PANAS BERAPI! NIZAR LAHANAT SUDAH TAKUT DAN LARI KE KERUSI DUN CHANGKAT JERING!

Akhirnya si Nizar lahanat bertanding di dun Changkat Jering! Apa punya penakut la si penjilat DAP ni. Kata hebat sangat kan? Kenapa tak pertahan kerusi dun Pasir Panjang Nizar? Kau tau kan penduduk Pasir Panjang akan mandikan kau kan lahanat? Mari baca petikan dari Perak Today dibawah ini:

"Pakatan Rakyat (PR) Perak sebentar tadi mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mana menyaksikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding kerusi DUN Changkat Jering.

Keputusan itu dimuktamadkan selepas PAS dan PKR mencapai kata sepakat untuk meletakkan Nizar sebagai calon meskipun sebelum ini berlaku bantahan di peringkat akar umbi termasuklah di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Bukit Gantang sendiri yang mahu calon tempatan diketengahkan pada pilihan raya kali ini.

Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Beruas dan DUN Sitiawan yang dimenanginya pada pilihan raya 2008.

Manakala Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Taiping tetapi berpindah dari DUN Pantai Remis ke DUN Kepayang dalam Parlimen Ipoh Timur.

Bekas Speaker PR, V Sivakumar pula akan bertanding Parlimen Batu Gajah manakala Thomas Su di Parlimen Ipoh Timur dan M Kulasegaran kekal mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Barat yang dimenanginya pada 2008.

Untuk calon PKR pula, Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty akan bertanding di Parlimen Bagan Serai, sekaligus menamatkan spekulasi akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan itu.

Ini berikutan tindakan pemimpin dan penyokong PAS Bahagian Bagan Serai sebelum ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada parti tersebut.

Bagaimanapun, PR Perak tidak mengumumkan calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput meskipun sebelum ini Dr Jeyakumar yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhasrat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008."

Lepas ini aku akan ceritakan pasal PSM pulak, manrik betul dengan parti komunis yang baru saja pendaftaran mereka diluluskan oleh ROS! 

58 Responses to "PANAS BERAPI! NIZAR LAHANAT SUDAH TAKUT DAN LARI KE KERUSI DUN CHANGKAT JERING! "

  1. Nga Ngeh juga yang terbaik!!! Mari hapuskan tanah 'strata' melayu atau bumiputera, tukar kepada status 'harbi'. Nik Najis pasti restui dan dibless ala2 pastor lagi!!!

    Jom tukar Perak kepada negeri industri pertenakan khinzir gred 'A'!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aliff tak mati tanpa cinta

      Oleh NOOR ASHREEN ISMAIL


      ALIFF turut hadir ke majlis meraikan Adira Fans Club (AFC) pada Februari lalu. Hubungan mereka kini sudah renggang.

      KONTROVERSI percintaan penyanyi muda kelahiran Singapura ini, bukan hanya sekali. Namun, setelah beberapa bulan digosipkan sedang bercinta, Aliff Aziz sekali lagi mengalami peristiwa pahit dalam kisah cintanya bersama penyanyi genit, Adira.

      Sebelum itu, episod kisah cintanya bersama pelakon, Anne Ngasri juga bukan lagi sebuah rahsia. Aliff secara terbuka menceritakan hasrat dirinya ingin mengahwini janda beranak tiga dan kesudahannya, putus di tengah jalan.

      Ada yang berkata, perasaan yang mudah jatuh cinta menyebabkan dirinya kecewa beberapa kali dalam percintaan.

      Namun, akui Aliff, dia bersyukur kerana diberi dugaan pada usia muda dan mahu belajar daripada kesilapan yang telah dilakukan.

      Ikuti temu ramah Kosmo! bersama pemuda berusia 21 tahun ini yang ditemui di majlis makan tengah hari di Hotel Royal, Kuala Lumpur, semalam, tentang kisah hatinya.

      Kosmo!: Bolehkah Aliff ceritakan tentang perkembangan anda sekarang?

      Saya kini terlibat dengan penggambaran drama gandingan bersama Aida Aris yang berjudul Nurul Kasih. Selain itu, saya juga terbabit dengan drama Epilog Cinta Kirana dan Gerhana.

      Kenapa terima banyak tawaran dalam satu masa sehingga anda tidak terkejar dengan semua beban kerja?

      Ini kerana saya sudah lama bercuti dan sudah puas berehat. Kini tiba masa untuk saya penuhkan jadual kerja. Saya akan buktikan pada semua orang saya juga bagus dalam bekerja, bukan hanya kontroversi kisah cinta.

      Ada gosip yang mengatakan anda lambat ke set penggambaran dan kurang berdisiplin. Boleh komen?

      Saya tidak menafikan, memang sekali dua saya ada terlewat kerana mungkin saya belum biasa dengan beban kerja yang sibuk seperti ini. Saya juga perlu beri masa untuk membiasakan diri saya sendiri. Ini bukan satu alasan, tapi saya terlajak tidur memang tidak disengajakan. Memang kadang-kadang, saya hanya dapat tidur selama tiga hingga empat jam sahaja. Bagaimanapun, saya tidak mahu merungut, kerana ini juga merupakan sumber rezeki buat diri saya sebagai anak seni.

      Boleh komen tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Adira baru-baru ini. Adakah mungkin selama ini, dia tidak cintakan anda dan menganggap anda sebagai rakan sahaja?

      Saya rasa biarlah kami berdua sahaja yang mengetahui status hubungan kami. Mungkin ada yang berkata, saya syok sendiri, tapi sekali lagi, biarlah kami berdua sahaja tahu apa yang terjadi di antara kami. Ini kerana perkara ini terlalu peribadi buat diri saya.

      Sebelum ini, anda berdua tidak pernah menyatakan tentang status sebenar perhubungan. Jadi, sebenarnya bagaimana tahap perhubungan itu?

      Saya tidak mahu menjadikan perkara tersebut sebagai satu alasan kerana memang kami tidak pernah menyatakan bagaimana perhubungan kami. Namun, ramai yang telah lihat gambar-gambar saya dan dia di blog, tentang cincin dan sebagainya. Biarlah orang yang nampak itu, faham sendiri apa yang terjadi antara kami. Saya tidak mahu berbicara terlalu banyak, tapi kami memang sangat rapat satu ketika dahulu.

      Apakah yang membuatkan perhubungan anda menjadi semakin renggang?

      Mungkin terlalu banyak halangan untuk kami teruskan hubungan rapat ini. Saya tidak mahu terlalu berbicara kerana kelak perkara ini tidak akan punya penghujung kerana mungkin kami akan saling berbalas kenyataan. Jadi, perkara yang sudah berlalu, biarlah ia berlalu. Kini, kepentingan utama saya ialah tujuan saya datang ke Malaysia adalah untuk mencari rezeki.

      HUBUNGAN lama antara Aliff dengan Anne Ngasri juga berakhir dengan perpisahan.

      Delete
    2. anda peminat K Pop?

      ohh yeaaaaaaaahhhhh

      Delete
  2. Berlakon ketika sarat mengandung
    IZREEN sudah hampir sepenuhnya membuat persiapan untuk menyambut kelahiran zuriat sulungnya ini.

    KETIKA diberitahu bahawa Izreen Azminda Mohd. Aznam merupakan salah seorang pelakon utama dalam telefilem Barakah, timbul persoalan kerana pelakon itu kini sedang sarat mengandung anak sulung.

    Sedangkan Izreen pernah membuat kenyataan bahawa dia mahu mengambil keputusan untuk berehat seketika dari dunia lakonan dan kembali semula setelah habis pantang.

    Bagaimanapun, kesempatan untuk hadir ke majlis pelancaran telefilem Barakah terbitan Unit Drama dan TV RTM dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia itu di Melaka baru-baru ini, ternyata Izreen memang pelakon utamanya di samping Wan Raja.

    Ketika ditanya apa yang menyebabkan dia tetap ingin berlakon dalam keadaan yang sarat mengandung, Izreen menyatakan perasaan terlalu bosan sepanjang berehat di rumah menjadi faktor utama dia mahu meneruskan aktiviti lakonannya.

    "Kali terakhir saya berlakon adalah menerusi drama Ayu Tanggang pada Februari lalu dan kemudian saya ambil keputusan untuk berehat sehingga lepas habis pantang.

    "Namun begitu, sepanjang berehat di rumah tanpa melakukan sebarang aktiviti, saya tiba-tiba rasa terlalu bosan. Kemudian saya ditawarkan pula berlakon dalam telefilem Barakah dan memikirkan masih lagi mampu untuk berlakon saya terus menerimanya," ujarnya.

    Berkenaan dengan penerimaan suaminya, Muhammad Riza Baharudin terhadap keinginannya yang mahu terus berlakon, Izreen mengakui suaminya itu kurang bersetuju pada mulanya.

    Ujarnya, setelah diyakinkan bahawa watak yang dibawakannya itu agak ringan dan tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, akhirnya dia diberi keizinan oleh suami untuk terus berlakon.

    "Suami memang cukup risau apabila diberitahu yang saya bersetuju untuk berlakon dalam sebuah telefilem memandangkan usia kandungan saya yang sudah masuk tujuh bulan.

    "Memandangkan saya ini jenis wanita yang keras kepala, saya tetap memujuknya kerana terlalu bosan berada di rumah. Saya juga memintanya supaya tidak terlalu risau kerana yakin dapat menjaga diri sendiri sepanjang penggambaran," ujarnya.

    Selain kegigihannya untuk terus berlakon ketika sarat mengandung, Izreen turut mengambil keputusan nekad apabila berulang-alik dari Kuala Lumpur dan Melaka setiap hari.

    Menurut Izreen, ketika ini penggambaran telefilem tersebut sedang dilakukan di Melaka dan dia terpaksa memandu sendirian dari Kuala Lumpur ke lokasi penggambaran.

    "Sebenarnya sepanjang mengandung ini saya berasa kurang selesa untuk tidur di tempat lain. Saya lebih rela memandu selama dua jam, asalkan dapat tidur di rumah sendiri.

    "Tidak dinafikan cara sebegini memang cukup memenatkan kerana perlu berulang-alik setiap hari dalam keadaan sekarang, tetapi saya bersyukur kerana setakat ini tidak berasa terlalu penat," jelasnya yang menjalani penggambaran selama 10 hari.

    Bagaimanapun, pelakon itu menyatakan ia merupakan telefilem terakhir yang akan dilakonkan dan selepas itu barulah dia betul-betul akan berehat sementara menunggu waktu melahirkan anak yang dijangka pada bulan Julai ini.


    ReplyDelete
    Replies
    1. anda peminat K Pop?

      ohh yeaaaaaaaahhhhh

      Delete
  3. Stesen KBS haramkan video muzik Psy

    SEOUL – Sebuah stesen penyiaran terkenal di Korea Selatan, KBS mengharamkan video muzik baharu Psy yang berjudul Gentleman.

    Pengharaman yang diumumkan semalam itu dibuat kerana video muzik penyanyi rap tersebut menyiarkan adegan dia menyalahgunakan harta benda awam.

    Dalam video muzik itu, terdapat adegan yang menunjukkan Psy, 35, menendang sebuah kon yang diletakkan oleh kakitangan pihak berkuasa tempatan di sebatang jalan raya.

    Kon itu diletakkan di kawasan larangan tempat meletak kenderaan.

    Menurut KBS, adegan tersebut tidak memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh stesen penyiaran awam itu.

    Dua jurucakap stesen itu berkata, pihaknya sebelum ini pernah mengharamkan beberapa video lain kerana alasan yang sama.

    Video muzik berdurasi 3.54 minit yang menunjukkan Psy menari tarian goyang pinggul telah mencatatkan lebih 139 juta kali tontonan sejak ia dimuat naik di laman YouTube pada 13 April lepas.

    Psy juga memperkenalkan tarian kuda menerusi video muzik Oppa Gangnam Style yang turut mencipta rekod YouTube apabila ia mencatat lebih satu bilion tontonan sejak dimuat naik pada pertengahan tahun lalu.

    Sementara itu, Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye memuji tindakan Psy kerana membayar sejumlah wang kepada sekumpulan pereka tari yang mencipta tarian pinggul.

