GEMPAR BERAPI! BETUL KE KHAIRY AKAN DILANTIK SEBAGAI MENTERI PENUH?

Serba janggal dan serba menakjubkan apabila Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara tidak semena-mena telah menawarkan dirinya untuk dilantik sebagai Menteri dalam kabinet baru Najib Abdul Razak.

Seolah-olah amat berbangga dengan kemenangan besar yang diperolehinya di Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menjadikan kemenangan tersebut sebagai tiket untuknya bergelar Ahli Kabinet pula, terutama selepas sepanjang penggal 2008-2013, Khairy Jamaluddin hanya mampu menjawat jawatan Pengerusi sebuah agensi yang entah apa fungsinya.

Wajarkah Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu menawarkan dirinya untuk menjadi Menteri?

Persoalan itu sekarang ini sedang dibahaskan dengan penuh meriah. Terlalu ramai yang kontra berbanding yang pro kepada hajat dan niat Khairy Jamaluddin.

Yang paling kerap ditimbulkan ialah, sejauh manakah kejayaan Pemuda UMNO Malaysia di bawah Khairy Jamaluddin sehingga dia perlu dilantik sebagai Menteri? Adakah Pergerakan Pemuda UMNO di bawah Khairy benar-benar berfungsi untuk berkempen dan memenangkan calon-calon Barisan Nasional, khususnya UMNO di semua tempat?

Atau fungsi Pergerakan Pemuda UMNO telah lama tempang, sehinggakan kewujudan Pemuda UMNO Malaysia, langsung tidak dirasai dan digeruni?

Melihat kepada prestasi yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin selaku Ketua Pemuda UMNO, rasa-rasanya jawatan Menteri yang diidam-idamkannya tidak layak buatnya. Sebaliknya, Khairy Jamaluddin perlu membuktikan bahawa Pemuda UMNO yang diketuaina itu merupakan satu badan atau sayap yang benar-benar berkesan dan menjadi pemangkin kepada sokongan pengundi-pengundi muda untuk parti tersebut serta Barisan Nasional sendiri.

Apa yang berlaku pada PRU13 sebenarnya, amat mendukacitakan. Bukan Pergerakan Pemuda sahaja yang gagal, bahkan Pergerakan Puteri UMNO juga langsung pincang dan tidak mampu digerakkan dengan efektif.

Kalau sudah jawatan Ketua Pemuda pun, tidak mampu ditanggung dan dilaksanakan tanggungjawab serta amanahnya, bagaimana pula apabila Ketua Pemuda dilantik sebagai Menteri? Mampukah Ketua Pemuda UMNO memikul tanggungjawab-tanggungjawab tersebut?

Jangan hanya nanti, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula berciciran!

Sewajarnya Ketua Pemuda UMNO memberikan tumpuan kepada tugasnya yang utama berdasarkan apa yang diikrarkannya ketika bertanding untuk jawatan tersebut beberapa tahun lalu. Seharusnya juga, dia tidak memungkiri janjinya untuk tidak menjawat sebarang jawatan penting, selagi Pergerakan Pemuda UMNO gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka.

Dalam keadaan sukar sekarang, gelagat yang ditunjukkan oleh Khairy Jamaluddin sebenarnya lebih mudah dirujuk sebagai MEMENTINGKAN DIRI berbanding mementingkan parti padahal ketika berkempen, lain pula yang dicakapkan dan diikrarkan!!!

Kurangkan gelagat elit yang terpalit pada Pemuda UMNO, sebaliknya turunlah ke bawah dan dekatilah golongan pengundi muda kerana mereka inilah yang akan menentukan sama ada UMNO kekal relevan atau sebaliknya.

Atau barangkali Khairy sudah dapat melihat bahawa UMNO tidak akan lagi mendapat sokongan golongan muda pada PRU14 nanti sehinggakan dia terlupa yang dia adalah Ketua Pemuda UMNO Malaysia sekaligus membuatkan dia perlu menjadi Menteri?

House PK: Ini aku petik dari blog Flying Kick. Aku dengar si kitol akan jadi menteri belia dan sukan. Apa pendapat korang ek?


121 Responses to "GEMPAR BERAPI! BETUL KE KHAIRY AKAN DILANTIK SEBAGAI MENTERI PENUH?"

  1. Kalau Khairy di lantik pun apa salah nya ? Melayu dah lah berpecah , tambah dengan kau lagi tambah berpecah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Jika diungkit kehelan lama, banyak orang buat salah. Jika dah bertaubat tak buat lagi macam dulu itu amat baik. Nak dapat ke tidak KJ jadi Menteri Pusat, terserah kapada PM yang bijaksana.

      Delete
    2. bodohlah house pk. Kalau kau mahu tahu apa sumbangan KJ ialah kalau KJ tdk suruh mansuhkan AUKU dah lama dah ramai orang muda masuk pembangkang krn pembangkang akan mencari sebanyak mungkin orang muda sertai pembangkang untuk kalahkan UMNO. Nasib baik AUKU di mansuh dan orang muda semakin dekati UMNO dan orang muda lebih celik politik. Lagi perkara iailah kalau KJ tdk lawan pembangkang debat dengan rafizi tentang pinjaman ptptn maka sudah tentu ramai orang muda sokong dan undi pembangkang pd pru 13. Hal ini krn debat adalah cara terbaik menangkis idea pihak lawan dan menerusi debat itu jugalah menyebab isu ptptn tdk menjadi isu panas. Takkanlah House pk tdk sedar2 lagi hal ini.

      Manakala orang cina sokong pembangkang adalah krn mereka mahu negara republik adalah agenda utama dap jadi tidak usahlah peduli orang cina lagi dan bukan salah mana2 orang UMNO kalah di selagor.

