VIDEO PANAS SKANDAL PAKATAN YANG WAJIB DITONTON!

61 Responses to "VIDEO PANAS SKANDAL PAKATAN YANG WAJIB DITONTON! "

  1. ini semua tak penting!

    yang penting sekarang ialah video SEKS Anwar, bukan video ceramah beliau!

    macam mana kami penyokong2 UMNO peringkat bawahan nak lawan hujah2 macai PR tanpa video seks?!

    Encik Mohamed.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Med fake.

      Penyokong umno kepala abah kau!

      Ekau tu macai pr tegar!

      Delete
    2. bodoh gler si Mohamed ni... kalau nak menyamar pun takyah la tulis signiture kau macam biasa tu

      Delete
    3. penyokong2 UMNO yg anti video seks harap boleh masuk PR.

      kami penyokong2 UMNO tegar tetap memerlukan video seks Anwar utk PRU13 ni. semoga sokongan rakyat terhadap UMNO makin teguh dengan adanya video seks Anwar.

      Encik Mohamed.
      Nasionalis Melayu

      Delete
    4. nasib koranglah cai....dpt pemimpin biseksual mcm anwar tu!!!dulu umno humban kluar...koranglah yg paling seronok mghina aljuburi tu!!!!
      skrg bila ada video dan gambar dgn jantan gay...koranglah yg paling hebat menjilat jubornyer!!!siap gunakan hukum agama dan spin bodoh yg buat rakyat gelak ketawa!!!
      nasihat aku cai!!!pikullah bewak gay tu semampu korang!!!klu dah beban sgt...humban jer....buat najis kpd pr jer!!!

      Bekas ahli pkr kota

      Delete
    5. malaikat maut umngokApril 3, 2013 at 12:02 PM

      akhirnya semuanya akan terbongkar kah kah kah kah

      dgn sedih dan pilunya PM mengumumkan pembubaran parlimen serta ingatan kpd PR atau BN sekiranya berlaku peralihan kuasa di peringkat persekutuan atau negeri biarlah ia berlaku secara aman....

      sedih aih aku dgq kah kah kahkah....tapiiiiiiiiiiii

      kesedihan itu tak kan mengugat aku untuk terus menghantui puak puak cai umno ha ha ha ha ha

      Delete
    6. Goes the same for u too haha. Klau kalah nanti jgn jadi sore looser ye. Bow down with grace ye..

      Delete
  2. Sebanyak 22 daripada 36 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah kini dilihat 'putih' kepada Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    Enam lagi kawasan dikategori 'kelabu putih' kepada BN, dan parti komponen itu boleh menang di 28 kerusi DUN untuk merampas kembali Kedah dengan majoriti dua pertiga.


    *** dah yakin menang, tapi segan2 nak bubar parliment

    *** mai gi ramai2 kayuh basikal percuma kat putrajaya ptg ni, pasti meriah

    ReplyDelete
    Replies
    1. basikal free... basikal pilihanraya... jom berbasikal sambil mengundi..

      Delete
    2. berbasikal di hari kerja..kerja gila, semata2 nak taik undi, walhal sudah tau rakyat sudah benci..

      Delete
    3. Ko muka tak tau malu bercakap mcm mewakili rakyat... Ko tak tau ke yg kami geli geman tengok bideo boss hang, usah nak buat dia jadi PM, tengok gelagat sundal dia pun dah nak muntah....

      Delete
  3. Saya pelajar berusia 16 tahun dan berdepan masalah kerana diajak berkasih dengan rakan lelaki sekelas (dikenali sebagai A). Dia menyatakan keinginannya melalui sahabat baik saya sendiri.

    Perkara ini bermula ketika saya di tingkatan dua. Saya tahu akan perasaannya itu tapi tidak me–ngendahkannya dan melayan dia seperti kawan lelaki lain.

    Masalahnya, pernah ketika saya berbicara dengan sepupu lelaki, saya perasan dia seperti memarahi saya. Situasi ini berlarutan hingga saya ke tingkatan tiga.

    Pada fikiran saya, hal ini akan terhenti tapi sebaliknya dia terus menyatakan keinginan yang lebih membuatkan saya tertekan.


    Beberapa bulan sebelum peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), dia meletakkan cincin di dalam laci meja saya. Saya sa–ngat tertekan.


    Pada waktu itu fikiran saya sangat berserabut, bahkan setiap kali menukar nombor telefon, dia akan menghantar mesej kepada saya. Saya juga terfikir mengapa sahabat baik menggalakkan saya berpasangan dengannya.

    Sekarang saya berada di ting–katan empat dan tekanan yang dihadapi semakin tinggi. Saya ditempatkan di kelas sains tulen.

    Pelajar lelaki itu terus menceritakan perasaannya terhadap saya kepada kawan baik dan ini menambah tekanan saya.

    Saya tidak tahu kenapa dia tidak pernah terfikir caranya itu seperti mementingkan diri sendiri. Prinsip diri saya ialah saya tidak mahu mengenali apa itu cinta monyet.

    Jadi, saya harap Dr dapat membantu saya untuk mengatasi masalah ini kerana ingin fokus kepada pelajaran dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun hadapan.

    Adakah saya berdosa kerana tidak mengendahkannya? Masalah ini menyebabkan saya tertekan dan malas untuk ke sekolah.

    Gadis Tertekan,
    Terengganu


    Dr amat menghormati sikap adik yang ingin memberi fokus kepada pelajaran dan tidak mahu bermain cinta pada usia yang muda.

    Adik tidak berdosa kerana tidak mengendahkan cinta A. Dalam usaha melahirkan perasaan tidak mahu bercinta dalam usia muda, adik kena bersifat berani berterus terang kepada A. Ibarat kata pepatah, ‘berani adalah sifat mulia kerana berada di antara pengecut dan membuta tuli.’

    Bagaimanapun, sikap berterus terang boleh adik lakukan dengan tidak menyinggung perasaan A. Lakukan dengan penuh berhemah dengan mengatakan penolakan adik terhadapnya bukan kerana kelemahan dirinya tapi kerana ingin menumpukan perhatian kepada pelajaran.

    Sikap adik yang tegar menuntut ilmu ini memang mulia. Hamka pernah berkata: “Bersungguh-sungguhlah engkau dalam menuntut ilmu, jauhi kemalasan dan kebosanan kerana jika tidak demikian engkau akan berada dalam bahaya kesesatan.”

    Adik juga boleh mengurangkan tekanan dialami dengan tidak memikirkan apa dikatakan A mengenai adik. Adik boleh menggunakan teknik ‘membina dinding’ dengan tidak memberi sebarang perhatian kepada apa yang dilakukannya.

    Untuk melakukan perkara ini, adik memerlukan kekuatan diri. Dr doakan agar adik berjaya dalam pelajaran dan kehidupan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. malaikat maut umngokApril 3, 2013 at 12:07 PM

      elok adik tanya ustazah Mas

      nanti jawabnya lebih baik adik teruskan hubungan dgn sidia bukan apa kalau adik gagal dlm exam adik belum tentu gagal dlm rumah tangga....

      walaupun nanti adik tidak berjaya dlm pelajaran sekiranya dlm keadaan darurat seperti lahad datu adik masih boleh mencari makan dgn menjalang sebab tu jalang ramai kat kelantan lahir dr nasihat ustazah mas.......

      Delete
  4. Bieber mahu berehat


    Justin Bieber bercadang berehat seketika daripada menjadi perhatian umum.

    Selasa lalu, bintang remaja berusia 19 tahun yang didakwa mengancam jirannya yang berusia 47 tahun di Calabasas, California itu mendedahkan kurang pasti perjalanan seninya selepas selesai siri jelajah Eropah awal bulan ini.

