MELAYU SAMA MELAYU BERANTAKAN BANGSA LAIN NAIK KEPALA! LAGI SEDIH BILA MELAYU SENDIRI MAHU HAPUSKAN BANGSA SENDIRI!

SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka.

Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya.

Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.
Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu.

Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri.

Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai.

Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri – orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan – Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

- UTUSAN

22 Responses to "MELAYU SAMA MELAYU BERANTAKAN BANGSA LAIN NAIK KEPALA! LAGI SEDIH BILA MELAYU SENDIRI MAHU HAPUSKAN BANGSA SENDIRI!"

  1. Maaf agak panjang komen sy. Harap Parpu dpt ambil perhatian pd mesej yg cuba sy sampaikan.

    PRU 13 yg lalu dpt menyaksikan peralihan undi kaum cina kpd pembangkang. Tetapi jgn dilupa kpd undi dr org melayu sendiri. Sy percaya ramai org melayu diluar sana yg setuju dgn pendekatan kesederhanaan dlm pengamalan islam yg diusahakan Dato Najib. Malah sy percaya ramai dr kalangan penyokong pembngkang yg berfahaman sederhana dan faham erti berlapang dada dan menerima konsep kesederhanaan dlm islam. Kerana kita perlu sedar tidak semua penyokong pembangkang yg berfahaman fanatik kepartian dan jumlah mereka ini juga sy kira agak ramai.

    Tapi sejauh mna kerajaan cuba mengaplikasikan konsep kesederahanaan itu dlm negara kita? Tidak dinafikan transformasi yg dilaungkn Dato Najib itu sgt baik. Namun ada satu bidang yg tertinggal.

    Transformasi islam nmpaknya satu elemen yg tertinggal. Dan sy kira transformasi inilah yg ditunggu-tunggu oleh rata-rata org melayu yg berfahaman sederhana baik penyokong kerajaan mahupun pembngkang. Sy kira untuk mendapatkan sokongan dr kumpulan ini kerajaan perlu melakukan transformasi islam yg boleh dilihat.

    Rata-rata golongan ini melihat kpd didikan terhadap generasi muda. Mereka melihat masalah kebejatan sosial generasi muda. Mereka melihat hiburan yg sgt berleluasa.

    Sy kira satu transformasi islam yg boleh dilaksanakan ialah mengurangkan acara hiburan. Rancangan tv realiti yg bercorak hiburan berlebihan perlu dihadkan. Terlalu byk konsert, nyanyian dan persembhan pentas sama ada secara live ataupun di tv. Dlm byk acara sambutan yg dianjurkan pasti terselit hiburan.

    Dan hiburan yg terlalu byk di tv ini sebenarnya merisaukan golongan berfahaman sederhana ini baik dipihak penyokong pembngkng dan kerajaan. Penyokong pembangkang sering membndingkan pentadbiran di negeri Serambi Mekah yg dikatakan lebih islamik. Kelas ilmu yg disampaikan oleh TGNA sering diwar-warkan. Budaya ilmu dan islam sering diiklankan.

    Sy kira ini faktor besar yg menyebabkan golongan berfahaman sederhana dlm PAS tetap setia dgn parti itu walaupun mereka sedar akan kepincangan dlm PAS itu sendiri. Mereka bimbang budaya ilmu dan agama ini hilang jika PAS itu tumbng krn bg mereka budaya UMNO ini lebih kpd budaya hiburan. Lalu menjadi peranan kerajaan utk meyakinkan kpd mereka bhw UMNO juga boleh berubah dr budaya hiburan kpd budaya ilmu dan agama. Inilah yg sy maksudkan sbg transformasi islam.

    Jika transformasi islam ini telah dilaksanakan dgn baik dan ikhlas, tetapi pd PRU14 akan dtg masih belum mampu menarik sokongan penyokong PAS, sy kira Utusan Melayu boleh meletakkan tajuk akhbar yg berbunyi " Apa Lagi Yg Orang Melayu Mahu?"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg aku sokong 100%. Topik inilah jugak aku dan sahabat2 aku bincangkan sejak pru 13. Mmg inilah yamg sepatutnya najib buat selepas pru 13 ni. Masa skng dah x sesuai dah hiburan yg melampau lampau melayu islam dah banyak fikir tentang kehidupan akhirat mereka. Fikirkan masa depan anak2 mereka. Sebab itulah mereka lebih terpikat dgn pas yg selalu dimomokkan dengan islam islam. Padahal mereka ni bukan extreme sangat pun
      mereka cuma mahukan kehidipan islam yang lebih terjamin! Aku sarankan kepada Anon 12:21 am ni supaya panjangkan warkah ini kepada UTUSAN MELAYU supaya dapat dibaca oleh Najib dan semua penyokong2 umno. Perlu dipertegaskan juga bahawa sekiranya najib mengambil pendekatan penyatuan kaum dengan cara mengurangkan nikmat serta faedah2 kepada kaum melayu seperti menghapuskan mara, hapuskan koata, kurangkan penjawat awam melayu atau lain2 maka tunggulah saat kehancuran melayu umno menjelang pru 14 nanti.

