PANAS BERAPI! FAKTA TENTANG PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!

gempur


1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2. Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.



2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.


Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:

“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?
Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.

Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.

Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.


Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:


A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7

(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)


ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:

Who is the one who gave it?8

(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.

‘Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.
2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.



8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkan Memorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.


Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagai Jabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre (Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:


Article 3

The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.

(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14

Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013, http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim

2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita

3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site, http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm

4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/

5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013, http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237

6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah

7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand

8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation

9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sug, http://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu

10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.

11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.

12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.

13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.

14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf

15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,” World Court Digest, 23 Oktober, 2001, http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

Sumber: Klik sini

46 Responses to "PANAS BERAPI! FAKTA TENTANG PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU YANG MESTI DIBACA OLEH SEMUA RAKYAT MALAYSIA!"

  1. Last2 bg kt kapir menang. Sbb kristian sabah dan filipin xnk islam.

    ReplyDelete
  2. Penjelasan yg cukup baik utk pemahaman dan pencerahan bg kami yg tidak arif persoalan perundangan dan sejarah Sabah dan Sulu. TQ.

    ReplyDelete
  3. KN mendapat sms nie malam tadi dan KN rasa sudah menjadi tanggungjawab kita untuk berkongsi sms yang sederhana panjang tapi padat dengan maksud dan maknanya.

    [sms terakhir seorang Vat69]

    "Wahai Isteriku, maafkan abang seandainya abang tersalah cakap mahupun terkasar perbuatan..jagalah dan didiklah anak-anak kita menjadi orang yang berguna..

    Wahai anak-anakku, maafkan ayah kerana acapkali ayah tiada disaat anak-anak ayah memerlukan kasih sayang seorang ayah..

    Wahai mak & abah, ampunkan anakmu dari hujung rambut hingga hujung kaki, sesungguhnya mak & abah telah mendidik aku menjadi insan yang berguna pada negara..

    Wahai Ibu & Ayah Mertuaku, maafkan anakanda kerana memilih kerjaya yang memungkinkan anak ibu & ayah menjadi balu sebelum usia..

    Oh Malaysiaku, maafkan aku andai aku gugur dimedan perang. Demi Allah aku telah berusaha sedaya upaya.."

    *jangan ditahan airmata itu andai kamu sebak membaca nukilan diatas.. sesungguhnya aku sendiri menangis membacanya..

    Nuar Jubor dan apek2 lanchow dari PgayR dan spesis2 lahanat Fuckaton haramjadah sudah harus direjam dgn najis sperti kanak2 Palestina merejam askar2 Yahudi Zionist demi agama, bngsa dan negara

    ReplyDelete
  4. terima kasih pk. gambaran yg diberi telah memberi kefahaman yg jelas kpd saya. maklum dlm sedar saya tidak memahami sepenuhnya isu tuntutan kesultanan sulu terhadap sabah ini, apa pun sayu terasa hati bila melihat regemen atm 21 menaiki pesawat dihantar ank isteri kesabah. selama ini kita hidup aman dan damai. walau pun sabah jauh diseberang lautan denyut nadi sabah tetap dihati kita disemenanjung. anak2 jati malaysia andai sygkan watan jgn menjadi seperti lim kit siang ,tian chhua dan yg seangkatan dgn mereka2 ini. berpolitiklah dgn adab akhlak dan berjiwa patriotik. ini maruah negara yg dicerobohi. sepatutnya dap sendiri merasa btanggung jwb. kerana dap pun mengidam untuk menguasai politik disabah. andai pulau pinang dicerobohi adakah kenyataan yg sama akn dikeluarkan oleh dap. negara ini dah hampir rosak kerana kerakusan anda org2 yg bernafsu serakah. tlg rasa kasihan pada tentera dan polis yg menjaga kita hidup aman dan damai selama ini. mereka bkn anjing2 kerajaan tpmereka adalah2 panglima2 yg akan dikenang sepanjang hayat...

    ReplyDelete
  5. Kelemahan kerajaan yang memerintah malaysia juga salah satu sebab mengapa penceroboh berkenaan boleh membolosi malaysia.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. .












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      .

      Delete
    2. sebab pakatan rakyat punya angkara. asyik politik, demo, fitnah, ceramah sepanjang masa. penjenayah dibela,,polis dihina..celaka punya pakatan rakyat!! takkan tak sedar2 lagi?

      Delete
  6. Kepada semua rakan-rakan seperjuangan sekalian, berhati-hatilah dengan penyamar yang menggunakan nama saya Encik Mohamad Nasionalis Melayu yang mana si penyamar itu suka merapu yang bukan-bukan kerana hendak memporak perandakan kita semua. Memang inilah sikap Pakatan Rakyat yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan mereka sendiri walaupun merosakkan keamanan dan memudaratkan negara.

