PANAS! DRAMA APA YANG SEDANG DIMAINKAN OLEH PAS DAN DAP NI SEBENARNYA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH!?

Apabila PAS buat hal, maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya. Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh, yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah, sementara menunggu pilihanraya.

Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal. Meletakkan Karpal Singh sebagai 'anjing-sabung' merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil, si anak Cina sebagai wakil Melayu.

Maka, salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai. Malah, Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah.

Justeru, mengambilkira etika, professionalisme dan moral, PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran. Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini, maka satu-satunya cara ialah keluar dari Pakatan Rakyat. Jika tidak, segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.

Oleh kerana itu, ketegasan Harun Din, Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui, selagi mereka masih berada di dalam PAS. Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan 'lembik' dan berlapik, meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama, berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.

Lebih-lebih lagi, apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung. Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar, iaitu setiausaha politik Hadi, mengenai pendirian Hadi. Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai 'yakin' dan 'pasti' bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura, tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas?

Sedangkan, secara dasarnya, hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS. Hakikatnya juga bahawa Harun Din, seorang Ulama dan Harun Taib, Ketua Dewan Ulama, telah kalah di tangan Karpal Singh.

Kita menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya. Namun, kita tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai, tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian. Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.

Nampaknya, bertengkar dan kemudian melupakannya, dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan 'cara pemerintahan' PR yang mana rakyat sudah faham benar.

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama, yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik, namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.

Maka, tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri, sepertimana hadith berikut:

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah SAW bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 Responses to "PANAS! DRAMA APA YANG SEDANG DIMAINKAN OLEH PAS DAN DAP NI SEBENARNYA TENTANG ISU KALIMAH ALLAH!?"

  1. Penggunaan perkataan Allah oleh kristian adalah permainan politik DAP yang bijaksana. PAS terperangkap samada nak membenarkan mungkin akan berlaku perpecahan dalam PAS dan PAS mungkin kurang sokong. Tetapi PAS memilih untuk menyokong perkara ini bagi mengekalkan undi Cina dikawasan dia bertanding. Dengan itu PAS mungkin menang dua tiga negeri. Bagi DAP pula mereka berjaya memecahbelahkan PAS dengan itu menjamin penguasaan DAP dalam PR selepas PRU 13. Ini akan membolehkan DAP memerintah Malaysia kerana mereka dah masukkan calon "Melayu" dAlam CEC. Penyokong PAS pula yang hati mereka telah hitam akan terus menyokong PAS membabibuta atas nama Islam dan juga menyokong DAP atas arahan PAS ( Nauzubillahhi..). TG berhentilah berpolitik kalau merugikan Islam, banyak cara yang TG boleh buat untuk memajukan Islam di Bumi Tercinta Malaysia ini. ArmdReplyReplies

    ReplyDelete
  2. Tiada sebab tokong nak guna nama Allah selain sebab politik. Pas bercelaru kerana tiada pendirian dalam hal ini dan terserlah kebodohan berpolitik. Tokong jolok dan pimimpin melompat sana sini. Orang melayu berpecah sesama sendiri. Inilah sebenarnya yg dap mau. Pas jauh lebih kuat dati pkr dan dengan keadaan yg huru hara dalam pas kini, dap akan suruh pkr bertanding dikerusi pas dan dap akan ambil kerusi cina pkr. Ingatla sebaenarnya inilah yg tokong mahu iaitu tanbah kerusi dap di kawasan cina dengan ambil kerusi pkr. Pkr disaran ambil kerusi pas dengan alsan pas dah berpecah dan lemah. Wahai orang2 pas, marilah kita bersatu hapuskan kerusi dap, tolak dap Dalam pru13 nanti dan undi bn unruk kesejahteraan ummah.

    ReplyDelete
  3. kenapa pas tak sedar2 lg..ahli pas bukan tak kuat..tp ahli pas sebenarnya terlalu bodoh..najis hujung sana dikejar ,emas depan mata dibiarkan

    ReplyDelete
  4. Apa la pas pis pus ni anjing takda kaki pun takut. Ini lah nasib silebai malang macam cite penglipur lara melayu zaman tok kadok. Bayang kan silebai malang yg kene kejor anjing. Dlm citte tu silebai lari panjat pokok. takbeer bior betul.

    ReplyDelete
  5. Pengikut PAS bengap al bahlol...pemmimpin pulak penuh dgn dendam kesumat...DAP tk bertanding dikawasan melayu tpi tahu totok2 PAS kemaruk sgt nk jatuhkan bangsa sendiri...PAS perlukan undi cina bila berdepan Umno diPRU nanti...jadi niela masa yg teramat sesuai cina dap ambil kesempatan memperbodogkan pemimpin2 PAS yg dh merasa ujub...wallahualam.

    ReplyDelete
  6. irihati,hasad,dendam dan kemaruk telah menenggelamkan sedikit ilmu dan kebijaksanaan yg Allah beri pada pemimpin2 PAS...kesian

    ReplyDelete
  7. pandai je pimpinan PR konon terikat dengan persetujuan asal..

    wei pundek haramjadah PR,dulu datuk nenek korang smua ni bersetuju dengan kontral sosial.apasal yang tu korang takmau terikat dengan persetujuan asal plak?

    kalau takmau terikat,orang lain pun bole la takmau terikat gak.mansuhkan skolah vernakular.semua tutur dalam satu bahasa je

    bangang je sekor sekor

    ReplyDelete
  8. PAS dah buat sumpah Bai'ah dengan Karpal Singh/DAP....jadi tak boleh langgar nanti tertalak 3 bini2 yg ada....!!?? Tak ke aniaya....he,he,he, tak percaya pi tanya Nikki Ajis.Gurau tengahari untuk pemimpin isle malaysia.!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!