CILI KASI TARUK! PEMBANGKANG MULA HILANG ARAH BILAMANA MEREKA SUDAH MULA TAHU MEREKA AKAN KALAH TERUK!

Perang psikologi yang dicetuskan oleh pembangkang kononnya mereka mampu menguasai 140 kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dengan menjadikan kemenangan di Sabah, Sarawak dan Johor bakal memberikan mereka majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan, tidak lebih dari sekadar untuk meredakan ketegangan yang melanda gabungan itu kebelakangan ini sekali gus untuk mengembalikan keyakinan penyokong mereka.

Menurut satu sumber, menjelang saat akhir menjelang PRU-13, risikan di peringkat dalaman gabungan pembangkang menunjukkan mereka akan kehilangan banyak kerusi. Perkembangan terbaru itu sedikit sebanyak membuatkan pemimpin-pemimpin pembangkang mulai resah.

Persepsi positif yang ingin ditonjolkan oleh pembangkang seperti mana yang disiarkan oleh portal berita The Malaysian Insider, sebenarnya tidak mencerminkan apa yang berlaku dalam gabungan pakatan pembangkang ketika ini. Biarpun diperingkat kepimpinan tertinggi Dap, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampak segalanya berjalan lancar, di peringkat akar umbi lain pula ceritanya.

Tinjauan bebas yang memihak kepada gabungan pembangkang hasil tinjauan sumber yang tidak dinamakan itu, menurut penganalisis politik sengaja dicipta untuk mencipta perang psikologi untuk meningkatkan keyakinan di kalangan penyokong mereka. Dan dalam masa yang sama untuk membuatkan Barisan Nasional (BN) berasa goyah. Sedangkan hakikatnya, keyakinan rakyat terhadap BN kebelakangan ini semakin bertambah dan penerimaan rakyat hari ini tidak sama seperti mana yang berlaku pada 2008.

Dalam Dap sendiri wujud ketidakyakinan terhadap kepimpinan parti ekoran pemilihan pucuk kepimpinan parti yang tidak telus. Pas pula terus bergelut dengan perbezaan pandangan antara golongan ulama dan kehendak majoriti akar umbi dengan pucuk kepimpinan. Begitu juga halnya dengan PKR yang turut berdepan dengan krisis kepimpinan selain kegagalan mereka dalam melaksanakan apa yang dijanjikan kepada rakyat Selangor.

Di peringkat kepimpinan pusat pula. pertelingkahan membabitkan Pas dengan Dap bukan perkara baru. Bermula dengan penggunaan kalimah Allah sehinggalah penolakan akar umbi Pas terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri. Antara PKR dan Dap pula masing-masing bersaing untuk mencari pengaruh – ingin menonjolkan diri untuk mengemudi gabungan pembangkang.

Jadi untuk mengatakan gabungan pembangkang berada pada posisi yang kuat dan terbaik untuk mengambil alih kerajaan, ia perlu dilihat daripada realiti sebenar ketika ini. Mutakhir ini jelas menunjukkan BN berada pada kedudukan terbaik – bukan sahaja untuk mempertahankan kerajaan tetapi juga berpeluang untuk kembali meraih majoriti dua pertiga.

Jika gabungan pembangkang yakin mampu menguasai lebih 140 kerusi dengan menjadikan Sabah, Sarawak dan Johor sebagai sasaran, berdasarkan satu sumber yang diperoleh oleh malaysiaaktif menunjukkan sebaliknya.

Menurut sumber tersebut, BN mampu menang sehingga 165 kerusi Parlimen, menambah 25 kerusi. Sementara gabungan pembangkang dijangka hanya mampu mempertahankan 57 kerusi – hilang hampir separuh daripada kerusi yang dimenangi. Sumber itu juga menyebut Pas bakal kehilangan lima kerusi, terutama di Kedah dan Kelantan.

Sementara Dap pula bakal kehilangan empat kerusi terutama di Perak dan Selangor, mungkin juga di Pulau Pinang. PKR pula dikatakan akan mengalami kejutan lebih hebat dan dijangka hanya mampu mempertahankan 16 kerusi parlimen. Kerusi yang hilang kebanyakkannya di Selangor, Kedah dan Wilayah Persekutuan.

Menurut sumber itu lagi, keyakinan terhadap kemenangan besar BN kali ini banyak dibantu oleh faktor kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan kejayaan program-program transformasi yang telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan ketika ini.