    Anggota-anggota sebuah kumpulan nyanyian wanita dari Korea Selatan, Brown Eyed Girls pada tahun 2009 pernah membuat persembahan tarian itu menerusi lagu hit mereka, Abracadabra. – Agensi


    ReplyDelete
    Replies
    1. Run nizar run

      Delete
    2. anda peminat K Pop?

      ohh yeaaaaaaaahhhhh

      Delete
    3. anda peminat K Pop?

      ohh yeaaaaaaaahhhhh

      Delete

  4. Jejak Bintang: Wawa lasak macam budak lelaki


    Oleh Georgie Joseph

    Siapa menyangka daripada sekadar suka-suka memuat naik video nyanyiannya di YouTube, ia akhirnya membawa bintang muda, Najwa Latif, 17, ke tahap sekarang. Cemerlang setakat ini, penyanyi bertudung yang meledak menerusi lagu Cinta Muka Buku ini memang fenomena baru.

    Ternyata Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif, punya daya tarikan tersendiri di kalangan remaja.

    Pasti ramai yang tertanya bagaimana agaknya sisi hidup penyanyi kelahiran Batu Pahat, Johor ini sebelum bergelar penyanyi. Melihat imej anak kepada pasangan Zarina Saamah dan Abdul Latif Ismail ini sekarang, dia sebenarnya seorang yang lasak sewaktu kecil.

    Bertemu sendiri ibunya, di kediaman mereka, di Taman Hajjat, Batu Pahat, Johor, baru-baru ini, banyak cerita lama mengenai anak ketiga daripada empat beradik itu didedahkan. Ikuti cerita itu bersama wartawan RAP, GEORGIE JOSEPH (georgie@mediaprima.com.my).


    Hanya ibu yang lebih mengenali anaknya sendiri. Kata Zarina, 49, seperti juga kebanyakan kanak-kanak yang lain, Najwa melalui zaman kecilnya dengan penuh keceriaan dan kenakalan.


    Bagaimanapun katanya, Najwa ataupun mesra dengan panggilan Wawa, seorang kanak-kanak yang lebih aktif kalau dibandingkan dengan adik-beradiknya yang lain. Ada saja kelatah Wawa yang membuatkan penat juga orang kalau mengasuhnya.

    "Jika bandingkan Wawa dengan kakak dan adiknya, memang dialah yang paling susah nak jaga sewaktu kecil. Wawa seorang yang tidak boleh duduk diam dan mula gelisah kalau dia tidak berbuat apa-apa.

    "Kelakuannya tidak ubah seperti budak lelaki yang sangat lasak dan kalau boleh semua benda dia nak buat. Panjat pokok, lumba basikal dan macam-macam yang lasak rasanya semua dia pernah lakukan.

    "Paling pantang, kalau jumpa benda baru di situlah dia menunjukkan sifat ingin tahu dan tidak akan puas hati selagi hajatnya tidak kesampaian. Bukan sekadar hendak tahu malah Wawa kalau boleh hendak pegang benda yang dilihatnya terutama haiwan," kata Zarina yang juga seorang guru Bahasa Melayu dan Muzik di Sekolah Kebangsaan Parit Bilal, Batu Pahat.

    Disebabkan kenakalan itu juga, Wawa sering kali membuatkannya risau dan bagaimana sibuk sekalipun, dia pasti akan memantau apa lagi yang dilakukannya.
    Tidak terlalu memanjakan, dia juga mahu Wawa dapat pengajaran dan pasti akan memarahinya demi mendisiplinkan puterinya itu.

    Mengimbau kelasakan Wawa, Zarina masih teringat pernah suatu masa, Wawa membuat dia cemas selepas tercedera akibat bermain basikal. Ketika itu, Wawa baru saja berumur tujuh tahun apabila terjatuh daripada basikal.

    "Sepanjang hari insiden itu berlaku, saya awalnya tidak perasaan pun ada sesuatu sudah berlaku. Sehinggalah dia datang menghadap saya sendiri sambil menutup mulutnya dengan muka selamba.

    "Apabila Wawa tunjuk saja bibirnya, memang saya terus cemas melihat kecederaan pada bibirnya yang berdarah. Takut saya akan memarahinya, dia berdiam diri sebelum kakaknya memujuk dia untuk memberitahu kemalangan itu kepada saya," katanya.

    Sudah adat kanak-kanak kecil, bagaimanapun Wawa mula berubah apabila memasuki sekolah menengah di mana nakalnya tidak lagi seperti sebelum itu dan sewaktu berada dalam tingkatan dua, dia mengambil keputusan untuk mula bertudung.

    ReplyDelete
  5. Konsert K-Pop di Genting Highlands
    Oleh KHADIJAH IBRAHIM

    KUALA LUMPUR 18 April - Empat kumpulan popular dan seorang penyanyi solo K-Pop akan mengadakan persembahan dua malam berturut-turut pada 23 dan 24 Mei ini sempena K-Pop Dream Concert Live in Malaysia.

    Artis yang akan menjayakan konsert bermula pukul 8.30 malam di Arena of Stars, Resort World Genting itu ialah SISTAR, 4Minute, Brown Eyed Girls, Born to Beat (BTOB) dan G. NA.

    Kehadiran kumpulan SISTAR yang dianggotai oleh Hyolyn, Bora,Soyou, dan Dasom itu merupakan persembahan pertama mereka di Malaysia.

    Kumpulan yang popular dengan lagu Push Push, How Dare You, So Cool, Alone dan Loving You itu ditubuhkan sejak 2010.

    Sementara itu, kumpulan 4Minute yang dianggotai oleh Nam Ji-hyun, Heo Ga-yoon, Jeon Ji-yoon, Kim Hyun-a dan Kwon So-hyun cukup popular dengan lagu Hot Issue, Diamond dan Mirror Mirror.

    Dalam pada itu peminat-peminat kumpulan Brown Eyed Girls pasti tidak mahu ketinggalan untuk melihat aksi JeA, Miryo, Narsha, dan Gain.

    Kumpulan Brown Eyed Girls amat sinonim dengan lagu Hold the Line, How Come dan Abracadabra. Malah, Gain turut beraksi dalam klip video terbaharu Psy, Gentleman.

    Konsert anjuran Esteem Pavilion Sdn. Bhd., itu menawarkan tiket-tiket pada harga RM800 (VIP), RM688 (Rock Zone), RM650 (PS 1), RM400 (PS 2), RM290 (PS 3) dan RM100 (PS 4).

    Sebanyak 500 pembeli pertama tiket-tiket berkenaan berpeluang mendapat potongan harga lima peratus.

    Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh menghubungi Ticket Charge di talian 03 9222 8811, 03-2718 1118 atau melayari laman

    sesawang www.rwgenting.com. - UTUSAN ONLINE


    ReplyDelete
  6. Megaboys bukan 'lembut'
    MAHU bersaing secara sihat dalam industri hiburan tempatan.

    KAMI bukan Max 24:7," itu merupakan jawapan serentak yang diberikan kelima-lima jejaka ini apabila diajukan soalan mengenai persamaan mereka dengan kumpulan Max 24:7 yang sebelum turut berada di bawah pengurusan Aesar Mustafa. Dianggotai Darius Muhamad, 21, Mohd. Azrin, 24, Mohd Faizal,23, Luqman Faiz,22, dan Muhamad Fauzi, 23, kumpulan remaja ini menggelarkan diri mereka sebagai Megaboys.

    Menyatakan perbezaan yang wujud di antara mereka dan kumpulan Max 24:7, menurut Darius antara yang paling ketara adalah genre yang cuba dibawa mereka di dalam industri ini. Merupakan kumpulan pertama di Malaysia yang membawakan genre Broadway Pop Dance, bagi Darius dia percaya percubaan ini bakal memberi satu lagi variasi buat peminat muzik tanah air.

    “Kami bukan Max 24:7, tengok bilangan ahli kumpulan sahaja sudah berbeza.

    “Selain itu genre yang dibawa kami merupakan satu-satunya di Malaysia buat masa kini, dan apa yang penting setiap dari kami diharuskan mempunyai kekuatan vokal tersendiri," katanya yang ditemui pada penggambaran muzik video single pertama mereka berjudul Dengarkan.

    Ditubuhkan pada awal tahun lepas, menurut Darius sebetulnya mereka berlima ini ditemukan setelah menjalani uji bakat secara berperingkat oleh Aesar Mustafa. Walaupun tidak mengenali sebelum ini, tetapi rasa cinta terhadap muzik yang tinggi menyebabkan mereka mudah selesa bersama.

    “Kami datang dari berbeza latar belakang, dan hanya ditemukan selepas melepasi uji bakat yang diadakan.

    “Senang sebenarnya untuk mewujudkan keadaan selesa di antara kami memandangkan masing-masing juga mudah berkomunikasi, malah untuk mendapatkan persembahan yang mantap setiap dari kami perlu memahami kelebihan dan kekurangan setiap dari kami," katanya.

    Agak berani dalam penampilan, Megaboys sedar pasti ada segelintir yang melabel mereka sebagai ‘adik-adik’ (lelaki lembut) berdasarkan imej yang ditonjol. Namun itu semua tidak melemahkan semangat Megaboys kerana mereka percaya bakat yang dimiliki mampu menghapuskan pandangan serong tersebut.

    “Mungkin cara pakaian ini membuatkan mereka di luar sana cukup cepat melabel kami, namun bagi kami sebagai remaja dan mereka yang mahu berkecimpung didalam dunia hiburan, penampilan tetap memainkan peranan yang utama.

    “Mudah untuk mengatakan buat masa ini kami lebih mendambakan sokongan untuk membuktikan kesungguhan kami," katanya.


    ReplyDelete
  7. Saya sayang dia - Azmi Hatta
    Oleh AIDA RIZMARIZA KAMARUDDIN
    Saat bahagia sewaktu majlis pertunangan.

    SEBELUM ini jawapan biarlah rahsia sering menjadi benteng Elly Mazlein setiap kali ditanya mengenai status hubungannya dengan pengarah, Azmi Hatta. Mungkin Elly nampaknya lebih senang berteka- teki. Bagi mencari kepastian sama ada dia kini masih tunangan orang atau tidak, Hits ajukan sendiri soalan kepada Azmi. Mengikat tali pertunangan pada 29 Mei 2011, semua soalan dijawab dengan tenang oleh Azmi yang ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri Epilog Cinta Khirana di Kuala Lumpur baru-baru ini. Azmi memberitahu rasa sayangnya kepada Elly sepatutnya sudah dapat memberi jawapan kepada semua persoalan itu.

    Apa sebenarnya status hubungan Azmi dan Elly kini?

    AH: Saya masih sayangkan dia, dan jika saya masih sayangkan dia tentulah kami masih bertunang.

    Secara jujurnya bagaimana hubungan Azmi kini dengan Elly?

    AH: Saya akui agak jarang berjumpa kerana kekangan masa, bagaimanapun kami saling memahami di antara satu sama lain dan komunikasi itu masih diteruskan seperti biasa.

    Apa yang menyebabkan Azmi dan Elly mengambil masa yang agak lama untuk berkahwin?

    AH: Kerana tanggungjawab, saya dan Elly sendiri mempunyai tanggungjawab. Bagi kami berdua adalah lebih baik untuk memantapkan diri dahulu sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Bukan mudah kerana selepas berkahwin nanti dugaannya lebih besar.

    Pada pendapat Azmi apa yang menyebabkan khabar angin mengenai keretakan hubungan ini tersebar?

    AH: Saya tidak nafikan mungkin disebabkan kami sudah lama bertunang dan mengambil masa yang panjang untuk berkahwin menyebabkan orang di luar sana membuat spekulasi mengenai hubungan ini. Tambahan pula Elly merupakan seorang selebriti dan disebabkan itu orang akan sentiasa bercakap mengenainya.

    Menerima perkhabaran tidak enak mengenai hubungan ini dibuat oleh orang luar yang mendakwa kamu berdua tidak lagi bersama, bagaimana keadaan Azmi ketika itu?

    AH: Saya memang kurang selesa, saya bekerja dengan ramai orang. Jadi sedikit sebanyak hal sebegini memang mengganggu saya.