    “Saya masih pertimbangkan sama ada menghasilkan album seterusnya, merancang siri jelajah akan datang atau berehat sebentar. Hati saya lebih cenderung untuk bercuti. Bukankah itu yang perlu dilakukan remaja berusia 19 tahun?” katanya yang popular de­ngan lagu Beauty And A Beat.

    Baru-baru ini Justin dinasihatkan ibu angkatnya, Christina Aguilera, 32, untuk berehat seketika selepas bergaduh dengan paparazi dan pentas persembahan runtuh di London.

    “Menjalani kehidupan depan kamera bukan mudah. Banyak perkara yang kita boleh pelajari apabila berehat seketika daripada dunia glamor.


    “Jika berkesempatan berjumpa Bieber, saya akan menasihati dia jangan hiraukan keadaan sekeliling yang mendesaknya menjadi seseorang yang bukan dirinya,” kata Christina.


    Sutradara terkenal, Jon M Chu yang mengarah dokumentari Never Say Never berharap Bieber dapat memulihkan kembali semangatnya untuk terus kekal sebagai anak seni.

    “Saya suka karakter budak itu. Dia sangat baik dan berbakat. Dia semakin membesar dan mencari apa yang dikehendaki dalam hidup­nya. Harap ada yang dapat membimbingnya,” katanya.

    ReplyDelete
  5. Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

    Keliru haid tak menentu

    SAYA mempunyai masalah haid yang tidak berhenti sejak dua tahun lalu, justeru saya tidak tahu bila saya suci atau sebaliknya. Bagaimana untuk menunaikan solat dan puasa?


    AISYAH

    Kuala Lumpur

    Haid yang tidak menentu menyukarkan pengiraan. Sebaik-baiknya buat kiraan anggaran iaitu paling lama haid ialah 15 hari dan bermakna paling singkat suci ialah 15 hari. Bahagikan hari saudari mengikut anggaran yang boleh diagak.

    Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW bersabda: “Bahawa darah haid ialah darah yang dikenali...” bererti seorang wanita dapat mengecam darahnya daripada petanda darah berkenaan seperti warna dan bau.

    Gangguan darah haid mainan syaitan supaya wanita was-was dalam ibadat. Ubati diri supaya dapat menghindari penyakit ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau haid tak menentu pergi cari ramhim anak tamby dia memang suka budak budak umur 15 tahun ni......kalau jumpa dia pasti haid tak kan datang dlm tempoh 9 bulan ni

      Delete
  6. Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

    Sumpah bukan bahan gurauan

    Dulu saya pernah bersumpah dengan nama Allah bahawa tidak akan menonton atau melihat gambar lucah dan yang berkaitan dengannya. Di dalam sumpah itu juga saya menyebut, sekiranya saya menonton atau melihat gambar lucah, saya meminta dimasukkan ke dalam neraka.

    Namun saya beberapa kali melanggar sumpah dan menyesal. Adakah saya akan masuk ke dalam neraka kerana melanggar sumpah itu? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya benar-benar takut dan buntu sekarang. Mohon penjelasan datuk.

    AMIRUL
    Pulau Pinang


    Sumpah bukan perkara mainan, apalagi dalam hal ini menyumpah diri sendiri. Dalam al-Quran, dinyatakan bahawa hanya sumpah yang dimaksudkan saja diambil kira. Saya yakin maksud saudara bersumpah ialah sebagai kekangan diri supaya rasa takut melakukan perbuatan yang dilarang. Namun kelemahan diri menyebabkan sukar menahan nafsu.


    Soal masuk neraka sebenarnya bukan semata-mata kerana sumpah tetapi semuanya hak Allah SWT. Jika Dia mahu Dia boleh saja dengan rahmat-Nya memasukkan sesiapa saja dalam neraka atau syurga. Mohonlah keampunan daripada Allah SWT, hanya Dia yang menentukan ke mana kita apabila di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  7. Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

    Ajak teman berhenti minum arak

    SAYA mempunyai teman lelaki yang memiliki tabiat sukar untuk berhenti minum minuman keras.

    Bagaimana saya boleh berikan kesedaran kepada dia untuk berhenti kerana tabiat itu bukan saja haram dan ditegah tetapi juga membazirkan wang.

    Suliana
    Kuala Lumpur


    Tabiat buruk dan dilarang syariat Islam mudah dilakukan jika si pembuatnya sendiri yang mahu berubah.


    Ia menjadi sukar jika orang kedua mahu dia berubah sedangkan si pelaku sendiri masih enggan berubah.

    Ada orang boleh berubah dengan hanya nasihat, ada juga akan berubah dengan pengalaman didenda atau disiplin tegas sesuai dengan jiwanya yang keras.

    Apapun manusia memiliki sudut lemah (soft spot) yang boleh digunakan sebaiknya untuk mendidik.

    Jika tidak, carilah orang yang pakar dalam hal ini untuk diubati.

    ReplyDelete
  8. Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

    Dosa ibu tiri sumbang mahram


    APAKAH hukumnya jika seorang (wanita) ibu tiri melakukan sumbang mahram (berzina) bersama anak tirinya ketika suaminya sedang tidur?

    Adakah taubatnya tidak akan diterima oleh Allah SWT buat selama-lamanya walaupun benar-benar insaf dan bertaubat bersungguh-sungguh?

    Apakah amal kebaikan dilakukan selepas itu tidak akan diterima Allah SWT? Bagaimana pula jika suaminya tidak mengetahui hal itu, adakah isteri patut memberitahu suami supaya suaminya boleh menceraikannya?

    Aya

    Kota Bharu


    Berzina adalah satu dosa besar sangat dilarang dalam Islam apalagi jika pasangannya pula mahramnya sendiri.

    Dalam Islam, orang yang berdosa biar sebesar mana sekalipun akan diterima Allah SWT jika dia benar-benar bertaubat yakni taubat nasuha dan berubah menjadi manusia lebih baik.

    Apa yang penting ialah keinsafan mengenai dosa, pulang ke jalan Allah dan buktikan kejujuran dengan kembali memperbanyakkan perbuatan kebajikan.

    Nabi Muhamad SAW ada bersabda bahawa menutup keaiban adalah dituntut dalam Islam, jika isteri benar berubah dan mahu bersama suami lagi tutuplah keaiban itu.

    ReplyDelete
  9. Anda Musykil Dr Mashitah Jawab

    Suami beza mazhab


    SAYA bergelar tunangan orang. Timbul kemusykilan apabila bakal suami memberitahu, dia tidak melakukan doa qunut berikutan perbezaan mazhab. Saya tahu qunut sunat ab’adh.

    Bagaimana pula seandainya dia menjadi imam? Adakah saya patut meninggalkan doa qunut?

    Begitu juga, adakah dia perlu menghafal doa qunut?

    NUR ATIQAH

    Sitiawan


    Ulama bersepakat mengatakan qunut sunat saja dan mempunyai pandangan berbeza mengenai membacanya dalam solat Subuh.

    Bagi mazhab Syafie, ia sunat yang digalakkan dalam solat Subuh, manakala mazhab lain mengatakan ia sunat dalam solat witir dan nazilah. Qunut cumalah sunat sedangkan menjaga kerukunan rumah tangga ialah wajib.

    Utamakan yang wajib dan galakkan suami mengamalkan perkara sunat kerana ia kelebihan untuk sempurnakan kelompangan ibadat wajib.

    ReplyDelete
  10. Umur kian singkat, ajal makin dekat


    MASA bergerak begitu pantas. Dalam diam kita sudah memasuki tahun baru Masihi 2013. Ia menandakan usia kita kian berganjak dan semakin tua.