      Pembangkang berjaya kekalkan selangor pru 13 dan tingkatkan jumlah kerusi parlimen mereka pd pru 13 krn mereka berpolitik 24 jam.

      Jangan ingat BN kuat sekarang sebab jumlah rakyat Malaysia undi PR lebih besar drp BN pada pru 13. Rakyat Malaysia sudah tidak mahu lagi politik asyik buat kerja tetapi tidak berdebat. Adat orang politik adalah berdebat walau dimana2 negara mana pun mengikut zaman sekarang.

      Delete
    3. kasi je la budak kj ni jadi menteri atau sekurangnya timbalan menteri.... asik merengek je nak jawatan dalam kabinet....naik rimas akuu.

      Delete
    4. KJ memang sesuai pegang jawatan. Kita boleh tengok KJ debat lawan Ambiga pun kita boleh tengok siapa menang dan siapa kalah. Ambiga sebagai bekas peguam pun sampai ternganga-nganga dalam membalas hujah drp KJ. Takklah itu pun parpukari tdk boleh fikir juga

      Delete
    5. Bkn mengenai menang atau kalah. Berhujah biar ada kebenaran. Semata2 inginkan kemenangan tgk apa jadi dgn pru13. Sbbkan kekalahan tgk apa perasuah nuar tu nak buat sabtu ni d ptr jy. Sbb tidak boleh menerima kekalahan jadi samseng jalanan. Punya sour looser manusia binatang tidak dapat menerima kenyataan.
      Tandong sudah mula klr d kiri kanan atas kepala si nuar matinya tidak di terima oleh bumi tanah atau bumi laut seperti attartuk. Sesiapa yg pernah pergi ke turki dan pernah melawat akan kubur attartuk mengetahui kuburnya d letak djamban dan berbau busuk seperti jamban.

      ....Pernah ke turki...

      Delete
    6. dia pernah dihukum lepas pru 2008, satu jawatan pn x dpt....

      cukup la dah ditebus

      bagi la sokongan pd dia, kurangkn pertikaian, masalah akan bertambh...

      dia dah berdebat dgn anwar masa kat parlimen ari tu, org muda skrng ni nak tgk SIAPA yg pandai becakap...

      Delete
    7. Dari pemerhatian aku... komen sokongan KJ ni dtg dari orang yang sama

      Delete
    8. KJ tak layak untuk berada didalam kabinet (melainkan kabinet dapur atau bilik tidor). Kita tidak dapat menafikan kepetahan KJ berpidato begitu juga kita tidak dapat menafikan kepetahan Anwar berpidato. Meletak KJ didalam kabinet mengulangi sejarah Tun memasukan Anwar kedalam UMNO - KJ ibarat ULAR yang pasti akan mematuk tuan nya kembali bila mendapat peluang.

      Delete
  2. Nak pecah apa? Khairy bukan melayu pun. Pernahkah dia perjuangkan melayu? Jangan bagi alasan bodoh la jose rizal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tu hang tu melayu ka?ntah indon sesat mana jadi rakyat Malaysia.

      HIDUP KJ!

      Delete
    2. ► Boleh tolong jangan laungkang slogan Hidup KJ tu tak.Nak terberak aku baca.

      Harap Maklum

      Delete
    3. dlm umno/bn, kj layak terima apa2 jawatanpun sebab dia melayu....syarat utamanya ialah dia melayu....takkan pasal kj, kita melayu dah berpecah ni, nak berpecahan lagi....aduyaiiiiiiiiiiiiii

      Delete
  3. Kau tunggu Khairy butohkan hang Parpu. Pencacai Mamakutty yang tak habis-habis dengan dendam kesumat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Parpu ni memang pukimak! Jom boikot Blog dia!

      Delete
    2. Nik aziz yg dendam kesumat pd umno. Isle sesama isle konon. Cakap tidak serupa bikin. Suruh tun m retired sendiri sampai dah ketaq pon nak pegang jawatan. Munafiq serupa la dgn nuar tu. Nampak sangat Lisan busuk sebusuk hati .

      Delete
    3. Tak payah ler nak boikot-boikot....semua orang bebas bagi pendapat.
      Baru ler meriah!

      Delete
  4. Aku dah lama ikuti perkembangan Khairy.jujur aku katakan dia memang LAYAK paling tidak pun Tim.Menteri.jgn hanya kerana kita x suka Pak Lah dia di jadikan mangsa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang KJ layak

      Delete
    2. kerana KJ, Anwar dibebaskan.
      Kini politik Malaysia semakin meriah.
      Hidup KJ.

      PRU14 BN mungkin tumbang.

      Delete
    3. ► Kerana dialah Pak Dol melingkup jadi pakcik pencen sekarang.Sekian.

      Delete
    4. Kalau KJ gagal masuk kabinet, alamat jawatan ketua pemudanya bakal tercabut !!

      patutlah KJ nampak beriya-iya nak jadi menteri.

      Delete
  5. Menteri Belia dan Sukan rasanya sesuai.. mana tahu KJ boleh asak FAM berubah senyap-senyap

    ReplyDelete
  6. Parpukimak sial....agak aku ngkau ni sikitol versi mamak niii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aiyakkk !! red bean army tunjuk perasaan kat sini pulak !