      Delete
    2. Najib pernah kata sblum pru 13:" Janganlah kita dipatuk ular dari lubang yang sama buat kali ke dua" fikir fikirkan.......

      Delete
  2. Janganlah bersedih cuma ambil pengajaran. Cuma pemimpin2 Umno, parti keramat orang Melayu janganlah sekali lagi leka dan cuai dgn tanggungjawab spt yg pernah mereka lakukan dulu-dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  3. Tepat sekali Tun....!"! Melayu bukan hanya mudah lupa tetapi sekarang pulaMelayu Tak sedar - diri!!!

    ReplyDelete
  4. Orang melayu kena pilih orang melayu sebagai pemimpin, walaupon buruk laku nya, tak mengapa.....asalkan dia orang melayu...
    Begitu yang orang melyu mahu.

    ReplyDelete
  5. Ahli, khususnya penyokong dan pemimpin perlu hentikan perangai gunakan platform UMNO untuk cepat kaya. UMNO adalah wadah perjuangan untuk menjaga maruah orang melayu dan kesucian agama Islam, tanpa diskriminasi kaum dan penganut agama lain. UMNO bukan lah kelab untuk menjadi orang kaya. Di sini saya minta PM dan TPM mengawal dan mengawas gerak laku penyokong dan pemimpin UMNO di semua lapisan. Ada cara membantu, dan biar lah ia nya telus tanpa sebarang elemen sabotaj. Dan bantu lah semua rakyat yang telah menyokong UMNO/BN. Satu perkara lagi, waspada lah dengan elemen sabotaj, penyelewengan, pembocoran rahsia pentadbiran kerajaan di semua peringkat. Banyak penyokong pihak pembangkan yang ada dalam pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Pembocoran rahsia, betul atau tidak, akan di spin untuk memburukan pentadbiran kerajaan. Mungkin pejabat PM perlu adakan pasokan pemantau untuk membersihkan pentadbiran. Perkara ini perlu di lakukan dari sekarang.

    ReplyDelete
  6. PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
    (FEDERATION OF MALAYLAND)

    ReplyDelete
  7. woi parpu kau suruh najib jangan bagi lagi visa voa pada orang dari tanah cina,nanti dap bagi IC jadi pengundi cna bertambah,kita mana boleh cam mereka ni muka dahlah sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol betol betol....puak pemakan babi neh ramai yg masok Malaysia tapi yg kuar sikit jer...ntah2 depa la yg jadi pengundi hantu...kalo guna sistem biometrik, guna cap jari ,tntu susah nak guna ic yg dah mati...aq xcaya puak pemakan babi neh...

      Delete
  8. Sememangnya kaum yg paling malas n bodoh!!! x pernah dpt melalui usaha sendiri, hanya inginkan semua dgn free...APA tu...Ptptn free....1bm $1000...subsidi ni n tu free....kalau boleh...smp buat anak sampai cucu, semua nak free.....banyak lg yg minta....akan tetapi, bila x dpt free,atau kena bayaran...pasti akan busing n kata kerajaan x bagus, x tolong kaum sendiri....bodoh...malas....x tamadun...HIDUP ANWAR IBRAHIM--- MELAYU TULIN--- BAPA,RAJA,KAKI PELIWAT!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul bangsa melayu ini memang pemalas...semuanya nk percuma itu yg termakan dgn janji pr yg semuanya murah dan percuma ... sedihhh tgk anak muda melayu sekarang... yg bijak pandai dah berani pijak ketua negara yg kurang bijak lak menagih,merompak, merempit dan perempuannya pulak buang anak sana sini...semuanya anak org MElAYU..

      Delete
  9. Salah satu cara memperkasakan bangsa melayu ialah kawin 2, 3 atau 4. Buat anak ramai2. Kerajaan kena bagi subsidi kalau ramai anak. Cina DAP tak suka anak ramai. Tak boleh kawin ramai. So population depa stagnant je. Population kita mencanak naik. Pas tu disemai sikap bersyukur dan patriotik. Mesti takkan boleh menang lah PR. Al Juburi mana boleh tambah anak kalu menjubur je unless dia tibai bini org ikut jalan depan. Satu masaalah je, konsep ni PAS dah lama buat. Tu yg banyak bini, tibai bini kawan, tibai mistrs jual tudung dan kawin org kemboja.