    Apabila tahun baru menjelma, pasti ramai bersemangat dengan azam baru masing-masing. Apabila ‘wish’ selamat tahun baru, soalan wajib selepas itu pastinya “Apa azam untuk tahun baru?”

    Nak berazam perlu tunggu tahun baru saja ke? Setahun ada 365 hari manakala tahun itu juga adaah himpunan antara hari. Dari hari-hari itulah menjadi setahun.

    Jadi azam tahun baru sebenarnya mesti diukir setiap hari. Jika azam sekadar sebutan dan hanya rutin serta pakej sambutan tahun baru saja, sudah tentu tidak ke mana.


    Paling tidak hangatnya sekadar hangat-hangat tahi ayam saja. Berazam macam nak rak tapi apabila sampai tahun baru yang seterusnya, satu azam pun tidak tercapai lagi.


    Hayat kita tetap bertambah singkat dan ajal semakin dekat. Setiap kita disuruh berazam ke arah yang lebih baik, sama ada menjelang atau belum tahun yang baru.

    Itulah kehidupan dan jiwa seorang Muslim. Masa tidak selalu menunggu kita.
    Kebaikan jangan ditangguh, keburukan jangan ditanggung. Jangan menunggu tahun baru untuk berubah kepada yang lebih baik.


    Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya.

    Begitu juga pada azam, tidak perlu menunggu saat tibanya tahun baru. Lakukanlah segera kerana usia tidak akan menanti kita. Perkara yang paling hampir pada diri kita adalah kematian.

    Untuk berubah, demi azam baru, di sini mari sama-sama kita berkongsi tip bagaimana hendak laksanakan azam yang kita pasang selama ini.

    Mulalah dengan mengubah diri sendiri supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri. Orang lain juga akan lebih yakin dengan diri anda.

    Mana mungkin jika anda mahu mengajak orang lain berubah sedangkan diri anda sendiri masih berada pada takuk lama. Nanti orang akan cakap yang anda seorang yang cakap tidak serupa bikin. Cakap pandai tapi buat sendiri tak pandai.

    Mula melakukan perubahan secara perlahan-lahan. Tidak dinafikan sememangnya sukar untuk terus berubah dalam masa singkat atau dalam tempoh sekelip saja.

    Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan, dengan izin Allah anda akan dapat berubah seperti apa yang anda inginkan. Walaupun perlahan, anda akan dapat mengalami perubahan yang besar dalam diri.

    Lakukan perubahan pada masa sekarang juga. Jangan bertangguh untuk tempoh yang lebih lama lagi. Ini kerana semakin lama anda bertangguh untuk berubah maka ia akan menjadi semakin melarat dan semakin susah untuk melakukannya.

    Perkara yang kecil akan jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan. Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah dan mendapat hasil yang baik pada masa akan datang.

    Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh. Anda perlu memaksa diri anda untuk berubah dengan sepenuh hati. Jika diri anda tidak dipaksa, anda seolah-olah memanjakan diri anda untuk berubah.

    Nafsu anda juga akan menjadi semakin degil jika tidak dipaksa. Kawal nafsu anda dan jangan biarkan nafsu yang mengawal diri.

    Kesimpulannya, kita perlu berubah untuk menjadi orang yang lebih baik kerana ia sangat dituntut dalam Islam. Tapi jangan pula berubah kerana disebabkan orang lain.

    Kita perlu ikhlas untuk berubah demi kebaikan diri anda sendiri. Selepas itu bolehlah mengajak orang lain untuk berubah sama. Jika dilakukan dengan niat dan cara yang betul, insya-Allah orang lain akan dapat berubah seperti yang diharapkan.

    Sesungguhnya Allah menciptakan hidup dan mati itu untuk menguji siapakah yang paling baik amalannya.

    ReplyDelete
  11. Teman lelaki miang


    Saya gadis berumur 21 tahun yang masih belajar di sebuah kolej swasta. Dulu saya mempunyai teman lelaki tapi dia selalu meminta saya melakukan perkara tidak senonoh dan menganggapnya perkara biasa.

    Saya tidak pernah mengizinkan perbuatan itu dan enggan menunaikan permintaan menyebabkan teman lelaki marah. Akhirnya, saya bertekad memutuskan perhubungan kerana tidak tahan dengan perangainya itu.

    Sejak itu, saya juga sukar untuk jatuh cinta lagi biarpun mempunyai ramai kawan lelaki berbanding perempuan kerana rimas dengan sikap perempuan yang suka mengumpat.

    Pada saya, rakan lelaki lebih terbuka, tenang, pendengar yang baik dan matang dari pelbagai segi. Malangnya, tanggapan saya itu jauh tersasar kerana mereka (rakan lelaki) juga ada yang bersifat miang selain suka melihat video lucah.


    Apakah semua lelaki suka menyimpan video lucah walaupun luaran mereka nampak baik. Sikap baik mereka membuatkan saya berasa selamat tapi sikap miang mereka membuatkan saya curiga.


    Sikap bekas teman lelaki selain beberapa kawan rakan lelaki lain membuatkan saya fobia bercinta apa lagi berkahwin.

    Saya juga melihat kawan lelaki yang mengambil kursus syariah tapi berpegang tangan dengan kekasihnya dan pelajar perempuan yang memakai purdah bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim.

    Macam mana saya nak percaya pada lelaki, adakah semua lelaki macam itu?

    GADIS FOBIA,
    Perak


    Lelaki yang baik menghormati wanita. Begitu juga cinta dan hormat perlu seiring. Bekas teman lelaki ternyata tidak cukup mencintai adik kerana perbuatannya tidak menghormati maruah adik.

    Memegang tubuh atau apa saja bahagian badan teman wanita bukan satu ciri kasih sayang tapi lebih berorientasikan nafsu dan syahwat.

    Ia bukan satu perbuatan biasa lelaki terhadap wanita. Kata-kata bekas teman lelaki bahawa berbuat begitu adalah satu perbuatan biasa hanyalah satu alasan untuk meneruskan perbuatan berpaksi nafsu.

    Adik mengambil keputusan bijak untuk memutuskan hubungan kerana tidak menjumpai cinta apabila tidak mendapat penghormatan daripada lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung.

    Adik juga bijak dengan menghormati diri sendiri dan enggan membenarkan diri menjadi sentuhan dan mainan lelaki.

    Confucious menjelaskan, hormati diri sendiri dan orang lain akan menghormati anda. Dostoevsky juga mengatakan, jika anda ingin dihormati orang lain, perkara paling hebat ialah menghormati diri sendiri.

    Penghormatan diperoleh melalui tingkah laku dan perbuatan biadap lelaki kepada tubuh wanita perlu dijauhi.

    Sesuatu tingkah laku seperti menyimpan video lucah boleh diamalkan sesiapa saja tanpa mengira jantina, bukan perbuatan lelaki semata-mata.

    Dr memahami pengulangan kawan lelaki yang ramai menyimpan video lucah dalam telefon membuatkan adik fobia untuk bercinta apatah lagi berkahwin.

    Namun, jika perbuatan ini bukan milik semua kaum lelaki, akan ada lelaki yang tidak menyimpan video lucah dalam telefon mereka.

    Cinta juga diwarnai oleh banyak sifat lain. Apabila adik menjumpai sifat-sifat yang boleh mewarnai cinta adik, tiba masa adik merasai bahawa cinta itu satu keindahan. Menemui lelaki yang dicintai berserta dengan ciri-ciri yang ingin dimiliki dalam diri lelaki adalah petanda subur kepada jalan kepada sesuatu perkahwinan.