Peningkatan sokongan terhadap kepimpinan beliau juga disebabkan percakaran dalam gabungan pembangkang yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan rakyat. Selain itu kegagalan mereka dalam memenuhi janji-janji dan mengemukakan janji-janji baru yang tidak munasabah turut membuatkan rakyat sangsi dengan matlamat dan hala tuju gabungan pembangkang dalam mentadbir negara.

Mungkin analisa yang diberikan oleh Economist Intelligence Unit (EIU), sebahagian daripada majalah terkenal berpangkalan di London, The Economist, lebih berpaksikan kepada realiti sebenar. Dalam kenyataannya, EIU meramalkan BN akan memenangi PRU-13 berdasarkan kepada rekod pencapaiannya yang baik, agenda pembaharuan yang dilakukan oleh perdana menteri serta kepimpinan ekonomi beliau yang berjaya.

Menurut laporan itu lagi, ia berbeza dengan gabungan pembangkang yang hanya pandai membuat janji untuk mendapatkan kuasa di mana ia dilihat sebagai penghalang terbesar kepada pembangkang untuk memenangi hati rakyat walaupun mereka sendiri menyedari tidak sesuai dan sesuatu yang amat sukar untuk melaksanakan semua janji-janji kempen mereka.

 Walaupun mungkin ada yang percaya dan yakin dengan kemampuan pembangkang, dalam membuat perkiraan, ia perlu melihat kepada realiti semasa. Situasi hari ini jauh berbeza dengan apa yang berlaku pada 2008. Malah isu yang timbul juga berbeza.

House PK: Terima kasi kepada Malaysia Aktif untuk artikel ini. Hmmm, seperti yang telah aku katakan Pakatan nak create perception yang mereka akan menang besar pada hakikatnya mereka memang akan kalah, tetapi demi nak buat Kunyit Spring punya hal maka mereka buat la cerita murahan macam ni..DAP nak bertanding 150 kerusi tu, so Guan Eng bakal PM ya? Hik hik hik

57 Responses to "CILI KASI TARUK! PEMBANGKANG MULA HILANG ARAH BILAMANA MEREKA SUDAH MULA TAHU MEREKA AKAN KALAH TERUK!"

  1. MADU KASI TARUK! XXXXX MULA HILANG ARAH BILAMANA MEREKA SUDAH MULA TAHU MEREKA AKAN KALAH TERUK!

    ___________________

    taruk, mesti taruk bro.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya Allah...berilah hidayat kepada pemimpin kami iaitu Rosmah Mansur utk tutup aurat & x peluk laki2 bukan muhrim. Beliau dah byk kali ke Mekah ya Allah.

      Encik Mohamed.
      Nasionalis Melayu.

      Delete
    2. Baguslah dah sedar. Kita patut mendoakan bukamnya memaki hamun. Mudahan Allah memberi rahmat kepada anda dengan doa itu. InsyaAllah. Wassalam

      Delete
    3. Mendoakan lebih mulia dari memaki hamun.

      Kita sama2 doakan semoga Rosmah bertudung tak hari ni mungkin elok lusa.

      Amin.

      Delete
    4. AMIN YA RIBIL AL AMIN

      Delete
    5. hati2 dgn anon 4.35pm. dia tu penyamar mengguna nama en mohamad. dia tu sakit jiwa sebab sakit hati dgn en mohamad tulen yg mampu membalas hujah dgn bernas. Org menyamar mamang selau sakiT jiwa dan tak ada keyakinan diri bila berada di khalayak ramai.

      AWAS PENYAMR !!!

      Delete
    6. Betul. Klau doa untok kebaikan alhamdulillah.walau bagaimana pon tak perlu la menyamar sebagai org lain yg bkn anda. Anda tetap salah klau berbuat begitu. 4.35pm. Astarghfirullah. Just b yourself

      Delete
    7. anon 4.35 tu nak berdoa.tp dlm doanya ada sifat benci pd org lain.seharusnya berdoa begini...ya allah...bukakan pintu hati pemimpim di malaysia ini menjadikan agama islam sebgai landasan dan jgn jdkan fitnah itu menghancurkan perpaduan. serta jdkan wanita2 di bumi malaysia ini baik ahlaknya dan perilakunya.br betul.bkn tuju pd seseorg.lain la kalu ko brdoa dlm smbhyang.hanya ko dan allah yg dengar.