      Delete
    2. ko ni baghal ke ape MUSTAPAU,X abes2 ngan red bean army ko,bodoh nk mampos,org cite psl KJ bangang,ko igt org yg skong KJ ni red bean ke,bodoh

      Delete
    3. ko nak sokong kj itu ko punya pasal... tapi ko maki parpu tu menunjukkan ada benih kit siang dalam darah ko !

      muaahahahaha

      Delete
  7. Apasalahnya KJ bro,,, Mungkin bro tak masuk ipta dan ipts,,, kena lihat dgn mata sendiri bgimana sambutan dr org2 muda disana,,, jgn menghukum kerana dendam,,, ini bukan masa kita persoal jasa sesorang,,,

    ReplyDelete
  8. so far tkde masalah dia jd menteri penuh.. As ketua pemuda dia layak untuk itu.. lgipun undi y diterima di rembau meningkat dari 5000++ ke 18000 ++.. maknanya dia juga telah diterma rakyat.. Bagi gua, dia memang layak..

    ReplyDelete
  9. Sy rasa PK ikhlas bersuara krn sygkn umno. Klu syg x bleh stkt puji yg melemahkan ttp perlu kpd kritikan mbina utuk menguatkan umno. Klu bkn krn sygkan umno, biaq lantak pi la apa nk jadi. Bukan senang nk bsuara terutama kritikan, jd smua kena ikhlas n jujur memberi pandangan. Berikan hujah n fakta yg kukuh n relevan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi PK juga harus profesional dalam mengkritik. Ingat yang KJ bukan dari parti lawan. Si kitol tu kan Anwar Ibrahim..

      Delete
  10. HPK ni tak habis2 berdendam dengan KJ. jangan jadi macam pok nik la bro.

    ReplyDelete
  11. Sabery Chek Menteri Belia Sukan tak boleh pakai. Dia kata dulu kalau Malaysia tak dapat emas sukan olympik dia nak letak jawatan...habuk pun tarak

    ReplyDelete
  12. biarla siapa yg najib hendak jadi cabinet dia. kalau tak perform boleh tukar lagi. bukan jawatan hak sampai mati. cuba orang baru mungkin lebih baik. KJ pun competent dan capable. jangan busuk hati sangat.

    ReplyDelete
  13. RAMAI JUGAK PENJILAT KJ NI EH..

    CUKUP LAH.. RAMAI ORANG TAK SUKA DIA.. APA YANG BERLAKU PADA PRU13 DARI ADALAH MOMENTUM DARI PRU12 (2008)..

    ELOK DIA JADI TIMBALAN MENTERI DULU..

    TUMPUKAN SOKONGAN GOLONGAN MUDA TERHADAP UMNO..

    AKHIR KATA!! I DONT TRUST HIM.. HE LOOKS LIKES ANUAR THOSE DAYS WHEN HE JUST JOINT UMNO.



    ReplyDelete
    Replies
    1. If he looks like Anwar those days, he must be capable of generating more supports towards UMNO among the Malays. I will outright reject him if he is like Anwar these days.

      Delete
    2. KJ masuk kabinet, politik Umno bakal bergelora kembali !

      Mahathir takkan biarkan KJ mengembangkan sayapnya yang telah dipatahkan sebelum ini.

      menantu PakLah yang gelojoh ini akan nanti diganyang habis-habisan !



      .....jangan marah yer, sekadar pandangan. hehe

      Delete
  14. Ikut Najib nak buat apa. Untuk aku, asal masih ada Najib, KJ, Hishamuddin pada PRU14 nanti, sori aku tak akan undi BN. Nak jadi apa pun jadilah. Dah memang jelas UMNO bukan lagi parti yang boleh diharapkan untuk meneruskan agenda orang Melayu. Paklah sudah buat transformasi dan Najib sedang menjayakannya. Kepada orang Melayu, snggaplah kedudukan kamu orang sebagai rakyat Malaysia tak ada bezanya kalau kamu orang jadi warganegara Australia atau Kanada atau Bangladesh sekalipun. Memang itu hakikatnya sekarang. Siapa pemimpin, parti mana yang akan jadi kerajaan tidak lagi relevan dalam tempoh 5 tahun lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya lu sokong kj jadi menteri
      cayalah

      Delete
    2. AnonymousMay 15, 2013 at 12:33 AM,

      Maknanya pergi mati la dengan depa semua tu.

      Delete
    3. Bodoh,habis kau ingat pr boleh juangkan nasib melayu?
      Bodoh la kau ni, kau xpercaya najib khairy atau hishamuddin pedulik apa kitorang.
      Tp kalau kau tak percaya umno, kau mmg bodoh
      Apa pas tu juangkan hak islam sgt ke? Pkr tu juangkan hak melayu ke?
      Nantikan, 1 hari nnt pas pkr akan terkubur.
      Bukan umno yg perlu kuburkan pas pkr.
      Tp pas pkr akan dikuburkan sendiri oleh dap.
      Dan masa tu melayu akan hilang hak.
      10 tahun lg, kau akan iyakan cakap aku ni.

      Delete
    4. anon 8:49
      jahilnya kau ni

      Delete
    5. Berilahg peluang kepada Khairy menganggotai Kabinet.Beliau ada kebolehan dan kelebihan.Percayalah.

      Delete
    6. Haiyaa.. ini KJ terang2 manyak makan wang punya lakyat lo.masa Paklah PM dulu.Sama macam tu Lembu punya Salizat.saya tak suka sama lia.sokong nanti malaysia semua habitt wang dia sapu oooo.

      Delete
  15. ada rezki nk hijrah bosan masih tak sadar pru14 aku satu krabat tak ngundi juka kj ,mentri hish kdn , subaru sukan dan belia , bye bye apapun kitak tunggggggggu. najib kata kita dengar suara rkyt---apa bukan suara ;hempedu rkyt dahkeluaq

    ReplyDelete
  16. aku pon x tau la nk ckp ape psal si keri nih sbgai kp..cume sbagai pngundi ats pagar aku lg brminat nk tau aper cite ngan fathul bari, ustaz azhar idrus n nik abduh..keri nih klu dia mmprlihatkn diri jer bru aku prasan..klu dia xde..haram aku x ingat..nk usha puteri pon xde yg aku brkenan..nsib baik la ade blogger2 kental mcm parpu, papagomo n the gang..walaupun kekadang merapu meroyan tp dpt la aku info sikit sebanyak..so stelah buat prtimbangan antara pr n umno akhirnya aku mmilih undi bn..