    Kalau boleh Azmi kongsi bila sebenarnya kamu berdua akan melangsungkan perkahwinan?

    AH: Secepat mungkin, bila tarikhnya saya tidak boleh beritahu ini kerana kami masih belum berbincang. Mungkin di kala ini kami berdua agak sibuk dengan kerjaya masing-masing, dan bila ia nya selesai baru boleh merangka segala persiapan tersebut.

    ReplyDelete
  8. Hamil 14 minggu, Nurul tidak alami masalah
    Oleh KHADIJAH IBRAHIM

    KUALA LUMPUR 16 April - Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 36, memberitahu dia tidak mengalami sebarang masalah atau alahan sepanjang tempoh hamil 14 minggu ini.

    Bagaimana pun kata Nurul, selera makannya semakin menjadi-jadi sehingga berat badannya naik sebanyak dua kilogram (kg) menjadikan beratnya kini 60 kg.

    "Alhamdulillah, setakat ini saya tidak menghadapi sebarang masalah. Cuma selera makan sahaja yang tidak dapat ditahan,terutamanya masakan Melayu seperti nasi dagang, nasi beriani
    dan sebagainya," katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

    Nurul yang hamil anak kedua, hasil perkahwinan dengan Eric Depp, 48, berkata, suaminya menyambut baik berita kehamilannya dan berharap memperoleh anak perempuan.

    Dia yang bernikah dengan Deep pada 6 Jun tahun lalu, sudah punmempunyai anak, Ayu Nazirah bersama bekas suami, komposer Ajai berharap amat berharap mendapat anak lelaki.

    "Saya dengan anak (Ayu Nazirah) kalau boleh nak bayi lelaki. Apa pun jantina yang bakal lahir nanti, saya tidak kisah, janji selamat.

    "Kalau tidak ada aral melintang, saya dijangka melahirkan bayi ini pada 15 Oktober nanti iaitu sama bulan dengan tarikh kelahiran arwah ibu," katanya.

    Jelas Nurul, dia akan terus aktif dalam bidang seni sehinggalah kandungannya mencecah usia tujuh bulan sebelum berehat sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE


    ReplyDelete
  9. Emma Maembong kekasih Zizan?
    Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

    KUALA LUMPUR 16 April - Aktres jelita, Emma Maembong, 21, menafikan dakwaan yang mengatakan dia kini sedang bercinta dengan pelawak, Zizan Razak.

    Menurutnya, khabar angin itu tidak berasas sama sekali dan mengaku hatinya belum terpaut pada mana-mana lelaki lagi.

    "Sekarang ini saya berada di bawah syarikat milik Zizan, Wire Fame Sdn. Bhd. bersama dengan Johan Asa’ari dan Kaka.

    "Bila kita sudah berada di bawah satu bumbung, memang akan rapatlah sebab kita kerja bersama, itu sahaja," jelasnya.

    Semalam, sewaktu majlis sambutan hari ulang tahun Zizan yang ke-29, Zizan mengaku yang dia rapat dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya.

    Zizan turut mengakui teman istimewanya itu menghadiahkannya sebuah telefon pintar i-phone 5 sempena hari kelahirannya.

    Jelas Emma lagi, ada juga yang mengaitkannya dengan Johan tetapi itu sekadar khabar angin sahaja. - UTUSAN ONLINE


    ReplyDelete
  10. Adira nafi luahan kecewa Aliff Aziz ditujukan kepadanya
    Oleh GARRET DAWUM
    ADIRA

    KUALA LUMPUR 17 April. - Penyanyi kelahiran Sabah, Siti Adira Suhaimi atau Adira menafikan pernah menolak cinta Aliff Aziz.

    Lebih selesa untuk tidak membicarakan soal cinta buat masa ini, Adira juga menafikan, dia adalah wanita yang dimaksudkan dalam beberapa luahan perasaan kecewa Aliff di laman sosial Twitternya sejak akhir-akhir ini.

    "Usah berprasangka negatif, mungkin dia (Aliff) tujukan benda itu kepada orang lain, bukan saya," kata Adira kepada Utusan Online.

    Semenjak awal April lalu, status laman sosial Aliff Aziz dilihat menjurus kepada luahan rasa kecewa.

    Antaranya menyebut nama seorang wanita yang hanya ditulis sebagai a***a sahaja sebagai insan yang membuatkan dirinya berada dalam keadaan sedih.

    Ini membuatkan timbul spekulasi mengaitkan Adira sebagai orang yang ditujukan mesej kecewa berkenaan memandangkan dua artis ini pernah dilihat rapat dan mesra, selain Aliff pernah menghadiahkan sebentuk cincin untuk dipakai di jari manis Adira.

    Bagaimanapun menurut Adira lagi, sekiranya perkara itu ditujukan kepada dirinya, maka dia akan menerima dengan sebaik mungkin.

    "Kalau memang benar saya adalah insan yang dimaksudkan Aliff, saya perlu menerimanya. Tetapi saya ingin katakan di sini, saya tidak akan memusuhi serta bergaduh dengan Aliff atas segala yang berlaku ini.

    "Dan selepas ini, saya harap orang tidak terus mengaitkan kami lagi. Cukuplah sampai sini sahaja kerana kami sama-sama serius dalam kerjaya masing-masing," jelasnya.

    Adira dan Aliff dikatakan mula rapat beberapa bulan lalu, selepas penyanyi lelaki itu kecewa dengan berita pernikahan bekas kekasihnya, pelakon Ann Ngasri. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  11. Dayang Nurfaizah terima pingat kebesaran Sarawak
    Oleh MUHAMMAD AZRUL MOHD. RADI

    PETALING JAYA 18 April - Penyanyi R&B negara, Dayang Nurfaizah bakal menerima Ahli Bintang Sarawak oleh kerajaan negeri.

    Penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, sepatutnya dia menerima anugerah itu bersama dengan seorang lagi penyanyi iaitu Bob semalam, namun disebabkan jadual yang padat, dia terpaksa menangguhkannya.

    "Sebenarnya semua anak seni dan mereka yang memberi sumbangan dalam mengharumkan nama Sarawak menerima anugerah itu cuma lain-lain kategori.

    "Memang rasa terharu bila diberi anugerah seperti ini kerana ia adalah satu penghargaan buat saya dan anak seni yang berasal daripada Sarawak.

    "Lagipun, sepanjang berada dalam bidang seni ini, saya tidak malu untuk memberitahu saya berasal daripada Sarawak, malah berbangga untuk memberitahu sebenarnya saya adalah orang bumi kenyalang," katanya.

    Terdahulu, Dayang menghiburkan peminatnya di Hotel Singgahsana, di sini sempena Minggu Setiausaha. - UTUSAN ONLINE

    ReplyDelete
  12. Mizz Nina optimis

    2013/04/19 - 00:52:55 AM Oleh Muhamad Fairoz Azizan

    Selalunya, dialah penyanyi tempatan yang diundang menjayakan konsert artis antarabangsa seperti Justin Bieber dan Bruno Mars, di negara ini. Bagaimanapun, bulan depan, lain pula kisahnya apabila tiba giliran Mizz Nina menjemput bintang luar negara memeriahkan persembahannya.

    Konsert Around the World yang akan diadakan di KL Live @Life Centre pada 18 Mei depan menyaksikan bintang sensasi Amerika Syarikat (AS) keturunan Korea, Jay Park, muncul sebagai penyanyi undangannya. Park juga ialah artis yang ditampilkan Nina dalam single terbaru, Around the World.
    Park tarik peminat K-pop


    Kemunculan penyanyi lelaki itu nanti tentunya mampu menarik minat penggemar muzik K-pop ke konsert terbabit dan Nina tidak menolak hakikat bekas anggota 2PM itu antara tarikan utama persembahannya nanti.

    Begitupun, isteri Noh Salleh ini menyangka dakwaan kemunculannya sendiri bakal dibayangi penyanyi Abandoned itu. Dia sebaliknya berkeyakinan lagunya mampu memberikan impak dan menarik kehadiran penonton.

    “Saya rasa konsert ini akan jadi menarik dengan adanya Park. Namun, saya tidak berasakan dia akan membayangi persembahan ini. Lagi pun, Park mempunyai ramai peminat di sini, jadi tak salah kalau kita saling membantu.

    “Saya mula mengenalinya pada acara MTV World Stage, tahun lalu. Dari situ timbul hasrat untuk berduet dengannya, sehinggalah terhasil single Around the World. Saya menyukainya kerana perwatakan, muzik dan kreativitinya dalam berkarya,” kata Nina yang pernah berduet dengan penyanyi, Flo Rida, menerusi lagu Take Over, Theo Martins (Let Me C U Get It) dan Colby O' Donis (What You Waiting For).

    Lokasi kecil sudah memadai

    Mengenai pemilihan lokasi yang hanya mampu memuatkan kira-kira 3,000 penonton itu pula Nina berkata, ia sudah memadai buatnya memandangkan inilah percubaan sulungnya mengadakan konsert selepas tiga tahun kembali memeriahkan industri muzik sebagai artis solo.

    “Bukan saya tidak mahu lokasi besar, tetapi takut tidak ramai orang datang. Lagi pun, saya sukakan KL Live kerana pentas dan kemudahannya. Malah, ada juga artis antarabangsa yang membuat persembahan di sini.

    “Saya tidak tahu berapa ramai yang akan datang. Jadi, kalau buat di lokasi besar, takut nanti banyak pula modal yang perlu dilaburkan. Kalau konsert ini berjaya, saya pasti akan membawanya ke lokasi yang lebih besar selepas ini,” katanya.

    ReplyDelete
  13. Filem kedua Upin dan Ipin temui peminat tahun depan


    Filem kedua Upin dan Ipin temui peminat tahun depan Asyiela Putri bersama karakter Upin dan Ipin yang memenangi kategori online Watak Animasi Tempatan Popular ABPBH 2012.

    Filem animasi kedua Ipin dan Ipin, terbitan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, kini dalam proses pembikinan dan dijangka menemui peminat di pawagam seluruh negara, tahun depan.

    Menurut Pegawai Perhubungan Awamnya, Mohd Zarin Abdul Karim, sudah tiba masanya syarikat itu menghasilkan filem susulan kepada Geng Pengembaraan Bermula yang mendapat sambutan begitu hangat apabila ia ditayangkan di negara ini pada Februari 2009.

    “Kami rasanya, Upin dan Ipin sudah begitu lama menyepi di layar lebar, jadi inilah masanya untuk mereka kembali menghiburkan peminat di pawagam. Jika filem pertama dulu mendapat sokongan begitu memberangsangkan, diharapkan judul kedua nanti menerima sokongan serupa.

    “Selain filem, kami juga akan wujudkan Taman Tema Upin dan Ipin di Sepang, yang dijangka siap pada 2015. Ia taman tema berkonsep seperti Disneyland, yang sesuai untuk hiburan seisi keluarga,” katanya ketika ditemui di Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

    Dia hadir menemani dua karakter itu, bersama-sama bakat cilik, Asyiela Putri, 13, yang meminjamkan suara untuk watak terkenal berkenaan, bagi menjayakan sesi fotografi pemenang kategori online Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012. Upin dan Ipin ialah pemenang bagi kategori Watak Animasi Tempatan Popular.

    Ditonton di 16 negara

    Melihat perkembangan Upin dan Ipin, siri kartun ini bukan saja ditujukan khas untuk kanak-kanak, malah khusus buat seisi keluarga kerana ia banyak dikaitkan dengan imbasan zaman kanak-kanak golongan dewasa hari ini.

    Malah lebih menarik apabila penontonnya juga terdiri daripada pelbagai kaum. Mana tidaknya, menerusi saluran Disney, siri kartun ini boleh ditonton di 16 negara dalam tiga bahasa iaitu Bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

    “Kami rasa sangat gembira sebab sudah tujuh tahun, Upin dan Ipin masih ada peminat setia. Sebelum memenangi anugerah kategori online ABPBH 2012, mereka juga diiktiraf sebagai animasi paling berjaya dalam Malaysia Book Of Records.