      Delete
    8. Encik Mohamed, kami seluruh rakyat Malaysia mengaminkan doa tuan. kita berpolitik2 jgk, yg betul kita terima lah. x kisah lah dari pihak pembangkang atau kerajaan... - ahli UMNO

      Delete
    9. Aminnn..
      semoga Rosmah terbuka hatinya utk sedekah sikit brg shoppingnya utk anak-anak yatim & org-org susah yg xde rumah...

      Delete
    10. 5.40pm. Kita kena tahu klau kita brsedekah jgn report pd seluruh dunia kerana dah jatoh riak. Baik sapa pon org tu sudah bersedekah atau brzakat kita tak tau. Jgn presume dia tidak dah lah jadi burok sangka. Berbaik sangka la. Berwaspada tidak apa ok. Just b yourself

      Delete
    11. 5.40pm. Baik siapa pon kurang elok brcerita kita bersedekah atau brzakat takut jatoh riak. Takan nak report satu dunia apa datin atau org biasa bersedekah. Berbaik sangka lah. Sambilan berwaspada. Rendah diri dgn manusia rendah hati kpd NYA.

      Delete
  2. PM: Satu undi untuk PAS bawa kepada perpecahan umat Islam

     Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata berdasarkan maklumat balas yang diterimanya, rakyat mendambakan masa depan yang cerah di bawah kepimpinan kerajaan BN."Kesimpulannya (kini), satu undi kepada PKR adalah satu undi yang membawa kerosakan akidah kepada negara."Satu undi PAS, membawa kepada perpecahan umat Islam dan satu undi DAP adalah satu undi yang membawa kepada penindasan umat Islam," katanya.Perdana menteri berkata sebaliknya satu undi untuk BN adalah bagi mempertahankan umat Islam, keselamatan akidah Islam, perpaduan umat Islam, pembelaan bangsa Malaysia dan untuk mencapai sebuah negara maju menjelang tahun 2020.    "Kerajaan yang ada hari ini mampu nak terus meningkatkan syiar Islam, bangunkan Islam. Bangunkan Islam ini tak boleh bercakap sahaja, tak boleh sekadar bersyarah sahaja tapi mesti mampu buat sesuatu, ambil tindakan, mampu lancar dan laksanakan seperti BN, " katanya.    Sebaliknya, Najib berkata PAS yang kononnya memperjuangkan Islam, sanggup berlutut kepada DAP yang jelas memperlekehkan Islam.    "Kenapa (Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) pergi rumah dia (Pengerusi DAP Karpal Singh semasa sambutan hari jadi), mana letak prinsip, pergi ke rumah orang yang paling tidak bersetuju (menentang Islam)," katanya.Najib berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Janji Ditepati peringkat negeri Terengganu di sini, hari ini yang dihadiri lebih 20,000 rakyat pelbagai lapisan dan kaum. Turut hadir isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.Sementara itu, perdana menteri menegaskan rakyat perlu sedar dan menolak parti pembangkang yang jelas menghina rakyat yang menerima pelbagai bantuan daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).    Katanya, apa yang sedang dan telah dilakukan kerajaan adalah satu tanggungjawab dan amanah bagi membela nasib rakyat.    "Kalau (pembangkang) tak buat (membantu rakyat), tak apa, (tapi) jangan hina rakyat, ini nak kata rakyat dapat BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) macam ayam makan dedak, kalau tak tolong, tak apa, tak bela, tak apa, tapi jangan hina rakyat," katanya.    Perdana menteri berkata sebagai sebuah kerajaan yang beramanah dan bertanggungjawab, kerajaan BN sedar bahawa pembelaan perlu diberikan kepada rakyat selaras dengan keperluan mereka.    "Menerusi BR1M sebanyak RM500 (setiap isirumah) itu, kita telah kira dalam sebulan (purata sebanyak) RM41.60, dapat beli sekampit beras 10kg, minyak masak 5kg dan lain-lain.    "Maknanya nak beli makanan untuk sekeluarga, cukup untuk 12 bulan," katanya.    Katanya kerajaan bukan sahaja memberikan BR1M yang telah memberi manfaat kepada 4.3 juta termasuk golongan muda, malahan bantuan awal persekolahan RM100 untuk setiap pelajar sekolah rendah dan menengah, baucar buku RM250 untuk setiap penuntut institusi pengajian tinggi dan pelbagai lagi jenis bantuan, tidak termasuk subsidi minyak, beras dan sebagainya.    Beliau berkata kerajaan juga telah melaksanakan pelbagai program selaras dengan slogan Janji Ditepati bagi membawa kesejahteraan dan kemakmuran kepada rakyat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. “Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

      Ini lah nilai cow2 semua.
      Ingat tu pesanan pm cow2 semua ye!!!

