ALHAMDULILLAH! AKHIRNYA BALA BESAR BERNAMA KAMILIA SUDAH BERAMBUS!


Kamilia Ibrahim

PAGOH: Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dipecat dari parti kerana bertanding sebagai calon Bebas, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, Kamilia membuat kejutan apabila bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Beliau yang pada mulanya disangka tiba untuk memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional (BN), dilihat memasuki pusat penamaan calon Parlimen Kuala Kangsar di Bilik Gerakan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Kangsar di sini kira-kira pukul 9.30 pagi.

Kamilia akan menentang calon (BN), Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Dr. Khalil Idham Lim daripada PAS.
 
House PK: Aku saja kasi besra gambar muka doraemon di Kamilia ni, punya la desperado minah ni, sampai sanggup buang semua untuk bertanding bebas! Inikah maksud sebuah perjuangan Kamilia? Apa pendirian kau? Where is your stand? 
 
Aku tabik spring la sama semua ketua bahagaian, Timbalan Ketua Bahagian dan Ketua Pemuda serta apa-apa jawatan di bahagian, walau mereka tdiak dicalonkan mereka tetap support UMNO! Kamilia kau kena belajar dengan depa ni semua!
 
Apa kau fikri kau hebat sangat sampai nak bertanding bebas? Akan ku berkampung di Kuala Kangsar untuk kuburkan karier politik kau Kamilia! Adios!

46 Responses to "ALHAMDULILLAH! AKHIRNYA BALA BESAR BERNAMA KAMILIA SUDAH BERAMBUS! "

  1. TAK IKHLAS DRP AWAL LG....PERASAN HEBAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai tak kenal Datuk Kamelia... Org Kuala Kangsar akan menjawab dlm peti undi nanti! Ini semua salah rafidah aziz! sebab mncadangkan calon wan khairil anuar sbg pengganti beliau di Kuala kangsar... Org2 Pas kat sini pun mnyenangi Datuk Kamelia sbb jasa beliau yang selalu mendekati rakyat marhein... Kita tengok saja.. Tapi aku yakin Datuk Kamelia boleh menang..

      Delete
    2. ye la tu. apa jasa dia kat Kuala? Apa dia buat kat peringkat UMNO kebangsaan utk jadikan dia layak utk dicalonkan? Tiap2 penggal kerja dia melobi nak kerusi. kerja tak jalan. Saya pernah satu jawatankuasa bawah dia. hampah satu benda pun tak jalan.

      Delete
    3. Oii! ini bukan soal pengaruh dia hebat ke tak hebat ke kat K.Kangso tapi tentang kesetian dia tu pada agama, bangsa, negara dan parti!
      Lebih baik dia berambus drp menjadi Ketua UMNO satu hari nanti yg dah tentu akan memberi masalah kpd parti!
      UMNO tak perlukan pengkhianat dan manusia tamak mcm dia!

      Delete
    4. statusnya sama aje dengan anuar ibrahim. elok benar dia tunjukkan belangnya yang sebenar sekarang ini, kalau dah jadi menteri nanti akan menimbulkan kecelaruan lagi pada umno

      Delete
    5. DS NAJIB TELAH MEMBUAT TAPISAN TERBAIK UNTUK CALON UMNO KALI INI. KAMILIA TIDAK MAHU MEMBERI LALUAN KEPADA GENERASI BARU.....SAMA KES MACAM NIK AZIZ LA NI!

      Delete
  2. Inilah contoh orang politik yang perjuanganya untuk diri sendiri dan bukan untuk parti. Pergi lah berambus UMNO tak perlukan orang begini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lim kitsial bertanding tapi org pass ug berlambak mengikut. Apa tak tau ke HARAM. Hukunnua menyokong dap laknatullah ni. Mati nanti siapa nak jawab.

      Delete
    2. Bhai...biarknlh kak kamelia brtnding sbgi calon bebas..dia tahu apa risiko yg prlu dia tanggung bila mnjadi calon bebas....smoga dia mndapat rahmat Allah...belum terlmbat utk dia kembali bertaut dgn umno...

      Delete
  3. inilah duri dalam daging, gunting dalam lipatan... YANG SEBENARNYA.

    mengapa hanya dia yg rasa suara wanita tidak dihargai? apa beratus ribu ahli wanita umno yg masih berdiri teguh dgn keputusan najib sudah cukup menyatakan bahawa mereka redha dan menerima?
    moga2 org mcm ini akan di ambil olh pihak pembangkang, jgn simpan org spt ini dlm gelanggang BN. lg ramai yg membuka pekung di dadanya dgn cara begini lg mudah kerja BN utk mengenal pasti siap musuh dlm selimut selama ini!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis yang tak reti bersyukur dan tak sabar.