    ReplyDelete
  17. Kj
    lebih bersih dari anwar
    lebih sopan dari nik aziz
    lebih keras dari rafizi

    ummm lebih apa lagi ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih pandai temberang la maknanya tu...

      Delete
    2. masa PakLah jadi PM dulu, lagak Khairy mengalahkan menteri!

      Delete
  18. Lagipun KJ kan dah makin matang.. umur dia dah tambah 5 tahun sejak Pak Mertua dia ambik dia masuk jadi orang penting lam UMNO.

    ReplyDelete
    Replies
    1. uuuiiiii...! dia memang matang.
      Dalam ramai-ramai cuma dia sorang jer yang tawarkan diri nak jadi menteri !!

      matangnyaaaaa....

      Delete
  19. Sebagai blogger pro BN kenapa lak nak kritik orang sendiri pada saat macam ni? Sepatutnya kita bersatu!!! Kerana agama, bangsa dan negara bersma-sama BN. Jangan jadi bodoh la ye. Dngarlah naaihat yang poaitif an buang yang keruh ambil yang jernih.


    Pada puak pr yang enter frame kat sini.......pergi lah jilat bontot babi yang kamu sokong tu. Tak payah habiskan masa nak komen disini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kepala hotak kamu. Sokong KJ jadi menteri samalah dengan sokong PR.

      Delete
  20. Elok lah Khairy pegangan jawatan Menteri ke apa,yg lain tu ramai tak bertelor,penakut lembab dan rendah diri bila berhadapan dgn pembangkang.Si Khairy ni Anwar al Jubori pun dia boleh tibai secara berdepan dan spontan.Man ada tokoh Umno yg lain macam dia.Kesilapan lalunya perlu di lupakan dan cuba beri peluang ke dua pada beliau.Kalau boleh Azlina pun perlu di bawa masuk bagi menghentak puak pembangkang yg celupar seperti Nurul Izzah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau begitu biar jer la dia tumpukan peranannya diparlimen. Jangan sibuk nak jadi menteri.
      Bila dah pegang jawatan menteri, nanti ghairah nak bertanding naib presiden Umno pulak.
      lagi banyak politiking dalam umno.

      Delete
  21. Asalan bukan KJ...
    Daripada dulu teman memang meluat .

    Buka TV ada aje muka dia, teman tukar saluran serta merta.

    Nak menteri sangat Tonjol Tawar diri secara berulang dan terbuka
    Ta da rasa malu .
    Mungkin semua orang politik dari semua partai dah hilang sifat malu.

    No to KJ !
    No To KJ !
    No to KJ !

    Tapi teman memikior: Najib akan ambil KJ atas dasar "accommodation dan 1M4U,inklusive engage .
    Kome ta kan tak tau kepala Najib-- blue ocean strategy.
    KJ akan same dengan Saifudin NEW POLITIK,Jenis suka berdemo adam tanjung malim.
    KJ dan saifudin twit kapada tantawi.
    Cume nye, KJ lebih merbahaya, ada sifat taqiyah.
    No to KJ !
    No to KJ !
    No to KJ !
    Kalu Najib ambil, maana nya ,buat buang masa aje PRU 13.
    yaani Najib tak dapat manafaat apa apa persekolahan.
    arjuna waspada
    changkat lobak

    ReplyDelete
  22. Khairy layak untuk jadi menteri sebab dia menang dalam PRU . Orang lain yang kritik beliau itu ada menang ker ?

    ReplyDelete
  23. Gempar berapi!!! Parpukari tercirit bila dapat tahu kj nak jadi menteri

    bloger tersohor malaysia parpukari tercirit dalam seluar setelah hasutan demi hasutan membenci kj yang dibuat diblognya gagal total
    haha


    ReplyDelete
  24. apa salah khairy ....dia dah banyak tolong bn/umno dalam parlimen berdebat dengan ahli parlimen pencacai pr...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Angkatlah KJ kalau nak UMNO pupus dari arena politik Malaysia.

      Delete
    2. KERANA KJ.
      AHLI UMNO SUDAH MENYAMPAH.
      KERANA KJ.
      AHLI MCA BERALIH SOKONG DAP.
      KERANA KJ.
      ANWAR BEBAS MEMBELASAH UMAT MALAYSIA
      KERANA KJ
      ANWAR MENDAPAT SIMPATI DARIPADA SETERU ISLAM

      Delete
    3. Tergamak lu tuduh kj bukan bukan
      cuba tengok gambar dia tengap lap air mata tu
      tak simpati ke pada dia

      gua sokong kj jadi menteri

      Delete
    4. Dia lap airmata sebab pak mentua dia kena tendang ngan Mahathir...tak sempat dia nak jadi menteri !

      Delete
  25. Tak salah kj jadi timbalan atau menteri penuh...tahun ni bn last kopek jadi kerajaan..ada jawatan ada pangkat..pulun le utk kaya raya. Cina dap baru pegang exco di kerajaan negeri pun dah jadi jutawan...mat sabu pun dah kaya raya..

    Nasib kau lah kj...ada rezeki adalah, dolah dah buat muka kesian kat najib, takkan tak dapat.

    Dari segi kerja, bukan setakat kj, ramai lagi yg mangkuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KJ and Kroni.
      Apa tunggu lagi.
      Jawatan wajib.
      Kerja Culas.
      Harta rampas serampasnya.
      Lepas tu Lawan Tetap Lawan.

