CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Tuesday, January 29, 2013

PANAS BERAPI! ZAKI ZAHID, BANGKAI 4TH FLOOR YANG SEDANG MEMUSNAHKAN KFC! WAJIB BACA!

Aku tak faham betul la, ingatkan selepas pemergian Tun Dol,  semua bangkai 4th Floor dah habis. Rupanya tidak bhai. Ada lagi bangkai yang masih berleluasa dalam GLC. Jom baca pendedahan oleh Mykmu.net kat bawah ni:

Ke Hadapan YAB Dato Haji Abdul Ghani Othman.

Isu penjualan KFCH yang mana JCorp mempunyai kepentingan majoriti kembali hangat menjelang pilihan raya umum ke-13. Sama ada ia dirancang oleh pihak tertentu atau atas “kebebalan” Lembaga Pengarah JCORP sendiri sukar dipastikan.

Setahun lalu isu Kentucky Fried Chicken (KFC) riuh-rendah apabila Johor Corp bercadang untuk menjual syarikat makanan terkemuka ini. Alasannya ialah Johor Corp memerlukan wang tunai segera untuk mengatasi masalah hutangnya yang bernilai RM 6 bilion.

Setelah mendapat bantahan dan kritikan pelbagai pihak, isu penjualan KFC Holdings ini tiba-tiba senyap tanpa sebarang berita. Orang awam terutamanya orang Melayu tertanya-tanya apa yang terjadi kepada KFCH. Apakah inisiatif penjualan ini telah dihentikan atau dijalankan di belakang tabir.

Menurut blog Sanggah Tok janggut, usaha-usaha ini terus berjalan sekarang. Jika ini benar ia merupakan satu keadaan yang sangat mendukacitakan. Lebih mengelirukan mengapa YAB Dato’ selaku penjaga ekuti Johor Corp membenarkan kegiatan seperti ini berlaku. Majoriti ahli UMNO, majoriti orang Melayu dan majoriti orang Islam tidak akan rela dengan keputusan menjual kepentingan majoriti KFCH ini kepada syarikat bukan Islam.

Jika suatu ketika dahulu Johor Corp sanggup bersepak terajang dengan usahawan Melayu lain untuk mengambil alih Kulim Berhad atas alasan untuk menjaga kepentingan bumiputera dalam industri makanan halal. Sekarang apa yang terjadi?

Banyak lagi aset lain Johor Corp yang boleh dicairkan atau dijual bagi membayar hutang berjumlah RM 6 billion itu mengapa KFCH menjadi pilihan.

Sebenarnya kedudukan KFCH sangat kompleks kerana ia tidak dimiliki secara langsung oleh Johor Corp. Ia dimiliki melalui Kulim Berhad. Dilaporkan JCorp hanya memiliki 53% saham Kulim. kulim pula memiliki 57.5% saham QSR. QSR pula memiliki 50.6% saham KFCH.

Bayangkan betapa kompleksnya pemilikan saham KFC dan tidak mungkin JCorp boleh mendapat kesemua wang penjualan KFC ini untuk membantunya melunaskan hutang. Jumlah yang akan sampai kepada JCorp mungkin tidak sampai separuh pun daripada harga jualan.

Bagaimanapun perkembangan terbaru menyaksikan JCorp bersama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan sebuah syarikat pelaburan Asing berjaya mengambil alih KFCH. Dengan kata lain proses penjualan kini menjadi lebih mudah dengan hanya tiga pihak perlu membahagikan keuntungan.


The RM5.2 billion privatisation of KFC Holdings (M) Bhd and its parent QSR Brands Bhd will be completed on Monday, subsequently paving the way for the delisting of both firms.

QSR Brands managing director Datuk Ahmad Zaki Zahid said KFC and QSR shareholders will be paid on January 23 and January 25, respectively.

“The RM5.2 billion privatisation cost is being paid by Johor Corp Bhd (JCorp), the Employees Provident Fund and CVC Capital Partners,” Ahmad Zaki told reporters here yesterday at the launch of Pizza Hut’s latest offering, the Golden Harmony Feast

Read more: QSR, KFC privatisation to conclude on Monday http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20130118001028/Article/index_html#ixzz2JHIw7M8c

Melalui pengambilalihan ini ia akan memudahkan urusan jual beli pada masa akan datang. Oleh kerana JCorp berhadapan masalah kewangan kemungkinan besar transaksi ini melibatkan jumlah saham yang besar menjadi milik CVC Capital Partners dan EPF.

Pembabitan CVC Capital Partners menimbulkan syak wasangka yang sangat besar bahawa JCorp telah bersedia untuk menjual KFCH kepada pihak ketiga selepas selesai proses pengambil alihan ini. Jika tidak benar, Dato’ Menteri Besar perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar. Rakyat terutamanya ahli UMNO berhak tahu apa yang akan berlaku kepada KFCH yang berada di bawah jagaan JCorp.