    Bidang syariah adalah salah satu bidang pengajian Islam. Perbuatan kawan lelaki yang walaupun mengambil kursus syariah tapi masih lagi berpegang tangan dengan kekasihnya adalah satu perbuatan peribadinya. Ia tidak melambangkan tingkah laku semua pelajar pengajian syariah.

    Begitu juga dengan tingkah laku pelajar perempuan yang memakai purdah tapi bertepuk tampar dengan lelaki bukan muhrim.

    Menutup aurat adalah satu kewajipan dalam agama Islam dan perbuatan bertepuk tangan dengan lelaki bukan muhrim adalah salah di sisi agama.

    Perbuatan itu adalah perbuatan peribadinya dan bukan perbuatan milik semua wanita yang berpurdah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yaaa kebanyakan lelaki dari golongan songkok tinggi memang suka menonton video lucah.....yg hitam putih dan statik lagi dia orang suka.....dlm masa china porno berlaku video lucah dia orang bakar semua kedai video punya seronok tgk adengan tersebut....tp sekarang dia org dah ubah suai perlakun porno tersebut ke muka doraemon untuk menghilangkan stress dan lebih bersemangat menonton...

      Delete
  12. Risau kekasih tua 15 tahun tak diterima


    Saya gadis berusia 25 tahun dan bekerja. Saya berkawan dengan lelaki berusia 15 tahun lebih tua. Kami merancang untuk berkahwin.

    Masalah saya ialah memberitahu keluarga yang kami berkawan rapat dan ingin berkahwin. Saya takut mereka tidak setuju dan enggan menerima lelaki itu.

    Walhal, hakikatnya mereka lebih kenal hati budi lelaki itu kerana kami sekampung. Bagaimana saya ingin terangkan keadaan sebenar pada keluarga saya dan hasrat kami untuk mendirikan rumah tangga?

    MIZA

    Seremban, Negeri Sembilan

    Benda baik jangan disimpan kerana akan mempengaruhi hubungan saudari dan kekasih. Terus menyimpan dan menjalin hubungan kekasih secara senyap sebenarnya memberi tekanan pada diri kerana dihantui kebimbangan penolakan ibu bapa.

    Sebaik-baiknya, saudari usulkan mengenai perancangan ingin menamatkan hubungan dengan kekasih hati kepada ibu bapa. Elak membayangkan kemungkinan buruk sebelum sempat menyampaikan hasrat ingin menamatkan perkahwinan dengan pasangan lebih berusia.

    Kuatkan diri serta tanamkan keyakinan ketika bersemuka dengan ibu bapa. Andainya saudari berterus terang, Dang Setia berasa ibu bapa dapat memahami dan menerima pasangan saudari.

    Namun, sikap saudari yang takut dan gemar menyembunyikan hubungan bakal menimbulkan salah faham sebaik perkara itu sampai ke pendengaran mereka daripada orang lain.

    Tenang serta cari waktu yang sesuai supaya wujud ruang lebih harmoni. Insya-Allah, ibu bapa saudari akan akur dengan permintaan saudari.

    ReplyDelete
  13. *** Sesiapa yang hidupnya hari ini tidak berubah menjadi lebih baik daripada semalam, bermakna mempersia-siakan peluang hidup pada hari sebelumnya ****

    Marilah kita berubah dari umno ke PR supaya hidup tidak disia2 kan begitu saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku tak nak lah dipimpin oleh golongan lgbt...korang ikutlah anwar tu!!!
      korang mmg cukup layak bersama dgnnyer!!!!

      Delete
  14. Dang Setia

    Disisih ibu mentua percaya bomoh

    SAYA bukan menantu pilihan kerana perkahwinan saya tidak mendapat restu keluarga suami. Ini menyebabkan saya disisihkan keluarga mentua.

    Biarpun sudah melahirkan dua cucu untuk keluarga mentua, mereka masih menyalahkan saya.

    Lebih memeritkan apabila masalah kakak ipar yang gagal mendapat anak walaupun 10 tahun berumah tangga juga didakwa berpunca daripada badi saya.

    Ini berikutan ibu mentua sangat percaya kepada tahyul dan bomoh serta banyak menghabiskan duit bagi tujuan itu.


    Saya kerap meluahkan kekecewaan itu kepada suami dan dia hanya mampu menyuruh saya bersabar. Kini hampir tiga tahun saya menahan cercaan ibu mentua yang mendakwa saya wanita malang dan hanya membawa beban kepada keluarganya.


    Saya tertekan dan ikutkan hati tidak mahu menjenguk ibu mentua lagi. Namun apakan daya, suami bertekad mahu saya berusaha terus mengambil hati ibunya.

    RUWAIDA
    Kuala Pilah, Negeri Sembilan


    Puan menghadapi dugaan hebat apabila hubungan dengan keluarga mentua tidak harmoni sebagaimana menantu lain. Cukup melukakan hati, biarpun saudari berusaha membahagiakan mentua dengan kelahiran cucu, tuduhan liar pula diterima.

    Apapun, pada pandangan Dang Setia, hati ibu mentua perlu ditawan.

    Ini bermakna apa diperkatakan suami adalah benar kerana keikhlasan serta kesungguhan menawan hati mentua dapat membantu puan. Bersabarlah.

    Hati ibu mentua puan tak ubah seperti kerak nasi. Apabila direndam, akan lembut juga.

    Mungkin tempoh tiga tahun masih tidak mencukupi buat puan mengambil hati ibu mentua.

    Cuba kenali kesukaan serta benda yang dibencinya sebagai strategi memikat hatinya.

    Pinta bantuan suami memberi senarai berkenaan sambil meminta pertolongan ipar duai untuk memujuk ibu mentua supaya bersangka baik pada puan.

    Selain itu, jangan lupa meminta suami menasihati ibunya yang taksub terhadap bomoh kerana ia menyimpang jauh daripada jalan diredai Allah.

    Ini kerana bertemu bomoh adalah amalan syirik yang dibenci Allah SWT, sebagaimana firman-Nya dalam Surah An-Nisa’ ayat 48, bermaksud:

    “Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain daripada (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya.

    Barang siapa mempersekutukan Allah, sesungguhnya ia berbuat dosa besar.”

    ReplyDelete
  15. Rakan dapat hidayah selepas lihat solat


    SAYA pemuda berusia 20-an dan tinggal di Lembah Klang. Saya ada seorang kenalan yang boleh dikatakan rapat. Kami tinggal sebilik di asrama tempat kerja. Dia bukan Islam tetapi menunjukkan kecenderungan meminati agama suci ini.

    Setiap kali saya bersolat, dia sering melihat seolah-olah mengamati setiap gerakan dalam ibadat itu. Pernah dia memberitahu, melihat saya bersolat, jiwanya terasa tenang.

    Malah, dia menyatakan bersedia memeluk Islam. Masalahnya, saya bukan orang yang arif untuk membimbing saudara baru. Apa perlu saya lakukan kerana bimbang tersalah memberi tunjuk ajar kepadanya?

    KAMAL

    Petaling Jaya


    Pertolongan kepada rakan yang mahu mengenali Islam tidak semestinya bermaksud saudara perlu menunggu sehingga sempurna dalam pengetahuan agama.

    Sebenarnya, sokongan emosi serta menjadi pendengar yang baik mungkin menjadi dorongan diperlukannya kerana saudara mempunyai hubungan rapat dengannya.

    Malah, saudara baru hanya memerlukan kefahaman mengenai asas agama dan jangan sekali-kali menampilkan gentar seolah-olah Islam itu perkara merumitkan.

