PANAS WEI! BN TIDAK AKAN CALONKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI KES DENGAN SPRM!


Barisan Nasional (BN) tidak teragak-agak untuk mengugurkan calon-calon yang telah disenarai pendek jika didapati mempunyai masalah berkaitan rasuah, hutang atau kes jenayah selepas menjalani proses tapisan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, setiap calon perlu melalui proses penting itu bagi memastikan mereka yang terpilih benar-benar bebas daripada masalah yang dinyatakan.

“Hanya mereka yang lulus saringan daripada SPRM sahaja yang akan terpilih dan layak untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

“Walaupun mereka (calon) mempunyai syarat-syarat lain, tetapi apabila didapati masalah tersebut secara automatik tidak akan dimasukkan dalam senarai akhir calon bertanding, bahkan akan dikeluarkan daripada senarai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Bangunan Baru Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Lanadron, Panchor dan Majlis Penyampaian Anugerah Cemerlang UPSR, SPM dan STPM 2012 Sekolah-sekolah Parlimen Pagoh, pada Khamis.

Ketika ditanya mengenai bakal menteri besar Johor jika BN berjaya mendapat kemenangan dan mentadbir negeri ini, Muhyiddin berkata, jawapan itu akan diketahui dalam tempoh masa beberapa hari lagi.

“Kita semua sudah boleh buat ramalan dan teka-teki timbul disebabkan mungkin ada perubahan dalam senarai yang akan diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman tidak lama lagi.

“Calon menteri besar sudah disenarai pendek tetapi ia masih lagi rahsia, biarlah Abdul Ghani umumkan tidak lama lagi,” katanya.

Sumber: Klik Sini

HOUSE PK: Wow! Ini satu tindakan yang sangat bagus! Kita memang nak pemimpin yang bersih. Aku sokong BN dalam hal ini, kroang pulak macamana?

23 Responses to "PANAS WEI! BN TIDAK AKAN CALONKAN MEREKA YANG MEMPUNYAI KES DENGAN SPRM! "

  1. Mawi disaran pindah rumah

    Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN

    MAWI kini mahu perketatkan kawalan keselamatan pada waktu malam dan siang di kawasan kediamannya.

    KES pecah rumah membabitkan golongan artis bukan perkara baharu. Kejadian yang tidak diingini tersebut pernah membabitkan pelawak terkenal Nabil Ahmad, pengacara popular Datuk Aznil Nawawi, Wardina Safiyyah dan baru-baru ini Erra Fazira.

    Kes hampir sama berlaku kepada juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, 32, pada petang hari Selasa lalu.

    Rumah miliknya berdekatan Bangi Golf Resort, Selangor ketika itu didiami bersama isteri, Nora Asyikin Rahmat (Ekin), 34, anaknya, Cahaya Malaika, 1, ibu mertua, nenek dan adik iparnya, Ain.

    Ketika kejadian bagaimanapun Mawi berada di Sarawak atas urusan perniagaan manakala Ekin pula berada di Kuala Lumpur.

    Apa yang menariknya, kejadian itu kononnya ada kaitan dengan alam ghaib.

    Ia ekoran tindakan seorang buruh Indonesia berusia 40-an yang merupakan pekerja kontrak kawasan pembinaan berdekatan rumah Mawi tiba-tiba menjerit-jerit.

    Sikap peliknya itu dikatakan kerana mahu menghalau sepasang orang bunian yang didakwanya sudah memasuki rumah Mawi pada petang itu.

    Ikuti temu bual Kosmo! bersama pelantun lagu Aduh Saleha ketika dihubungi semalam.

    Kosmo!: Cerita pecah rumah yang dilaporkan kononnya ada kena-mengena dengan orang bunian, mungkin Mawi boleh komen lebih lanjut?