YAB Dato’ Menteri Besar,

Saya percaya kerja-kerja penjualan dan pengambil alihan aset sebegini sebenarnya dirancang dan dilakukan oleh “penyangak-penyangak” (crooks) perniagaan yang akan membuat keuntungan melalui proses penjualan ini. Mereka yang mencadangkan kepada Tan Sri perkara ini sama ada mempunyai kepentingan dalam pengambil alihan atau mempunyai tujuan membuat keuntungan sekelip mata dalam proses penjualan ini. Banyak cara untuk kumpulan ini membuat keuntungan untuk transaksi ini.

Proses pengambil alihan korporat sebegini selalunya lebih menguntungkan lembaga pengarah dan individu tertentu yang merancang proses ini.

Adalah lumrah perniagaan bahawa JCORP berhak untuk menjual mana-mana kepentingannya bagi tujuan pengembangan atau proses rasionalisasi perniagaan. Cuma janganlah diberikan alasan-alasan bodoh seperti mahu membayar hutang JCorp yang akan matang pada Julai 2013.

Khabar angin bertiup kencang bahawa cadangan penjualan ini timbul selepas kemasukan beberapa nama dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Ethos ke dalam KFCH terutamanya Datuk Ahmad Zaki Zahid. Memang nama Zaki Zahid dibawa oleh “orang yang lebih besar” daripada Menteri Besar, namun sebagai Menteri Besar yang telah berpenggal-penggal apakah Dato sanggup membiarkan hal ini terjadi?

Apalah sangat kehilangan jawatan Menteri Besar berbanding Dato mengakhiri kerjaya dicemuh oleh ahli UMNO dan orang Melayu keseluruhannya?

Seelok-eloknya, adalah lebih wajar JCorp mengarahkan KFCH menjual cawangan-cawangan KFC kepada usahawan kecil bumiputera untuk dijalankan secara sistem franchaise seperti mana yang dilakukan oleh McDonald.

Ingatlah JCorp ditubuhkan atas iltizam dan kehendak orang Melayu Johor dan UMNO untuk menjaga kepentingan bumiputera. JCorp bukan syarikat korporat biasa yang menjadi alat lintah-lintah kapitalis membuat keuntungan pelbagai peringkat untuk diri mereka sendiri.

Inilah yang sepatutnya ditegaskan oleh Dato Menteri Besar kepada lembaga pengarah JCorp yang rakus dan berfikiran kapitalis tulen.

Nota Untuk Ahmad Zaki Zahid:

Cukuplah apa yang terjadi kepada pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sepatutnya saudara selaku Ketua Pemuda UMNO Putrajaya, EXCO Pemuda UMNO Malaysia yang berada dalam KFCH sekarang ini perlu mencari jalan membantu usahawan bumiputera berkembang di bawah payung KFCH bukannya melingkupkan pula KFCH.

Terdapat 500 outlet KFCH ini jika saudara cadangkan kepada sistem franchaisee ia boleh yang boleh dijual sekitar RM 2 juta sebuah. Dalam masa yang singkat KFCH boleh mendapatkan sekitar RM 1 bilion. Dalam masa yang sama saudara boleh mewujudkan 500 usahawan bumiputera baru.

Melalui kaedah ini juga KFCH dapat mengatasi masalah pengurusan outlet-outletnya yang sangat teruk sekarang ini. Layanan, servis dan penyelenggaraan outlet-outlet KFC jauh ketinggalan berbanding saingan utamanya McDonald mahu pun syarikat makanan segera lain.

Ini kerana KFCH masih lagi mengamalkan kaedah Master Franchaise menguasai semua outlet. Akibatnya ia dilihat berhadapan dengan masalah pengurusan sumber manusia. Pengurus outlet tidak melihat outlet tersebut sebagai perniagaannya tetapi sekadar makan gaji daripada KFCH. Hasilnya banyaklah insiden-insiden yang tidak enak mengenai KFC muncul di dalam ruang siber.

Cukup-cukuplah kerja buat untung atas angin. Buatlah kerja untuk orang Melayu sama.

23 comments:

  1. Tak abeh abeh taik cirit pak lah ni. Dah pencen, tp taik bersepah sepah.

    ReplyDelete
  2. KERJA KERJA BAIK TAN SRI HASHIM YANG DIBINA BERTAHUN TAHUN TELAH DI MUSNAH.
    HAPUSKAN DAN BUNUHKAN ANAI ANAI YANG TERDAPAT DIDALAM PERBADANAN JOHOR DAN ANAK ANAK SYARIKATNYA.
    ORANG UMNO TAK AKAN RANAPKAKAN PERJUANGAN UMNO DAN ORANG MELAYU.
    HIDUP UMNO, HIDU MELAYU.
    HAPUSKAN PENGKHANAT YANG ADA.