    Islam itu mudah. Tonjolkan kesungguhan saudara membantu dan sedia menyalurkan pemahaman mengenai Islam kepadanya.

    Selepas itu, saudara perlu merujuknya kepada golongan lebih arif seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) yang aktif membantu saudara baru supaya rakan saudara mempunyai pemahaman lebih jelas mengenai Islam.

    ReplyDelete
  16. Fikrah Dr Salam

    Tak salah buang air kecil berdiri


    Saya ingin bertanya mengenai tabiat kencing berdiri. Bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah lelaki suka kencing berdiri dan benarkah kencing berdiri itu adalah kencing seperti syaitan?

    Dalam masalah ini juga saya menjumpai kes seorang lelaki yang selalu kencing berdiri. Walaupun ditegur, lelaki terbabit dikatakan masih berdegil serta menimbulkan masalah kerana rumahnya berbau hancing akibat air kencing terpercik ke dinding dan kekuningan.

    Isterinya juga tidak puas hati, lalu mengadu pada orang luar. Saya meminta nasihat Dr mengenai masalah ini.

    Salim,

    Alor Setar


    Umumnya membuang air kencing sambil berdiri bagi seseorang lelaki tidak haram, malah dibenarkan dalam beberapa keadaan.

    Perkara ini pernah berlaku pada Rasulullah SAW. Menurut Hudhaifah RA: “Suatu ketika Nabi SAW pernah singgah di suatu tempat pembuangan sampah berhampiran dengan daerah suatu kaum. Di situ, baginda membuang air kecil sambil berdiri. Melihat itu, aku segera pergi menjauh, tetapi baginda malah berkata: “Mendekatlah ke mari.” Aku pun segera menghampirinya hingga berdiri berhampiran dengan tumitnya. Kemudian aku melihatnya berwuduk dan menyapu kedua-dua khaufnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    Dengan kata lain, kencing berdiri dibenarkan apabila dapat menjaga pakaian dan diri daripada terkena najis. Ia pula sesuai dengan tempat tertentu. Lebih-lebih lagi apabila ada tandas khusus dan sebagainya. Ia sudah tentu tidak menyerupai syaitan.

    Bagaimanapun, pada kebiasaannya, Rasulullah SAW buang air kecil sambil duduk (mencangkung). Cara kencing sambil duduk lebih baik berbanding kencing sambil berdiri kerana seseorang dapat menjaga kebersihan secara lebih sempurna kerana air kencing tidak terpercik jauh.

    Selain itu, cara kencing sambil duduk juga dapat memastikan air kencing keluar habis.

    Kebiasaan yang dilakukan Rasulullah SAW perlu diberitahu kepada lelaki terbabit.

    Dengan itu, beliau akan menurut kebiasaan Rasulullah. Ia tentu dapat mengatasi masalah di atas. Beliau juga perlu dinasihati supaya tidak membuang air merata-rata seperti ke dinding.

    Sememangnya sudah ada kemudahan mangkuk tandas untuk berbuat demikian. Segala kemudahan perlu digunakan sebaik mungkin dan cara yang betul.

    Jika masih tidak tahu menggunakannya perlulah diajar satu persatu mengenai tatatertib menggunakan tandas dan bilik air seperti mengepam air apabila selesai menggunakannya.

    ReplyDelete
  17. Fikrah Dr Salam

    Bapa lanjut usia tinggal solat

    Saya seorang anak sulung daripada sebuah keluarga besar. Saya dalam dilema kerana bapa yang sudah lanjut usia malas menunaikan kewajipan agama terutamanya solat lima waktu. Saya sering menegurnya, namun beliau masih malas menunaikan solat.

    Beliau juga suka main nombor ekor dan melepak di kedai kopi, berbanding ke masjid mendengar ceramah agama. Solat Jumaat juga malas dan ada saja alasan seperti sakit perut, tidak sihat dan macam-macam lagi.

    Sikapnya yang suka berbohong menambahkan lagi senarai sikap buruknya. Duit yang saya beri setiap bulan sentiasa tidak mencukupi. Cerita yang didengar daripada mulutnya pasti tidak sama dengan cerita yang didengar daripada orang lain.

    Malah, saya juga sakit hati dengan sikapnya yang suka bercerita keburukan orang lain dan menokok tambah cerita. Beberapa kali saya beritahunya yang dia harus menjadi contoh anak cucu. Sepatutnya dia yang menegur anak cucu tidak solat, bukan saya menegurnya.


    Apa yang saya kesalkan ialah umurnya mencecah 80 tahun. Kadang-kadang saya berasa bersalah pula kerana kadang-kadang saya ada juga meninggikan suara atau agak bertegas dengannya.


    Bagaimana hendak menyedarkan bapa saya? Kebelakangan ini bapa menunjukkan perubahan, rajin solat dan ke masjid. Namun itu hanya pura-pura kerana takut dibebel saya.

    Hamba Allah,
    Kuala Lumpur


    Umumnya kita mengetahui solat lima waktu sehari semalam adalah kewajipan atau fardu ain bagi setiap Muslim.

    Ini juga pesanan Rasulullah SAW kepada ibu bapa supaya mereka menyuruh anak berusia tujuh tahun supaya menunaikan solat.

    Apabila anak sudah mencapai umur sepuluh tahun, mereka boleh dipukul sekiranya enggan menunaikan solat. Semuanya dilakukan agar kewajipan solat dapat ditunaikan dan ia menjadi seperti tabiat semula jadi.

    Apabila solat ini tidak diambil berat oleh ibu bapa, anak menjadi malas dan payah untuk menunaikan solat. Lebih-lebih lagi apabila mereka sudah dewasa dan tua, kewajipan menunaikan solat menjadi sukar. Mungkin hal ini terjadi kepada bapa anda, dengan itu ia sukar untuk berubah.

    Bagaimanapun, nasihat dan leteran anda mungkin berkesan sehingga bapa mula berjinak-jinak dengan masjid. Mungkin tabiat lama sukar berubah, tetapi berkat kesabaran anda semuanya mungkin terjadi.

    Banyakkan doa agar Allah memberi hidayah kepada bapa anda dalam semua perkara, terutama dengan ajaran agama.

    ReplyDelete
  18. Pakar Sakit Puan

    Susukan anak ketika hamil


    Adakah seorang ibu yang hamil masih boleh terus menyusukan anaknya? Adakah sebarang risiko kepada ibu berkenaan? Apakah nasihat doktor untuk kebaikan ibu, anak dan janin dalam kandungan?

    Aza
    Petaling Jaya, Selangor



    Anda tidak menyatakan usia anak anda (atau jarak kelahiran anda sebelum ini dengan usia kandungan kini), kekerapan penyusuan badan, sama ada anak anda ada mengambil susu tambahan serta makanan tambahan, kesihatan anda sewaktu hamil terdahulu, proses kelahiran sama ada terdapat kehilangan darah banyak dan juga tempoh selepas bersalin.


    Ini dapat memberi gambaran kasar mengenai keadaan anda sama ada anda pulih sepenuhnya selepas kelahiran itu dan jumlah penyusuan anak anda.


    Ibu hamil perlu menanggung 'pemakanan' untuk dirinya dan juga untuk janinnya. Penyusuan badan kepada anak lazimnya tidak memudaratkan kandungan tetapi ibu perlulah mengambil kira pemakanan berkhasiat bagi menampung keperluan untuk 'tiga' orang pula.

    Jika tidak, ini boleh menjurus kepada kekurangan zat makanan dan keletihan. Anda boleh mendapatkan nasihat pemakanan daripada pakar dietetik dalam penambahan kalori makanan. Suplemen seperti asid folik, zat besi, multivitamin dan kalsium juga elok diamalkan.

