PANAS BERAPI! WACANA INTELEK IDR BANTU REALISASI GAGASAN PERAK AMANJAYA

Bagi merealisasikan matlamat gagasan Perak Amanjaya, Institut Darul Ridzuan (IDR) hari ini menganjurkan sebuah wacana intelek yang mengupas konsep keamanan dengan tajuk ‘Qur’anic Concept of Peace And Its Relevance To Multi Religious Society” yang disampaikan oleh tokoh ilmuwan Islam, Profesor Dr Mahmoud Mustafa Ayoub.

Program yang berlangsung di Dewan Bankuet, SUK itu turut dihadiri oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dan Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Hashim.

Dalam forum terbabit, Dr Mahmoud menegaskan Islam adalah agama yang menganjurkan keamanan.

“Dalam Islam, konsep keamanan diketengahkan, Islam sendiri bermaksud keamanan, keselamatan dan ‘penyerahan’.

“Aslama atau Salama ialah perkataan yang membawa maksud penyerahan diri secara menyeluruh kepada Allah S.W.T,” katanya ketika menyampaikan forum pada majlis tersebut.

Malah, konsep keamanan juga turut diperkenalkan dalam fahaman agama yang lain, katanya.

“Dalam globalisasi barat, konsep keamanan dipengaruhi oleh satu keadaan di mana tidak berlaku peperangan. Realitinya ia membawa kepada keadaan di mana manusia mempunyai kesihatan yang baik dan berada dalam keadaan selamat,” jelasnya.

Baca seterusnya di Perak Today

10 Responses to "PANAS BERAPI! WACANA INTELEK IDR BANTU REALISASI GAGASAN PERAK AMANJAYA"

  1. Satu lagi projek syok sendiri menipu rakyat BN. seperti projek2 karat yang lalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Projek karat...memang kamu buta mata dan buta hati kerana terlalu banyak minum air jampi...

      Delete
    2. Wah marah betul kawan kita tu....

      Delete
    3. sebab adanya org2 bodoh mcm anon inilah sesuatu negeri itu susah nak maju. aku tgk ini satu program yg sgt bagus tetapi kenapa nak taruk umno sedangkan bagi negeri Perak dah maju sekarang ini dgn adanya MB yg sgt cekap dan berdedikasi.

      Delete
    4. btl3 dol mat apa yg kau cakap ini mmg btl seratus peratus sebab ada juga org ini berfikir tak pakai akal tapi lutut mereka kot.

      Delete
    5. pakatan bila suruh buat pembaharuan haram takde..
      perak maju kerana MB jawatanya dipegang oleh orang UMNO..
      kalau pakatan macam selangor lama dah lingkup..
      nak2 kaalu si nizar tu dulu

      Delete
  2. BAGUS APA DGN ADANYA PROGRAM2 SEPERTI INI DAPAT MNGAJAR RAMAI ORG KENAL AKAN KEUNGGULAN AGAMA ISLAM KITA DAN AKU HARUS UCAPKAN TANIAH PADA MB PERAK DAN IDR KERANA TELAH BERJAYA MELANGSUNGKAN PROGRAM YG BLH BERI BYK MANFAAT PADA RAKYAT.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku sokong dgn apa yg mira edora katakan ini mmg bernas.

      Delete
  3. geli aku tengok mamak mughallazah d tgh2 tu. kesian kpd sesaper yg berdiri berhampiran, terpaksa kena samak tubuh badan,,,

    ReplyDelete
  4. Bagus la ada program sebegini. Harapkan di samping program sebegini dapatlah juga buat program yang lebih santai. Maksud saya isinya tak santai tetapi caranya lebih santai. Kalau di dewan banquet susah sikit nak pergi le . Baju pun tak ada yang sesuai. Tak pasti program ini percuma atau tidak terbuka atau atas jemputan sahaja.

    Alangkah bagusnya kalau Prof jemputan dapat buat dalam bentuk dialog-dialog ala-ala macam Socrates dan Aristotle dedulu. sambil jalan-jalan perlahan-lahan makan kuaci dalam taman sambil berwacana. Kalau style sekarang lebih kurang sembang-sembang sambil minum teh. Kalau duduk atas rostum atas pentas berucap suasah tumpuan nak di beri dan tiada hubungan terus. Style ini nampak macam elitist sikit. Intellectualism jangan di had kan pada elitist sahaja. Memang laa Mak cik cuci tandas tak mampu nak faham apa Prof ni cakap kalau ikut academia macam ni. Tapi kalau Prof cakap dalam santai dalam bahasa mudah mungkin boleh kot. Tidaklah jatuh taraf dia kalau cakap secara santai.

    (sebenarnya saya melalut panjang ni bukan apa saja nak kasik tau kat IDR bahawa zaman dah berubah sikit. GEN Y dan seterusnya lain pendekatannya... periksa sikit-sikit la ye)

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!