    ReplyDelete
  3. Zaki Zahid ni pun species mamak jugak memang mamak kaki pembelit dan penipu .....

    ReplyDelete
  4. org umnongok memang kaki songlap, dulu kini dan selamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak di nafikan adanya orang2 macam ni dalam UMNO...tapi orang macam ini selalunya takan lama dalam UMNO...tak lama lagi org2 macam ni akan di tendang keluar ataupun keluar sendiri..dan tempat berkumpulnya orang2 macam ni adalah dalam parti koyak rabak @ pakatan yg kau sanjung tu...

      Delete
    2. Pasngok bahalol 1.08. Nampak tak engkau mcm mana kami penyokong
      umno membelasah tak kira siapa jika
      mereka mereka itu memudaratkan
      Islam, melayu dan umno.
      Bukan mcm puak engko. Pemimpin ko
      songlap duit ka,waima terjuntai pala
      butoh pun engkorang sanjung tak berbelah bagi.bodosss!!

      Delete
    3. kenapa kau tak balasah semah takut ka........

      Delete
  5. bukan sebalau ni je yg akan musnahkan melayu....si Ghani Zapin MB Johor tu pon sama berkomplot memusnahkan Melayu.....lihat lah melayu akan musnah semusnahnya jika dibiarkan kaki-kaki jahanam ni ada dalam UMNO...kembalikan KFC sepertimana perbadanan johor ambil alih dulu.....penjualan KFC bukan nak bayar hutang tapi sebenarnya ada agenda lain....sebaliknya untuk perbadanan johor selesaikan hutang yang matang pada julai 2012 dulu adalah dengan hutang lagi memlalui bon plak....mana kejadah nya siGhani ni kata nak byar hutang gan jual KFC...penipu dasar penipu....baik mampos ghani ni

    ReplyDelete
  6. pukimamak punya umno harbi..dh la habis tanah di johor dijual pd cina oleh pemimpim umno harbi..skng plak nak jual kfc...mmg celaka pemimpin umno n ahlinya..umnolah yg merompak n menjual tanah melayu di johor...bodoh punya melayu umno johor,..kat mana umno harbi kuat,disitu melayu merempat...

    ReplyDelete
  7. Anon 2.05pm..
    Ko lgi bodoh..aq dok n asal dri johor x merempat pun..klu melayu yg pemalas cm ko ni dok kt mane pn akn merempat..tak yah ckp psal org lain..tgok diri sndiri dlu..maki hamun org sesuka hti ikut suke mak bapak ko je..anwar ke nik ajis yg ajar ko maki org?

    ReplyDelete
  8. Dari awal lagi Jcorp suka berhutang bila mau kembangkan bisnes,JCorp sepatutnya mampu membayar tunai dlm pengambilalihan organisasi tertentu,sebaliknya sanggup berhutang seperti kes KFCH.Akibatnya,untung bertambah,hutang pun bertambah..

    ReplyDelete
  9. salam buat bro parpukari. first of all sy menghormati anda sbg senior antara blogger2 yang ada ..sebagai orang baru dlm dunia alam maya ini, sy rasa saya perlu menegur anda. Ini kerana isu yg anda mainkan ini mengenai Datuk Zaki dan KFC jelas anda tidak faham selok belok urusan syrkt korporat dan ditambah juga ini bukanlah spt jual beli barang tepi jalan. Terlalu byk prosedur yg perlu dilakukan serta bukanlah Datuk Zaki ini seorg sahaja yang buat keputusan.. Ada lagi major shareholders yg terlibat. Klu sy tulis pjg sgt pun nnt xde org nk baca, dipendekkan cerita, jual beli ini melibatkan sebahagian shj dan tak kan lah Sultan Johor bodoh? Masih ada BOD yg turut serta dlm urusan ini, diingatkan BUKAN D.Zaki punya keputusan semata2. Klu kita tidak faham, eloklah kita belajar or tanya org yg lebih faham, krn hasil tulisan anda dibaca org dan persepsi akan wujud. jgnlah anda menjadi blogger yg tidak bermaruah krn org UMNO bukan mcm tu. sy org UMNO begitu jg Dzaki. Org UMNO MELAYU dan Islam sma sekali tidak akan mengkhianati bangsa dan ugama sendiri. kalau sdr ada masalah peribadi dgn beliau mahupun sdr memerlukan dana, pergilah berjumpa dgn beliau. jgn buat tohmahan spt ini. ok Sdr.Parpukari. Sy pecaya blogger UMNO di luar sana lbh bermaruah demi UMNO itu sendiri.