      Delete
    2. “Bantuan Rakyat 1 Malaysia…RM500 tuan-tuan akan dapat. Kalau RM500 kita (kerajaan) telah kira, dalam sebulan dapat RM41.60 dan dapat beli sekampit beras 10 kilo (kilogram), minyak masak lima kilo, gula, tepung dan lain-lain lagi.

      Ini lah nilai cow2 semua.
      Ingat tu pesanan pm cow2 semua ye!!!

      Delete
    3. BETUL JUGA TU. DULU KERJAAN BAGI SUBSIDI MINYAK DAN BANYAK LAGI BARANG KEPERLUAN YG ORANG DAH KAYA PUN DAPAT. TAPI BRIM NI HANYA ORG YG SUSAH AKAN DAPAT. BARU SESUAI.MEREKA INI PUN AMAT MENGHARGAINYA. SEBANYAK SEDIKIT DPT MERINGANKAN BEBAN. UTK ORG SUSAH 10 KILO BERAS SEBOTOL MINYAK SEPAPAN TELUR DAN BEBRAPA KEPERLUAN LAIN BOLIH TAHAN AGAK LAMA. JADI POK NICK JGN PANDANG RINGGAN.

      SAMA JUGA DLM MENIFESTO PKRR SGOR YG TAK TERTUNAI HINGGA KINI. JANJI NAK BAGI IBU TUNGGAL WANG SARAAN NAK BAGI PENDIDIKAN PERCUMA YG PATUT DI MULAKAN DGN UNIVERSITI DIBAWAH KERAJAAN SGOR. TAPI JANJI HANYA TINGGAL JANJI. SIAPA BERANI NAFI YG IANYA TAK PERNAH KOTAKAN JANJI. JADI WAJAR BRIM INI TERUS DIADAKAN. BIARLAH NICK AZEEZ KATA MCM AYAM KE LEMBU KE. ORG SUSAH MAKHLOK ALLAH DAN WAJIB DIBANTU. CAKAP GUNA AIR LIOR SEMUA ORG BOLIH CAKAP TAPI NAK TUNAIKAN BILA. DIA PATUTNYA LEBIH ARIFF TENTANG INI. CERAMAH SANA SINI TIDAK MENGENYANGKAN ORG SUSAH. IRG NAK TINDAKAN BUKAN HINAAN DAN CACIAN.

      PRU DAH DEKAT JANJI DULU TAK TERTUNAI APA NAK KUMPUL LAGI JANJI BARU KE. NANTI ALLAH TANYA KAT AKHIRAT MCMANA. DAPPIG MMG DAH JADI ARANG TAK PERLU JAWAB TAPI AWAK ORG ISLAMAMA NAK JAWAB DENGAN ALLAH DAN BAGAIMANA NAK MINTA MAAF DGN ORG2 YG KAU PERNAH JANJI.

      DAN BUAT PENCACAI YG TLG MENABUR FITNAH AWAK PUN TAK TERKECUALI. LEBIH BAIK AWAK FIKIR MCMANA NAK TUNAIKAN JANJI DARIPADA SIBUK MENABUR FITNAH BARU.

      MAUT BILA2 BOLIH DTG MENJEMPUT JADI BAIKLAJ BERTAUBAT SEBELUM TERLAMBAT.

      Delete
    4. Inilah namanya "JANJI MANIS MU" (PR)...

      Kepada penyokong PR yg menerima / mengambil apa saja bantuan yg kerajaan beri, tidakkah terasa dihati kalian bila TGNA anda mengumpamakan anda semua macam binatang?... Kalau anda semua ada perasaan, pada PRU13 nie tolong ajar TGNA, tumbangkan PR.. PR nie banyak bercakap dari bekerja...

      Delete
    5. 10.44. Belas betul tgk gaya kamu menulis. Kamu ni byk2 la bersyukur yg udara yg kamu hidu masih tiada charge oleh NYA. Kurangkan merempit sebelum kamu tergolek mcm cow. Byk2 bersyukur ye.

      Delete
  3. Ambiga: Kami akan pastikan Najib pegang ikrarnya.