    Anda juga perlu membuat keputusan selama mana anda ingin meneruskan penyusuan badan lebih-lebih lagi apabila waktu bersalin hampir tiba.

    Adakah anda ingin meneruskan penyusuan badan kepada anak anda kelak selepas kelahiran bayi baru? Bagaimanakah persediaan anda untuk menghadapi keadaan ini?

    ReplyDelete
  19. Pakar Sakit Puan

    Wajah, betis berbulu

    Saya mengalami masalah hormon iaitu berbulu pada wajah (misai) dan pada betis. Misai pada wajah itu mungkin faktor genetik daripada ibu saya kerana ibu saya pun ada ada misai sedemikian.

    Saya sebenarnya malu dan tiada keyakinan diri apabila berhadapan dengan orang ramai. Bulu kaki saya juga kasar. Sewaktu remaja, saya menggunakan pisau cukur dan sehingga sekarang apabila bulu kaki tumbuh saya akan mencukurnya.

    Saya pernah membuat rawatan laser, tetapi hasil tetap sama. Saya bakal berkahwin tiga bulan lagi. Apakah saranan doktor untuk mengatasi masalah ini?

    Saya ada terbaca satu artikel mengenai masalah hormon seperti yang saya alami. Ia akan menyebabkan masalah sukar hamil kerana hormon lelaki berlebihan dalam badan. Harap doktor dapat membantu.


    Mas

    Petaling Jaya, Selangor


    Eloklah anda menjalani pemeriksaan doktor sakit puan. Terdapat beberapa penyakit yang boleh menyebabkan keadaan anda.

    Ujian darah hormon tertentu juga akan dilakukan untuk mengesan penyebabnya. Rawatan laser hanyalah bersifat sementara.

    Jika benar anda berlebihan hormon lelaki, terdapat rawatan untuknya. Namun, seeloknya me­ngesan penyakit (jika ada) dan merawat penyakit berkenaan.

    ReplyDelete
  20. x sempat nak komen..... bertalu talu msg masuk...

    ReplyDelete
  21. PENCACAI PENCACAI PR, PAGI2 DAH PANAS HATI
    TAK BOLEH TERIMA KENYATAAN...

    ReplyDelete
  22. Video ni nak menyatakan secara terang kepa puak2 Anugerah Tuhan yg tak sedar2 lagidan juga iktibar kepada penyokong kerajaan bahawasanya pemimpin2 Anugerah Tuhan yang ada ni semuanya cakap berbelit2 macam ular. Bila tang dia ok tang org tak ok. Sekejap haram sekejap halal... mcm ni nak pilih jadi pemimpin?

    Lu tengok apa yg ada secara waras la..kuasa2 besar tunggu nak ambilalih negara melalui macai2 ni... baca semua sumber termasuk luar negara apa yang tersirat bukan tersurat... hari ni parlimen nak bubar... so pilih lah yg sebaiknya dan bukan yang nak menghalalkan apa jua benda demi nak menegakkan benda dalam sluar puak2 ni je... Semoga negara ku Malaysia dan rakyatnya selamat dan aman makmur sentiasa.. Aminn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah tulang asal semoga negara kita dapat ditadbir para ulama

      marla kita sama sama memangkah PR untuk kesejahteraan ummah

      amin...

      Delete
    2. Klu setakat ulasemak lu tu mmg jahanam.. benda lain dah tak boleh pikir.. Lu dah jumpa setan mana yg nak tolong musidol lu tu. Jgn jadi katak bawah tempurung..pergi la berjalan tengok tempat org bukan duk bawah ketiak ulasemak lu tu..

      Delete
    3. kesian Anonymous April 3, 2013 at 12:24 PM..

      dia taktau menggunakan akalnya untuk berfikir secara waras,,,moga diberi hidayah sebelum dijemput ke alam barzakh

      Delete
    4. Kesian Anonymous April 3, 2013 at 12:26 PM baiklah doakan hidayah untuk pemimpin2 sesat kau tu

      Delete
    5. kesian hatimu keras, bak arab jahiliah..bila diberi peringatan, tidak mahu terima, disuruh pula ingatkan orang lain..kesian

      Delete
    6. 12.55 kamu ni lebih patut d kasehani. Sudah byk peringatan d keliling masih juga tidak tgk dgn mata hati. Semoga kalian d beri petunjok selagi masih bernyawa...kesian tidak mahu menerima kenyataan. Nyawa sendiri pon boleh d ambil bila masa. Lembutkan hati ye.

      Delete
  23. Mengingati Mati


    Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

    Huraian Hadith:

    1. Kita wajib menghormati sesama manusia termasuk diri sendiri, ibu, bapa, isteri atau suami, anak-anak, saudara mara, sahabat serta jiran tetangga sama ada dengan berbuat baik, menjaga tutur kata (berbudi bahasa) dan baik hati atau berbaik sangka menurut kemampuan masing-masing.


    2. Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34). Oleh itu petanda bagi orang yang sentiasa mengingati mati ia sentiasa memperbanyakkan amal perbuatan yang baik sepanjang hidupnya.


    3. Sebaik-baik usaha ialah bermujahadah melawan nafsu dan berusaha memperbaiki diri. Pengekangan nafsu akan menundukkan nafsu agar kita dapat mengawal tingkah laku mengikut syariat dan ketetapan Islam.


    4. Setiap amalan yang baik akan mempengaruhi doa yang dipohon atau dengan perkataan lain Allah S.W.T tidak akan mensia-siakan doa orang yang beriman dan selalu melakukan kebajikan. Begitulah hal yang sebaliknya.

    Larangan Meminta-minta Mati

    Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
    " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim)

    i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

    ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

    iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakkal kepada-Nya dalam segala keadaan.

    ReplyDelete
  24. Hukum Ingat Mati

    Walau bagaimanapun keadaan yang bergolak dalam pemikiran manusia. Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati.

    Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

    Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri.

    Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :
    "Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"

    ReplyDelete
  25. Mati adalah suatu yang pasti. Setiap makhluk yang bernyawa akan merasai kematian.

    Namun, marilah kita tanya diri sendiri, adakah kita sudah bersediakah kita menghadapi situasi yang pasti ini? Sesungguhnya kita tidak mengetahui bilakah tarikh dan saat kematian yang akan menjemput kita.

    Kita juga tidak mengetahui di bumi manakah nyawa kita akan dicabut.

    Beberapa ayat al-Quran menyebutkan keadaan ini, di antaranya: Firman Allah Taala, ``Apabila telah datang ajal mereka, maka mereka tidak dapat melambatkannya barang sesaat pun, dan tidak pula dapat menyegerakannya.'' (Yunus: 49).

    Firman-Nya lagi, ``Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu, sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.'' (An-Nisa: 78).

    Firman Allah Taala yang bermaksud, ``Dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi (tempat) manakah dia akan mati.'' (Luqman: 34).

    Dalam satu hadis Qudsi, Allah Taala berfirman, mafhumnya: ``Wahai anak Adam! Kematian itu adalah pintu, dan setiap manusia akan memasukinya.''

    Inilah hakikat kematian, tiada manusia yang dapat melarikan diri darinya. Apa pun pangkat, darjat, kedudukan dan gelaran kita, namun malaikat Izrail akan mendatangi kita bagi melaksanakan tugas yang diamanahkan kepadanya apabila telah tiba detiknya.

    Bagi golongan sufi (ahli tasawuf), kematian adalah suatu perkara yang mereka rindui dan nanti-nantikan. Ini kerana kematian adalah `jambatan' yang akan mempertemukan mereka dengan alam baru iaitu alam barzakh.

