KHALED NORDIN DITENTANG CALON PAS!

Bakal MB Johor?
JOHOR BAHRU 20 April - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Permas menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan wakil Pas, Syed Othman Syed Abdullah.

Pertandingan bagi kerusi Parlimen Pasir Gudang yang 'diserahkan' Mohamed Khaled kepada Normala Abd. Samad untuk mempertahankannya turut menyaksikan pertembungan satu lawan satu dengan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Ahmad Faidhi Saidi.

Bagaimanapun, kerusi DUN Johor Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, DAP dan calon Bebas.

BN diwakili Tan Cher Puk yang diberikan kepercayaan untuk mempertahankan kerusi berkenaan, manakala DAP diwakili Liow Cai Tung dan pengusaha kedai motosikal, Elwin Hong Eng Wah mencuba nasib sebagai calon Bebas. - UTUSAN ONLINE

2 Responses to "KHALED NORDIN DITENTANG CALON PAS! "

  1. Semoga umno johor mngekalkn kecemerlangan umno di sana...all the best to umno...Allah bersama perjuangan umno...

    ReplyDelete
  2. Betul tu. Hidup BN

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!