    “Malah, beberapa minggu lalu, Upin dan Ipin dilantik oleh UNICEF Malaysia sebagai duta rasmi, dan pada masa sama kami membantu tabung kanak-kanak kurang bernasib baik di sekitar dunia. Pelantikan kami diluluskan oleh UNICEF New York. Ia antara petanda Upin dan Ipin turut diterima di peringkat antarabangsa,” ujarnya.

    Lebar sayap ke Filipina

    Selepas tujuh tahun bertapak di dalam dunia animasi, siri kartun ini juga ingin melebarkan sayapnya ke negara jiran, Filipina, berikutan jenama terbabit turut menjadi pilihan ramai di sana.

    “Melihat peminat dan pengikut di laman sosial Facebook, kami sudah mencapai 6.6 juta orang dan jumlah ini bukan hanya datangnya dari Malaysia, sebaliknya Indonesia dan Filipina antara dua negara yang mempunyai paling ramai peminat Upin dan Ipin,” katanya.

    Selain mengorak langkah di negara luar, Les’ Copaque juga dalam usaha meluaskan pembukaan restoran makanan segera Melayu di sekitar negara. Setakat ini mereka sudah mempunyai tujuh cawangan dan menjelang 2014, mereka menyasarkan untuk memiliki 12 restoran semuanya.

    ReplyDelete
  14. Anzalna tiada masalah berlakon dengan Neelofa

    Anzalna tiada masalah berlakon dengan Neelofa Anzalna Nasir (kiri) dan Neelofa.

    Tiada lagi dendam bertamu di hati dua pelakon wanita, Anzalna Nasir dan Neelofa. Kabut menyelubungi hubungan mereka sejak menyertai pertandingan Dewi Remaja sudah pun berlalu.

    Malah, kedua-duanya cukup mesra ketika tampil sebagai penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012.
    Bak kata Anzalna ketika ditemui pada majlis anjuran Habib baru-baru ini, andai diminta digandingkan bersama-sama dalam sebuah produksi pun, dia tidak keberatan. Namun, buat masa ini belum ada mana-mana produksi berminat menemukan mereka berdua dalam drama ataupun filem.

    Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki ” Anzalna


    Ujar gadis kecil molek ini, dia tiada masalah berlakon di samping Neelofa kerana yakin peminat bukan ingin melihat mereka semata-mata, sebaliknya bakat yang dimiliki.

    “Saya percaya penonton bukan hendak melihat siapa pelakonnya, yang penting jalan cerita dan karakter yang kami bawakan.

    “Selama hampir dua tahun dalam bidang ini pula, saya belum boleh menarik nafas lega kerana masih banyak yang perlu diperbaiki. Cuma, saya amat bersyukur apabila rezeki dalam bidang lakonan semakin mencurah-curah.

    “Alhamdulillah, jadual lakonan saya juga padat sehingga hujung tahun ini, sampai tiada masa untuk berehat. Saya hanya sempat bercuti seminggu sebelum kembali menyambung penggambaran,” kata pelakon kelahiran Tasik Gelugor, Pulau Pinang ini.
    Nekad kahwin

    Biarpun nama Anzalna kian meniti puncak, wanita berusia 25 tahun ini nampaknya nekad untuk menamatkan status solonya dengan jejaka pilihan, Hanif Zaki.
    Walaupun sudah muak untuk berbicara mengenai hasrat melangkah ke alam rumah tangga, anak kedua daripada lima beradik ini menafikan dirinya terburu-buru membuat keputusan itu.

    Ketika ditanya, adakah teman lelakinya mendesak mahu mereka segera disatukan, mungkin bimbang gadis idaman terlepas ke tangan orang lain, Anzalna terdiam seketika. Wajahnya berkerut, seolah-olah mengiyakan pertanyaan itu. Dia bingkas menghuraikan hujah.

    “Kami sudah bercinta dua tahun dan saling mengenali sejak usia 15 tahun, jadi kami sepakat mahu disatukan segera. Begitupun, setakat ini kami belum memilih tarikhnya. Sepatutnya keluarga teman lelaki datang merisik tahun lalu, tetapi rancangan itu tidak menjadi,” katanya.

    Elak terjebak skandal

    Menurut pelakon ini, dia tidak bimbang perkahwinan akan menjejaskan populariti mahupun rezeki kerana percaya kepada takdir.

    “Saya lihat, ramai artis yang sudah berkahwin, tetapi masih lagi laris. Lagi pun, saya berasa selamat setelah bergelar isteri nanti. Saya tidak perlu lagi bimbang dihimpit mana-mana lelaki.

    “Memang saya tidak nafikan, sejak bergelar artis, ada yang cuba mendekati, tetapi saya sedaya upaya mengelak. Walaupun cuma untuk keluar makan tengah hari atau makan malam, saya akan tolak. Bagi saya, jika kita melayan, ia akan menjadi titik permulaan untuk terjebak dengan skandal,” katanya.

    Tegas Anzalna, dia harus berbuat demikian kerana enggan hubungan dengan teman lelakinya terjejas. Sebab itu juga katanya, dia kurang gemar bersosial. Jika ada waktu terluang, Anzalna lebih gemar menghabiskan masa bersama keluarga dan teman rapat.

    ReplyDelete
  15. Zizan kecewa

    Riak wajah Zizan Razak tampak berubah sebaik saja nama Shaheizy Sam diumumkan sebagai Bintang Paling Popular pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Ahad lalu.

    Pelakon komedi itu kelihatan seperti tidak mampu menyembunyikan kekecewaan.
    Hakikat itu diakui empunya badan ketika ditemui pada majlis keraian selepas ABPBH 2012, yang turut berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil. Zizan tidak menafikan dia menaruh harapan membawa pulang anugerah utama yang menjadi rebutan ramai itu, namun reda menerima keputusan majoriti.


    “Saya mengaku agak terkilan ketika membaca nama Sam yang tertulis di kad keputusan. Waktu itu saya terdiam seketika. Namun, sebagai pengacara yang dipertanggungjawabkan mengendalikan majlis pengiktirafan ini, saya tetap menjalankan tugas sebaik mungkin.

    “Apa pun, semua ini berbalik kepada rezeki, malah sebagai anak seni, saya tetap akan berlakon, berlawak dan mengacara. Sebagai insan, saya melihat semua ini dalam segala aspek terutama yang positif. Ia mendorong saya bekerja dengan lebih baik lagi pada masa depan,

    “Cuma, saya risaukan peminat. Saya takut mereka berkecil hati dengan kekalahan ini, apatah lagi selepas mereka bersusah payah mengundi. Saya mahu peminat jangan bimbang atau berkecil hati kerana perjuangan masih perlu diteruskan.

    “Saya juga berniat ingin adakan perjumpaan sebagai tanda penghargaan terhadap usaha mereka. Walaupun tidak terbabit dalam sesi pengundian, saya ada menjenguk ketika mereka beramai-ramai membuat undian,” katanya.
    Berkat doa keluarga, keikhlasan peminat

    Begitupun, Zizan yang berpasangan dengan Johan dan Fara Fauzana sebagai pengacara ABPBH 2012 tidak pulang tangan kosong, sebaliknya dipilih peminat sebagai Pelakon Komedi Lelaki Popular. Dia pernah memenangi trofi sama dua tahun lalu, sebelum dirampas teman baiknya itu pada edisi lalu.

    “Saya tak sangka meraih trofi Pelakon Komedi Lelaki Popular, jadi saya sangat teruja dan bangga kerana berjaya membawa pulang anugerah ini. Saya dapat rasakan anugerah ini semuanya kena-mengena dengan usaha Jozan, bukannya saya seorang.

    “Jozan begitu kuat dalam kalangan peminat sejak dua hingga tiga tahun kebelakangan ini. Semua ini juga berkat doa abang dan keluarga saya yang berada di Kuala Terengganu saat ini, serta hasil undian ikhlas peminat,” katanya.

    Namun, dia tidak dapat mengekalkan kemenangan bagi kategori Pengacara TV Lelaki yang diraih pada ABPBH edisi jubli perak yang lalu apabila trofi itu kembali semula ke tangan Datuk Aznil Nawawi.

    Ditanya mengenai kekalahannya di tangan Aznil, Zizan berkata, dia tetap tumpang bangga di atas kemenangan insan yang dihormatinya itu, yang dianggap lebih berkaliber dalam bidang berkenaan.

    ReplyDelete
  16. Gerak hati Aaron

    Apabila nama Shaheizy Sam diumumkan sebagai pemenang kategori Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, tentunya tumpuan khalayak bukan saja kepada anak bujang pelakon Khaty Fauziah itu, tetapi ia turut diberikan juga kepada penyandang gelaran berkenaan, iaitu Aaron Aziz.

    Pastinya ramai yang akan tertanya-tanya, apa sudah jadi dengan populariti aktor berbadan sasa itu apabila gagal mempertahankan gelaran utama yang dimenanginya tahun lalu? Sudah tentu ada suara nakal yang akan menuduh, suhu kepanasan populariti pelakon ini menurun menjadi suam-suam kuku.
    Namun bagi si empunya diri, dia tetap tenang berdepan saat seperti itu. Malah kata Aaron, sekelumit pun tiada perasaan terkilan dalam hatinya kerana semua itu ialah rezeki dan juga adat resam dalam pertandingan.


    “Sebelum keputusan diumumkan lagi saya sudah dapat rasakan kemenangan itu akan berpihak kepada Sam. Saya katakan demikian berdasarkan banyak produk yang dihasilkannya sepanjang tahun lalu. Jadi Sam memang layak untuk menang.

    “Manakala produk saya tahun ini tidak banyak. Mungkin jika filem Lari yang saya lakonkan keluar lebih awal, harapan untuk menang itu ada kerana filem itu bagus. Begitupun, saya tidak berasa kecewa. Sekurang-kurangnya saya tidak pulang dengan tangan kosong apabila memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular,” katanya ketika ditemui selepas acara malam kemuncak ABPBH 2012 yang diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil, malam Ahad lalu.

    Menang kategori TV

    Kata bapa kepada tiga cahaya mata ini, cerita kegagalannya mempertahankan anugerah tidak perlu diperbesarkan kerana ia ibarat roda yang berputar.
    “Tahun lalu, ketika saya memang anugerah Bintang Paling Popular, Sam tidak menang apa-apa. Waktu itu, ramai peminat tahu filem Ombak Rindu berjaya mencetuskan fenomena.

    “Jadi tahun ini, produk Sam lebih menonjol. Saya menang kategori TV ini pun disebabkan populariti drama Adam & Hawa yang memang diminati ramai,” ujarnya.

    ReplyDelete
  17. Lali dikutuk

    Pelakon yang sekali lagi mendapat kepercayaan peminat untuk membawa pulang trofi Artis Komedi Wanita Popular, Didie Alias, terus menjadi mangsa kutukan peminat selepas hadir dengan fesyen pelik pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Ahad lalu.

    Mendapat jolokan Lady Gaga Malaysia, pelbagai kata nista dilemparkan terhadap ibu kepada lima cahaya mata itu di laman sosial. Antaranya, Didie dikatakan tidak sedar diri kerana mengaibkan suami dan anak dengan penampilan sedemikian. Malahan, ada juga yang mengata dirinya seperti tidak ingat mati gara-gara mengusung kotak di kepala.

    Walaupun dihentam teruk oleh sebahagian peminat, Didie atau nama sebenarnya Fadzilah Mohd Ali, 39, ketika dihubungi langsung tidak melatah dengan kata-kata nista yang dilemparkan terhadapnya.


    Ujar wanita kental ini, dia sudah lali dengan kritikan orang ramai, lebih-lebih lagi penampilan pada malam kemuncak di Bukit Jalil tempoh hari bukanlah kali pertama menyaksikan dia berdepan situasi sebegitu.

    Dia berpakaian seperti itu kerana menghormati tema penganjuran, Ledakan Geometri. Fesyen pelik itu pula hanya digayakan bagi memenuhi tuntutan kerja, tetapi apabila di luar, dia mengenakan pakaian sama seperti orang lain.

    Tiada bezanya saya dengan orang lain. Di luar, saya tetap memakai jeans dan baju-T untuk ke pasar. Cuma ketika waktu kerja, saya suka bergaya pelik.

