GEMPAR! BIBIT-BIBIT KUNYIT SPRING SUDAH SEMAKIN TERSERLAH! MARI LIHAT

Kalau korang perasan satu benda sekarang ni, Pakatan sedang mewar-warkan yang mereka akan menang kerajaan. Walau pada hakikatnya di luar sana keadaan yang sebenar adalah sebaliknya. Ramia dah tahu siapa Pakatan yang sebenarnya. Jadi rakyat dah mula tolak.

Tapi Pakatan secara terus-terusan kata mereka akan menang besar, aku pernah tulis dulu. Anwar sudah arahkan semua pemimpin Pakatan supaya menjual cerita mereka akan menang besar dalam PRU ini dan akan menjadi kerajaan. Sekarang aku nak share dnegan korang perancangan rapi mereka.

Bilamana mereka kalah nanti, maka mereka akan salahkan SPR dan BN kerana pengundian dibuat secara tidak adil! Ini cerita mereka, maka si Anwar dan pemimpin Pakatan lain akan membakar rakyat supaya turun ke jalan dan jatuhkan kerajaan yang dipilih rakyat! Salah satu petanda mereka nak mulakan Kunyit Spring adalah seperti berikut:

Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR tidak pernah menafikan bahawa mereka mahukan sebuah revolusi untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih rakyat selepas PRU13. Seawal 16 September 2008 lagi, Anwar Ibrahim sudah melakukan hasutan secara agresif agar rakyat Malaysia turun ke jalan-jalanraya dan melakukan keganasan selain memburuk-burukkan Kerajaan Malaysia di luar negara dengan harapan, segala bantuan untuk revolusi seperti yang berlaku di Timur Tengah, berlaku pula di Malaysia.

Gelombang ini sebenarnya sudah bermula di Eropah sehingga menjatuhkan banyak kerajaan Komunis. Kaedah yang sama telah diadaptasi di Timur Tengah untuk menggulingkan kerajaan kukubesi sekalipun kerajaan kukubesi tersebut telah membolehkan negara-negara berkenaan dimajukan dan kestabilan diwujudkan.

Sehingga kini, gelombang kebangkitan rakyat kononnya telah menghasilkan kekacauan di negara-negara Timur Tengah tanpa sebarang tanda, keagungan yang dimitoskan akan terhasil. Libya masih bergolak. Iraq sehingga kini masih lagi menjadi medan pembunuhan. Mesir masih tidak aman. Yaman masih merupakan negara miskin dan Syria pula kekal sebagai negara yang bergolak demi memastikan Israel kekal sebagai sebuah negara haram Zionis.

Di Malaysia, perkara yang sama juga sedang berlaku. Beberapa cubaan untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi demonstrasi dan kekacauan jalanan, tidak mendapat sambutan yang diharapkan daripada rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia yang rata-rata hidup selesa, mudah cari makan, dengan kerja kosong membolehkan rakyat Malaysia bertukar-tukar kerja seperti menukar pakaian, keadaan aman dan membolehkan sesiapa sahaja beribadat dengan tenang dan tanpa halangan, serta kurang tekanan, menyebabkan acuman serta hasutan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat kurang mendapat perhatian.

Namun itu tidak mematahkan semangat Anwar Ibrahim dan DAP khususnya.



Di sekitar Kuala Lumpur, terutama di kawasan yang dikuasai oleh DAP, bendera-bendera kecil berwarna warni telah dikesan. Pagi tadi, bendera-bendera kecil berwarna-warni itu dikesan di persimpangan Jalan Genting Kelang dan Jalan Usahawan yang membawa maksud ‘Malaysia Spring’.

Kawasan ini berada di bawah Parlimen Wangsa Maju.

Adalah difahamkan ia dipacak oleh kumpulan pelajar-pelajar berbangsa Cina. Kerja-kerja memacak bendera-bendera kecil tersebut akan dilakukan sehingga PRU13 berakhir.

Selain dari Wangsa Maju, Parlimen Lembah Pantai terutama sekali di bulatan Taman Lucky Garden juga dikesan bendera-bendera kecil ini.

Isyarat-isyarat agar kekacauan dan keganasan dimulakan oleh para penyokong Pakatan Rakyat, telah diberikan oleh pucuk pimpinan. Keputusan PRU13 yang tidak memihak kepada mereka, akan dikatakan sebagai penipuan dan justeru, keganasan dan kekacauan boleh dihalalkan.