      Kesian Najib.
      Ditikam dari depan (Pakatan Rakyat)
      Dari belakang
      Dari segala penjuru.

      Maka tumbanglah Najib.

      Delete
    2. Tak payah nak kesiankan orang
      kesiankan otak lu dulu jangan sampai jadi mereng kerana terlalu bersangka buruk

      Delete
    3. Pandang muka KJ teringatkan Kalimullah !

      Delete
  26. WAHAI PARA BLOGGER SEKELIAN.
    KITA KASI AJAR SAMA NAJIB 2 ATAU 3 TAHUN MULAI SEKARANG.

    LEPAS TU, KITA SOKONG KEMBALI UMNO BN TAHUN 2016 PULAK. ITUPUN JIKA, KJ JADI MENTERI.
    JIKA TIDAK UMNO BN LA SELAMA-LAMANYA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini banyak bahaya.
      Jika serangan berterusan dari blogger BN.
      Kemungkinan UMNO BN hanya menang 50 kerusi parlimen dalam PRU14.
      selebihnya pakatan rakyat... jawabnya.

      ITUKALILAH.. NAJIB WAJIB LUCUT JAWATAN.
      MAKA KETUA PEMBANGKANG DIKALANGAN BN IALAH saudara KJ.
      HAA... HAAA..

      Delete
  27. ► Kesian pulak aku tengok KJ ni.CyberTrompaH dia berhempas pulas merengek-rengek mintak dia jadi Menteri macam budak kecik mintak beli aiskrim.Takperlah Parpukari bagije lah dia jadi Menteri.Nanti lepas ni boleh la kita semua tengok KJ kumpul ramai-ramai Mat Rempit dekat Dataran Meredeka macam dulu.Nanti dah ada kapasiti Menteri Belia Dan Sukan boleh la dia buat Perlumbaan Rempit ala-ala F1.

    ► Jubur Taik punya misi dari Zionist dah banyak gagal.Dari 16 September,Ladat Datu,sampai la PRU 13 ni.Semuanya gagal.Sekarang yang tinggal Perhimpunan TAIK HITAM jer la dia nak cuba jatuhkan.Kalau gagal jugak mungkin dia akan letak PARASIT dalam UMMNO.

    ► Dulu PARASIT ni dah kasi UMMNO kucar kacir,huru hara sampaikan satu tahap waktu tu nak pakai baju BN dan beli Utusan Malaysia pun segan.

    ►Tapi nak buat macam mana PM Najib kan jenis yang mendengar DENYUT NADI URAT KENTUT RAKYAT.So kita yang rakyat kelas setinggan dan low class ni layankan jer lah.Cakap orang jawa just follow the flow.

    Sekian sahaja karangan pendek saya yang bertajuk PTuiiiiHHHHH.....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaaaa.....pandai kau buat lawak!

      Delete
  28. Aku sokong KJ jadi menteri penuh...... it's about time !!!

    ReplyDelete
  29. Najib wajib pilih KJ.
    Rakyat wajib halang KJ.

    Masa depan negara bukan ditangan KJ.
    Masa depan negara ditangan Rakyat.

    Jika KJ menjadi pilihan.
    Anggaplah beliau layak memegang jawatan tersebut.
    PERPADUAN DALAMAN UMNO WAJIB DIERATKAN, PERPADUAN RAKYAT MALAYSIA WAJIB DISATUKAN.

    ReplyDelete
  30. Khairi apa fungsi dia? asik dok sokong mahasiswa pembangkang..sampai bagi kebebasan lebih sgt tu pasal ramai mahasiswa asik cite politik je..pandai sangat khairi ni, lempang laju-laju baru nak buat kerja..

    Korang ingat kalau dia diserap masuk kabinet bertambah ke undi? ramai pegawai kerajaan menirap la tgk dia..sbb dia ramai x sokong umno..nasib la najib baik hati boleh berlembut dgn pegawai2 kerajaan.

    ingat punca khairi duduk tingkat 4 la abis kucar kacir kerajaan. ni bukan dendam, tapi peringatan kat gerombolan sokong khairi..dia tahu bolot harta jee..haram jadah menantu paklah....puii puii puii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerana KJ biasa buat honar sebelum PRU12.
      Maka rakyat sukar memaafkannya.

      Kini perasaan marah kepada KJ semakin membara.
      Kesihannn... KJ.

      Kerana perbuatan terkutuk KJ tahun 2006, 2007 dan 2008.
      Rakyat yang pernah menyokong BN pasti marah kembali apabila KJ dijulang sebagai WIRA PEMUDA UMNO dipentas Menteri Penuh.

      Berhujah atas realiti sejarah UMNO BN.

      Delete
    2. ► Kejap lagi Unit CyberTrompah Kayu KJ mesti warning kau.Dia cakap komen kau ni atas dasar dendam peribadi.

      ► Lepas tuduh orang dengki dan dendam kemudian diorang start merengek-rengek balik.Tolong la bagi KJ jadi Menteri...Wooooo...Woooooo...(nangis-nangis) KJ lah harapan Nusa dan Bangsa...Wooooo....Woooooo..(Nangis lagi)

      Wargghhhhh...Kahh....Kahh......

      Delete
  31. ramai pegawai kerajaan x sokong umno 1 semester lepas sebab khairi duduk buat kacau..nasib najib cepat2 bagi betul balik..kalau tidak abis umno kena teruk..

    Jgn ingat dia menang besar kat rembau dia boleh demand... Kita x ikut undi popular larr.. Kita nak yg buat kerja bukan bodek budak bawah bagi diri naik atas..

    Ingat paklah ingat khairi..ingat 2008

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimalah serangkap pantun dari saya,

      ►Ingat Pak Lah terasa mengantuk

      ►Ingat KJ rasa nak penumbuk


      PtuiiiiHHHHH......