      Delete
  4. Pinggan tak retak, nasi tak dingin. Kamilia! Engkau tak hendak, UMNO tak ingin.

    ReplyDelete
  5. Org dah bagi Dun nak parlimen pulak..ish..ish..bagi pencen terus makcik ni..
    Dia bukan pejuang tulen.."kite bakoooo"...!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah masalah besar bagi orang yang ada ijazah dan professional masuk UMNO, tujuan mereka semata-mata untuk menunggang ahli-ahli biasa UMNO kononnya merekalah yang terbaik dan terlayak menduduki jawatan-jawatan tinggi dalam parti dan akan terlantik menjadi menteri. INILAH IGAUAN SEBENAR KAMALIA bila melihat Ketua Wanita tidak lagi bertanding, maka dialah pada logiknya secara automatis akan dilantik menjadi menteri.....pooh daaa....

      Delete
  6. Parasit dlm parti!!!

    ReplyDelete
  7. DURI DALAM DAGING.

    ReplyDelete
  8. masa isu NFC yg membabitkan ketua wanita...beliau lah sahabat yg menikam belakang...jauhi org seperti ini...terlalu rakus hendak berkuasa...

    ReplyDelete
  9. nampak sangat ada agenda tersirat. bagusla dia tunjukkan belang dia. umno tak perlu orang mcm ni

    ReplyDelete
  10. <>

    " Apa pendirian kau? Where is your stand? "

    Jawaban : Berdiri seorang diri - Kendiri. My stand is at Bus Stand at KK town.

    <>

    ReplyDelete
  11. kamilia hebat kerana dia UMNO...lepas ni tamatlah kerjaya politiknya....

    ReplyDelete
  12. kamilia perasan cantek...dah jelas ada duri dalam UMNO, pancung jer mak ngah ni. tak setia pada Negara ...boleh belah..

    ReplyDelete
  13. pejuang tidak ikhlas dpt jawatan naib wanita nak jd wakil rakyat,kasi DUN dan jawatan exco TOLAK nak jadi Ahli Parlimen,mmg wanita gila kuasa la dia nie..elok berambus awal2 lagi supaya tiada PARASIT dalam wanita dan UMNO

    ReplyDelete
  14. Bertambah le sorang lagi penganggur dlm Malaysia ni..huhuhu!

    ReplyDelete
  15. sekecil kecil jawatan..ada peranannya....klu dah tamak hendak jawatan lebih tinggi..tinggi lagi sombong dan angkuhnya...!!

    ReplyDelete
  16. Orang tamak selalu rugi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu adalah kebenaran ...

      Delete
  17. Untung sabut timbul.. untung batu tengelam.. Kamelia.. berani sebab dia tiada kepentingan dengan UMNO seperti projek ker, jawatan CEO dan sebagainya.. so dia berani.. jadi.. kita pohon biar rakyat yang nilai.. tanpa UMNO pun dia still boleh makan.. dan berjuang di atas nama kebenaran... Org rasuah pun boleh jadi calon.. apa cer.. "Saya Sayang Barisan Nasional"..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalo kamalia ni jujur dia tak kan bertanding atas tikit bebas..fahamilah erti kejujuran..muhasabah diri..org yg jujur jika ketua tidak beri ape yg diingini dia akan terima bukannye protes..kamalia kena faham bukan dia seorng je wanita UMNO..

      Delete
  18. SEORANG LAGI MUSUH Y.B TAHI LALAT GUGUR.. bermaharaja lelalah Y.B tu nanti... Tiada yang boleh menghalang Y.B tu jadi Ketua Wanita Malaysia.. Hancor ler Malaysia.. Punah-punah..

    ReplyDelete
  19. Patut nya kak ijat lembu yang kena buang..mana larat nk cover ketua mcm tu beb

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai..jgn jd bodoh...sbb lu tahu siapa yg spttnya brtngngjwb...tp aku lbh respek dgn kak izat yg snggup letak jawatan menteri kerana suami...kak jijah sngup ke...