Matlamat Pakatan Rakyat sebenarnya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk melakukan keganasan dan mewujudkan ketidakstabilan politik bagi memudahkan kuasa asing masuk dan menjajah negara ini. Penyertaan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Umum sebenarnya hanyalah topengan memandangkan mereka lebih berminat dengan perlanggaran undang-undang.

Artikel atas ni aku petik dari Sel13.com. Allah bagi akal untuk berfikir maka gunakanlah dengan sebaik-baiknya. Jangan anda diperbodohkan lagi kerana kerakusan seorang manusia yang ghairah nak menjadi PM dengan apa cara sekalipun.

Fikir-fkirkanlah!

34 Responses to "GEMPAR! BIBIT-BIBIT KUNYIT SPRING SUDAH SEMAKIN TERSERLAH! MARI LIHAT"

  1. - IKLAN -
    aku cadangkan pada PRU akan datang SPR sepatutnya mewajibkan parti yang bertanding menggunakan bendera yang diperbuat dari plastik PE sahaja untuk membolehkan dikitar semula.

    ReplyDelete
  2. Takde lambang parti kan??? so buang jer lah... suh spr arahkan buang bendera tu..

    ReplyDelete
  3. Minta kerajaan sediakan penjara yang besar untuk tempatkan mereka yang menyertai kunyit spring ini. Biar dipenjarakan semua yang keluar kesitu, jika 100 ribu keluar yang masih setia dengan kerajaan ada lagi 23 juta orang. Lebih baik kerajaan menjaga yang 23 juta dari 100 ribu itu. Malaysia milik kita, tanggongjawab kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simpan kat pulau jerejak !

      Delete
  4. Kalau bn menang besar nanti....x brani punyalah diaorang ni nak menyalak besar...pengaruh dah hilang....

    ReplyDelete
  5. Kaedah yg digunakan ialah menanam doktrin bhw PR semakin diterima rakyat dan PR akan menang. Ditambah dgn serangan terhadap SPR beberapa tahun sebelum ini. Maka apabila keputusan PRU tidak memihak kpd mereka, tidak mustahil kputusan itu akan dianggap sbg kputusan yg tidak sah. Mereka perlu belajar dr BN bila menerima kputusan PRU12 yg melihat 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang. Sy tdk pernah mendengar pemimpin kerajaan mempertikai kemenangan mereka jauh sekali menyalahkan SPR.

    ReplyDelete
  6. Woooiiii.... Mamak Mahadeath... hang dok syok suruh Husam Musa balik Kelantan pasai apa...??? Yang hang sendiri dah tua nak mampus awat tak pi balik Kerala, India negara asal hang.... !!!! Dok buat apa menyemak di Malaysia ni lagiiii....!!!!

    Awat hang kelapaq nak jadi PM lagi kaaaa... hang nih memang spesies tak sedaq diri laaaa... dah bersara tu buat la cara dah bersara... pi didik anak hang tauke arak san miguel suruh dia bertaubat...!!!!

    Keluarga hang sendiri pun dah macam keluarga kapiaq... lagi nak nasihat rakyat pelbagai kononnya hang contoh terbaeeekkkk... la konon... pundek hang laaa...!!!!

    Gua sumpah laaaa... mamak haramjadah bapak perkauman 1Malaysia nih jatuh tersembam masa berkempen nih... 5hb Mei... orang sibuk pi mengundi... dia pulak menyibukkan orang uruskan bangkai dia... hahahaha....!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahathir nyanyok kah, hang yg nyanyok. Yg hang tulis semua sampah yg keluak dr otakk yg retarded. Menatal retardation. kah kah kahhh

      Delete
    2. Cntik bhasa.xda adab lgsung.ko yg spatutnya g tgl d hutan..nak dbandingkan jasa ko ngan jasa tun pd M'sia, aku rasa jauh lgit dgn bumi.idea tun utk tbuhkn Putrajaya..jgn ko lupa, dlu siapa yg bgkang.pastu ada hati nk jual Putrajaya.Ko yg xsdar dri..ko buat checklist apa jasa si Husam tu pd rakyat Kelantan? Baik ko g cermin dlu rupa ko ngan para pemimpin ko.Tun g kempen pun, ada dia susahkn ko?Nik Aziz yg patut duk rhat.menyusahkn org2 suruhan nk kna dukung..ko patut nasihatkn dia utk brhat ja..lg lma dia dlm politik lg byk dia merepek dek krna da nyanyuk. Ko mta tun jtuh tsmbam, tp hakikatnya pemimpin ko la yg byk da jtuh wlaupun xdtolak..haha..