    ReplyDelete
  10. salam buat bro parpukari. first of all sy menghormati anda sbg senior antara blogger2 yang ada ..sebagai orang baru dlm dunia alam maya ini, sy rasa saya perlu menegur anda. Ini kerana isu yg anda mainkan ini mengenai Datuk Zaki dan KFC jelas anda tidak faham selok belok urusan syrkt korporat dan ditambah juga ini bukanlah spt jual beli barang tepi jalan. Terlalu byk prosedur yg perlu dilakukan serta bukanlah Datuk Zaki ini seorg sahaja yang buat keputusan.. Ada lagi major shareholders yg terlibat. Klu sy tulis pjg sgt pun nnt xde org nk baca, dipendekkan cerita, jual beli ini melibatkan sebahagian shj dan tak kan lah Sultan Johor bodoh? Masih ada BOD yg turut serta dlm urusan ini, diingatkan BUKAN D.Zaki punya keputusan semata2. Klu kita tidak faham, eloklah kita belajar or tanya org yg lebih faham, krn hasil tulisan anda dibaca org dan persepsi akan wujud. jgnlah anda menjadi blogger yg tidak bermaruah krn org UMNO bukan mcm tu. sy org UMNO begitu jg Dzaki. Org UMNO MELAYU dan Islam sma sekali tidak akan mengkhianati bangsa dan ugama sendiri. kalau sdr ada masalah peribadi dgn beliau mahupun sdr memerlukan dana, pergilah berjumpa dgn beliau. jgn buat tohmahan spt ini. ok Sdr.Parpukari. Sy pecaya blogger UMNO di luar sana lbh bermaruah demi UMNO itu sendiri. yang benar, Blogger Muda

    ReplyDelete
  11. SATU2 HARTA MELAYU YG MENJUAL MAKANAN HALAL. JANGANLAH DIJUAL. SEDIH TENGOK HARTA YG BEGITU BERHARGA LEPAS KETANGAN BUKAN ISLAM. KFC KEBANGAAN ORANG MELAYU. SILA FIKIRKAN SEMULA.

    ReplyDelete
  12. SIAPA "BUDAK BUDAK TINGKATAN 4 " NI YA.
    AKU PERNAH DENGAR CERITA MEREKA TAPI TAK MENDALAM. MUNGKIN ADA ORANGYANG SUDI GALI BALIK CERITA BUDAK BUDAK NI.
    SIAPA MEREKA. ?

    ReplyDelete
  13. Kalau kFCH ni terjual, percayalah, UMNO bakal jatuh di Johor. Dan sekali orang Johor berjauh hati, jangan harap UMNO akan dapat undi lagi. Tapi aku yakin, Kerajaan Bangang yang ada skang ni akan biarkan aje bende ni terjadi. Tak cukup dengan beratus orang pembangkang dibiar bekerja di sektor awam dengan jawatan tinggi, skang ni Melayu Johor pulak nak dianiaya dengan jual harta JCorp pada orang lain. BN kena ingat, undi orang Johor ni tongkat untuk BN berkuasa. Jangan sampai orang Johor menyampah sebab kami penat menyokong, tapi suara yang didengar balik - balik suara pembangkang dan negeri pembangkang. Ingat sikit, Menteri - menteri semua rakyat yang bagi kerja, jadi rakyat juga yang boleh pecat kamu dari kerja kamu sekarang !

    ReplyDelete
  14. dah jual nak kate ape?Bodo punya org..tamak..bangsat!!!

    ReplyDelete
  15. Thanks for every other informative site. The place else could I get that kind of information written
    in such a perfect approach? I have a challenge that I am just now operating on, and I've been on the glance out for such information.

    Here is my web site - miscrits locations

    ReplyDelete
  16. For most recent information you have to visit internet and on internet I found this website as a best web site for most up-to-date updates.


    Here is my website - youtube view bot

    ReplyDelete
  17. Fantastic beat ! I wish to apprentice while you amend your web site, how
    could i subscribe for a blog website? The account aided
    me a acceptable deal. I had been tiny bit acquainted of this your broadcast offered bright
    clear idea

    Here is my webpage; clixsense

    ReplyDelete
  18. Great post. I was checking constantly this blog and I'm impressed! Very helpful information specially the last part :) I care for such information a lot. I was seeking this particular info for a very long time. Thank you and good luck.

    Review my page - ptcbox

    ReplyDelete
  19. Hey just wanted to give you a quick heads up.
    The words in your content seem to be running off the screen
    in Chrome. I'm not sure if this is a format issue or something to do with internet browser compatibility but I thought I'd post to let you know.
    The design look great though! Hope you get the problem solved soon.
    Thanks

    My webpage - youtube views

    ReplyDelete
  20. Spot on with this write-up, I actually believe this amazing site
    needs far more attention. I'll probably be back again to read more, thanks for the advice!

    Review my homepage - soundcloud downloader for mac

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!