    Ini pula bukan julung kali saya bergaya begini, tetapi kenapa peminat masih mempertikaikannya? Saya sudah biasa dikritik, terutama selepas majlis anugerah. Jadi, kata-kata yang dilemparkan itu langsung tidak menjadi kudis. Bukan setiap hari saya berpakaian begitu, hanya setahun sekali, itu pun atas tuntutan kerja.

    Cuma yang saya tidak faham, peminat bukan tidak tahu bagaimana imej saya selama ini? Tetapi mereka masih gemar mengutuk. Saya tampil dengan gaya begitu pada malam berkenaan bagi memastikan ia tidak lari daripada imej saya sewaktu siri jelajah tempoh hari.

    Saya bukan pakai suka-suka, tetapi saya buat kajian di internet mengenai fesyen Ledakan Geometri terlebih dulu, katanya mengenai gaun rekaan Farell Mikhail.

    Peminat tegar bela Didie

    Kata Didie lagi, dia hanya mampu tertawa membaca kutukan yang dilemparkan terhadap dirinya. Namun sebahagian peminat pula yang beremosi di laman sosial, sehingga ada yang sanggup berperang semata-mata untuk membela dirinya.

    Melihat sokongan tidak berbelah-bagi itu membuatkan Didie terharu. Wanita ini sedar betapa mereka bersusah payah untuk memastikan kerjaya seninya terus bersinar. Justeru, Didie sentiasa menjaga hubungan baik dengan peminat.

    Saya cuba luangkan waktu bersama mereka apabila ada kesempatan. Kehadiran peminat amat penting untuk kerjaya seseorang artis. Saya perhatikan, jika kita mendekatkan diri dan menghargai peminat, mereka akan lebih menghormati seseorang artis.

    Jadi bagi membalas jasa mereka, saya berhasrat mengadakan kenduri doa selamat bagi meraikan kejayaan saya ini. Saya juga berhajat untuk bercuti bersama peminat bertuah yang terpilih.

    Setakat ini, perkara berhubung percutian masih lagi dalam perancangan. Insya-Allah, jika ia menjadi kenyataan, saya akan cuba menaja sebahagian daripada percutian itu supaya mereka tidak perlu mengeluarkan belanja yang banyak, katanya.

    ReplyDelete

  18. Tiada dendam

    Tiada sekelumit pun wanita ini menyimpan dendam. Malah, peristiwa setahun lalu sudah lama dibuang jauh daripada ingatan. Tasha Shilla juga tidak mahu lagi menoleh ke belakang, sebaliknya pelakon ini mahu bersikap lebih optimistik dalam kehidupan.

    Dia enggan namanya terus dikaitkan dengan Neelofa, yang dikatakan mempertikaikan kemenangannya dalam kategori Artis Baru Wanita Popular, tahun lalu. Justeru, apabila ada yang mendakwa dirinya gembira pelakon dan pengacara itu gagal meraih sebarang trofi pada majlis Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012, Ahad lalu, Tasha menafikan sekeras-kerasnya.

    Mengimbau kembali detik malam kemuncak itu, Tasha bersama-sama Nazim Othman dan Nur Fathia Latiff diamanahkan untuk menyampaikan trofi bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular dan Artis Baru Wanita Popular. Kebetulan, Neelofa turut disenaraikan sebagai finalis kategori pengacara, namun dia tewas kepada Fara Fauzana.


    Saat mengumumkan nama Fara sebagai pemenang, Tasha kelihatan seolah-olah cukup bersemangat, hingga sesetengah penonton dapat melihat reaksi berbezanya malam itu. Tasha turut mencium pipi Fara sebaik saja dia menerima trofi.

    Kesempatan bertemu bintang utama drama 16 episod, Epilog Cinta Khirana, yang akan menemui penonton menerusi TV3, memberi peluang kepada penulis bertanyakan kebenaran dakwaan itu.

    Tasha bermati-matian menafikan dakwaan berkenaan. Katanya, dia tiada niat langsung berkata padan muka kepada pelakon itu. Sebaliknya, dia teruja kerana Fara sekali lagi berjaya merangkul trofi terbabit.

    "Saya teruja sebab Fara. Kami pernah bertemu beberapa kali dan tidak saya nafikan dia sangat peramah. Fara tidak sombong dan amat baik, jadi apabila mengetahui dia menang, tentulah sedikit sebanyak saya tumpang gembira.

    "Reaksi sedemikian lahir bukan didorong rasa dendam. Saya tidak mahu komen langsung mengenai soal kekalahannya, malah ingin saya jelaskan di sini, saya tidak menyimpan perasaan dendam pun terhadapnya," kata Tasha.

    ReplyDelete

  19. Mesti Tonton: Budak berkuasa mistik

    Paranorman papar sisi gelap kampung dihantui zombi

    Filem: Paranorman
    Genre: Animasi/Komedi/Thriller Pengarah: Sam Fell dan Chris Butler Pelakon (suara): Kodi Smit-McPhee, Casey Affleck, Tucker Albrizzi, Tempestt Bledsoe, Alex Borstein, Jodelle Ferland, Jeff Garlin, John Goodman, Bernard Hill, Anna Kendrick, Leslie Mann, Christopher Mintz-Plasse, Elaine Stritch.


    Tarikh Tayangan: Mulai 16 Ogos 2012

    Siapa sangka kanak-kanak yang dianggap pelik pada awalnya, bertukar menjadi wira menyelamatkan kampung halaman daripada serangan zombi, hantu dan ahli sihir.

    Norman Babcock, budak lelaki berusia 11 tahun dari bandar Blithe Hollow mempunyai kuasa luar biasa. Dia boleh bercakap dengan makhluk yang sudah mati dan disebabkan keistimewaan itu, ramai yang menjauhkan diri daripadanya.

    Sering dibuli dan diperlekehkan rakan sekolah, Norman yang menggunakan suara Kodi Smit-McPhee ini hanya rapat dengan neneknya yang sudah meninggal. Norman menghabiskan banyak masa dengan menonton filem hantu dan mengkaji tradisi roh, membuatkan dia lebih tampak pelik.
    Tanpa disedari, pergerakan Norman diawasi bapa saudaranya, Prenderghast, yang mempunyai kebolehan sama, iaitu mampu berkomunikasi dengan roh. Selepas kematian Prenderghast, Norman terpaksa menggalas tanggungjawab pakciknya itu bagi memelihara keamanan Blithe Hollow.

    Dengan kelebihan yang ada, Norman diamanahkan bapa saudaranya untuk menghapuskan sumpahan yang sekian lama menghantui bandar berkenaan. Bersama kakaknya, Courtney dan beberapa rakan - Alvin, Neil dan Mitch, Norman yang pada mulanya dilihat sebagai penakut, kemudian tampil berani mengharung pelbagai dugaan demi menyelamatkan tempat tinggalnya.

    Paranorman mengambil lokasi Blithe Hollow, bandar kecil yang popular dengan aktiviti perlombongan sejak hampir 300 tahun lalu. Animasi yang dipersembahkan dalam bentuk tiga dimensi (3D) ini membawa penonton menyelami sisi gelap Blithe Hollow, yang sekian lama dihantui makhluk zombi, hantu dan ahli sihir. Dengan teknik 3D yang digunakan, paparan suasana bandar yang kelam dan diselubungi sihir itu tampak lebih realistik.

    Walaupun jalan ceritanya agak biasa, tetapi dengan teknik sinematografi yang digunakan, filem ini tetap seronok untuk ditonton.

    Tema semangat setia kawan yang diketengahkan pula sedikit sebanyak dapat dijadikan pedoman untuk kanak-kanak yang datang ke panggung.

    Diarahkan secara bersama oleh Sam Fell dan Chris Butler, Paranorman ialah animasi kedua dihasilkan produksi Focus Features dan Laika dalam versi 3D selepas animasi Caroline yang pernah disenaraikan pada Anugerah Academy dalam kategori Filem Animasi Terbaik, tahun ini.

    Malah, Butler juga pernah menghasilkan filem kartun seperti The Tale of Despereaux dan Flushed Away.

    ReplyDelete
  20. KD hamil dua bulan BERSAMA cahaya mata pertama mereka.

    Raul bidas gosip kononnya rumah tangga mereka sedang retak

    BAGAI tidak lekang daripada asakan gosip yang melemaskan, awal Mei lalu, kebahagiaan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti dan suaminya, Raul Lemos kembali diperdebatkan media massa.
    Pasangan yang diijabkabulkan pada 20 Mac 2011 di Masjid Nurul Iman, Hotel Grand Sahid Jaya, Jakarta itu dikatakan sudah berpisah ranjang, namun segera dibantah Krisdayanti atau lebih mesra dengan akronim KD itu.


    Kehadiran Raul, ahli perniagaan yang berasal dari Timor Leste sambil diiringi KD pada majlis resepsi pernikahan bekas suami penyanyi itu, Anang Hermansyah dan Ashanty di Shangri-La Hotel, Jakarta, Ahad lalu merungkai segala dakwaan yang menjadi tanda tanya.

    Mengakui agak terkejut dengan berita yang tersebar, KD menjelaskan, hubungannya dengan Raul tetap baik malah mereka sepakat membina keluarga bersama.

    “Komitmen untuk hidup dan pernikahan itu adalah ibadah. Sebagai isteri, saya dituntut menemani suami dan harus meninggalkan pekerjaan saya. Saya sudah siapkan diri saya tidak boleh lagi mengutamakan karier hingga akhirnya perkahwinan saya menjadi korban,” katanya yang tidak menyangkal terlalu banyak berita tidak benar diperkatakan mengenai hubungannya dan Raul.

    KD juga menegaskan dia masih percaya kepada kesetiaan suaminya, malah kehidupan mereka bahagian apatah lagi KD kini sedang hamil anak kedua hasil hubungannya dengan Raul. KD kini disahkan mengandung dua bulan selepas anak pertama, iaitu bayi perempuan hasil hubungan dengan Raul sebelum mereka berkahwin kini berusia enam bulan.
    “Cubaan itu ada di mana saja. Asal kami teguh dan terus bersama mempertahankan kebahagiaan ini, mengapa mesti takut. Kami bahagia, malah sering berkumpul bersama keluarga sama ada di Dili atau Jakarta,” katanya lagi.

    Sementara itu, Raul menegaskan hubungannya dengan KD berjalan seperti biasa. Raul sempat berkongsi berita isterinya itu kini hamil dua bulan selepas melahirkan anak sulung mereka, Arianha Amora Lemos pada 5 September lalu.

    “Alhamdulillah, anak kami Amora akan mempunyai adik tidak lama lagi. Bahagianya saya kerana usia kandungan sudah memasuki dua bulan,” kata KD yang sebelum ini membantah gosip diperkatakan, malah mengakui sering bersama Raul membuatkan dia keliru bagaimana khabar angin itu timbul.

    “Lihat saja hari ini, ia bukti kami masih bersama. Raul sering menghantar saya menemui doktor untuk mendapatkan rundingan mengenai bentuk tubuh. Malah dia sering mendorong saya supaya kembali mendapatkan bentuk tubuh ideal. Lantas mengapa semua itu masih dicurigai,” katanya.

    Raul juga menyifatkan segala yang diperkatakan itu sekadar gosip tidak berasas, malah membidas sikap segelintir wartawan yang gemar mencipta kontroversi untuk menyakiti hati mereka.

    “Saya ingin jelaskan kepada media terutama wartawan inforia yang suka berbohong apabila mendakwa saya sudah berpisah ranjang dengan isteri. Di sini ingin saya terangkan, saya mempunyai kerja di Timor Leste manakala isteri saya pula warga negara Indonesia, jadi kami mempunyai dua tempat iaitu di Dili dan Jakarta.

    “Berpisah ranjang itu memang sering berlaku, tetapi hanya apabila isteri saya terpaksa pulang ke Jakarta. Tetapi jika bertemu ranjang yang dua meter itu cuma dipakai satu meter. Jadi bagaimana timbul cerita kami sudah tidak tinggal bersama?,” soal Raul.