    Berhubung isu di Lahad Datu dan di Semporna, sepatutnya Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri mengambil sikap bertanggungjungjawab dengan meletakkan jawatan akibat kegagalan mereka menguruskan hal ini dari awal. Sepatutnya sejak awal-awal lagi tindakan drastik perlu diambil. Malahan dalam keadaan situasi sekarang, saya tidak melihat lagi Ketua Polis Negara dan Menteri Dalam Negeri mengadakan kerjasama dengan pasukan keselamatan Filipina untuk menggempur gerombolan lanun yang mengaku Kesultanan Sulu itu. Gerombolan lanun itu tak sedar diri walaupun kuasa politik Kesultanan Sulu telah tamat pada tahun 1915 dan Kesultanan Sulu sendiri telah dimansuhkan oleh Filipina pada tahun 1986, maka sangat tidak wajar lagi gerombolan lanun itu hendak merapu dan mengada-ngada nak merampas Sabah dari Malaysia.

    Saya juga melihat bahawa Pakatan Rakyat sangat tidak serius dalam hal ehwal keselamatan negara dan keselamatan masyarakat. Kita semua telah lihat bagaimana Pakatan Rakyat mempolitikkan isu ini dengan begitu keji sehinggakan sanggup mengatakan semua yang terjadi ini adalah sandiwara UMNO, inilah Pakatan Rakyat, dalam keadaan yang sangat genting sebegini pun mereka masih hendak bermain politik kotor sedemikian rupa. Sandiwara UMNO apa pula, tragedi pencerobohan gerombolan lanun ini telah menyebabkan tujuh orang petugas keselamatan Malaysia terkorban, apakah pengorbanan itu adalah sandiwara?

    Berdasarkan laporan agensi pemberitaan di Filipina dan agensi keselamatan di Filipina sendiri menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah antara dalang utama dalam keganasan ini. Saya tidak tahulah sampai bila kes ini akan terpendam sebegitu sahaja kerana selagi Ismail Omar jadi Ketua Polis Negara dan Hishammuddin Hussein jadi Menteri Dalam Negeri, semua isu sensitif yang melibatkan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara akan dipandang ringan dan tidak diambil peduli oleh mereka ini kerana mereka hanya pentingkan imej mereka tapi tidak pedulikan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Lihatlah saja insiden buruk yang melibatkan kepentingan nasional Malaysia yang dibiarkan berleluasa oleh Ismail Omar dan Hishammuddin Hussein ini seperti isu BERSHIT, isu Namewee, isu penghinaan jalur gemilang oleh Pakatan Rakyat, isu hasutan liar dan merosakkan oleh Pakatan Rakyat, isu keagamaan antara Islam dan Kristian dalam isu polemik kalimah Allah, isu tuduhan Irene Fernandez yang menghina pasukan keselamatan dan kerajaan yang dituduh menyiksa Tenaga Kerja Indon walaupun yang menyiksa Tenaga Kerja Indon itu adalah puak DAP sendiri, macam-macam isu lagi yang dibiarkan berleluasa oleh Hishammuddin Hussein dan kuncunya iaitu Ismail Omar ini.

    Perdana Menteri kalau hendak jadikan Hishammuddin ini menteri lagi, silalah tukarkan dia ini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, sesuai sangat dengan sikap lembik dia itu, malahan Ismail Omar pun kalau hendak kekalkan dia dalam perkhidmatan awam, sila lantik jadi KSU di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, sesuai sangatlah dia dengan Hishammuddin Hussein di kementerian itu, boleh main anak patung dengan anak-anak tadika dan main masak-masak denagn anak-anak tadika, sesuai sangatlah mereka berdua itu.

    Bersambung.........................

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sambungan................................

      Kementerian Dalam Negeri perlukan orang yang tegas seperti Tan Sri Rahim Noor atau Tan Sri Musa Hassan untuk mengetuai kementerian yang penting sebegitu. Kerana Kementerian Dalam Negeri perlukan ketegasan, kalau nak main masak-masak dan main anak patung macam Hishammuddin dan Ismail Omar itu, lebih baik hantar ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat sajalah.

      Perdana Menteri perlu melihat isu ini dengan serius kerana perbuatan Hishammuddin dan Ismail Omar ini telah menyebabkan kerajaan menanggung malu akibat sikap tidak berhemah mereka berdua itu.

      Kepada Hishammuddin dan Ismail Omar, di manakah tanggungjawab kamu berdua? Kamu berdua ada rasa tahu malukah? Kamu berdua tahu buat kerjakah? Kamu berdua geng anak-anak tadika jugakah?

      Malahan kepada Pakatan Rakyat, memang anda semua adalah golongan biadap, kurang ajar, pengkhianat negara yang sangat berhati busuk. Sikap ini sangat membahayakan kepentingan nasional Malaysia, malahan sangat membahayakan nyawa rakyat negara ini serta membahayakan keselamatan negara ni sendiri. Rakyat Malaysia perlu sedar bahawa kita tidak boleh berharap kepada golongan pengkhianat seperti Pakatan Rakyat ini, kerana mereka ini adalah komunis dan zionist yang sangat berbahaya kepada kita semua. Oleh itu sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

      Biru Tetap Biru, Dacing Tetap Dacing, Barisan Nasional Pilihanku, Demi Agama, Bangsa, dan Tanah Air.

