STEADY KU NAN! CALON BN PERTAMA YANG CONFIRM AKAN BERTANDING DI PUTRAJAYA!

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mungkin merupakan satu-satunya calon Barisan Nasional yang telah pasti dalam Pilihan Raya Umum 2013 selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Pengumuman ini dibuat sendiri oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika menghadiri satu perjumpaan dengan penduduk Putrajaya semalam.

Ketika berucap dihadapan 2500 orang penduduk Putrajaya, Mohd Najib yang juga merupakan Perdana Menteri menyatakan bahawa Barisan Nasional akan mengekalkan Tengku Adnan bagai mempertahankan kerusi Parlimen Putrajaya.

Tengku Adnan sendiri kelihatan terkejut dengan pengumuman tersebut kerana ia sesuatu yang jarang dilakukan oleh Presiden parti sebelum Parlimen dibubarkan. Dengan pengumuman ini ia menutup terus khabar angin dan lobi beberapa individu untuk menjadi calon di Putrajaya.

Tengku Adnan merupakan wakil rakyat pertama Putrajaya pada 2004 dengan menumpaskan calon Parti Keadilan Rakyat, Abdul Rahman bin Othman. Ketika itu jumlah pengundi Putrajaya ialah sebanyak 5,079. Calon PKR kehilangan wang deposit apabila hanya mendapat 540 undi. Tengku Adnan mendapat 4086 undi. Pada 2008, tengku Adnan mempertahankan Parlimen Putrajaya apabila menumpaskan calon Pas. Calon Pas, Mohamad Noor Mohamad mendapat 1304 undi manakala Tengku Adnan mendapat 4038 undi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya, Mohamad Hishamuddin Yahaya, ketika dihubungi mengucapkan tahniah kepada Tengku Adnan atas pemilihan semula sebagai calon.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Dato Seri Najib yang mengambil inisiatif mengumum awal calon Putrajaya.

“Ini memudahkan jentera parti berkempen menjelang pilihan raya umum akan datang dan juga menjawab pertanyaan para pengundi Putrajaya mengenai siapa bakal calon BN di kawasan ini pada pilihan raya akan datang.”

Sumber: MyKMU

12 Responses to "STEADY KU NAN! CALON BN PERTAMA YANG CONFIRM AKAN BERTANDING DI PUTRAJAYA! "

  1. Semalam saya attend program di Sek men alam shah , Tak ada pula Dengar pengemuman drp PM pasal calon putrajaya. Dekat utusan dan bernama pun tak sebut. Reporter mereka Ada situ

    ReplyDelete
  2. Anwar sama Nurul Izzah mau bertanding di mana, tak mau umum ke? Malahan kedua-duanya sudah nak lari dari kawasan masing-masing kerana jadi ahli parlimen pun bukannya buat kerja untuk masyarakat, tetapi sibuk berpolitik siang dan malam merosakkan negara sajalah.

    Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, selama lebih 50 tahun ini, hanya Barisan Nasional yang banyak membantu rakyat, PKR, PAS dan DAP memang tak boleh diharap kerana mereka mana tau apa, PKR hanya reti berdemontrasi liar, PAS hanya tau ceramah saja, DAP pula hanya tau menghasut di sana sini, nak buat pembangunan mereka tak tau. Selama ini negara ini dibangunkan oleh Barisan Nasional, jika nak suruh PAS membangunkan negara, maka akan jadi macam Afghanistanlah, ceramah hari-hari, pembangunan tak ada, rakyat merempat ke sana sini. Jika PKR pula rusuhan di sana sini jadi macam Syria, Mesir dan Libya, huru hara setiap hari, kerajaan mereka pun tak tau nak uruskan lagi. Kalau DAP pula macam Israel, merampas tanah kampung bumiputera sesuka hati sebagaimana Kampung Jalan Pokok Assam, tanah yang dirampas diberikan pampasan RM 75000.00 tetapi hartanah yang dibina di situ adalah pangsapuri mewah berharga RM 800,000.00, lebih 10 kali ganda harga sebuah pangsapuri itu jika dibandingkan dengan pampasan yang diterima penduduk, memang DAP nak halau orang-orang Melayu dari Penang. Sedarlah rakyat Malaysia sekalian, insaflah, jangan musnahkan keamanan dan kesejahteraan yang kita kecapi ini hanya kerana terpedaya dengan pembohongan dan hasutan PAS, PKR dan DAP, mereka itu tak tau nak bangunkan negara, kerana mereka adalah gerombolan perosak negara sajalah. Sedarlah semua. Sekian, terima kasih.