    ReplyDelete
  21. Mesti Tonton: Apabila isteri curang

    AMAT pahit untuknya apabila terpaksa menerima hakikat mengetahui isteri yang terlantar koma dan menanti masa untuk mati, rupa-rupanya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain.

    Matt King lakonan George Clooney dalam filem filem The Descendants mendedahkan keperitannya menghadapi dugaan itu dan pada masa sama bersimpati dengan nasib yang menimpa isterinya, Elizabeth (Patricia Hastie).
    Kisah hidup Matt, seorang peguam hartanah yang mempunyai aset di kepulauan Hawaii ini bermula selepas Elizabeth kemalangan bot dan terlantar koma.


    Bagaimanapun hubungan Matt dan dua anak perempuannya, Scottie (Amara Miller) dan Alexandra (Shailene Woodley) tidak begitu rapat kerana kesibukan tugasnya.

    Dek bengang dan marahkan si bapa, Alexandra meluahkan apa yang terbuku di hati sehingga terpacul cerita mengenai hubungan sulit ibunya dengan Brian Speer (Matthew Lillard), seorang ejen hartanah.

    Meskipun jalan ceritanya agak perlahan dan sedikit meleret, namun plot penceritaannya sangat menarik untuk tontonan. Begitupun filem ini tidak berapa sesuai untuk tontonan kanak-kanak kerana dialognya banyak menggunakan bahasa kesat.

    Apapun sinematografi filem yang menelan kos RM136 juta juta itu dilihat cukup menarik, dengan berlatarkan Honolulu dan Kaua’i, Hawaii, yang nyata menghidupkan lagi jalan cerita.

    Sentuhan tangan pengarah Alexander Payne menyuntik kelainan berbanding filemnya sebelum ini, Sideways, kerana banyak menimbulkan konflik kekeluargaan di dalam plot penceritaan.

    Filem bergenre drama komedi ini menyingkap perasaan Matt dalam menjejaki lelaki yang meruntuhkan kebahagiaan rumah tangganya.

    Hakikatnya, Brian yang sudah berkahwin dan memiliki dua anak lelaki itu terkejut dengan kehadiran Matt yang mahu mencari jawapan mengenai hubungan mereka.

    Di sebalik penceritaan itu, banyak mesej perhubungan antara keluarga dan orang sekeliling dipaparkan, namun filem terbabit dilihat tidak sampai tahap klimaksnya.

    Penamat cerita yang begitu ringkas dan bersahaja agak sukar diterima dibandingkan dengan kos pembikinan yang begitu tinggi. Rasanya, Payne mampu menghasilkan babak akhir dengan lebih baik dan dramatik lagi.

    Info

    Filem: The Descendants
    Arahan: Alexander Payne
    Pelakon: George Clooney, Judy Greer, Patricia Hastie, Shailene Woodley, Amara Miller dan Matthew Lillard
    Genre: Drama, komedi

    ReplyDelete

  22. Rossa tetap seperti dulu

    Penyanyi lagu Ayat-Ayat Cinta mohon tidak dihukum apabila belum sedia berhijab

    Hilai tawanya tetap sama seperti Rossa yang dikenali dulu, cuma penampilannya sedikit berubah apabila tubuh mungilnya tidak lagi dibaluti gaun sendat dan senteng yang menjadi imejnya dulu.
    “Apa yang berubah? Saya tetap Rossa yang dulu,” katanya lalu menghamburkan tawa besar dalam pertemuan yang diatur, beberapa jam sebelum dia muncul secara langsung dalam Bella Awards 2013, baru-baru ini.

    RAMAI MENDOAKAN SAYA SUPAYA TERUS MENUTUP AURAT. ALHAMDULILLAH KERANA MEMANG ITU KEINGINAN SAYA”


    Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handayani, 34, pernah mengumpan reaksi positif peminat apabila menutup kepala sebaik kembali daripada mengerjakan ibadah haji, November lalu.

    Akur kewajipan dirinya sebagai Muslimah untuk menutup aurat, ibu tunggal seorang cahaya mata lelaki itu mengakui, berat untuk melepaskan hijab namun dia mempunyai alasan sendiri terpaksa berbuat begitu.

    Berharap keputusannya itu tidak disalah anggap, penyanyi yang terkenal dengan lagu Ayat-Ayat Cinta, Hati Yang Kau Sakiti dan Hey Ladies itu memohon pengertian umum supaya tidak terus menghukumnya.

    “Ramai mendoakan saya supaya terus menutup aurat. Alhamdulillah kerana memang itu keinginan saya. Cuma ketika ini, ada beberapa hal yang tidak mengizinkan saya untuk bertudung.
    “Saya masih mempunyai beberapa kontrak yang terpaksa dipenuhi kerana ditandatangani sebelum bertudung. Ia berkait dengan banyak pihak, namun setiap manusia diberikan Allah untuk membuat keputusan terbaik.

    “Andai nanti Allah menggerakkan hati mereka untuk berkompromi, saya pasti menutup aurat. Saya tahu di luar sana ramai yang menentang tetapi saya tidak menyalahkan mereka.

    “Saya cuba menjaga tingkah laku supaya tidak menyinggung perasaan umum,” katanya.

    Yakin peminatnya dewasa ini matang dalam membuat penilaian, wanita kelahiran Sumedang, Jawa Barat itu percaya mereka tidak lagi melihat penampilan atau cenderung mencungkil sisi peribadi dirinya.

    “Saya kira peminat lebih pantas menilai kualiti, berbanding penampilan atau cerita peribadi yang sengaja digembar-gemburkan.

    “Ramai tahu Rossa itu bagaimana kerana dari hari pertama keberadaan saya dalam industri, saya tidak terlalu mengetengahkan hal peribadi kerana enggan terlalu terbuka untuk berkongsi segala-galanya,” katanya.

    Hanya sempat melelapkan mata selama tiga jam sebelum temubual dilakukan, Rossa enggan mengeluh meskipun aktiviti seni menyita sebahagian besar masanya.

    Malam sebelum itu, Rossa tampil secara langsung sebagai juri X Factor Indonesia, sebuah program pencarian bakat yang sedang popular di saluran RCTI.
    “Setiap Jumaat selama enam bulan, saya terikat dengan komitmen sebagai juri X Factor. Komitmen itu membuatkan saya sulit menerima undangan nyanyian di luar negara.

    “Sudah tiba masanya saya berkongsi pengalaman, mencurahkan semula ilmu yang pernah dikutip lalu dimanfaatkan untuk masa depan industri muzik.

    “Dalam proses mendidik itu, saya tidak sesekali meletakkan diri sebagai guru. Sebaliknya yang saya kongsi adalah pengalaman kerana ia menuntut waktu, bukan datang sekelip mata,” katanya.

    Ibu kepada Rizky Langit Ramadan itu mengakui, banyak perkara yang mengujakan berlaku sepanjang menduduki kerusi itu bersama nama besar industri muzik Indonesia lain seperti Ahmad Dhani, Anggun C Sasmi, Bebbi Romeo dan Robby Purba.

    “Ramai di antara peserta memiliki kemampuan menyanyi yang luar biasa. Sebahagiannya sudah seperti penyanyi profesional, malah kemampuan mereka melebihi diri saya.

    “Saya beruntung terlebih dulu terjun dalam bidang nyanyian. Andai ditakdirkan baru hari ini saya mencuba nasib menjadi penyanyi, barangkali saya tidak mungkin berada di posisi ini,” kata mnetor kepada Fatin Shidqia, Syena Malsiana dan Yohanna Febianti itu merendah diri.

    ReplyDelete
  23. Mesti Tonton: Bumi diserang lagi

    AKIBAT tersalah menghantar transmisi gelombang komunikasi ke angkasa lepas, pulau Hawaii berdepan masalah besar apabila isyarat yang dipancarkan menarik perhatian makhluk asing ke bumi.

    Seterusnya, objek yang terdampar di tengah lautan menjadi persoalan kepada angkatan tentera laut daripada 13 negara yang berkumpul di Pearl Harbor sempena latihan marin.

    Situasi semakin mendebarkan apabila objek seperti bangunan di tengah-tengah samudera itu berubah menjadi kapal angkasa dan bermulalah babak pertempuran antara Tentera Laut Amerika Syarikat dan Jepun dengan makhluk asing dalam filem arahan Peter Berg, berjudul Battleship.

    Penonton sentiasa diletakkan dalam situasi genting menyaksikan pertempuran mendebarkan dalam garapan menarik Berg kali ini. Battleship ialah karya terbaru pengarah yang pernah menghasilkan Hancock dan The Kingdom ini, yang diangkat olehnya ke layar lebar daripada permainan video.

    Bagaikan pertempuran sebenar dengan tentera musuh, teknik imej janaan komputer (CGI) yang digunakan menghidupkan lagi pergerakan kapal angkasa dan makhluk asing.

    Walaupun jalan ceritanya dilihat tidak berpijak pada bumi nyata, namun ia masih mampu membuatkan penonton terpegun melihat setiap inci rekaan dan pergerakan kapal angkasa serta senjata yang digunakan.

    Filem ini mengisahkan Alex Hopper lakonan Taylor Kitsch yang terpaksa mengikuti abangnya, Stone (Alexander Skarsgard) menyertai Tentera Laut Amerika Syarikat, yang kemudian mengheret sama dirinya dalam situasi mendebarkan ketika mengikuti sesi latihan marin.

    Alex yang berpangkat Leftenan mempunyai sikap sukar untuk membuat keputusan dan berdepan masalah akan disingkirkan daripada pasukan selepas tamat latihan. Namun kerana keberaniannya, Alex berupaya mencipta nama dan sejarah kepahlawanannya sendiri.

    Filem yang turut membariskan pelakon Brooklyn Decker, Liam Neeson dan Tadanobu Asano itu turut menampilkan lakonan mantap daripada penyanyi Rihanna yang memegang watak Cora Raikes.

    Aksi lincah dan kelakar Rihanna membuatkan penonton terhibur melihatnya beraksi dalam seragam tentera, ketika yang sama mampu menjiwai watak dengan berkesan. Dia juga boleh melangkah jauh dalam lakonan, seperti yang ditonjolkan menerusi aksi tangkasnya dalam Battleship.

    Walaupun hanya watak pelakon pembantu, penyanyi Unfaithful ini menunjukkan keupayaannya dalam membawakan watak pegawai kadet wanita, malah berupaya duduk berada sebaris dengan pelakon lelaki lain.

    Filem yang menggegarkan pawagam mulai 12 April ini turut memaparkan kisah percintaan antara Alex dan Samantha Shane (Decker), pengorbanan seorang abang kepada adiknya, serta persahabatan antara Alex dan Kapten Nagata (Asano).

    Hebat dari segi sinematografi dan garapan dalam penceritaan, filem fiksyen sains ini akan lebih mengagumkan jika ia dapat ditonton dalam bentuk tiga dimensi (3D). Lebih menarik lagi Jalur Gemilang dan nama Malaysia terpahat dalam filem ini.

    INFO

    Filem: Battleship
    Genre: Aksi, Fiksyen Sains
    Arahan: Peter Berg
    Pelakon: Taylor Kitsch, Alexander Skarsgard, Brooklyn Decker, Liam Neeson, Tadanobu Asano, Rihanna
    Tarikh tayangan: Mulai 12 April 2012
    Durasi: 2 jam

    ReplyDelete
  24. Isu Rozita Che Wan lagi


    Lagi lagi kontroversi pasal Rozita Che Wan. Nampak gayanya, kontroversi bagaikan tak boleh berenggang dengan pelakon yang baru saja pulang bercuti ke London dan Paris, awal bulan ini.

    Selain kisah peribadi mengaitkan dirinya dengan artis muda, dikaitkan dengan VIP dan masuk wad hospital gara-gara sakit, terbaru kisah mengenai penyebaran kononnya gambar bogel seorang wanita yang tersebar di internet dikatakan menyerupai dirinya.

    Gambar erotik berkenaan difahamkan diambil menerusi perbualan rakaman video. Namun, pengacara program bual bicara Primadona di Astro Prima itu menafikan sekeras-kerasnya individu berkenaan adalah dirinya.