    MAWI: Menurut cerita daripada keluarga saya dan penyelia tapak pembinaan berdekatan rumah saya, lelaki itu sebenarnya sudah menunjukkan tanda-tanda aneh beberapa hari sebelum kejadian. Sebelum ini, lelaki itu pernah bekerja di tapak pembinaan sama sebelum pulang ke Indonesia dan kembali semula ke sini. Dia banyak kali meracau, murung dan mendakwa dapat melihat orang bunian sehinggalah pada petang Selasa lalu dia mahu menghalau sepasang orang bunian yang mengikutnya dari Dataran Merdeka, Kuala Lumpur daripada memasuki kawasan rumah saya sehingga memaksa dia membaling batu kerana gagal memanjat pintu pagar rumah saya.

    Bagaimanakah kejadian itu disedari oleh orang ramai?

    Lelaki itu menjerit-jerit dari luar rumah untuk menghalau pasangan orang bunian itu keluar. Katanya lelaki bunian telah keluar tapi perempuan bunian masih berada di dalam rumah. Kebetulan ada polis bantuan di belakang rumah saya dan mereka terdengar bunyi bising, kemudian datang menahan lelaki itu.

    Sebelum ini Mawi sekeluarga pernah dirompak pada bulan Mac tahun lepas dan kali ini kejadian hampir sama berlaku lagi, pernahkah terlintas untuk berpindah ke kawasan kediaman lain?

    Trauma, fobia dan panik itu semakin kuat terasa selepas kejadian baru-baru ini dan untuk saya berpindah rasanya belum terfikir lagi. Keluarga saya ada juga menyarankan kami untuk berpindah.

    Berapakah anggaran jumlah kerugian Mawi?

    Lelaki itu sebenarnya telah memecahkan cermin tingkap rumah, pasu bunga dan lampu. Mujurlah dia tidak membawa senjata tajam ketika itu. Anggaran kerugian lebih kurang RM10,000 tetapi penyelia lelaki itu berjanji akan membayar balik ganti rugi yang disebabkan oleh pekerjanya itu.

    Mungkinkah tindakan lelaki itu antara modus operandi untuk sekali lagi merompak rumah Mawi?

    Saya tidak pasti tapi apabila merujuk kepada penyelianya, lelaki itu sudah menunjukkan tanda-tanda yang pelik ketika hari pertama kembali bekerja. Kalau dia berniat untuk merompak rasanya dia tidak perlu bertindak sedemikian dan siang hari bukan waktu sesuai.

    Adakah Mawi percaya kepada perkara tahyul dan cerita orang bunian sebegini?

    Saya percaya pada alam ghaib tapi untuk percaya kepada perkara tahyul agak susah.

    Pengajaran daripada kejadian kali ini?

    Saya perlu lebih berjaga-jaga dan perlu memperketatkan kawalan keselamatan kawasan kediaman saya. Biasanya kawasan itu ada pengawal keselamatan pada waktu malam sahaja. Mungkin selepas ini kawalan keselamatan perlu dilaksanakan pada waktu siang hari juga.

    ReplyDelete
  2. Bukan sebab putus cinta
    PUTERI SARAH mengakui dia kini tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya, Ammar.

    KETIKA melangkah masuk ke Studio Utusan baru-baru ini untuk mengadakan sesi fotografi khas bersama pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, ternyata dia kelihatan cukup ayu dengan penampilan baharunya itu.

    Bukan itu sahaja, gaya dan aksinya di depan lensa kamera juga begitu menawan dengan pose yang menarik, sesuai dengan statusnya sebagai pelakon dan model.

    "Tidak semestinya wanita yang berhijab tidak boleh bergaya atau kelihatan lebih moden.

    "Bagi saya, setiap wanita yang berhijab tidak perlu takut untuk tampil cantik, asalkan perlu menutup aurat," ujarnya memulakan bicara.

    Berkongsi tentang perubahan yang berlaku terhadap dirinya itu, Sarah menyatakan niatnya untuk berhijab sudah lama terpendam di hati. Namun begitu, ia akhirnya terlaksana kira-kira dua bulan lalu.

    Menganggap keputusan yang dibuatnya itu merupakan satu langkah yang cukup tepat, Sarah yang kelihatan cukup ceria sepanjang sesi fotografi menyatakan dia begitu gembira dengan dirinya sekarang.