      Encik Mohamad.
      Nasionalis Melayu

      Delete
    2. .












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      .

      Delete
  7. Terbaik PK!ulasan yang padat dan berserta dengan fakta..cuma apa yang mengecewakan aku ialah kita terlalu lambat mengambil tindakan ataupun dengan kata lain kita terlalu berlembut dengan mereka sebelum ni dan tengok lah apa hasilnya sekarang..kepada pembangkang,daripada tuduh menuduh,lebih baik kita bersama2 selesaikan masalah ni,bkn ini masanya kita nak bergaduh tapi ini masanya kita nak bersatu..mohon lepas PRU ni DS Najib jangan lagi memilih Hishamudin sebagai menteri...!!

    ReplyDelete
  8. Tuan..mohon linkkan blog pahangku.com Terima Kasih

    ReplyDelete
  9. Memang semua yg terjadi itu angkara Anwar Al-Juburi. Sebenarnya segala keburukan yg berlaku di Malaysia, hatta di dunia adalah angkara Anwar!:

    - Laporan perisikan Amerika menyatakan dalang di sebalik serangan 11 September 2001 sebenarnya bukan al-Qaeda tapi Anwar Ibrahim (walaupun ketika itu dia sedang bertapa di penjara Sg Buluh).

    - Begitu juga dalang serangan di Bali, di Iraq, di Afghanistan mengikut risikan CIA adalah didalangi oleh Anwar Ibrahim.

    - Malah maklumat terbaru menyebut kejadian tsunami besar tahun 2004 dan meteor yang jatuh di Russia baru-baru ini juga didalangi oleh Anwar Ibrahim!

    Awas Al-Juburi, semua yg terjadi di dunia ini kaulah dalangnya!!! Malah longgarnya kawalan keselamatan di perairan Sabah hingga menyebabkan mudah dicerobohi musuh dari Sulu adalah angkara Anwar Al-Juburi juga kerana dialah pengawal pantai yang diupah oleh kerajaan untuk mengawal pantai, bukannya polis merin atau TLDM.

    Malah mengikut PI Balasubramaniam, ketika Najib meliwat Altantuya di Singapura juga, Anwar lah yang bertanggung jawab membawa Altantuya ke bilik hotel itu.

    Sial kau Anwar...segala keburukan dunia kaulah puncanya!!! Puihhhhhhhhhhhhhhhh!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkanlah Najib meliwat Altantuya....macamana pulak Altantuya mengandungkan anak Najib. Karut betul lah kau ni. Kalau mengandung, kena pancut dalam puki, bukan lubang taik.

      ....tapi tak sangka anwar dalang 911 kan?

      Delete
    2. .












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      .

      Delete
  10. anon.12.33. nampak te telinga . merah tu. marah . ye nanti kena jual tau. xsiapa yg tuduh anwar. itu kenyataan dari reuter. yg bg kenyataan org lain. yg nak saman utusan tu nape lak. minta lah datuk sri saman surat kabar filipina tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. .












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      .

      Delete
    2. Yelah unsangkarable pengemboman d bali kerja ai. Teroknya dia ni. Ingat dia meliwat tapi pandai buat bom...bom kentut haha. Oopss sori...

      Delete
  11. Calon2 yg menjadi liability spt kerismudin tapir, nazri, saifudin bingai atau Mana2 pemimpin/calon monopouse dlm UMNO/BN Jgn beri undi.!

    SUDAH SEMESTINYA JANGAN BERI UNDI PD PKR/PAS/DAP.. mereka terdiri dari pengkhianat bangsa Dan agama

    ReplyDelete
  12. PUKIMAK ANAK BABI PR SEDANG SPAM..KAH KAH KAH

    ReplyDelete
  13. Anak sulu bacul!!!!

    ReplyDelete
  14. Kematian terbaru pewira negara membangkit rasa sakit hati dan benci yg amat sangat di kalangan rakyat sabah dan sarawak terhadap anwar bin ibrahim @ peliwat @ pelayan pelacur @ pelacur agama @ bapak lanun...
    Rakyat tahu dia adalah dalang utama dan ingatlah rakyat akan bangkit menentang anda!!!!

    Headhunter

    ReplyDelete
  15. Admin yg bijak...tlg buang anak sulu...menyemak puaka babi mat liwat tu..

    ReplyDelete
  16. anak sulu bangsat..

    kamu berani sngat? pantang anak bugis dan anak dayak dicabar. kamu tunggu!!!

    ReplyDelete
  17. Pukimak bapak dalang @ mat liwat....kau patut mati sama...sila gali kubur kau babi sial...

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Parpu tolong halau comment anak sulu ni abis jam blog ko

      Delete
    2. .












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      ..












































































































































































      .

      Delete
  19. Parpu, anak sulu geng mat liwat tak puas hati.....

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!