    Hakikatnya, Rozita seperti kenyataannya dalam portal murai.com.my menjelaskan dia sendiri tidak tahu menggunakan aplikasi video chat atau rakaman video.

    Lebih lucu dalam kenyataannya, Rozita berkata, ramai wanita dan golongan lembut teringin memiliki wajah sepertinya.

    Gambar yang tersebar itu dikatakan sudah disiarkan di sebuah laman blog awal tahun ini dan wanita dalam gambar itu juga dikatakan digilai ramai kerana memiliki wajah seperti Rozita.

    ReplyDelete
  25. Diana Amir nak jadi isteri solehah

    Diana Amir nak jadi isteri solehah Diana Amir
    Pada 3 Oktober lalu, Juwie telefon aktres jelita - Diana Amir yang sedang sibuk di lokasi penggambaran telefilem Mati Hidup Kembali di Kampung Mata Air, Perlis.

    Juwie dengar khabar Diana dah bertunang dengan Mohd Habib Bullah Abdul Rahman pada Syawal lalu di rumah keluarganya di Batu Pahat, Johor. Diana menerima sebentuk cincin berlian daripada Habib Bullah. Usia mereka sebaya pertengahan 20-an. Tunang Diana seorang pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Merbok, Kedah.

    Bila buka internet cari “Diana Amir bertunang” dapatlah kita lihat wajah Habib Bullah yang putih handsome berjambang bersama Diana memakai pakaian serba putih pada majlis pertunangan. Tempoh pertunangan dikatakan setahun lebih.

    Lepas itu insya-Allah akan menyusul pula majlis pernikahan mereka. Sama-samalah kita berdoa semoga Allah temukan jodoh mereka bahagia hingga ke syurga.


    Apa perasaan Diana bila dah bertunang? Jawab Diana: “Alhamdullilah. Dah bertunang ni saya rasa ada tanggungjawab untuk persediaan menjadi isteri yang solehah.” Apa yang menarik hati Diana terhadap Mohd Habib Bullah?

    Jawab Diana: “Orangnya bijaksana dan berilmu. Saya boleh tanya dia macam-macam tentang ajaran Islam. Dia pernah belajar di sekolah agama. Saya suka tengok mukanya yang jernih. Sejuk mata memandang.

    Dia ada karisma. Saya rasa dia boleh bimbing saya di dunia untuk mencari bekalan di akhirat. Kami kenal dah setahun.”

    ReplyDelete

  26. KD - Anang masih berseteru?


    Suami KD, Raul didakwa gunakan Twitter untuk menyelar Anang

    Luka perpisahan yang sudah tiga tahun dilalui belum berupaya membenihkan suasana harmoni kepada hubungan kekeluargaan antara diva Indonesia, Krisdayanti dan bekas suaminya, Anang Hermansyah.

    Krisdayanti yang mesra disapa KD mengakui hingga ini, hati bekas suaminya itu masih belum terbuka untuk menerimanya dan suami, Raul Lemos hingga mencetuskan perselisihan antara mereka.


    “Saya dan Raul sentiasa bersikap terbuka, namun malangnya hati Anang tidak pernah terbuka untuk menerima saya dan suami. Jadi untuk apa lagi,” katanya ketika ditemubual dalam program Hot Shot SCTV, Ahad lalu.

    Perkara itu dibangkitkan penyanyi Menghitung Hari ekoran kehadiran akaun Twitter, @raullemos4 yang didakwa milik Raul menyindir Anang yang tidak membenarkan KD bertemu kedua anaknya.

    KD bagaimanapun sangsi dengan kehadiran akaun itu kerana baginya, Raul bukan jenis lelaki yang berfikiran singkat apabila menggunakan jaringan sosial untuk mencurahkan kemelut yang melanda.

    “Nama pun sosial media, siapapun boleh membuka akaun itu. Contohnya akaun menggunakan nama saya sudah ada 30 tetapi tidak saya tahu siapa pemiliknya.

    “Raul sebagai suami mempunyai hak untuk membela diri tetapi kalau menggunakan Twitter, tindakan itu kurang tepat.

    “Raul sangat sedih dan kecewa. Dulu dia dituduh menjual rumah yang pernah saya dan Anang tinggal bersama di Radio Dalam, Jakarta Selatan.

    “Hakikatnya, separuh daripada bayaran yang diterima sudah diserahkan kepada Anang. Suami saya memang tidak sempurna tetapi setiap apa juga masalah yang datang, dia cuba menanganinya dengan baik,” kata KD mengenai lelaki yang dinikahinya pada 20 Mac 2011 itu.

    Anang apabila diajukan persoalan yang sama, membantah isu yang dibangkitkan kerana dia tidak pernah menghalang kedua anaknya daripada bertemu ibu mereka.

    “Saya tidak pernah membatasi Aurel dan Azriel untuk bertemu ibu mereka. Saya minta tolong kepada media, jangan jadikan anak saya sebagai korban sedangkan antara kami tiada masalah,” katanya ketika ditemui di Pondok Indah, malam Selasa lalu.

    Anang berkata, dia dan KD sedang menikmati kebahagiaan dengan jalan hidup yang dipilih justeru berharap, media tidak menjadi batu api yang hanya merosakkan mereka.

    Anang berkata, selepas bercerai hubungannya dan KD tidak pernah ada masalah. Umum menjadi saksi ketika pernikahan KD dan Raul dulu, dia turut hadir memberi restu. Begitu juga sebaliknya.

    “Jika ada sebarang masalah, kami yang dewasa punya cara untuk menyelesaikannya tetapi jangan sehingga anak-anak harus mendengar dan menerima.

    “Aurel dan Azriel tidak pernah berdepan kesulitan bertemu ibu mereka, malah mereka berdua begitu menyayangi Amora (anak KD hasil perkahwinan dengan Raul). Mereka tetap bersaudara, tidak mungkin ada hal seperti itu,” katanya.

    ReplyDelete

  27. Mesti Tonton: Disumpah bila cinta tak berbalas


    Filem: Dark Shadows
    Genre: Klasik, Seram, Komedi
    Pengarah: Tim Burton
    Pelakon: Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Eva Green, Bella Heathcote dan Helena Bonham Carter Tayangan: Mulai 10 Mei 2012


    SUDAH tergambar watak yang bakal dibawakan Johnny Depp saat dikhabarkan dirinya terbabit dalam filem terbaru arahan Tim Burton, Dark Shadows, yang diangkat daripada soap opera sekitar 1960-an. Jika dibilang dengan jari, sudah lapan produksi mereka ‘bersatu’, bermula dengan Edward Scissorhands pada 1990.

    Filem lain yang menyaksikan Depp beraksi di bawah arahan Burton ialah Ed Wood, Sleepy Hollow, Charlie and the Chocolate Factory, Corpse Bride, Sweeney Todd: The Demon Barber of Fleet Street dan Alice in Wonderland.

    Setiap watak dilakonkan Depp penuh dengan keunikan, sama ada muncul sebagai jelmaan, lanun atau manusia bersikap pelik. Terbaru, pelakon siri 21 Jump Street itu menunjangi perwatakan sebagai pewaris keluarga kaya bernama Collins di Collinsport, Barnabas, yang terkena sumpahan.

    Cinta tidak berbalas mengakibatkan dia disumpah menjadi pontianak oleh Angelique Bouchard (Eva Green) dan dikurung di dalam keranda selama 200 tahun hingga suatu hari jasadnya dilepaskan.
    Filem mendebarkan dan mencuit hati ini berlatarkan peristiwa pada 1752, yang bermula apabila sepasang suami isteri, Joshua dan Naomi Collins, dengan anak lelaki mereka, Barnabas, belayar dari Liverpool, England untuk memulakan kehidupan baru di Amerika.

    Walau berpindah jauh dari kampung halaman, ia masih belum dapat melenyapkan sumpahan misteri, malah lebuh teruk apabila anak lelakinya yang sudah dewasa melukakan hati Eva.

    Barnabas yang bangkit dari kuburnya pada 1972 kembali ke Collinwood Manor, ke kediaman lamanya, dan menemui saki baki keluarga Collins di rumah agam usang dengan setiap seorang punya kisah gelap.

    Bersama semangat, Barnabas cuba menaikkan semula perniagaan keluarga, namun dia terpaksa berdepan Eva yang masih menagih cinta dan pada masa sama mahu menghapuskan setiap insan disayanginya seperti 200 tahun lalu.

    Melihat semula karakter dimainkan Depp, dapat digambarkan dia sememangnya bukan calang-calang pelakon kerana penuh dengan penghayatan. Malah setiap bait dialog dalam filem ini, walaupun dalam nada serius, ia penuh kelucuan. Menariknya, setiap watak dan perwatakan ada acuan tersendiri dengan ketua keluarga, Elizabeth (Michelle Pfeiffer) yang tegas; anaknya, Carolyn (Chloe Grace Moretz) suka menyendiri; David (Gulliver McGrath) boleh bercakap dengan roh ibunya, dan beberapa karektor lain yang cukup menambahkan perisa cerita.

    Jika plot filem lain barangkali kita sudah mampu boleh mengagak dengan tepat kesudahannya, Dark Shadows agak lari daripada kebiasaan kerana sekali pun pengakhiran yang menggembirakan, masih banyak kejutan wujud di sepanjang menuju detik penamatnya.

    Bukan hanya anda akan jatuh cinta kali kedua, ketiga atau ke lapan dengan bintang kacak bernama Johnny Depp ini sebaik menyaksikan Dark Shadows, secara keseluruhan anda pasti tersenyum puas tatkala keluar panggung.

    ReplyDelete
  28. Kuasa K-Pop

    KEJAYAAN kumpulan pop Korea Selatan mengukuhkan pengaruh mereka merentasi Asia dan Eropah melonjakkan saham agensi bakat tempatan.

    Pencapaian menembusi pasaran luar mendorong pelabur dan syarikat untuk memanfaatkan peluang keemasan itu dengan menyertai gelombang Korean pop (K-pop).
    Kuasa gelombang Korea atau Hallyu, terutama dalam industri muzik membawa keajaiban kepada industri hiburan tempatan di negara itu.


    Pendapatan purata daripada tiga agensi utama muzik di Korea Selatan iaitu SM Entertainment Co, JYP Entertainment Corp dan YG Entertainment Co meningkat lapan kali ganda kepada RM104 bilion pada 2010.

    Pendapatan keseluruhan mencecah RM425 bilion tahun lalu dan diramalkan mencatat keuntungan berganda sepanjang 2011 menerusi kutipan royalti dan persembahan di luar negara.

    SM yang menaungi nama besar seperti Girl's Generation, Super Junior dan SHINee adalah antara pemain utama yang menyumbang pendapatan terbesar dalam industri muzik Korea Selatan.

    Memasuki industri hiburan pada 2000, saham agensi utama pemain industri hiburan Korea Selatan itu meningkat sehingga 15 peratus, selepas kejayaan konsert jelajah di Paris, Jun lalu.
    Konsert dua hari yang menampilkan barisan artis utama naungannya berjaya mengumpul 14,000 peminat di sekitar Eropah.

    Malah lebih 300 peminat sanggup menari di depan Louvre semata-mata untuk mendapatkan tiket tambahan selepas habis dijual dalam masa 15 minit.

    JYP yang diilhamkan oleh penyanyi dan penulis lagu, Park Jin-young juga selesa dengan himpunan nama terkenal seperti Wonder Girls, serta dua kumpulan penyanyi lelaki popular, 2AM dan 2PM.

    Leon Entertainment Inc yang menawarkan perkhidmatan dalam talian dan Keyeast Co di mana saham terbesar dimiliki oleh bintang utama Winter Sonata, Bae Yong-joon juga antara pemain industri hiburan yang sedang mencuri perhatian.

    "Ia menunjukkan petanda positif apabila agensi pencarian bakat begitu agresif menembusi pasaran luar negara. Usaha untuk berkolaborasi dengan agensi tempatan sedang dipergiatkan, sekali gus memacu gelombang Korea berterusan," kata penganalisis hiburan dan media di Korea Investment & Securities Co, Kim Shi-woo.

    Tambah Kim lagi, penggiat industri muzik Korea mempunyai potensi besar terutama di Jepun yang menjanjikan keuntungan pasti.