    Menurut pandangan ulama, di alam barzakh ini manusia sudah dapat merasakan hasil-hasil daripada segala amalan mereka sewaktu berada di alam fana (dunia) dahulu.

    Malah Rasulullah s.a.w. sendiri menggambarkan bahawa alam barzakh ini merupakan satu taman dari taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman dan beramal soleh) atau ia juga akan menjadi satu jurang dari jurang-jurang neraka (bagi mereka yang membuat maksiat dan derhaka).

    ReplyDelete
  26. Diriwayatkan bahawa Abdullah bin Umar mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: ``Seseorang ahli kubur itu akan diperlihatkan oleh Allah Taala tempat kediamannya di akhirat kelak. Sekiranya dia menjadi calon ahli syurga, maka akan diperlihatkan syurga itu kepadanya pada setiap pagi dan petang. Sebaliknya jika dia menjadi calon ahli neraka, maka akan diperlihatkan kepadanya neraka itu pada setiap pagi dan petang.'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

    Rasulullah s.a.w. selalu mengingatkan umatnya tentang kematian serta persediaan menghadapinya. Hal ini dapat dilihat melalui hadis-hadis baginda yang banyak menyebutkan tentang hal ini.

    Baginda bersabda yang bermaksud, ``Perbanyakkanlah mengingati mati, kerana yang demikian itu akan menghapuskan dosa dan menimbulkan kezuhudan terhadap dunia.'' (Riwayat Abi al-Dunya).

    Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai manusia yang cerdik.

    Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda, lalu lelaki itu bertanya,

    ``Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?''

    Lantas baginda bersabda, ``Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.'' (Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).

    ReplyDelete
  27. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. didatangi seorang wanita yang mengadu tentang kekerasan hatinya (tidak mahu melakukan amal kebajikan).

    Aisyah menasihati wanita tersebut, ``Banyak-banyaklah mengingati mati, tentu hatimu akan menjadi lembut.''

    Wanita itu lalu melakukannya sehingga hatinya berubah menjadi lembut dan dia datang lagi mengucapkan terima kasih kepada Aisyah.

    Berbicara soal mati bukanlah untuk melemahkan jiwa umat Islam. Ia sebenarnya sebagai motivasi dan dorongan supaya kita sentiasa melakukan pekerjaan dengan penuh amanah, ikhlas dan bertanggung jawab.

    Ini kerana kita tidak tahu bilakah kematian akan menjemput kita. Bagaimanakah nasib kita seandainya kita mati ketika sedang menerima rasuah, pecah amanah, menyelewengkan wang syarikat atau semasa asyik membuat maksiat dan kemungkaran?

    Apabila kita banyak mengingati mati, maka setiap pekerjaan yang kita lakukan akan terasa diawasi serta diperhatikan oleh Allah Taala. Adapun persoalan tentang alam selepas mati iaitu alam barzakh (alam kubur), ia juga adalah suatu kebenaran dan kepastian.

    Selain berhadapan dengan Malaikat Mungkar dan Nakir yang akan bertanyakan pelbagai soalan, kita juga akan dihadapkan dengan pelbagai situasi yang berbeza mengikut amalan kita.
    Beriman

    Bagi `al-Mukmin al-`Amil' iaitu orang yang beriman dan beramal soleh, segala amalan baik mereka ditukarkan oleh Allah menjadi seorang teman yang paling disayangi dan dihormati ketika di dunia dahulu untuk menjadi temannya sepanjang masa di dalam kubur.

    Alangkah bahagianya bagi seseorang yang sedang keseorangan serta kesepian, tiba-tiba datang teman-teman daripada kalangan saudara-mara atau sahabat handai yang dikasihi mendampinginya.

    Lebih-lebih lagi ketika berada di alam kubur seorang diri, sudah tentu hilang rasa bosan dan terlupa masa yang begitu panjang berada di alam barzakh untuk menunggu kedatangan alam akhirat.

    Diceritakan dalam hadis-hadis bahawa sebelum amal soleh kita itu akan datang sebagai sahabat yang disayangi, terlebih dahulu sampai kepada kita bau-bauan serta haruman yang semerbak wangi yang dipakaikan oleh Allah kepada sahabat-sahabat yang datang menemui kita.

    Sahabat-sahabat yang datang dengan pakaian yang indah semerbak itu akan bertanya kepada ahli kubur yang beriman dan beramal soleh itu, ``Adakah kamu kenal siapa sebenarnya kami ini?''

    Ahli kubur menyatakan bahawa mereka tidak mengenali siapakah orang-orang yang berpakaian indah dan harum semerbak itu.

    Lalu mereka berkata lagi, ``Sesungguhnya kami semua adalah amal-amal kamu yang soleh yang telah kamu lakukan semasa di dunia dahulu dengan penuh ikhlas. Kami diutus Allah Taala menjadi temanmu sepanjang masa di alam kubur ini.''

    Manakala bagi orang-orang yang derhaka dan melakukan kemungkaran terhadap Allah, keadaan mereka pula amat berbeza. Segala amal buruk mereka akan dijelmakan menjadi khinzir, ular, harimau, kala jengking dan binatang-binatang buas lain.

    Bayangkan apa yang akan terjadi jika seseorang itu dikurung di dalam sebuah kandang bersama seekor khinzir, ular, harimau dan binatang-bintang buas lain yang akan menyerang dan membahamnya pada bila-bila masa?

    Demikianlah nasib mereka yang banyak melakukan dosa. Segala maksiat yang dilakukan akan menjadi bala kepada dirinya, menambahkan lagi azab sengsara di alam kubur, di samping azab yang didatangkan oleh malaikat disebabkan kegagalannya menjawab soalan-soalan yang diajukan terhadapnya.

    Marilah kita mengambil pengajaran daripada sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud, ``Tiga perkara yang mengikuti orang yang mati ke perkuburan: Kaum keluarganya, hartanya dan amal ibadahnya. Kaum keluarga dan hartanya kembali pulang dan amal ibadah akan turut mengikutinya (masuk ke dalam kubur).'' (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

    Oleh itu, dalam keghairahan kita mengejar kemajuan di dunia ini, jangan pula kita lupa untuk mengejar `kemajuan' di akhirat. Kemajuan yang seiring di dunia dan akhirat itulah yang dikehendaki dan dituntut oleh Islam

    ReplyDelete
  28. Mengingati Mati

    "Setiap yang bernyawa pasti merasai mati. Dan sesungguhnya pahala kamu akan disempurnakan pada hari kiamat.

    Sesiapa yang dijauhkan dari api neraka dan di
    masukkan ke dalam syurga, maka dia sesungguhnya
    telah beruntung.

    Kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan yang memperdayakan"
    ( Ali Imran : 185)

    ReplyDelete
  29. Sesungguhnya kematian tidak dapat dipisahkan dari manusia. Kematian tidak mengenal sesiapa.
    Apabila sampai ajal yang ditetapkan oleh Allah, maka tiada yang boleh menolaknya.

    Para ulama mengibaratkan nyawa ini seperti daun pokok yang rendang. Daun-daun ini akan gugur
    apabila tiba masanya; tidak kira hijau atau kuning, tua atau muda.

    Adakah kita telah bersedia untuk menemui masa-masa tersebut ? Menjadi kewajiban manusia mengambil
    peringatan ini supaya dapat bersedia menghadapi masa tersebut.

    Ingatlah apabila tiba saat dicabutkan roh dari badan, pintu taubat telah tertutup. Jika kita di
    kalangan orang yang taat kepada Allah, maka kita adalah orang yang beruntung. Begitulah sebaliknya...

