PANAS BERAPI! APAHAL TOK GURU SEKOLAH PONDOK NI SURUH AHLUL PAS TUTUP MULUT ISU KALIMAH ALLAH?

Pada 1 Februari lalu, ketika menjalankan pengajian agama di pondoknya, Pondok Haji Salleh, yang terletak di Kampung Banggol Kiat, Sik, pengasas pondok tersebut, Haji Salleh bin Musa yang juga merupakan Penasihat PAS Kawasan Sik, membuat satu kenyataan yang ramai dari kalangan ahli-ahli PAS Sik, geleng kepala kerana tidak percaya kata-kata seperti itu boleh keluar dari mulut seorang tok guru pondok.

Antara jam 7:30 pagi sehingga 11:00 pagi, program Pengajian Agama Mingguan yang telah dihadiri seramai 600 orang yang teridri dari kalangan penyokong PAS tempatan dan dari daerah berdekatan, menyaksikan Haji Salleh bagaikan terlebih sudu dari kuah. Ketika membuat bacaan kitab berhubung keperibadian dan mukjizat Nabi s.a.w, seperti biasa, dia akan turut menyentuh atau seboleh mungkin untuk mengaitkan dengan politik Malaysia. Atau lebih tepat lagi, buruknya UMNO dan baiknya PAS. Cuma kali ini, Haji Salleh menambahkan sedikit ramuannya iaitu kehebatan Pakatan Rakyat dan perlunya PAS kepada sokongan serta redha DAP dan Lim Guan Eng.



Dalam ucapannya, Haji Salleh menyeru kepada semua yang hadir agar menyokong dan berkempen untuk terus menyokong parti yang memperjuangkan Islam kerana kononnya takut masa hadapan anak cucu tidak mengenali Islam lagi.

Namun kemudian, dia sendiri yang memansuhkan kata-katanya tidak beberapa minit sebelum itu apabila menyeru semua orang agar berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH kerana menurutnya, yang dipentingkan sekarang adalah kemenangan dalam PRU13.

Seperti yang semua sedia maklum, isu KALIMAH ALLAH muncul dan kembali menjadi kontroversi selepas Lim Guan Eng yang terdesak kerana skandal penyelewengan kuasa dan tanah, membuat tuntutan agar kerajaan membenarkan penggunaan KALIMAH ALLAH untuk Bible versi Bahasa Melayu.

Semenjak itu pelbagai tentangan telah ditunjukkan oleh masyarakat Islam yang berpegang kepada peruntukan undang-undang bahawa KALIMAH ALLAH hanya eksklusif untuk umat Islam. Selain KALIMAH ALLAH, terdapat juga beberapa kalimah serta ungkapan lain yang memang khusus dan eksklusif untuk umat Islam sahaja.

8 Januari 2013, di bawah tekanan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, Abdul Hadi Awang yang dilihat sebagai 'mengantuk dan mamai' telah bersetuju dengan konsensus Pakatan Rakyat bahawa KALIMAH ALLAH boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam, terutama sekali Kristian yang mahu menggunakan kalimah itu dalam Bible berbahasa Melayu tetapi tidak untuk Bible berbahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Tamil.

Namun pada 14 Januari 2013, Majlis Syura Ulama PAS telah membuat ketetapan bahawa KALIMAH ALLAH tidak boleh digunakan oleh masyarakat bukan Islam walau dengan apa cara sekalipun.



Tindakan Haji Salleh yang meminta agar orang PAS tutup mulut dan berdiam diri berhubung isu KALIMAH ALLAH, dilihat sangat bertentangan dengan kata-katanya kononnya perlu memilih PAS dalam PRU13 kerana bimbang anak cucu tidak kenal Islam pada kemudian hari. Walhal tindakan menutup mulut dan enggan memperkatakan tentang kebenaran itu, sebenarnya lebih teruk berbanding menjadi anjing Guan Eng dan Anwar Ibrahim secara berterus-terang.

Mungkin menyedari kepincangan Tok Guru Haji Salleh yang semakin nyanyuk dan semakin jauh daripada matlamatnya untuk menyebarkan Islam, sebaliknya hanya untuk mencapai kemenangan dalam PRU13 tanpa memikirkan natijah yang akan diterima oleh generasi muda Islam, maka sekumpulan masyarakat di Sik, telah mengadakan demonstrasi berhubung KALIMAH ALLAH.

Demonstrasi tersebut telah dilakukan pada 15 Februari 2013, hari Jumaat dari jam 2:15 petang bertemat di Masjid Ar-Rahman, Sik. Masjid Ar-Rahman sememangnya amat terkenal sebagai sebuah masjid yang dikuasai dan menjadi sarang puak-puak PAS.