    BERSIH 2.0 akan memastikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berpegang kepada ikrar integriti pilihan raya yang ditandatangani beliau baru-baru ini dengan badan pemantau urustadbir Transparency International Malaysia."Kita akan pastikan Najib berpegang pada semua ikrar tersebut," kata Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di forum mengenai perlembagaan dan urus tadbir di Kuala Lumpur hari ini.Forum itu yang berlangsung di pusat sumber kumpulan aktivis Loyarburok, diadakan sempena pelancaran buku Profesor Andrew Harding bertajuk  The constitution of Malaysia: A contextual analysis.Ketika ditemui pemberita kemudiannya, Ambiga berkata ikrar tersebut tidak terikat di sisi undang-undang, tetapi pada kebiasaannya semua yang terpilih, atau yang mahu bertanding dalam pilihan raya, mesti bertindak secara bertanggungjawab dan berintegriti."Ini adalah mereka yang akan menjadi ahli parlimen," tambahnya.Empat ikrar yang ditandatangani Najib ialah:

    Calon mestilah melihat prinsip kebenaran, integriti, etika dan telus termasuk tidak menerima atau memberi rasuah atau terlibat dalam apa cara perlakuan rasuah.

    Calon mesti mempertahan dan memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat keseluruhannya.

    Calon mesti mempraktik urustadbir kerajaan yang baik dan ketelusan.

    Calon mesti terikat dengan undang-undang dan peraturan yang terpakai di Malaysia.

    ReplyDelete
  4. PR tidak mahu tandatangan ikrar integriti pilihan raya. Sebabnya keseluruhan pemimpin PR memang TAK ADA INTEGRITI. Daripada kes khalwat, ais cream, cina doll, tabung memali, kalimah Allah, LGBT, pemilihan parti yg berserabut.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 9;00am.....are u gay?

      Delete
    2. 9:06...ko nuar ker?

      Delete
  5. Yakin takluk Sabah & sarawak? Mereka (PR) sangat berharap isu kalimah Allah dapat menarik undi bumiputera kristian kedua dua negeri. Yang aku tahu.... gereja gereja seluruh Malaysia hampir kesemuanya ditadbir paderi berbangsa Cha. Apa nak heran, kan?

    ReplyDelete
  6. Apa lagi kita harapkan dr PR pemtadbiran kerajaan negeri pun gagal mcmana nk ambil alih pentadbiran negara manifesto yg dijanjikan pun tk tertunai salah satu yg aku bengang sgt janji nk hapuskan cukai pintu pd org miskin dan kurangkan cukai pintu hakikatnya rumah aku sendiri naik dr rm90 kpd rm148 utk 6bln pertama lewat 2bln kena kompaun anwar janji klu menang nk turunkan harga minyak keta boleh percaya ke? Cukai pintu pun dia kencing lagi nk menipu biasala nk jual barang mulut kena manis rakyat dah bijak skrg boleh fikir itu blm masuk janji rafizi klu pr menang akan turunkan hatga kereta klu turunkan harga setakat seribu simpan jela klu dia trunkan separuh dr harga keta tu rasa2 apa jadi kedai keta terpakai dah tentu kereta tak laku sbb rakyat nk beli keta baru murah dah tentu aku akan tradein keta waja aku kat usecar nk beli keta mewah murah .......akibatnya usecar terpaksa tutup kedai kereta terpakai tak laku rakyat pakat nk beli kereta baru...dr sini kita boleh nampak kesan2 dr harga keta yg diturunkan rafizi pun tk katA berapa peratus harga keta dia nk turunkan ini semua umpan. org kampung boleh la diA tipu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tuka keter kena topap loan keter lama sebab use car amik murah....

      Delete
  7. UMNO BANGSAT

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau lagi bangsat jadi talibarut kafir lahanat dapsial.

      Delete
    2. UMNO BANGSAT.

      _________________

      Marah macam mana ponnnn, tak payah lah kata gitu.

      Delete
    3. Alhamdulillah...semua pahala ko dapat free kat orang UMNO.

      Tok Gurun fening lalat tak ajar dosa pahala tak??



      Delete
  8. pro00oottt dimuka nic ajis

    ReplyDelete
  9. Cabai dan lada kasi taruk.Pkrgay mesti dikuburkan tanpa nisan.Pas biarkan seperti pungguk dgn bulan seperti musafir dipadang pasir dan dapig sebgai peternak babi lepas pru ni.Caya rakyat akan bijak mengundi.Pisang tak kan berbuah 2x.UndiBN hidup lebih bermakna.