    Ulama menyebut bahawa orang banyak mengingati mati dimuliakan dengan 3 perkara :
    1)Dia akan segera bertaubat kepada Allah
    2)Memadai hatinya dengan apa yang ada padanya
    3)Dia akan rajin mengerjakan ibadah.

    Begitulah sebaliknya.

    Manusia akan dihinakan dengan 3 perkara jika ia lupa dari mengingati mati.
    1)Dia lupa kepada taubat kepada Allah
    2)Sentiasa tidak redha dengan apa yang ada padanya
    3)Malas untuk mengerjakan ibadah kepada Allah.

    ReplyDelete
  30. MAKRUH MENGHARAPKAN MATI

    Sebahagian ulama dan pendukung As-Syafie menghukumkan makruh sekiranya mengharapkan kematian
    kerana bahaya yang menimpanya.

    Namun,harus mengharapkan mati kerana risau terhadap agama,kerosakan zaman telah merebak dan seumpamanya.

    Renungi maksud sabda baginda saw :
    Jangan kamu meminta mati kerana bahaya yang menimpanya. Kalaupunterpaksa, maka katakanlah :
    Ya Allah Ya Tuhanku!
    Hidupkanlah aku sekiranya kehidupan lebih baik bagiku.

    Dan matikanlah aku sekiranya kematian lebih baik bagiku"

    TALQINKAN ORANG YANG SEDANG NAZAK

    Apabila zahir tanda-tanda naza', dianjurkan mengajar kepada orang yang hamper meninggal dunia dengan
    kalimah syahadah. – LAILAHAILLALLAH supaya kalimah ini menjadi ucapan terakhirnya.

    Ini kerana menurut sabda Nabi saw bahawa syaitan akan datang kepada seseorang menjelang matinya bagi
    menggodanya agar meninggalkan Islam dan mati di dalam agama Yahudi dan Nasrani.

    Disesuaikan dari buku: Himpunan Hukum Berkait Dengan Mayat.
    Karangan Us Mohd Azmi Hj Masjuri Al-Banjari Al-Azhari

    ReplyDelete
  31. woi ini blog politik tazkirah,tarbiyah,hukum soal jwb fiqh,nikah cerai dan semua yang bersamaan buat lah kat blog blog khas di luar sana takyah menyemak dgn copy and piss kat cni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. x sempat nak mencelah... banyak tazkirah masuk...

      Delete
    2. so, bacalah dan amik peringatan..

      politik boleh pikir 24jam, mati bila boleh datang...sudah kan anda bersedia?

      Delete
    3. Sudah kah anda? Dan ambil peringatam untok diri sendiri. Sudah kah anda bersedia?

      Delete
  32. begini lah puak2 cinta dunia takut mati..buat sesuatu tak ingat mati..

    bila diberi peringatan, tak mahu didengar, malah dibenci...kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat mati, x jadi buat fitnah... baru aman dunia... berpolitik secara genntlement tampa fitnah

      Delete
  33. Kajian daripada para saintis menunjukkan bahawa mereka yang sering memikirkan tentang mati akan mula membuat perubahan pada hidupnya dengan mengutamakan yang lebih utama.

    Mereka yang sering memikirkan mati juga akan menjadi lebih sihat dari segi fizikalnya
    Walaupun kita sekadar mengingati mati dalam keadaan separa sedar, ia mampu membuatkan perubahan positif pada diri kita dan mendidik sifat ingin membantu orang lain.

    Antara cara menimbulkan perasaan ingat mati secara separa sedar adalah dengan berjalan di kawasan perkuburan, menziarahi orang mati, mengiringi jenazah, menguruskan jenazah dan lain-lain seumpama dengannya.

    Ringkasnya saintis telah meolak persepsi masa lalu bahawa mereka yang ingat mati akan menjadi tidak produktif dan membunuh cita-cita.

    Berapa kali kita ingat mati dalam satu hari.

    Apakah bagus bagi seseorang yang sentiasa mengingati mati.

    Adakah orang yang sentiasa ingat mati akan menjadi tidak produktif dan mula berteleku di tikar sembahyang menunggu saat masuk ke kubur.

    ReplyDelete
  34. Al-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya;

    Sabda Rasul Allah s.a.w.
    ”اكثروا ذكر هادم اللذات”
    Ertinya, “Perbanyakkan ingat terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.

    Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh Umar bin Al-Khattab, sabda Nabi s.a.w. yang bererti; “Perbanyakkan ingatan terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup (mati)”.

    Kami bertanya Nabi; wahai Rasul Allah apakah yang dimaksudkan dengan (هادم اللذات)

    Jawab Baaginda; iaitu mati.

    Ibnu Majah telah meriwayatkan sebuah hadith daripada Ibnu Umar katanya;
    “Ketika aku duduk bersama dengan Rasul Allah s.a.w. lalu datang seorang leleki dari kalangan al-ansar memberi salam kepada Nabi s.a.w., dan terus bertanya baginda:
    Siapakah orang mukmin yang afdzal?

    Jawab baginda: Orang yang lebih baik akhlaknya”.

    Lelaki tersebut terus mengemukakan soalan; siapakah orang mukmin yang sempurna akalnya?

    Jawab Baginda:“اكثروا للموت ذكرا وأحسنهم لما بعده استعدادا أولئك الأكياس”
    Ertinya: “Mereka yang paling banyak mengingati mati dan paling baik amalannya untuk persiapan selepas mati, itulah mereka yang paling sempurna akalnya”.

    Iman al-Termizi telah mengeluarkan hadith riwayat Shidad bin Aus katanya;
    sabda Nabi s.a.w.
    “Orang yang sempurna akalnya ialah orang yang sentiasa memeriksa dirinya, dan beramal untuk bekal sesudah mati, sedangkan orang yang lemah akalnya ialah orang yang mengikut hawa nafsunya, dan bercita-cita untuk mendapat keredaan Allah tanpa beramal”.

    Anas bin Malik meriwayatkan dengan katanya,
    sabda Nabi s.a.w.
    Banyakkan ingatan mati, kerana ia boleh menghapuskan dosa dan menjadi zahid (ambil dunia sekadar keperluan) di dunia”.

    Dalam hadith yang lain Nabi s.a.w.pernah bersabda:
    “Cukup dengan mati menjadi pengajaran dan cukup dengan mati juga menjadi pemisah antara hak dan batil”.

    Bahan bacaan Kitab al-Tazkirah, karangan al-Qurtubi)

    ReplyDelete
  35. Tuan PK tolong kuatkuasa tag pengenalan wajib kat sini.kita nak berkenalan dengan para ustaj,pentarbiyah dan mubaligh dakwah ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, bacalah dan amik peringatan..

      politik boleh pikir 24jam, mati bila boleh datang...sudah kan anda bersedia?

      tak perlu tunggu jadi ustaz, pentarbiyah dan mubaligh untuk beri peringatan, teguran..

      Delete
    2. malaikat maut umngokApril 3, 2013 at 12:20 PM

      hang sendiri pun anon ja.....aku ada juga nama

      tp betoi la kita kena ada taq nama kalau tidak jd mcm papagomo hidup melarat oghang dah tak kenai...maka pak nak mengaku anak dia plak tak mengaku nama dia sendiri......

      Delete
  36. Sebelum kita mati pastikan kita tidak buat perkara ini:-
    SOKONG PAS HARAM
    SOKONG PKR HARAM
    SOKONG DAP HARAM
    Kerana parti2 ni menyokong lgbt,pluralisme,racist dan menjual agama(khalimah allah)Pastikan kita tak mati sesat. Jaga akidah kita.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!