      Delete
    2. Menang besar tu pn pasal tok mad dn lain2 wakil rakyat bn dlm parlimen rembau..tok mad mntk pengundi rembau bg muke kt dia je..cube tanya pengundi rembau, apa keje dia sblm pru...hampeh..

      Delete
  32. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin
    dan beberapa orang rakannya tidak dapat
    membasuh tangan, bahawa percaturan
    politik mereka telah memberikan
    sumbangan ke arah ketidaksetabilan
    politik dalam parti dan juga keruntuhan
    kepada asas-asas ikatan perpaduan negara
    yang diletakkan oleh Perdana Menteri
    kedua, Tun Abdul Razak Hussein dan
    diperkukuh serta digemilangkan oleh Tun
    Dr. Mahathir Mohamad.
    Dalam beberapa hal, percaturan ini
    dilanjutkan sehingga selepas Tsunami
    2008, yang menampakkan ada usaha
    untuk membawa semula Anwar Ibrahim
    ke dalam UMNO sehingga ke peringkat
    membawa passport antarabangsa
    kepadanya untuk berubat patah tengkok
    di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah
    membaca sikap orang UMNO.
    Dalam menghadapi pilihanraya 2008, TV3
    dan NST telah menjadi alat kepada
    memecah belahkan UMNO dan asas
    ketatanegaraan dengan laporan negatif
    terhadap orang yang tidak disukai oleh
    bakal pemimpin muda dan yang paling
    menyedihkan ialah, Menteri Besar Kedah
    Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan
    diperkecilkan dalam keadaan dia sakit,
    pada hal dia berjasa besar kerana
    memulihkan kekuatan BN di Kedah.
    Berita-berita sensitif
    yang menyakitkan hati orang Melayu dan
    Islam dipermainkan dengan bebas oleh
    NST.
    Banyak kepincangan berlaku dalam
    menghadapi pilihanraya 2008. Manifesto
    BN hanya diumumkan, tetapi tiada dalam
    pengedaran. Kerja cetakan mulanya telah
    diberikan kepada Utusan Melayu Malaysia
    Berhad, tetapi disambar oleh NST, namun
    manifesto tidak kelihatan. Kemana wang
    cetakan ini lenyap tidak diketahui hingga
    ke hari ini.
    Sorak megah Pilihanraya 2004 berakhir
    dengan kehilangan maruah pada 2008
    kerana kesombongan dan keegoaan
    beberapa orang muda yang "berkuasa".
    Apabila saya membuat kenyataan yang
    disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Sinar
    Harian, bahawa Tsunami 2008 telah
    menggagalkan cita-cita pemimpin muda
    dalam UMNO untuk mengambil alih kuasa,
    maka salah seorang dari tingkat 4 telah
    menalefon dan memarahi Utusan.
    Terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-
    rakannya untuk diceritakan semula, tetapi
    ini bukanlah masanya.

    -zamkata-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah! ini baru betul,......kena dengar ni,..kena dengar !

      Delete
  33. Yang buat pecah belah umno thn 2008 bukan pak lah atau kj....TAPI MADEY ALKUTTY SEBAB DIA KELUAR PARTI, SABO PARTI, NAIK PENTAS PEMBANGKANG....SEMATA2 KERANA DIA TAK BOLEH CONTROL PAK LAH DAN MENASIHAT SUPAYA ANAK BERANAK DIA DI BERI PROJEK2 MEGA....TU LAH SEBAB DIA BERDENDAM KESUMAT SAMPAI SKRG. Kalau negarawan ulung....bukan bersikap macam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak payah salahkan orang lain kalau kamu sendiri yang tidur sana sini dan menantu kamu pulak jadi penyamun tarbus menyamun negara siang malam. Memang haramjadah.

      Delete
    2. betul, betul, betul !

      Delete
  34. Bro..manusia boleh berubah....sekiranya perubahan itu nampak kearah kebaikan maka teruskan beri peluang....
    Manusia juga buat kesilapan...maka jadikan kesilapan yg lalu itu sempadan yg lebih kuat dimasa hadapan.

    Kita mahu ramai lagi melayu macam KJ, Mukriz dan lain2 seangkatan. Sorang dua je mana cukup. Ada brani ? Lupakan kisah silam yg kelam....just move forward...if they make mistake we advise them....if they repeat we slash them..is always our way to the glory.
    We look backward to learn sometimes....but we look forward to progress always.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manusia boleh berubah?
      Ha ha ha ha...hi hi hi hi...gelak terguling guling aku ...ha ha ha kik kik kik...

      .
      .
      Mungkin Anwar @ Aljubs bukan manusia ... Sebab tu dia tidak boleh berubah...
      Sejak tagun 1970an lagi dia kuat memberontak...sehingga kita....
      Dalam otak kepala lututnya...demo demo demo...semua buat tepi jalan...memberontak!

      Dia rasa kepuasan bila dapat memberontak...malah lebih hina ... Mengheret bini dan anak dia sekali...
      Memberontak...demo demo demo...ramai pula pengikut lahabau yang termakan umpan bodoh Aljubs...
      .
      andaikata Aljubs ni buat Jualan Langsung @ Direct Selling @ Multilevel Marketing i.e. Cosway ke, Zhullian ke, Amway ke, Jeunesse ke, jual insurance ke... Dah lama bantu rakyat Malaysia jadi kaya serta membantu ekonomi...

      Ini tidak...merusuh, menggangu kenteteraman orang lain..


      Walau bagaimanapun... tahniah KJ - time to rock that bastard Anwar Aljubs & his bunch of clowns.!!


      .
      ..