      Delete
    3. Lagi byk sumpah seranah anda lagi bertambah sihat dan kuat TUN...silap2 lg byk terbalik kt pemimpin hang yg tergolek dan terpaksa didokong akibat letih kempen....

      Delete
    4. Macai PR dh frust. Jgn risau, PRU 14 ble cuba lg, hahaha

      Delete
    5. Pls la tuan jaga penulisan, Tuhan kurniakn demi utk kebaikan, yg sya tahu yg jatuh tersembam Nik Azis, Karpal Singh je

      Delete
    6. Tahap maki hamun PR dah dibuktikan.

      Tanpa hujjah yang bernas.

      Fakta nya tun adalah pm kita ke4 yang banyak berjasa. Baik burok nya bahas lah dengan hujjah2 anda.

      Delete
    7. Kesian kat Anon 10.56 AM...Belum PR menanglagi dah meroyan bahasa...kalau menang dah pasti awak jadi gila, memaki hamun kat Tun setiap masa (beratip). Tun bukan menumpang kat Malaysia nie ya, jadi awak tak perlu nak marahkan Tun... Nak tanya sikit kat awak ya? Kenapa awak lebih suka Cina rasis (DAP) yg memerintah dari org Melayu (BN) yek? Nampak sangat kebusukkan hati awak kan kan kan....

      Delete
    8. Anon 10.56 a.m.

      Tun habaq kat hang terima kasih banyak2.

      Ada faham !!!

      Itu pun kalau hang faham.

      Delete
    9. KEPADA ORANG2 UTARA SEPATUTNYA BANGGA,SAYANG SERTA MENYOKONG PENUH DGN TUN MAHATHIR KERANA TUN BERASAL DARI UTARA,BERCAKAP LORAT UTARA,MAKANAN HARIAN PUN MASAKAN UTARA..KEISTIMEWAANNYA PULAK TUN ADALAH BAPA KEMODENAN DAN KEMAJUAN NEGARA MALAYSIA DIERA PEMERINTAHANNYA..SAYA YANG BERASAL DARI KUALA LUMPUR BOLEH SAYANG TUN SERTA BANGGA YANG TUN MASIH SIHAT DAN DAPAT BERSAMA2 BERGANDING BAHU DGN PERDANA MENTERI NAJIB UNTUK MEMBAWA TRANFORMASI NEGARA MALAYSIA KEARAH YANG LEBIH MAJU LAGI..PATUTKAH HANGPA HINA TUN? SATU DUNIA KENAL TUN TELAH TERBUKTI BERBAKTI PADA NEGARA MALAYSIA DAN BANGSA MELAYU ISLAM..INIKAN PULA HANGPA NAK MENGHINA TUN!!!SEKALI HANGPA MENGHINA TUN M AKAN TERASA KESEDIHAN PADA HATI KAMI DISELURUH UMAT MELAYU ISLAM!!!KERANA KAMI ADALAH RAKYAT YANG SELALU BERTERIMA KASIH KEPADA ORANG YANG TELAH BERJASA DAN MEMBANTU KAMI..ALHAMDULLILLAH..WASSALAM.

      Delete
    10. Inilah benih yang disemai pembangkang. Penuh caci maki. Sekurang-kurangnya Tun banyak berjasa kepada negara.

      Delete
  7. Semua bloggers & editor akhbar pro BN harus bersedia dari sekarang membuat artikel2 yang lengkap dengan senarai & penjelasan2 kepada 'penyebab' kekalahan mengaibkan pakatan haram selepas PRU13, sebaiknya artikel itu dibuat dalam bahasa inggeris supaya mudah orang asing baca untuk mengetahui & faham punca sebenar kekalahan mengaibkan pakatan haram dalam PRU13.

    Bayangkan jika selepas sehari atau dua hari PRU13(5 Mei) begitu banyak artikel2 seperti itu disiarkan atau tersiar, pastinya media pakatan haram akan terkedu tidak mampu membuat spin/tuduhan tidak berasas yang merapu tahap dewa dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. Apa apa pun niat tersirat PR untuk membayangkan malaysian spring ala Arab spring itu tetap meleset kerana lihat lah bukti mesir sekarang ni.