    ReplyDelete
  10. PAS bertahaluf utk dptkan undi non muslim. Dlm masa yg sama tahaluf itu mengecewakam bahkan sebahagiannya menimbulkan kemarahan ramai pengundi Muslim. Ramalan saya PAS takkan dpt undi non muslim lebih dari yg didapatinya pd PRU 12 bahkan mrk akan hilang banyak undi Nuslim yg dahulunya mengundi PAS. Percaturan politik mrk nampak lemah di situ. Mrk hanya mengekalkan undi dr pentaksubnya sahaja. Ramalan saya, PAS akan hilang banyak kerusi parlimennya, begitu juga kerusi dun. PKR pula bnyk bergantung kpd kekuatan sokongan rakyat pd PAS dan DAP, serta kemarahan rakyat kpd UBN. Dlm situasi skrg, faktor kemarahan rakyat nampak lemah. Ramalan saya, peluang PKR tampak sgt tipis. Bg DAP dan komponen PR lain undi non muslim rasanya tak bnyk beza, bahkan mrk bakal hilang bnyk undi yg sebelum ini mengundi DAP atas dasar menyokong PAS. Utk mengekalkan prestasi mrk pd 2008 nampak sukar. Ramalan saya UBN insyaAllah akan memperolehi keputusan yg lebih baik dari 2008.
    "Katakanlah (wahai Muhammad saw): Wahai Tuhan yg mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yg memberi kuasa pemerintahan kpd sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkaulah yg mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yg Engkau kehendaki, Engkaulah yg memuliakan sesiapa yg Engkau kehendaki dan Engkau menghinakan sesiapa yg Engkau kehendaki. Dlm kekuasaan Engkaulah segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu." Ali Imran 26.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sgt la x fakta bro..
      bila la kali terakhir tuan sama-sama turun ceramah agama yg melibatkan Ustaz-Ustaz PAS?

      2thn ni kehadiran ke ceramah-ceramah ilmu, sgt laaa luarbiasa ramainya...
      tuan ambil fakta dr mana ni? Utusan & TV3 ke...

      sekian..

      Delete
  11. Sekarang ni...sekadar itu je yg mampu diucapkn oleh penykong2 tegar PR...spt dot dot dot 9.40 tu. Tu je boleh. Org dh meluat sgt dh dgn PR, terutama org melayu. Jd..sedar2 lah korang. Org dh ramai sedar skrg dgn janji penipu PR. Kalau nk listkn janji kencing tu, berjela2..malas nk senaraikn kt sini. Mari ramai2 kira ajar PR.

    ReplyDelete
  12. Syabas smua penyokong umno.. Kita kna sama2 menojolkn dri kita disini, menepis dakwaan dan fitnh pnyokong pmbangkang... Dlu mereka bermharajalela disini, tp hari ni, kita mmpu lbh dari mreka mmberi dan tnjuk pd kbnrn... .. Allah maha besar, maha mngtshui.. Ya allah, berikn bn menang.. Kmi tahu mereka sahaja dpt jg bngsa, agama kmi.. Andai mereka lupa, kau bntula mereka mntup klmahan dgn hdyah mu ya allah.. Amin, amin, smin ya allah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrk bagi 10....kita balas 1000x.Nampak terlondeh sluar si cai kote bgkok tu...

      Delete
  13. Memang class ss lah kumpulan lembu umguk ni pm dia bagi tau untuk hidup dia malaysia ni perbelanjaan umtuk lembu2 umguk cuma rm46.60 memang class atasan lah wahai lembu umguk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai aku simpati dgn kejujuran lu utk buktikan yg lu mmng bodoh...sian bhai wlupun lu cuba jd bijak dlm berhujah namun bodoh juga yg tertonjol jelas... Sabar bhai..cari isu lain ya...lu kata ..lu suka ..lu fikirlah

      Delete
    2. Ini gelangang penyokong UMNO/BN yang muka tembok tak malu menyemak dan terhegeh-hegeh kat sini buat apa??

      Siapa yang bongok dan tak tahu malussss???

      Delete
    3. Bro..dlm blog pr...asyik kena tapis...nampak mcm perfect jer pr nie....
      Ya...di sini kita seronok tengok org makan cili.CILI KASI TARUK BEB...
      Lu tulis...wa layan...asal tahan pedas..betul tak?

      Delete
    4. Sepatutnya kena tapis juga sampah sampah hanyir yang hanyut kat sini. Kita lebih suka ruang ini menjadi platform bertukar fikiran yang bernas, membahas secara inteligen dan akliah, sama-sama membina untuk satu tujuan supaya kalau ada yang ingin mencari sedikit pencerahan, cahaya dan idea, dapat sama-sama kita kongsi.