    ReplyDelete
  10. Cina lipat BN sebab ada Melayu jadi kepala yang begitu ketagih nak jadi PM. Cuma sayang ramai otak Melayu yang bersekongkol dengan kepala tersebut tak sedar diri di mana kedudukan Melayu ketika ini. Banyak kaa anak Melayu yang cerdik? Banyak ka kedai-kedai Melayu? Banyak kaa ladang orang Melayu? Banyak ka pusat ternakan orang Melayu? Banyak kaa orang Melayu berjemaah setiap waktu ? Di mana orang Melayu dalam bandar-bandar? Berapa income Melayu dalam sebulan ? Teguh ka iman orang Melayu ? Berapa ramai orang Melayu pandai cakap orang putih ? Ramai ka Melayu faham makro dan mikro ekonomi ? Apa yang masih tinggal pada orang Melayu? Hebat ka Kepala Melayu itu? Kalau hebat kenapa dulu nak jual negara kepada Bank Dunia ? Berani sangat Kepala Melayu itu? Kalau berani kenapa tak bersumpah laknat yang begitu mudah itu ? Kalau itu pun Kepala tuu tak boleh buat, adakah dia cerdik dan boleh jadi pembela Melayu ? Kepada pengikut-pengikut Kepala itu tahukah apa yang diinginkan oleh sekutu-sekutu Kepala tersebut ? Depa tuu nak adil. Seadil-adilnya... kalau Melayu laa niii anak-anak depa tak berapa cerdik boleh masuk U, sekutu hendak anak-anak yang benar-benar pintar sahaja masuk U. Kalau ini terjadi berapa ramai anak Melayu ada di U ? Adil bagi mereka U tuu tempat orang pandai-pandai...! Anak sapa yang pandai ? Melayu-melayu yang dok ikut Kepala tuuu cepat laa sedar...Sementara Allah izin bagi kuasa tuu jaga laa... Sekutu tuuu Nabi pun suruh tuntut ilmu sampai ke negeri depa ? Sebab apa? Sebab depa rajin berusaha ! Habih Melayu yang dok ikut Kepala satu niii rajin kaa berusaha? PRU 13 niii moralnya mudah saja.... Satu kelompok Melayu + Cina + India dll nak pejatuh satu lagi Kelompok Melayu + Cina + India dll.... Dua-dua kelompok Melayu jadi Kepala....Yang jadi masalahnya Kepala Melayu dalam satu kelompok tuuu tak cerdik, tak bersih, amat diragui, banyak masalah... pasai tuu yang Kepala satu kelompok tuuu hangin satu badan... pasai yang bersekongkol ngan dia tuuu cerdik-cerdik belaka...banyak idea, banyak agenda, banyak muslihat... Tapi kalau kepala tuu sehebat Ungku Aziz kaa, Tun Razak kaa, Tun Perak kaa, aku pun sama nak berasa tukaq angin jugak.... Nak harap pembantu-pembantu Melayu kepada Kepala tuuu...lagi hancusss...apa depa tau? Yang depa tau, dari dulu sampai laaa asyik keluarkan fatwa...sampai yang bukan-bukan....Wahai Melayu, ingatlah PRU13 sudah berlalu...Allah sudah tetapkan ada yang menang, ada yang kalah...muhasabah lah....apakah hikmahnya... tak kan kita sebagai orang Islam hendak lawan ketentuanNYA...Syukur apa yang telah diputuskannya...Wariskan anak cucu kita dengan keamanan, dengan jaminan, dengan pembelaan, dengan ketenteraman... Ingat bezanya kita dengan mereka...Sasaran utamanya adalah untuk Akhirat...kumpulkan segala kebajikan dan imarah dunia ini sebagai bekalannya...Jangan asyik berjuang cara buloh kasap, pangkal hilang hujung lesap.....Sedihnya aku bila Melayu bertekak sesama Melayu, bertambah pilunya aku bila melihat depa maki Melayu dan disokong oleh bangsaku....kenapa jadi begitu sebab bangsaku tidak bersatu...

    ReplyDelete
  11. CAn't believe adults listen to Red Bean Army who are all jokers, probably still living with their parents. Wake Up uncle and aunty you are an adult listening to bunch of idiots who has no job and useless to community.

    ReplyDelete
  12. Terima kasih, Tun. Sesungguhnya ini satu kenyataan yang mesti diketahui dan difahami olih orang orang Melayu. Jangan kita mengharapkan kaum lain memahaminya.
    Disamping itu, kepada para pemimpin UMNO, bersedialah untuk berubah mengikut kehendak semasa. Dari keputusan PRU13, jelas kawan yang paling hampir adalah PAS, justeru carilah titik persamaan untuk melakukan Transfomasi Islam. Jangan pandang kebelakang lagi kerana amat jelas sekarang siapa musuh dan siapa seteru UMNO sebenarnya. Tuhan maha pengasih memberi kita isyarat yang awal ini. Kepada kaum kaum yang lain, layanilah mereka mengikut kemampuan UMNO/PAS tanpa ada penindasan. Insyaallah.