    Tidak dapat ditadbir lagi. Inflasi tinggi. Pekerjaan berkurangan. Harga barang asasi melambung. Takpayah tanya fdi masuk ka, kerana airport pon tak terurus.

    Pentadbiran memerlukan kecekapan. Bukan sembang kosong. Bukti BN cekap ialah 55 tahun malaysia setanding negara maju dunia.

    Yang dapat kita nikmati dari tanaman bendera kecil warna warni PR ini adalah suasana April spring malaysia......

    ReplyDelete
  9. Kepada makhluk Babi Negara. Yg hngpa guna tv surat khabar doktrin fitnah2 kotor tu apa? Boleh pula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah ko saman je la. Bukan x pernah buat. Dh selalu

      Delete
    2. Mai jumpa aku. Aku bayar lawyer fee. Maknanya free la anon 1158. Nak ke servis aku ni. Teroskan saman anda.

      Delete
    3. Belajar lah membezakan yang mana fakta dan yang mana fitnah. Sebelum tu bahasa chek tu elok2lah sikit..! awat mak tak ajaq ka..?

      Delete
  10. Gua bab gantung bendera, banner, poster pilihanraya ni gua salahkan SPR dan Majlis Tempatan. Kalau ikut undang2 semua bahan kempen mesti diturunkan selepas 14 hari mengundi. Kat Malaysia ni tak pernah dilaksanakan. DAP dengan BN ada juga ikut tapi PAS dengan PKR tak pernah buat. Adakah kerana mereka fikir itu hak rakyat yang tak perlu mematuhi undang2 dan peraturan.

    Macam mana nak memerintah negara kalau undang2 pun tak dihormati.

    ReplyDelete
  11. boring..cerita macai umno skrg ni membosankan..kempen fitnah gila babi punya dari macai-macai umno..sorry..rakyat dah tak layan kempen 80an ni..umno dah ketinggalan zaman dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bosan masuk juga blog ni. Yg ada dlm kpala x sama dgn yg dibuat. Kata goblog nti marah...

      Delete
    2. Bukan Bosan tu! Sebenarnya Suka...banyak pandangan ilmiah dsb.

      Nak admit Maluuuuu!

      Delete
  12. 5 mei'SILENT MAJORITY VOTERS'akan membenam minority voter yg terlebih perasan!!TUNGGU!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun 2008 bolehlah bodohkan 'silent majority'. Dapat undi protes.

      Tahun 2013 jangan haraplah.

      Delete
  13. Najib akan tabik spring kpd PR selepas 5Mei nanti persaingan sengit PRU 13 akan memihak kepada PR.Kehendak rakyat majoriti yg mahukan perubahan sudah tidak dapat dibendung lagi oleh BN.Bersedialah para pemacai BN utk menerima kekalahan walaupun menang sorak pd peringkat kempen.Tun Mahathir dan Datuk Najib sendiri mengakui saingan mereka terlalu hebat kali ini.Rakyat Pakatan kuatkan spring sokongan anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Spring yang terlampau kuat akan melantun balik terkena tuannya!!tunggu!

      Delete
    2. Kopitarik ...

      Lu buat tafsiran berdasarkan asas dan methodology apa?

      DAP tetap kuat, tapi DAP tak akan menyokong PAS. Begitu juga PKR. Kaum India telahpun memberi komitmen kepada BN. Di Sarawak adalah saingan diantara BN dan DAP.

      Jadi lu punya pengundi datang dari mana?

      Gua saja tanya.

      Delete
  14. UNDI PAS = UNDI DAP,UNDI PKR = UNDI DAP..setel,ckp bnyk xguna,keturunan dan gen siKITOL je yg xpham bahasa dn xkaji sejarah,kaji le sape DAP dulu,jgn mengesah dn mguatkan lagi bukti yg anda adalah keturunan siKITOL.

    ReplyDelete
  15. 'Pentadbiran memerlukan kecekapan. Bukan sembang kosong. Bukti BN cekap ialah 55 tahun malaysia setanding negara maju dunia.' Yakah? Yer la jga tp pada masa 55 tahun kite dikelilingi dengan rasuah sini sana.. Please la, election should be fair. Mahathir tu cme tau bgi ic je kpda pndatang asing di Sabah then sruh undi BN. mmg pintar la kn.. dah byk dah yg mngaku dpt ic dri mereka.. Dan byk lg lah bkti election tak adil. Sangat tak adil!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!