    Encik Mohamad.
    Nasionalis Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Encik Mohamad atas komen berisi..teruskan perjuangan BN yang belum selesai demi mertabat dan menjaga hak2 Melayu, Islam dan institusi Raja2 Melayu...Hanya Malaysia lah negara kita yang terbaik..marilah kita sama2 menruskan perjuangan ssebgini demi masa depan anak2 dan cucu2 kita...

      HANAFI VALE. Fire !! K.O. PR !!!

      Delete
    2. ORG MCM NI APA DINASIHAT PUN SUSAH OTAK DUNGGU MEREKA NAK TERIMA. TGK CONTOH DI BERITA TADI ADA MENGATAKAN BEBERAPA BLOK CONDO AKAN DIBANGUNKAN PKNS DI JLN JELATEK. TAPI MALANGNYA IANYA DIJUAL PD WARGA ASING ESP SINGAPORE. DISINI KITA BLH RASA PERLAHAN2 IRG MELAYU SECARA HALUS DIHALAU KELUAR DARI BANDAR. MCM NIAT DAPP PD TAHUN 1969 SEAKAN TERLAKSANA DGN PERTOLONGAN PKRR PASS. APAKAH ORG2 MELAYU PKRR PASS INI MASIH TIDAK SEDAR DAN BUTA HATI DGN TINDAKAN DAPP MELALUI MEREKA SENDIRI. MMG TAKKAN MELAYU HILANG DIBUMI TETAPI MELAYU AKAN LARI MASUK HUTAN DAN HIDUP DLM KEMISKINAN JIKA PRR DIBIAR MEMERINTAH. TOLONGLAH SEDAR SEGERA MELAYU PASS PRR

      Delete
  3. Dua je keris dari dulu, tak nak tambah lagi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai ada masalah ke pada lu...smpi kuantiti keris yg menjadi persoalan pada lu...bhai jdlh lebih bijak utk hadapi hidup yg lebih mencabar...

      Delete
    2. Anon 7.12
      Jgn biarkan lambang PKR sebiji MATA LEBAM tambah satu lagi.. Sekiranya tidak diusahakan utk ditambah dah mcm lambang MATA DAJJAL!

      DAJJALKAH ANDA?

      Delete
    3. Anon 7.12
      Jgn biarkan lambang PKR sebiji MATA LEBAM tambah satu lagi.. Sekiranya tidak diusahakan utk ditambah dah mcm lambang MATA DAJJAL!

      DAJJALKAH ANDA?

      Delete
    4. Juragan 69
      X kan xfaham apa maksud dua bilah keris pada lambang umno tu....

      Delete
  4. SALAM SEMUA...
    Saya ucapkan Syabas kepada YBM Tengku Adnan Tengku Mansor calun MP PUTRAJAYA...
    Saya sayang UMNO...
    Saya sayang BN...
    Saya sayang YAB DSN s/isteri...
    Saya sayang YBHG. TUN M s/isteri...
    Saya sayang YAB TS MY s/isteri...
    Pasti nyer Malaysia mencapai status negara Maju 2020...
    Saya SAYANG MALAYSIA...
    INSYAALLAH...AMEEN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sekor lagi orang umno yang nak menongkat langit. nak jadi MP tak guna sampai mampos. tak mahu bagi peluang pada orang lain macam dia saja yang layak. cuba tanya dia tengku dari negeri mana? janganlah nak kelentong orang.

      Delete
    2. Bhai yg lu meroyan ni apahal...dia saja ke nk menongkat lngit...bhai yg dlm parti lain pun bukan lg menongkat tp dh brtomgkat lu buat dekkk jew...lu pngundi di putrajaya ke..
      Klu ia malanglh nasib anda sbb anda akan di wakili mp yg sama lg 5 tahun...thanks bro

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!