TERKINI! DR ZAMBRY BERTANDING 3 PENJURU DI PANGKOR!

Menteri Besar yang juga penyandang kerusi DUN Pangkor, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berhadapan pertandingan tiga penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Selain berhadapan calon PKR, Saifullah Mohd Zulkifli, Zambry yang juga Ketua UMNO Bahagian Lumut bakal ditentang calon Bebas, P Bernard untuk mempertahankan kerusi Pangkor yang dimenanginya dua penggal berturut-turut sebelum ini.

Pertandingan tiga penjuru juga membabitkan kerusi DUN Pasir Panjang apabila calon BN, Rashidi Ibrahim bakal ditentang calon PAS, Rohawati Abidin dan calon Bebas, kontraktor tempatan, S Vijayan, 42.

Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Lumut, Datuk Zamri Man kira-kira 11.45 pagi selepas tempoh penamaan calon tamat ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Terdahulu, ribuan penyokong BN dan PR berarak dan berkumpul di sekitar Dewan Merdeka MPM sebagai tanda sokongan kepada calon masing-masing.

Penyokong PR berarak seawal jam 7.30 pagi manakala penyokong BN pula bergerak dari Bangunan Persekutuan menuju ke pusat penamaan calon sekitar jam 8 pagi.

Calon PR iaitu calon DUN Pasir Panjang, Rohawati, DUN Pangkor, Saifullah dan calon kerusi Parlimen, Laksamana Pertama (B) Imran Abd Hamid tiba di pusat penamaan calon pada jam 8.55 pagi dan kemudiannya dilihat memasuki pusat penamaan calon lima minit selepas itu untuk menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Manakala barisan calon BN yang diketuai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha yang mempertahankan kerusi Parlimen Lumut dilihat berjalan beriringan dengan tiga calon lain iaitu Zambry (Pangkor) Ting Tai Fook (Sitiawan) dan Rashidi (Pasir Panjang) dengan pakaian sedondon berwarna biru.

Sumber: Perak Today

3 Responses to "TERKINI! DR ZAMBRY BERTANDING 3 PENJURU DI PANGKOR!"

  1. Dr zambry all the best
    teman sokong dr

    ReplyDelete
  2. Semoga dr zamri dan team umno/bn mndapat mandat yg kuat dari rakyat perak...all the best to umno n bn...

    ReplyDelete
  3. Saya akan balik kg utk mengundi BN.

    Anak Pangkor

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!