    ReplyDelete
  13. Salam semua,

    Bangsa Melayu yang beragama Islam ini sedikit pun tidak dapat merasakan peringatan yang Allah SWT sendiri bagitahu kepada mereka. Entah kemana agaknya pemikiran mereka! Mereka tidak dapat menjiwai segala yang ada didalam Al Qur'an yang mereka sendiri mengaku Al Qur'an itu Kalammullah. Inilah bezanya antara orang-orang agama dengan orang-orang beragama. Sila rujuk penjelasannya disini:

    http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2011/02/orang-orang-agama-verses-orang-orang.html

    Tun menceritakan secara menyeluruh bagaimana keadaan bangsa Melayu sebelum merdeka, keadaan bangsa Melayu bersatu-padu, kejayaan menamatkan Malayan Union, berjaya mencapai kemerdekaan,bangsa Melayu mulai berpecah kerana berdengkian sesama mereka kerana lupa untuk mensyukuri nikmat-nikmat yang mereka perolehi.

    Kesemuanya ini telah diterangkan oleh Allah SWT didalam firmanNya pada ayat 103 surah Ali Imran:

    "Berpeganglah kamu sekalian kepada tali(agama) Allah dan janganlah kamu berpecah-belah."

    Penjelasan: Oleh sebab 29 kesatuan umat Islam berbangsa Melayu itu bersatu-padu ketika itu didalam agama Allah, maka mereka tidak dizalimi lagi dan seterusnya berjaya mendapat kemerdekaan. Mereka telah memperolehi nikmat yang banyak selain berjaya mengeluarkan bangsa Melayu itu daripada terus dijajah,ditindas sahingga berjaya jugak mempunyai negara sendiri untuk diperintah. Tetapi,orang-orang agama didalam kesatuan UMNO itu sendiri mulai rasa tamak sahingga sanggup berpecah daripada kesatuan Arus Perdana melupai segala nikmat yang mereka kecapi. Inilah permulaan SUMBER kepada PUNCA PERPECAHAN UMAT ISLAM BERBANGSA MELAYU. Pada salah satu penulisan di blog saya, ada diperjelaskan tentang HARAMNYA menyokong,menjadi ahli dan jugak mengundi PARTI PAS. Sila baca:

    http://sukusakat-hangtuah.blogspot.com/2010/12/bukti-bahawa-kewujudan-parti-pas-ini.html

    Sambungan daripada ayat 103 itu tadi,Allah SWT terpaksa mengingatkan kembali kepada kita tentang nikmat yang telah diperolehi hasil daripada bersatu-padu itu dengan mengungkap kembali keadaan kita yang berada di atas pinggir LUBANG NERAKA. Erti lainnya,kita di tindas,di zalim dan dinafikan hak untuk bernegara.

    " dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu,ketika kamu telah bermusuh-musuhan,lalu dipersatukanNya hatimu,sehingga kamu jadi bersaudara dengan nikmatNya,dan adalah kamu di atas pinggir lubang neraka, lalu Allah melepaskan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepadamu,mudah-mudahan kamu menerima petunjuk."

    Sampai disini dulu kerana telah terlalu lewat. Sudilah ke blog saya.

    Wassalam.




    ReplyDelete
  14. Kerajaan Malaysia yg memerintah kini adalah Kerajaan Bumiputra Melayu Nasional.Kemenangan UMNO dlm PRU 13 adalah kemenangan tanpa Cina yg mensabotaj kerana menyokong DAP habis habisan.Mesej Tun M ialah Orang Melayu mesti berusaha memajukan dan membangunkan dan belajar menghormati diri kaum sendiri serta menghargai nikmat dan hikmat kebebasan dan kerajaan sendiri.JANGAN JADI SEPERTI CINA TAK KENANG BUDI,DIBERI TANAH NEGARA PULAK NAK DIKEBASNYA..

    ReplyDelete
  15. Tanpa Cina yang kaya2 ni, kebuluranlah pemimpin2 Melayu Umno baik dari peringkat JKKK hinggalah ke peringkat Rosmah Mansor (tahap tertinggi di Malaysia). Sanggupkah anda sebagai macai bawahan Umno melihat pemimpin anda kebuluran? Tanya Taib Mahmud sambil renung isteri Lubnannya.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum..bn mesti menubuhkan cyber troper yg cerdik pandai tuk counter attack cyber troper pembakang klo depa 200 kta 2000..sy nk join skali hehehe..seyes neh..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!