    "Secara kebetulan saya banyak berlakon dalam drama yang memerlukan saya tampil berhijab pada tahun lalu. Apabila mengenakan hijab semasa menjalani penggambaran, saya dapat rasakan keadaan yang cukup tenang dalam diri saya.

    "Lama-kelamaan telah timbul kesedaran dalam diri untuk berhijab dan dilakukan secara berperingkat. Kemudian saya telah berhijab sepenuhnya pada bulan Februari lalu," jelasnya.

    Bagaimanapun, pelakon itu menafikan sekeras-kerasnya bahawa tindakannya itu berpunca daripada hubungan percintaannya yang telah putus dengan Ammar Alfian.

    Tegasnya, segala keputusan yang dibuat itu langsung tidak dipengaruhi dengan perkara tersebut, malah mengakui hidupnya kini lebih tenang dan gembira tanpa kekasih.

    "Saya tahu memang ramai yang menyangka saya berhijab kerana putus cinta. Namun begitu, perkara tersebut tidaklah benar kerana saya bertudung atas kerelaan hati sendiri.
    PERCINTAANNYA yang gagal disemai bersama Ammar, tegas Puteri Sarah, bukan merupakan punca dia kini berhijab.

    "Biarlah apa yang orang nak cakap tentang penampilan saya kerana yang paling penting saya sudah cukup bahagia dengan kehidupan sekarang dan keluarga juga gembira dengan perubahan ini," ujarnya.

    Ketika ditanya tentang kenyataan yang dibuat oleh bekas kekasihnya itu menerusi laman sosial Twitter tentang sindiran terhadap dirinya yang sudah berhijab, Sarah menyatakan dia langsung tidak tahu mengenainya.

    Jelasnya, dia sendiri mendapat tahu perkara tersebut apabila membaca laporan sebuah portal baru-baru ini. Bagaimanapun, dia mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu berpanjangan.

    "Saya tidak kisah sama ada kenyataannya itu ditujukan kepada saya atau orang lain. Sekarang ini saya tidak mahu lagi dikaitkan dengan dirinya dan biarlah saya terus dengan kehidupan baharu sekarang ini," ujarnya.

    Menurut Sarah, semenjak hubungan percintaannya dengan Ammar putus pada Disember tahun lalu, dia sudah tidak lagi menghubungi bekas kekasihnya itu.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Cai bangang PR pagi2 dah meroyan sebab tak makan pil kuda stopa ali bagi..kihkihkih..

      Delete
  3. Anynmous copy & datang lg..

    ReplyDelete
  4. seb baik papagomo caloun bebas

    ReplyDelete
    Replies
    1. coz BN pun tak nak ambik papagomo mu yang bangang tu

      Delete
  5. Bila dah habis modal, kering idea nak spin cerita, jalan terakhir copy paste artikel, tu ja la puak pencacai pembangkang bodoh boleh buat! Menyemak tak habis habis..

    Salam Gelombang Biru

    Nana nurgaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKAN NANA KE DGN MAT SPENDER TU... HAHAHAHAHAHA

      Delete
    2. Knpa tak tanya pemimpin korang sendiri, mak ko kot dalam video tu!

      Salam Gelombang Biru

      Delete
    3. Knpa tak tanya pemimpin korang sendiri, mak ko kot dalam video tu!

      Salam Gelombang Biru

      Nana nurgaya

      Delete
    4. NANA MARAH? JGN LA MARAH. GURAU PAGI2 NI. ALA CAYANG NANA.

      Delete
    5. Tq la sayang aku, tapi aku lagi sayang dato seri najib!

      Salam Gelombang Biru

      Nana nurgaya

      Delete
    6. Nana..... Love u coz u love PM.....

      Delete
    7. NANA TAK BOLEH SAYANG DATO SERI NAJIB NANTI DATIN SERI ROSMAH MENGAMUK. SAYANG PM BOLEH LA. JOM MAKAN AISKRIM NAK?

      Delete
    8. Eh kalot la ko! Datin seri tak kata apa, ko pulak terlebih! Aku tau la ko sayang bang non!!

