PANAS BERAPI! RAFIZI DALANG JUAL PASIR DI SELANGOR?

Universiti Selangor (UNISEL) untuk entah kali ke berapa terus menarik perhatian umum dan mengundang kontroversi yang tak sudah-sudah semenjak IPT itu di urus tadbir oleh Kerajaan PKR Selangor.

Sebelum ini UNISEL diselubungi  masalah timbunan hutang berjuta ringgit gara-gara kegagalan urus tadbir dan masalah kewangan yang menyebabkannya gagal melangsaikan bayaran perkhidmatan pengurusan asrama.

Tumpuan kali ini pula berkisar pada permasalahan yang dihadapi sekitar 5,000 hingga 6,000 orang pelajarnya di Kampus Bestari Jaya, Kuala Selangor apabila terpaksa tinggal di luar penempatan asrama berikutan masalah mendapan tanah dan keretakan bangunan selain turut menjejaskan sistem pendawaian elektrik.

Sejak Kampus UNISEL di Bestari Jaya ini siap dibina dan mula beroperasi pada 2005, masalah sistem utiliti pendawaian elektrik, mendapan tanah atau keretakan bangunan tidak pernah berlaku sama sekali.

Namun apabila Kerajaan Negeri mula diambil alih oleh pakatan pembangkang yang bersekongkol di bawah gabungan PR, masalah mula timbul berikutan tindakan Kerajaan PKR Negeri melalui Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dan kontraktor yang dilantik semakin menggiatkan aktiviti perlombongan pasir di sekitar kawasan berdekatan.

Keadaan ini bertambah buruk lagi apabila permit kebenaran melombong pasir disalah guna sehinggakan wujud pula aktiviti mengorek pasir secara haram yang kian berleluasa melewati sempadan yang telah ditetapkan termasuklah berhampiran kediaman penduduk dan Kampus UNISEL berdekatan.

Sekitar tahun 2010 dulu para penduduk di kawasan ini merangkumi Bestari Jaya, Kampung Susu dan Kampung Berjuntai Bestari pernah beberapa kali meminta jasa baik Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dan Kerajaan Negeri pimpinannya segera menghentikan kegiatan perlombongan pasir di sekitar kawasan berkenaan.

Tuntutan mereka itu berasas demi menjaga keselamatan penduduk setempat dan para pelajar di Kampus UNISEL Bestari Jaya, namun seperti mana biasa MB Selangor terus dengan sikap keras kepalanya mengabaikan aduan kebimbangan penduduk.

Pada 29 Julai 2010, Mantan Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Khir Toyo melalui blog beliau pernah menyuarakan kebimbangannya tentang kemungkinan risiko aktiviti perlombongan pasir yang dilakukan tanpa kawalan termasuklah kerap menggorek jauh ke dalam bumi bakal menjejaskan alam sekitar kawasan tersebut.

Tika itu ramai pimpinan Kerajaan PKR Selangor termasuk mandang mudah kebimbangan yang disuarakan oleh Mantan MB Selangor dan penduduk sekitarnya, tapi hari ini ia menjadi kenyataan.

Gara-gara kegagalan urus tadbir Kerajaan PKR Selangor dan kelemahan bertindak Menteri Besarnya yang paling bebal dan keras kepala di atas muka bumi ini, akhirnya sekitar 6,000 orang pelajar UNISEL terjejas teruk, manakala penduduk di kawasan berdekatan terpaksa berdepan dengan keadaan yang tidak menentu.

Inilah masalahnya apabila urus tadbir Kerajaan Negeri diberikan pada kelompok yang hanya pandai berjanji dan bercakap besar, akibatnya rakyat yang terpaksa menanggung bebannya. 

Menyesal? Tak beguna jika mentaliti kita masih percaya pada poli'tikus' baiki labu macam pemimpin-pemimpin PKR, DAP dan PAS.

Seeloknya semasa PRU 13 nanti kalau-kalau berasa masih yakin dengan kebolehan sikap cakna rakyat yang kononnya dimiliki oleh para pemimpin PR, eloklah sama-sama kita terus mengundi PKR, DAP dan PAS untuk kebaikan bersama. 

Manalah tahu kot kalau mati dihempap bangunan atau tertimbus tanah mendap, alang-alang janji pendidikan percuma hanyalah janji dicapati oleh PR, setidak-tidaknya dapatlah juga rezeki tanah kubur percuma untuk anak-anak kita dan orang kampung sekitarnya. Tak gitu?

22 Responses to "PANAS BERAPI! RAFIZI DALANG JUAL PASIR DI SELANGOR?"

  1. Kasi bukti dokumen untuk support point di atas. Setakat komen dengan air liur orang utan di sepilok sabah boleh buat komen dalam blog...

