disembunyikan bila saksi penting seperti Musa Safri tidak dipanggil ke mahkamah? Apa yang disembunyikan” kata Sivarasa kepada Keadilandaily.

      Delete
    2. tu lah sebab org tua Sivarasa ni bg nama mcm tu kt dia.. sbb Siva ni masa kecik kuat rasa, smpai dh besar ni pn msih kuat rasa.. kalau ada atau janji nama sama mcm Razak je, mesti Siva yg kuat Rasa ni ada kaitan.

      Delete
  26. Aku bersusah payah naik turun PUNB,SME Bank,SME Corp dan Agro Bank nak minta pinjaman untuk besarkan perniagaan tapi ditolak. Last2 aku pi mohon kat bank swasta milik cina terus diluluskan. Kalau perniagaan aku tidak berdaya-saing,sudah tentu bank swasta tidak akan luluskan tapi mereka luluskan kecuali bank2 milik kerajaan tak nak luluskan ,mungkin sebab isteri aku bukan Menteri atau ada pegaruh politik. Senang pula laki Sharizat ini dapat pinjaman mudah RM 250juta walaupun hanya berdasarkan kertas kerja saja. Kalau bank swasta haram tak akan dapat satu sen pun sebab tak de track record tapi bank2 kerajaan bagi pulak.Korang pandai2 la buat kesimpulan.

    ReplyDelete
  27. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  28. TUNGGU KUCING BERTANDUK LAAA

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!