      Elakkan ianya menjadi lubuk melepaskan geram, marah, sumpah seranah, penghinaan dan fitnah kerana kita sama-sama tahu ianya tidak memberi apa-apa kebaikan. Terutama pehak yang sebelah sana, walaupun kamu merasa tertekan, resah dan rasa dikhianati (olah taulan kamu sendiri ), kita sama-sama dapat berbincang secara ukhwah.

      Delete
    5. yg lembu tu ko la bukan umno nmpak sangat la para pencacai2 pakatan harami x boleh terima kenyataan yg pemimpin2 mereka hanya bermimpi d siang hari untuk ke putrajaya.....muahahaha.....

      Delete
  14. Kesian dgn kau nikan. Mentaliti rendah betul. Org dah kebulan awak masih sibuk tabur fitnah. Mcmana negara nak maju weh. Siapa nak bantu org susah kalau asyik fikir keburukan org je.

    ReplyDelete
  15. PENYOKONG FUCKATAN GO TO HELL...JANGAN JADI HAIWAN KAT SINI.



    ReplyDelete
    Replies
    1. KESIAN KAT PENYOKONG PAS..TOK GURU PUJAAN DEPA PANGGIL DEPA HAIWAN...MACAM AYAM DAN LEMBU YG KEBULOQ HAMPAS KELAPA....HAHAHA....SADIS BETUI LAA...
      YANG TOK GURU PULAK SELEPAS CERAMAH TADAH MINTA 'HAMPAS KELAPA' MACAM AYAM LAPAQ...SO DUA2 BELAH PIHAK MENGIKUT POK NIK IBARAT HAIWANLAH NOO....HIKS...

      Delete
    2. -soalan-
      Ibu : korg ni mcm anjing dgn kucing, asyik bergaduh siang-malam..

      -jawapan-
      seorg Ibu menganggap 2 anaknya sbg binatang

      wakakakakaaa...
      korg mmg genuine bodoh la beb...

      Delete
  16. Aku dah declare akan undi bn kali ini....Apa pun jenis mani fest tuut mrk...aku anggap najis babi jer.
    Mrk telah tipu aku/rakyat ,dan layak aku gelar mrk puak munafikun...bye2

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1 undi utk BN .. 1 undi sokong IPP & tol dinaikkan......................

      Delete
  17. giler lawak tajuk hari ni...
    rasa nak guling-guling ajer gelak...

    teruskan impian korg beb..
    jgn lupa...

    KALAH MASUK PENJARA..
    hahaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hhheeeeeeeeehheeeeeeeeeeeeeeeee

      Delete
  18. BUBAR PARLIMEN la weiii...

    buat tajuk mcm poyo2 gini...
    tp Bubar Parlimen x mau, ajak Debat x mau..
    loser betul la UMNO ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. setujuuuu!!!
      umno haprak.

      Delete
    2. najib ... asyik postpone sja... pru ni..... ada "cerita" yg menakutkan ke?