    Asam keping kasi taruk!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ade dokumen pun ko nak percaya ke?? CCTV yang terang benderang nampak muka pemimpin ko tengah menutuh pun ko tak percaya...

      Delete
    2. Jangan emo...ada dokumen baru orang boleh kaji.ni main kasi bubuh, beruk mak yeh pun boleh claim.
      barulah satu malaysia, x gitu anon 9:04

      Hidup Melayu

      Delete
    3. 9:04

      jgn jwb mcm budak2 lah...

      Delete
    4. documen dr orang macam khir toyo, rahim thambi kecoh, saiful soru parpu dan lain 2 yg sama waktu dgn ameno mana boleh pakai bro......makamah kata tak reliable! sekarang papagomo pun tak ngaku blog dia......camno tu........memang BN dah nak mampus dah serupa kominis je nkorang......kah kah kah.

      Delete
    5. alahai anon 8:31 AM...klu bagi bukti bagai nak rak sekali pon adakah korg akan percaya ha??? korg tu kan walaupun ada bukti jelas depan mata sekali pon korg pasti percaya pnylah.. sbb korg ingt pemimpin korg tu Tuhan kn!!

      Delete
    6. Ada bukti pun, kalau hati dah gelap dok penangan pakatan haram jadah. Tetap dipilihnya juga haramjadah tu. Peliwat jugalah di bangga2 kan. Bikin malu!

      "Mudah-mudahanlah pemimpin kami rakyat Malaysia bukan peliwat"

      Delete
    7. X baik gaduh2, dosa la,hahahahaha

      Delete
  2. lawak artikel ni...mendapan yg semulajadi pun salah PKR ke...Kontraktor BN buat bangunan ikut spec tak?

    Ko ckp je la ko geram ko & kuncu2 BN dh tak dpt rompak pasir2 di Sgor mcm dulu...fulus sudah miss..jgn la nak dikaitkan dgn mendap lah...mcm bangang bunyi nye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hairan pula mendapan semula jadi ya? Kat mana ruma ko? Kang aku korek pasir sana. Kalau rumah roboh jgn pula aku disalahkan. Tu mendapan semulajadi tu. Hihihi.

      Bengap punya olang!

      Delete
  3. mungkin dorang tak pernah pergi sekolah kot belajar subjek geografi..
    kalau belajar mesti dorang tahu korek disuatu tempat secara berlebihan akan menyebabkan ekosistem disitu terjejas...
    aku pun tak paham macam mana boleh lantik MB otak bingai..
    lama2 rasa selangor tinggal nama jelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. geografi ali mim nun wau.....bahalul! korek kalu semua BN masuk dalam..........dah!

      Delete
    2. korek kalu apasal tanah runtuh.........geografi mana anon tu belajar dah!

      Delete
    3. Anon 11.14 dan 11.19

      Lu olang blajar darjah 6 tak lepas spm jgn bising2 wokeh.

      Delete
  4. selamatkan selangor dari pakatan..itulah misi rakyat selangor pada masa kini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu misi dulu bro, zaman madey kuty.........terkini misi korek kasi Ameno masuk dalam dah! Deepak pun join sekali dah...hentam sama black ros...ada baca ka?

      Delete
    2. Anon 11.17

      Deepak meroyan pasal Rafizi kaitkan dia dgn dokumen palsu ada baca ka? Kah kah kah. Fakta 1 sen la lu brader. Korek dalam sikit. Mari gua timbun lu

      Delete
  5. Ini farpu vasi hari2 kasi kincing sama ameno worang dah........mentang2 ameno ini taun baru belajar geografi.......tapi lynas punya hal lain buku diorang pakai......geokincing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manifesto bukan janji. Kah kah kah. Pirrrah lu mabuk. Pakatan hancur.

      Delete
  6. YA ALLAH YA TUHANKU SELAMATKANLAH NEGERI SELANGOR AKU DARI PAKATAN YG SUDAH CUKUP MEROSAKKAN BUMIKU INI. APA YG PAKATAN BAGI PADA SELANGOR SELAMA PAKATAN MEMERINTAH DAN SUDAH TIBA MASANYA RAKYAT BANGUN DARI TIDUR YG LENA DAN BERTINDAK SELAMATKAN SELANGOR DI PRU YG AKAN DATANG INI.

    ReplyDelete
  7. Memang btl pun PKR jual tanah Selangor dan pengurusan dlm PKR sendiri pun langsung tak btl semua tamak duit so yg jadi mangsa adlah Selangor. so pada rakyat negeri Selangor buatlah keputusan bijak dlm memilih parti.

    ReplyDelete
  8. Pkr jual tanah rakyat ubtuk kepentingan kroni !! Habes semua aset selangor tergadai dek angkara pakatan. Tolak pakatan pru13!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!