      Delete
  20. Typical reaksi orang yg kecewa Dan tidak redha dgn takdir. Typical orang yg mempunyai kepentingan Peribadi. Bermuhasabah lah Datuk'. Dah super hebat sangat kah Datuk. Mungkin Datuk lupa siapa yg menggangkat Datuk Dan meminjamkan takhta Timbalan Ketua Wanita itu buat seketika. Dan di takdirkan ia yg di pinjam itu di Tarik balik. ALLAHUAKBAR.. Tiada yg Kekal melainkan Allah SWT Datuk..Wallahu'alam

    ReplyDelete
  21. DULU CAKAP SAPA2 KALAH, TIADA JAWATAN. TAPI IZAT JADI PULAK SENATOR.LEPAS TUH DAPAT DUIT POKET 250J. SAPA TAK PANAS BRO!

    LEBIH BAIK BAGI KAT AKAK ROS....

    LEPAS TUH CAKAP... "KALO SAYANG SAYA,UNDILAH SAYA"
    KALU MENANG BOLE PEGI SHOPPING!!! BANYAK TUH 250J!

    INILAH CONTOH2 TIPIKAL DALAM UMNO! TAK DUIT, JAWATAN! SERUPA DENGAN PR JUGAK!

    LEBIH BAIK 5 MEI NANTI TIDUR JE KAT RUMAH! TAK PAYAH MEMENATKAN DIRI MEMBERI NAFKAH KEPADA AHLI2 POLITIK GILA MACAM NIH!

    ReplyDelete
  22. Kamilia terima kasih atas jasa dan sumbanganmu bersama umno selama ini
    have a good luck

    ReplyDelete
  23. Ni la muke si tamak!!! Org tamak selalu rugi....boley jlan la kamilia...muka pun spesis bsuk ati punye orang.....

    ReplyDelete
  24. dari dulu teman dah tak berkenan dgn si kamalia ni..tak faham erti perjuangan..perempuan cam ni teman tak heran le..apesal jadi calon bebas..join le parti pembangkang..tak takut de..

    ReplyDelete
  25. gugusan hari hari..indah bersama mu kamalia..kahkahkah...

    ReplyDelete
  26. PENGKIANAT BANGSA. KITA UNDI PARTI BUKAN INDIVIDU. BERTANDING ATAS DASAR SYOK SENDIRI...TAHUN DEPAN SAH DIA NI BERTANDING UNTUK PAKATAN SETAN.

    ReplyDelete
  27. pengkianat.. tetapi beliau mengambil tindakan yg terpuji dgn keluar parti dari mereka yg berada di dalam parti tetapi mengambil tindakan mensabotaj parti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes bhai...aku aokong dgn apa yg katakn...dan pengkhianat itu sntiasa berkeliaran mncari peluang...

      Delete
    2. takpe, aku jamin nanti dia akan disunting pkr/dap, mesti macai2 pas akan julang dia macam serikandi ambiga... wahkakakaka....

      Delete
  28. Matalamat perjuangannya kerusi dan kuasa. Cara dia naik pun kita boleh baca. Opportunis. Tikam Dato Shahrizat dari belakang. Minta exco Wanita UMNO Malaysia turun padang beri penerangan kepada pengundi wanita parlimen Kuala Kangsar siapa Kamilia ini sebenarnya. Warnanya yang sebenar sudah diketahui.

    ReplyDelete

  29. Setia pd parti n rakyat diddahulukan xde pada makcik kamilla.smua untk gelaran n pangkat.slamat berjaya makcik.

    ReplyDelete
  30. Teman orang kuale....bdk clifford lagi... letak kamilia kompem bungkuih... rafidah x de kena mengena dengan pencalonan wan khairil...kamelia ni perasan je dia bagus... elokla dia berambus awal dari jadi pengkhianat... kali ni teman confirm undi BN... menyesl undi PR dlu

    ReplyDelete
  31. Kalau begini la caranya lebih baik keluar. Tidak boleh dengar arahan ketua. She is not a team player. Pk diri dia je. Sebagai orang no 2 tak patut suruh ketua letak jawatan. Lihat how Najib and Mahathir masa jadi no 2. Ikut apa kata ketua. Bukan gi amek jawatan ketua. Najib tak suka orang yang tak tau hormat ketua. Apa pon pandangan dia keputusan dibuat semua mesti ikut. Kalau masuk medan tempur General kata jangan serang, soldier gi serang juga confrm kalah. Tu yang jadi masa Perang Uhud. Ni kamalia ni opportunist. Kalau dia naik jadi Ketua Wanita sah jadi kuku besi. gerenti takkan bagi orang lain naik dah. ELok la tu dah tau pejuang sejati dan pejuang yang cari pangkat dan kuasa.

    ReplyDelete
  32. Elok keluar awal,Allah swt sayangkan UMNO, parti keramat orang Islam dan Melayu.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!