Lebih tepat lagi, demonstrasi tersebut telah dianjurkan oleh PENAWAR 1MALAYSIA Daerah Sik. Demonstrasi tersebut telah disertai seramai lebih kurang 50 orang ahli Penawar DAerah Sik serta Setiausaha Agung Penawar, Syukir bin Tahir.

Sebanyak 12 bunting serta gambar Lim Guan Eng dan bendera DAP telah dipijak dan dikoyakkan.

Hasil daripada tinjauan, demonstrasi tersebut mendapat sambutan yang cukup baik. Bagaimanapun, sebilangan ahli PAS yang hadir di masjid berkenaan, dan dipercayai merupakan pengikut kuat Tok Guru Haji Salleh, mencemuh tindakan tersebut.
 
Sumber: Kedahan69ers

39 Responses to "PANAS BERAPI! APAHAL TOK GURU SEKOLAH PONDOK NI SURUH AHLUL PAS TUTUP MULUT ISU KALIMAH ALLAH?"

  1. Tak abis lagi ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takkan abis selagi TONGGONG mcm ko tak berhenti menghancurkan Agama Bangsa dan Negara!!

      Delete
    2. 10:48am....cara komen kau pon aku dah nampak macam mana engkau.
      Dan aku tidak mahu berbalalah dengan orang seperti engkau, kerana tidak ada ilmu yang aku dapat.
      Dan ambillah kemenangan ini kerana ia milik engkau.

      Delete
    3. 11.56am

      Anda sendiri tidak kelihatan spt org yg berminat dgn ilmu .

      Ilmu yg anda cari lebih kpd ikut selera sendiri.

      Org pagan lebih mudah ditarbiah berbanding penjual akidah.

      Delete
    4. 12:56pm.....awak dah menang dah, nak apa lagi?

      Delete
    5. Nak nko berambus dari sini...dah g buat apa yg lebih faedah...sikit2 merajuk...sikit merajuk...nyampah aku!!!

      Delete
    6. Anon 12.56

      Saya sokong komen kamu, 'Org pagan lebih mudah ditarbiah berbanding penjual akidah.' Tiada kata yang lebih tepat untuk golongan ini. Syabas.

      Delete
  2. Saya bersetuju dengan apa yang disebut oleh Dr Asri mengenai isu nama Allah ini.
    Jelas dan mantap hujjah beliau mengenai isu ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dr Asri tu lain orang cakap, lain dia cakap, kalau bab orang melarang menyebut nama Allah, apa yang dia cakap tu betul lah. soalnya orang tak melarang orang bukan islam menyebut nama Allah, orang hanya melarang menggunakan nama Allah dalam bible, kalau nama Allah digunakan dalam bible tentulah akan sesat juga pengetahuan seseorang tentang Allah.

      Delete
    2. 10:53am.....macam engkau dah ada hujjah dan ijtihad sendiri, tak payah ikut pendapat dia.
      Orang yang tak de ilmu macam aku mesti ikut apa yang di perkstakan ulama.

      Delete
    3. Bhai 11.51 tak salah rasanya bhai 10.53 bg pendapat dia dlm blog ni...sama macam lu juga...dato dr haron din pun ulama juga kan

      Delete
    4. Seperti kata Juragan, kami pun ikut ulama juga bukankah Dr Datuk Harun Din juga ulama malah majoriti ulama diMalaysia pun tidak benarkan. Kami ikut majoriti.

      Bukan niat nak memperkecil kecilkan Dr Asri tapi ulama ulama muda apatah lagi yang lulus dari universiti Islam dinegara Barat, biasanya fahaman Islam mereka lebih liberal.

      Delete
  3. Hujah penulis tersangat dangkal. Pi ngaji lg. Belajar dan faham betul2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jawapan anda pun dangkal. pergi masuk islam dulu. dan faham betul betul islam.

      Delete
    2. Bhai 09.05 alangkah mulianya klu lu dpt detailkan dimana 'kedangkalan'penulis artikel itu...jadi dapat lah kita rasa kan kedangkalan tersebut dan sama2 kita kongsi utk membetulkan kedangkalan itu, dan bukan semata2 dangkal????...

      Delete
  4. nama je haji. tapi perangai dan cakap mcm iblis. tak sangka org kafir boleh dpt haji mcm nik aziz dan salleh harbi ni. ini lah tarbiyah PAS.

    ReplyDelete
  5. Salam.

    Sama juga seperti Datuk Nik Aziz. Sebelumnya keluarkan kenyataan sebegitu. Kita kena faham mereka ni kena feed oleh orang tertentu. Sehingga mereka didorong utk melihat isu itu dari aspek tertentu saja. Manalah ada masa tuan Hj ni nak tengok blog2 dua2 pihak dan buat analisa.

    Oleh tu. Mereka x melihat aspek lain. Mengenai sebab2 kenapa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan dalam upacara penuh kesyirikan. Siapa yang membenarkannya akan jatuh kufur.