      Salam Gelombang Biru

      Nana nurgaya

      Delete
    9. TAK LA NANA. AKU SAYANG TOK STOPA. SPENDER BESAR TUUUU. BOLEH BUAT NANA BERKEMBAN. HAHAHAHAA

      Delete
    10. Bagi kat mak ko buat lepas rindu, tak pun ko ambik buat serban, sesuai nampak imej alim taik kucing pas!

      Salam Gelombang Biru

      Nana nurgaya

      Delete
    11. pempuan BN sorang ni tak der rase malu ker?

      Delete
  6. Apa akan jadi kalau negara jatuh di tangan PR. Nilailah dengan hati dan jiwa. Pastikan negara terus terpelihara. http://www.youtube.com/watch?v=p6w1WBND4lg

    ReplyDelete
  7. Datuk Mustafa Ali atau 'Cikgu Pa' (lahir 7 Disember 1944) merupakan ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Terengganu yang kini merupakan Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS).


    Dilahirkan pada 7 Disember 1944 di negeri Terengganu Darul Iman.
    [sunting]Pendidikan

    Mustafa Ali berkelulusan Diploma Pendidikan dan BA Hons dari Universiti Malaya (UM) pada tahun 1968 dan pernah menjadi cikgu selama lima tahun bermula pada tahun 1969 sehingga 1974.[1]
    [sunting]Politik PAS

    Beliau berpengalaman luas dalam dalam politik negara bermula menjadi ahli Parlimen Kuala Terengganu pada tahun 1974 sehingga tahun 1978 dalam masa yang sama menjawat jawatan sebagai setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Malaysia pada tahun 1974 sehingga tahun 1977. Turut berpengalaman menjadi Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar pada awal tahun 1977 sehingga November 1977.
    Pada 1977, beliau kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar kerana tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pusat mengisytiharkan MAGERAN di negeri Kelantan Darul Naim -(negeri Serambi Makkah) . Semua ahli Parlimen PAS akan dipecat dari parti PAS jika menyokong rang undang-undang Darurat Kelantan 1978. PM Hussein Onn menyingkirkan PAS dari Barisan Nasional dan Mustafa Ali berhenti menjadi menteri pusat.

    Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu dari tahun 1982 sehingga 1990. Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Dungun dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan dari tahun 1999 hingga 2004. Pada zaman pemerintahan kerajaan PAS di negeri Terengganu pada tahun 1999-2004 beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu (EXCO) dan menjawat portfolio Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi, Petroleum, Perindustrian dan Sumber Manusia dari tahun 1999-2004.

    Jawatan pertama dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) ialah sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat pada tahun 1975 hingga 1987 seterusnya beliau dilantik sebagai Bendahari Agung PAS Pusat dari tahun 1987 hingga 1997, Naib Preseiden PAS Pusat pada 1997 hingga 2005, Pesuruhjaya PAS Terengganu pada 2005 sehingga tahun 2009 serta Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat sejak 1997 sehingga 2009.

    Kini beliau diamanahkan sebagai Setiausaha Agung Parti Islam SeMalaysia (PAS) menggantikan tempat Dato' Kamaruddin Jaafar.
    [sunting]Sumbangan

    Beliau juga pernah terbabit dalam institusi kerajaan iaitu sebagai ahli Majlis Perundingan Belia Negara (1977-1981. Beliau juga pernah dilantik sebagai ahli Majlis Perundingan Ekonomi Negara (MAPEN) (1989-1990) serta dilantik sebagai "ahli Institut Integriti Malaysia (IIM) dari tahun 2004 sehingga kini"

    UNDILAH MAT SPENDER NI NANTI ANDA DIBERIKAN SORGA NIK AJIS

    ReplyDelete
  8. khalid Brahim kata BN akan menag 7 kerusi sahaja. Gempak gila seh. Rupanya dalam pilihanraya dalam bilik hotel je.

    ReplyDelete
  9. Nana nurgaya....hang ni pening kena buai gelombang ke...hati2 takut kena pukul gelombang plak lepas ni
    -----------------------------------------line13

    ReplyDelete
  10. apa yang kau merepek tu setannnnn...

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!