      Delete
    2. Ya betul manusia boleh berubah...maksud aku perangai manusia itu yg boleh berubah...contoh nye ko sendiri dah bagi...memang contoh paling tepat apa yg yang aku maksudkan...

      Tapi anu ni dia bukan berubah perangai tapi siap dgn physical sekali....kan dulu org dok sibok compare perut dia buncit ke tak buncit...hahahaha

      Delete
  35. Aku sokong kj....sebab korang dah bertahun nak bunuh dia....tak boleh2 jugak. Samada dia pandai...ATAU HANGPA SEMUA BODOH TAHAP MANGKUK AYUN. Tapi setelah aku teliti betul2 posting2 hangpa....rasanya HANGPA MMG BODOH LA KOT. Dengan bantuan tun pun gagal jugak. Orang tua tu pandai....yang bodonya....PENGIKUT2 DIA LAH. Memang dasar blogger otak udang...almaklum lah badan berat, otak byk lemak, susah nak pikiaq...betoi ka dak salim?

    ReplyDelete
  36. Aku sbg org muda,sokong KJ ni. Dia jenis yg tegas&teguh pendirian. Walaupun, org2 bsr pembngkang ajk brdebat,dia xgentar. Ini yg kte mahukn. Aku yakin dia mampu jlnkn tanggungjawab dia kalau jd menteri. ^.^

    ReplyDelete
  37. Menang bodoh sangat blogger....barua pula tu....mangkok hayun.....butuh,dok asyik pandai menyalak cam anjing Kat sini je......papagomo dah kena tangkap,bila pula anjing kurap ni nak kena pula????? Hidup nik najis......nabi tipu Di zaman dunia ni,hidup anuar Ibrahim......raja,bapa,kaki peliwat!!!! Semua anak melayu tulin......semua cam bangsat..........weekeeekkee.....APA nak jd dgn kaum melayu ni ya.......puki mak......sial......anjinggggggggg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lu buat komen kasi baik sikit la bro...ke lu dah register HTR ?
      Lu pegi workshop la kasi overhaul lu punya kepala hotak dulu. Skrg zaman cool war.

      Delete
  38. banyak tol anjing belaan khairy..org yg sama je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. orang yang sama je yang komen dan sokong KJ.
      Siap maki orang yang menghalang KJ.

      Inilah jenis Melayu terakhir.

      Delete
  39. KJ ni bagus..selalu turun padang tgk rakyat bukan mcm yb lain..lps menang tido..aptb!! hidup KJ!!! -org rembau-

    ReplyDelete
  40. InilAh parpu. Dr dulu smpai sekrg x habis2 nak jatuhkan kj.Al Fatihah buat parpu dll yg kutuk kj guna kata kesat.

    ReplyDelete
  41. Bagus dan molek bebenor Khairi kalau dilantik jd Menteri penuh bagi dia pegang Portfolio Belia dan sukan..Kita nak orang muda yg aktif bertenaga garang dan kaya dengan idea yg bernas serta berani berhimpun dan berdebat dgn pembangkang.Yes kami orang muda Umno mesti teguh menyokong pemuda Umno.Maju ke depan KJ pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  42. Kalau PR ada Anwar yang ganas barbarian brutal dan pemangsa terkam, Umno ada Khairi yg berani,tegas dan belum ada salah laku moral songsang atau skandal seks.Hidup KJ hidup pemuda Umno.Jgn korang cakap KJ bukan Melayu Kalau Najib sendiri..kata ..dia adalah immigran..bugis..

    ReplyDelete
  43. Parpu berkari sambal bercili jgn samakan KJ dgn Nwarr berahi..Anwar dlm pembikinan atau young anwar dlm Umno boleh jadi sesiapa saja..buang jauh jauh prejudis buruk anda,sentimen perasaan yg dikawal dan telah dijajah oleh perbuatan buruk Anwar.Lunturkan kenujuman pak belalangan anda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenal sesangat ko dengan sinuar tu ye. setakat dapat info dari kitab umno, gitulah sinuar tu kan?
      pada sesapa bekas2 org penting umno, jgn cari pasal dengan umno, kalau tak, terimalah nasib macam sinuar tu....akan muncul vcd2 porno untuk tatapan rakyat, maka menjadi korang mangsa makian rakyat naif dan lagi jumud.

      Delete
  44. Apa punya mentality hampa dok berbahas ni? The question is- can the guy do the job? if yes, and if he is patriotic enough to defend the Islam and Malay interest with vigour then so be it. Let him go for it but if he is just a good orator without substance then the PM should remove him later. This is for all of us to consider

    ReplyDelete
  45. KESIAN TENGOK MANGKOK YANG SEORANG NI.
    BERPULUH KOMEN DIA YANG PUNYA.
    TERDESAK UNTUK ANGKAT KJ DAN MAKI ORANG YANG LAIN YANG MAHU MENCERITA KEBENARAN DI DALAM UMNO.

    ReplyDelete
  46. Kenapa tak bagi peluang. Mengapa hanya melihat yang negatif sahaja. Jangan samakan Kj dengan Anuar. Mudah-mudahan UMNO akal kekal, kuat dan Teguh selama-lamanya. Bagi saya sifat tidak berontak KJ , adalah suatu kebaikan. Jarang ada orang yang seperti KJ. Tahu bila mana hendak memandu dan tahu bila hendak berhenti.

    Mungkin kesilafan yang lalu telah mendewasakan beliau. Bantu membantulah demi kebaikan, bukan saling tuding menuding dan rutuh meruntuhkan.

    Fikir-fikirkanlah.