    Sebab itu jugalah apabila Dr Harun Din menerangkan secara jelas dalam majlis syura ulama2 lain Salam.

    Sama juga seperti Datuk Nik Aziz. Sebelumnya keluarkan kenyataan sebegitu. Kita kena faham mereka ni kena feed oleh orang tertentu. Sehingga mereka didorong utk melihat isu itu dari aspek tertentu saja. Manalah ada masa tuan Hj ni nak tengok blog2 dua2 pihak dan buat analisa.

    Oleh tu. Mereka x melihat aspek lain. Mengenai sebab2 kenapa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan dalam upacara penuh kesyirikan. Siapa yang membenarkannya akan jatuh kufur.

    Sebab itu jugalah apabila Dr Harun Din menerangkan secara jelas dalam majlis syura ulama2 lain sebelum ini yg menyokong kalimah diguna oleh gereja tersentak. Barulah merek sedar perkara ini sebenarnya tidak boleh menjadi mainan politik seperti yang dikehendaki oleh Anwar. Mereka pun buat u turn.
    sebelum ini yg menyokong kalimah diguna oleh gereja tersentak. Barulah merek sedar perkara ini sebenarnya tidak boleh menjadi mainan politik seperti yang dikehendaki oleh Anwar. Mereka pun buat u turn.

    ReplyDelete
  6. Salam.

    Sama juga seperti Datuk Nik Aziz. Sebelumnya keluarkan kenyataan sebegitu. Kita kena faham mereka ni kena feed oleh orang tertentu. Sehingga mereka didorong utk melihat isu itu dari aspek tertentu saja. Manalah ada masa tuan Hj ni nak tengok blog2 dua2 pihak dan buat analisa.

    Oleh tu. Mereka x melihat aspek lain. Mengenai sebab2 kenapa kalimah Allah tidak boleh dibenarkan dalam upacara penuh kesyirikan. Siapa yang membenarkannya akan jatuh kufur.

    Sebab itu jugalah apabila Dr Harun Din menerangkan secara jelas dalam majlis syura ulama2 lain sebelum ini yg menyokong kalimah diguna oleh gereja tersentak. Barulah merek sedar perkara ini sebenarnya tidak boleh menjadi mainan politik seperti yang dikehendaki oleh Anwar. Mereka pun buat u turn.

    ReplyDelete
    Replies
    1. u turn konon...kona baring yang dibuar adalah tidak lengkap.. sekadar kata tak boleh tapi tidak memperbetulkan pengistiharan yang telah dibuat...

      Delete
    2. bila orng kata ada parasit anwarinas dlam PAS diorang tak percaya...

      Delete
  7. Tok guru politik. Jadi calun tgk blh menang masa pru

    ReplyDelete
  8. ularmak PAS memang jahil ilmu

    ReplyDelete
  9. UPAH=Undi Pas Adalah Haram.

    ReplyDelete
  10. pengikut pas sepatutnya desak bos sendiri dalam soal kalimah Allah dan bukannya mendesak karpal, guan eng. ini kerana 2 makhluk ni kita semua tau depa kapir..yang jadi masalah orang islam yang tahu hukum tapi kata boleh..lepas tu kata tak boleh..bertaubatlah bos hampa ni..dia tahu berdosa tapi dok tangguh..tak nak mengaku silap....

    ReplyDelete
    Replies
    1. aq setuju sangat,,,,, dah terlampau sesat diorang nie .. jgn sampai satu masa nanti rukun islam plak diorang x bagi ikut.... ish2......

      Delete
  11. Haramkan penubuhan PAS. Pemimpin2 mereka telah banyak mengeluarkan fatwa2 songsang yang menyesatkan dan memecah belahkan umat Islam dengan berselindung di sebalik penubuhan parti politik yang di namakan PAS. Namun pada hakikatnya mereka lah yang menyokong dan mempelopori pengunaan Kalimah Allah dalam bible, menyokong dan mengamalkan amanat Haji Hadi yang menyesatkan, mengamalkan pahaman wahhabiah, asobiyyah, khawarij, mukhtazilah, syiah, menyokong rakan sekutunnya yang pro Israel, LGBT, pluralisme, liberalisme, sosialisme, nepotisme, yang juga cauvanis dan rasist. Elok lah di haramkan sama spt kumpulan Al Arqam, Ayah Pin, Samaniah Ibrahim Bonjol dan lain2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 11:25am....aku rasa ada bagus nya ketika nik aziz bagi tazkirah pada anak murid nya, engkau datang dan engkau pulak bagi tazkirah kepada nik aziz yanng tak reti satu apa pon tu.
      Biar dia terkedu dengan hujjah engkau, dengan berbuat demikian engkau maka secara tidak langsung engkau telah menyelamatkan aqidah orang yang takdub pada dia.
      Aku yakin engkau boleh melakukan nya.