    Gelombang positif itu memberikan keyakinan kepada YG yang diasaskan oleh, Yang Hyunsuk iaitu legenda K-pop 90-an menerusi kumpulan Seo Taiji and Boys untuk memperluaskan pengaruh mereka di Asia.

    "YG sedang berusaha untuk memperkemaskan keutuhannya.

    Banyak perancangan sedang disusun untuk melancarkan cawangan baru di China serta di sekitar rantau ini," kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yang Min-suk pada satu sidang media, baru-baru ini.

    Yang menegaskan pasaran dunia kini berminat untuk mendalami sistem pengurusan bakat di Korea Selatan lantas mendorong YG mengeksport sistem itu menerusi penubuhan akademi.

    "Pasaran kandungan di Korea Selatan sedang membangun dan mempunyai ruang untuk terus berkembang. Gelombang pertama Korea dimulai 10 tahun lalu menerusi siri televisyen dan kini muzik pop mendahului aliran itu," katanya.

    Pemerhati pasaran bagaimanapun, memberi amaran kepada agensi bakat supaya tidak terlalu ghairah dalam usaha mereka.

    Ini didorong perasaan sangsi sejauh mana kegemilangan yang sedang dikecapi itu mampu bertahan, apatah lagi pergerakan anti-hallyu sudah muncul di Jepun.

    Sejak Ogos lalu, beberapa kumpulan nasionalis Jepun mengadakan protes meminta supaya stesen penyiaran mengurangkan jumlah siaran siri televisyen dan program hiburan Korea.

    Selain itu, beberapa pihak lain turut membangkitkan pelbagai persoalan terutama apakah kegilaan terhadap K-pop memberi faedah kepada industri hiburan secara keseluruhan.

    "Impak ekonomi terhadap gerakan anti-Hallyu itu lebih membimbangkan daripada apa yang dijangkakan. Hanya sebahagian kecil daripada pelabur yang meraih keuntungan daripada gelombang itu.

    ReplyDelete
  29. Oh! Yeahhh... Syamsul dilamun cinta


    Oh! Yeahhh... Syamsul dilamun cinta Syamsul
    Pengarah muda dan aktor top – Syamsul Datuk Yusof, 28, mengaku dia sedang dilamun cinta sudah dua tahun dengan gadis ‘S’. Oh! Yeahhh… tahniah! Terus-terang nampak? He! He!

    Menurut Syamsul, S berusia 21 tahun dan memakai tudung. Dia sedang melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di sebuah pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur. Tapi Syamsul tak mahu jelaskan lebih lanjut:

    Adakah S bakal seorang doktor atau kerjaya apa nanti? Kata Syamsul, bila ada masa lapang barulah dia berjumpa S dan pergi keluar makan.


    Oh… patutlah Syamsul beritahu ibunya, Datin Patimah Ismail bahawa dia nak kahwin kena tunggu umurnya 30 tahun (dua tahun lagi).

    Agaknya pada masa itu barulah S tamat pengajian kot? He! He! Saja-saja Juwie seronok nak mengusik Syamsul. Jangan marah ya!

    Ha! Datin dan Datuk Yusof Haslam (pengarah dan produser Skop Productions) tentu tersenyum lebar baca cerita ini…ya laa… sekian lama mereka tertunggu-tunggu siapa calon isteri Syamsul?

    Bagaimanapun, Syamsul beritahu Juwie lagi: “ Syamsul tak tahu ke mana (cinta) kami boleh pergi. Sebab jodoh terserah kepada Tuhan yang menentukan. Syamsul dah berusaha (untuk berkahwin) tapi jodoh belum sampai. Ramai kawan artis dah kahwin. Tapi Tuhan itu Maha Adil… Syamsul hanya tunggu masa saja. Kalau dah bersedia nak kahwin, barulah Syamsul pergi jumpa ibu bapa dia (S) dan bawa dia jumpa keluarga Syamsul. Tak nak jadi macam dulu… bila dah kenal keluarga tapi tak jadi kahwin.”

    Adik Syamsul yang cun - Syafiq, 19, pengarah filem S.A.M pula bakal bertunang tahun depan. Syamsul adalah pengarah muda genius yang banyak menang award dalam dunia perfileman di Malaysia menerusi filem Khurafat, Bohsia dan KL Gangster. Sambungan filem KL gangster 2 akan ditayangkan insya-Allah pada awal tahun depan.

    Juwie temu ramah Syamsul pada 27 Oktober lalu ketika majlis sambutan Aidiladha dan doa kesyukuran di rumah keluarganya di Taman Melawati, Hulu Klang. Lihatlah foto Syamsul sekeluarga yang Juwie rakamkan. Ramai hadir termasuk beberapa artis Skop Productions, selain Editor hiburan Edisi Mingguan BH – Akmal Abdullah serta bekas editor di Utusan Malaysia – BAM dan ABI.

    JUWIE: Seronok tengok program Halaqah TV9 – bersama Ustaz Habib Ali Zainal Abidin. Beliau beri ceramah di Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, Kuala Lumpur selepas Isyak, setiap Jumaat.

    ReplyDelete
  30. Akhirnya si Nizar lahanat bertanding di dun Changkat Jering! Apa punya penakut la si penjilat DAP ni. Kata hebat sangat kan? Kenapa tak pertahan kerusi dun Pasir Panjang Nizar? Kau tau kan penduduk Pasir Panjang akan mandikan kau kan lahanat? Mari baca petikan dari Perak Today dibawah ini:

    "Pakatan Rakyat (PR) Perak sebentar tadi mengumumkan senarai calon yang bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang mana menyaksikan Timbalan Pesuruhanjaya PAS negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sah bertanding kerusi DUN Changkat Jering.

    Keputusan itu dimuktamadkan selepas PAS dan PKR mencapai kata sepakat untuk meletakkan Nizar sebagai calon meskipun sebelum ini berlaku bantahan di peringkat akar umbi termasuklah di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Bukit Gantang sendiri yang mahu calon tempatan diketengahkan pada pilihan raya kali ini.

    Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula akan mempertahankan kerusi Parlimen Beruas dan DUN Sitiawan yang dimenanginya pada pilihan raya 2008.

    Manakala Setiausaha DAP negeri, Nga Kor Ming juga akan mempertahankan kerusi Parlimen Taiping tetapi berpindah dari DUN Pantai Remis ke DUN Kepayang dalam Parlimen Ipoh Timur.

    Bekas Speaker PR, V Sivakumar pula akan bertanding Parlimen Batu Gajah manakala Thomas Su di Parlimen Ipoh Timur dan M Kulasegaran kekal mempertahankan kerusi Parlimen Ipoh Barat yang dimenanginya pada 2008.

    Untuk calon PKR pula, Pengerusinya, Dr Muhammad Nur Manuty akan bertanding di Parlimen Bagan Serai, sekaligus menamatkan spekulasi akan berlaku pertandingan tiga penjuru di kawasan itu.

    Ini berikutan tindakan pemimpin dan penyokong PAS Bahagian Bagan Serai sebelum ini yang mahu kerusi itu diserahkan kepada parti tersebut.

    Bagaimanapun, PR Perak tidak mengumumkan calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Sungai Siput meskipun sebelum ini Dr Jeyakumar yang mewakili Parti Sosialis Malaysia (PSM) berhasrat mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada 2008."


    Lepas ini aku akan ceritakan pasal PSM pulak, manrik betul dengan parti komunis yang baru saja pendaftaran mereka diluluskan oleh ROS!

    ReplyDelete
  31. Replies
    1. anda peminat K Pop?

      ohh yeaaaaaaaahhhhh

      Delete
  32. Ini masa pencacai2 najis vavi dan penjilat2 Fuckatoon mencari makan. Apabila blog Pro UMNO tidak dpt dgodam, Nuar Jubori akan bayar RM50K per minggu kepada pencacai2 mereka untuk masuk bbuat kacau d dalam blog. Ini betapa desperado Barua lahanat Yahudi Zionist Neocons dalam PRU " Putrajaya at all cost" beliau dgn bantuan keuangan berbillion bilion untuk berperang habis habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa kayanya aku dapat 50k seminggu...sebulan 200k..uii boleh melancong ke mongolia tiap bulan la ini macam kalu..


      KAH KAH KAH

      KAH KAH KAH

      KAH KAH KAH

      umno sudah mau kalah....ini kali lah

      umno akan dihumban ke lubang taik..wakakaka

      mari bergumbira

      PakMat
      Nasionalis Melayu(pure melayu tau, takde celup2 bangsa lain mcm ahli umno)

      Delete
  33. Ini masa pencacai2 najis vavi dan penjilat2 Fuckatoon mencari makan. Apabila blog Pro UMNO tidak dpt dgodam, Nuar Jubori akan bayar RM50K per minggu kepada pencacai2 mereka untuk masuk bbuat kacau d dalam blog. Ini betapa desperado Barua lahanat Yahudi Zionist Neocons dalam PRU " Putrajaya at all cost" beliau dgn bantuan keuangan berbillion bilion untuk berperang habis habisan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa kayanya aku dapat 50k seminggu...sebulan 200k..uii boleh melancong ke mongolia tiap bulan la ini macam kalu..


      KAH KAH KAH

      KAH KAH KAH

      KAH KAH KAH

      umno sudah mau kalah....ini kali lah

      umno akan dihumban ke lubang taik..wakakaka

      mari bergumbira

      PakMat
      Nasionalis Melayu(pure melayu tau, takde celup2 bangsa lain mcm ahli umno)

      Delete
    2. maca12 fuckatoon semakin mengelupur dan terus mengelupur until to the end of their road...road of no return.

      Delete
  34. Hello! I simply want to give a huge thumbs up for the great information you’ve here on
    this post. I will probably be coming back to your weblog for extra
    soon.

    My web page: energy efficient amd sempron 140 processor

    ReplyDelete
  35. Howdy! I simply wish to give a huge thumbs
    up for the good info you might have right here on this
    post. I can be coming again to your weblog for more soon.

    My site :: queen seon deok cast korean drama

    ReplyDelete
  36. Hi there! I just wish to give a huge thumbs up for the nice data you’ve right here
    on this post. I shall be coming back to your weblog for more soon.


    My blog post: watch queen seon deok episode 33 youtube

    ReplyDelete
  37. Hi there! I just wish to give a huge thumbs up for the great data you will have right here on this post.
    I can be coming again to your blog for more soon.

    Here is my web site; seminole county clerk of court orlando fl

    ReplyDelete
  38. Whats up! I simply would like to give a huge thumbs up for the good info you will have here on this post.

    I will likely be coming again to your weblog for extra soon.


    My web site seomoz increase page authority

    ReplyDelete
  39. Whats up! I simply would like to give a huge thumbs up for the good info you will
    have here on this post. I will likely be coming again to your weblog
    for extra soon.

    Also visit my blog - seomoz increase page authority

    ReplyDelete
  40. Hi there! I simply would like to give a huge thumbs up
    for the nice info you’ve gotten right here on this post. I will probably
    be coming back to your weblog for more soon.

    Check out my homepage :: seo links in pdf-files

    ReplyDelete
  41. Hiya! I simply would like to give a huge thumbs up for the great information you’ve got here on this post.
    I will likely be coming again to your weblog for extra soon.


    my weblog ... semi truck driving games for ps3

    ReplyDelete
  42. Howdy! I just want to give an enormous thumbs up for the great info you’ve right here on this post.
    I will probably be coming again to your weblog for extra soon.


    Here is my web blog increase semen without pills

    ReplyDelete
  43. Hi there! I simply wish to give a huge thumbs up
    for the great info you will have right here on this post. I
    will likely be coming back to your blog for
    more soon.

    my site ... cheap used semi trucks for sale by owner

    ReplyDelete
  44. Hiya! I simply would like to give a huge thumbs up for the nice information you’ve got here on this post.
    I shall be coming back to your weblog for more soon.


    my weblog ... seo google ebook free download

    ReplyDelete
  45. Howdy! I just wish to give a huge thumbs up for the nice data you’ve here on this post.
    I will likely be coming back to your blog for more soon.


    Also visit my webpage: seoul national university international summer program

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!