    Saat Jais
    www.treat-cure.com
    http://saatjais.wordpress.com

    ReplyDelete
  47. Tolong jwab house pk. Kenapa ko beriya2 sgt tolak KJ? Cubalah berlapang dada. Jgn mencederakan anggota yg sedang sakit. Skarang cuba bersatu dulu, KJ mmpunyai ramai pengikut dari golongan muda. Siapa lagi nak diharapkan selain dia? Give him a chance to prove him self. Too early to judge.

    ReplyDelete
  48. SALAM PADA SEMUA , 'TIME TO UNITE NOT IGNITE'

    ReplyDelete
  49. Melayu tak dapat dipisahkan dgn HASAD DENGKI !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini bukan soal hasad dengki. Kita nilai orang melalui kebaikan yang telah dilakukannya. Setakat ini KJ tidak dapat memperlihatkan ciri2 tersebut. Apa yang dia buat selama ini hanya untuk menonjolkan diri dia sendiri.

      Satu perkara yang dia harus belajar adalah ... "jangan kurang ajar dengan orang2 lama".

      Delete
  50. apa la korang ni..nak backup kj pun beragak la.. Bukan sebab mahathir keluar umno..ni sebelum mahathir buat kejadian memang pkalah n kj dah buat sampah..

    Dia entah dari mana muncul pun orang ramai x perasan langsung..tiba2 jadi ketua pemuda umno..apa dia ingat boleh lepas mcm tu je ke..

    Pandai cakap oxford boleh la nak berlagak..ciit

    Hishamudin pun satu kemaruk sangat nak kawan dgn kj hahahaha buat malu je..

    Kita nak cari otak yg bagus mcm mahathir n najib bukan nakal mcm kj..

    ReplyDelete
  51. Banyak btul tentera kacang putih kj ni yang nak dia jadi menteri. Persoalan nya ialah apa jasa dan sumbangan nya kepada BN dan khasnya UMNO? Pada aku lain kali lah cakap dengan kj.

    ReplyDelete
  52. Webportal berita edisi percuma tanpa perlu melanggan malaysiakini

    Freemalaysiakini2.com

    ReplyDelete
  53. KJ budak tgkt lima akan rosakkan umno pd jangkamasa panjang.Jgn lupa KJ baik dgn singapore............no to KJ.........

    ReplyDelete
  54. KJ ada ciri2 nuar hanya utk menjadi perdana menteri.........bkn kisah utk memikirkan ttg perjuangan nasib melayu....

    ReplyDelete
  55. Bg aku wawasan 2020 tidak penting jika pencapaian ekonomi melayu hancur.Ramai melayu luar bandar susah dan lemah dr sudut pendidikan.......UMNO hancur berkubur jika bkn kerana melayu luar bandar .....jgn berebut jadi menteri utk puncak kuasa tetapi kami org kampung susah menderita.....AWAS.....INI AMARAN MELAYU KAMPONG....

    ReplyDelete
  56. Tak pa. Sama-sama kita tunggu dan tengok.

    ReplyDelete
  57. tak tau sgt about his past involvement yg org duk tak puas hati ..but lepas jadi ahli parlimen rembau..sifat yg paling terpuji adalah selalu turun padang..selalu involve ngan aktiviti kg...mesra dgn sume org..benda yg jarang berlaku masa MP sebelum KJ, in fact MP sebelum tu org kg aku je..and most of all nampak semangat dia nak merubah and menolong org melayu and menagakkan bangsa malaysia..give him a chance to prove..dia antara org muda yg nampak paling steady besides rafizi..PM pun tak pilih org sebarangan..mmg dia layak..elok doakan yg terbaik untuk dia dan kita semua,not necessarily people yg kita tak suka tu tak leh bawak good change.

    ReplyDelete
  58. Klu mamat eksyen berlagak hebat ni x pyh la.jwtn menteri apa nak bg dia?

    Blh la jd menteri kadok naik junjung

    ReplyDelete
  59. KJ menjadi Menteri Penetangan dan Kominikasi sebagaimana ramalan aku. Tahniah KJ dan DS Najib, jawatan terbaik buat KJ dan satu pilihan tepat PM.

    ReplyDelete
  60. Aku tak dapat nak lupa peranan KJ membatalkan jambatan bengkok Tambak Johor Singapore.

    ReplyDelete
  61. Mesti mau ingat... cita-cita KJ untuk menjadi PM Malaysia termuda tidak pernah luntur.. (sama spt Anwar bercita2 nak jadi PM)... kawan mula2 dah rasa sejuk terhadap KJ ni.. tapi bila melihat kembali peranan KJ sebagai KP UMNO pada kempen PRU13.. hati kawan rasa marah balik... kawan tak bangkang kalau KJ dilantik jadi menteri... tapi kita kena perhati betul2,, jika KJ berminat menjadi calon kerusi Naib President pada PAU akan datang,, jelaslah bahawa menjadi menteri adalah wadah untuk aktiviti kepentingan peribadi... mungkin jadikan KJ timb menteri pengajian tinggi,, lihat bagaimana KJ nak masuk UIAM... @@ OSANE @@

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang betul tak ada dlm sejarah UMNO menteri penerangan naik jadi TPM atau PM. Yg pegang portfolio tu biasanya sampai senja. cth Mohamed Rahmat. Kalau KJ mula dgn Menteri Belia & Sukan aku sangsi gak cam Al Juburi mila masuk UNNO dulu pegang menteri belia naik menteri pendidikan, menteri kewangan merangkap TPM.

      Delete
  62. KJ dulu ada pokok besar Pak Lah lindung sekarang sudah tak ada. Betul kesian jasanya tidak dihargai....

    ReplyDelete
  63. Watak penting yg menjahanamkan negara semasa pemerintahan PM paling dungu dalam sejarah Malaysia Merdeka. Semoga Allah selamatkan Malaysia.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!