      Delete
  19. Najib: Saya tunggu hingga letih hendak buat p'raya

    Bernama 2:47PM Feb 24 2013

    Perrdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) belum diumumkan kerana kerajaan mahu dasar transformasi negara benar-benar terbukti berjaya dan memberi manfaat sepenuhnya kepada rakyat.Beliau berkata idea yang kreatif, perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan adalah sangat penting dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara."Sebab itulah saya tunggu sampai kita letih hendak buat PRU, kita tunggu kerana saya hendak buktikan bahawa dasar transformasi negara benar-benar boleh berjaya," katanya ketika melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Seremban Sentral di Seremban hari ini.Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hassan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Pengerusi PR1MA Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis.Justeru, Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak menukar kerajaan sedia ada pada PRU-13 nanti kerana kerajaan BN) sahaja yang boleh memenuhi harapan rakyat.Ini terbukti dengan pelbagai kejayaan yang dicatat oleh negara antaranya perkembangan ekonomi yang semakin meningkat selain mencatat pertumbuhan yang pesat, katanya."Kita harus berbangga sebagai sebuah negara kita sudah capai banyak kejayaan, kalau Ulu Temiang akan ditukar namanya kepada Seremban Utara, tetapi kerajaan jangan tukar," katanya sambil menerima sorakan gamat daripada orang ramai.Najib berkata hari ini, rakyat juga cukup yakin bahawa kerajaan BN bukanlah hanya pandai cakap sahaja tetapi juga yakin melakukannya untuk rakyat sepertimana gagasan 1Malaysia iaitu "Rakyat Didahulukan"."Semalam, saya ke Terengganu, saya naik beca dan tanya pengayuh beca bagaimana kerajaan hari ini, dia kata akan sokong BN kerana PAS mengarut, hanya pandai cakap tetapi tak pandai buat," katanya.Mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mengumpamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) kepada rakyat seperti memberi makanan kepada haiwan, Najib berkata kenyataan sedemikian sepatutnya tidak keluar daripada seorang ulama."Ulama bercakap baik, sopan, beri nasihat, ini caci-maki, merendahkan martabat orang, ini bukan percakapan ulama, kita tidak sanggup dikutuk sebagai haiwan, tapi yang anehnya yang bersusun terima BR1M bukan kita sahaja, dia (pembangkang) pun terima," katanya.Perdana Menteri berkata kerajaan akan terus melakukan yang terbaik supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan negara terjamin aman dan makmur.    Mengenai projek PR1MA Seremban Sentral, Najib berkata sebanyak 5,000 unit rumah mampu milik akan didirikan di kawasan KTM Seremban di keluasan kira-kira 73 ekar (kira-kira 30 hektar) dan dijangka siap dalam masa dua tahun setengah."Seremban tidak lama lagi akan moden, cuba bayangkan Seremban Sentral macam Sentral di Kuala Lumpur," katanya, sambil menambah sebanyak 6,000 unit rumah mampu milik di bawah projek PR1MA akan didirikan di Ulu Temiang atau Seremban Utara.Beliau berkata projek itu terbuka kepada permohonan secara dalam talian atau manual kepada mereka berpendapatan di antara RM2,500 hingga RM7,500 sebulan dan berumur 21 tahun ke atas."Dasar kita mesti bersifat inklusif, tidak kira pendapatan mesti dapat manfaat daripada kerajaan Malaysia, kira-kira 20,000 orang akan dapat manfaat daripada projek ini," kata Perdana Menteri.Projek itu juga menawarkan harga lebih rendah iaitu kurang 20 peratus daripada harga pasaran selain mempunyai kemudahan akses kepada perkhidmatan keretapi, bas serta terdapat pejabat komersil, pusat beli-belah, kesihatan dan pendidikan.

    ReplyDelete
  20. RM0.00 25/2: SPR sedia berdepan pelbagai kemungkinan pada pilihan raya umum ke-13/ Timbalan Pengerusi SPR -Bernama

    ReplyDelete
  21. DS Najib memang bijak yg buat puak PR selalu tak tenteram... pasal pe tak tenteram ? puak PR kata Najib takut nak bubar Parlimen sekarang...Kan Pemerintahan BN masih lagi sah sehingga 28 april 2013. Najib utamakan kerja2 transformasi dan turun padang membantu rakyat. tapi puak PR tak buat kerja...Najib byk bagi peluang kpd puak PR menjalankan kempen fitnah, cerita bohong, kempen provokasi dan kempen timbulkan cerita lama pasal altantuy dan bermacm2 lagi. Tapi.............makin byak puak melondehkan BN, makin byak pulak puak PR dilondehkan di atas KESILAPAN SENDIRI dan KEBODOHAN SENDIRI.

    kita perhati DAP dah silap kira undi GEC, rakyat Kedah dan kelantan dpt melihat Hutan Gondol disebabkan kerakusan pemerintahan PAS, kerajaan Selangor masih tak mau menunai janji ikut manifesto walaupaun masa masih bayk lagi sebelum piliharaya, kerajaan Pulau Pinang menyita gerai2 milik belia Pulau Pinang tanpa sebab, perebutan kerusi DAP dan PR di Johor. Sebaliknya makin ramai rakyat lebih ke arah program kerajaan BN dimana2 seluruh Malaysia. sambutan amat meriah sekali !!!

    Najib masih 'cool'....Imej PR memang dah tercalar di dalam dan luar negara. Kerajaan BN terus dapat kredit setiap kali tohmahan puak PR terhadap BN.

    HANAFI VALE. FIRE !! K.O. PR !!!

    ReplyDelete
  22. najib kata: pru13 bila rakyat dah letih tunggunya ...................

    itulah kesannya bila kuasa negara menjadi milik peribadi & keluarga........ dinasti datok nuoh..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!