      Delete
    2. alaa... nasha mat isa bekas timblan presiden dan hasan ali pesuruhjaya PAS selangor.... lansung tak diberi peluang nak defen.... apalagi orng luar...

      Delete
  12. klu dah pengikut PAS pun x bersetuju dgn arah tujuan perjuangan diorang apatah lagi penyokong2 PAS tue... mmg lagi pening la jawabnya.. x tau nak ikut ajaran sesat yg mana satu......... kesian plak aq tgk diorang nie.. tapi yg paling kesian org2 tua yg dah lama menyokong PAS sejak ditubuhkan.. x ke confius jadinya diorang tue.. ditambah lagi dgn zaman IT nie, mmg sesat lagi menyesatkan la....

    ReplyDelete
  13. Nicky Aziz dan grombolan ahlul badigol yg berada dihiraki kependitaan telah redeem sebahagian pahala nya yg berlambak Dan membukit dgn pertukaran kuasa politik.

    Sebahagian lg Manuka dgn kuasa mengampun Dan melayakkan pengikutnya uterus kesyurga

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1:03pm....aku rasa ada bagus nya ketika nik aziz bagi tazkirah pada anak murid nya, engkau datang dan engkau pulak bagi tazkirah kepada nik aziz yanng tak reti satu apa pon tu.
      Biar dia terkedu dengan hujjah engkau, dengan berbuat demikian engkau maka secara tidak langsung engkau telah menyelamatkan aqidah orang yang takdub pada dia.Aku yakin engkau boleh melakukan nya.

      Delete
    2. Hahaha bhai 02.19....whatever bhai...

      Delete
  14. ASTAGHFIRULLAHHALAZIM. SAMPAI MCM NI KE CARANYA ORG2 PASS NAK MENANG PRU. PENCACAI DIA PUN SANGGUP TUTUP MULUT MENGENAI KALIMAH ALLAH KE.

    CUBA TANYA DIA APA HUKUM PASS SEKONGKOL DGN KAFIR LAKNAT. JELAS SGT MEREKA NI TERPEDAYA DGN CKP2 POK NICK TENTANG UMNO. TAHNIAH POK NICK KERANA BERJAYA TANAMKAN SIFAT BENCI KAT UMNO WALAUPUN RAMAI ORANG2 YG DULU DALAM UMNO DAN TAKDA DLM PARTI. DIA BERJAYA BUAT ORG PASS SEKARANG BENCI UMNO SEKARANG. TAHNIAH.

    ReplyDelete
  15. pas bnyak lari dari objektif parti. Pas lebih berjuang hal politik berbanding Islam.

    Bangkit umat Islam. Buka mata.

    ReplyDelete
  16. Inilah ustad pas, cina kapir laknat dap hina Islam dia masih lagi kata tak apa sebab nak menang pru. Kata nak tegakakn ugama Islam tapi sanggup gadai ugama sebab nak kuasa. Dapat kuasa kat selangor dan penang pun pas dapat buat ape? Itu pun masih jadi keldai dalam pakatan. Alhamdulliah dah mula ramai ahli pas yg sedar dan tinggalkan pas yg makin menjahanamkan Islam ni. Tolak pakatan!!!!!!!

    ReplyDelete
  17. kesian ahli UMNo yang cubar menyamar lam photo tu. Belum tentu lepas baca al fatihah.

    ReplyDelete
  18. Ha Ha Ha agama adalah satu kepercayaan tak harus terlampau percaya malahan agama sudah dipolitikan untuk kuasa politik. lagi ada orang bodoh percaya kekuasaan agama hingga sanggup pertahanannya tak habis-habis. Jika agama hebat ini dunia sudah tiada peperangan, jenayah, kemalangan, orang miskin dll. Dunia ini sudah maju tapi masih ada orang bodoh percaya kekuasaan agama. Ha Ha Ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. HA HA HA... DALAM KUBUR NANTI BARU KAMU TAU SIAPA YANG BODOH!!!

      Delete
    2. Baru terbaca laporan seorang padri, semasa memberi ceramah dalam gereja telah masukkan isu politik dengan membidas kerajaan, seorang tua telah berdiri dan suruh padri itu hentikan dari berceramah politik kerana gereja adalah tempat ibadah bukan untuk berpolitik. Padri pun tidak lagi cakap politik. Ada diantara yang hadhir tidak senang kerana berpendapat Nabi Isa a.s adalah adil, tidak suka dengar hanya dari sebelah pihak. Syabas pada mereka ini. Sebagai seorang yang ada pegangan ugama, tidak kira ugama apa pun, kita harus bersikap adil, tidak biarkan diri kita dipengaruhi oleh anasir anasir yang boleh merosakan keamanan,kehormanian dan kesehteraan hidup.

      Delete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!