PANAS BERAPI! INI BUKTI HADI MEMANG TAK BOLEH PAKAI!


Sama ada mahu percaya atau tidak, sama ada benci atau suka kepada perbuatan itu, terpulanglah kepada pembaca.

Setelah Imam Masjid Kampung Laut yang dituduh mendokong Umno, Haji Abdullah Khatib yang ketika itu (tahun 1991) berusia 62 tahun diusung keluar oleh penyokong Pas ketika mengimamkan solat Maghrib kejadian seterusnya ialah:

Tidak lain dan tidak bukan, Haji Abdul Hadi Awang (yang ucapannya mengkafirkan orang Umno) sendiri telah mengambil-alih tempat imam Umno itu dan mengimamkan semula solat Magrib di masjid berkenaan.

Di sini jelas bahawa beliau sendiri terlibat mengiyakan apa yang telah dilakukan oleh pengikut Pas ketika itu. Akhbar Berita Harian pada 29 Mei 1991 telah melaporkan kejadian tersebut, bermakna ia bukanlah suatu berita rekaan tetapi adalah kejadian yang benar-benar berlaku.

 Di sini menunjukkan betapa jelas orang Umno benar-benar dituduh kafir melalui amanat tersebut dan bukan hanya sekadar ucapan.

HOUSE PK: ini aku petik dari blog Teganukita. Bayangkanlah Imam yang telah mengimamkan solat puak-puak PAS boleh angkat dia dan keluarkan dari masjid pastu mereka ganti dengan si Hadi ni. Hasutan ini juga menyebabkan terkorbannya Ibrahim Libya dan rakan-rakannya yang tertipu dengan amanat PALSU Hadi.

Sampai hari ini Hadi terus membisu! Tak dapat dikesan..mana dia pi?

42 Responses to "PANAS BERAPI! INI BUKTI HADI MEMANG TAK BOLEH PAKAI!"

  1. senapang dia tegak berdiri! agaknya tengah stim tengok gambar neelofa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, dengan menolak Hj Hadi, 70% Melayu yang masih hidup tegar di bawah paras pendapatan RM1500.00 seperti kenyataan Ketua Audit Negara, maka pendapatan mereka akan terus mencecah pendapatan bangsa cina. Mudah mudahan.

      Delete
    2. Setelah 55% BN memerintah.....walaupun Melayu merupakan majoriti 72% rakyat Malaysia, 70% masih miskin!

      Apa perlu BN diberikan mandat untuk memerintah lagi.........UNDI JE PAKATAN.....KITA AKAN MERASA PERUBAHAN!

      Delete
    3. hahaha... kalau pakatan memerintah, diorg nak bagi duit free RM10k sebulan ke kat melayu 70% yg miskin tu? bhai nak hidup senang kita kene usaha, bukan mengharapkan subsidi jer.. jgn malas... dan jgn ada PHD dlm hati tu...

      Delete
    4. yang miskin tu pemalas macam awak. taraf orang melayu dah naik awak masih ketinggalan. asik baca surat kabar lama lagi ke?

      Delete
    5. Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz pun baloq dan pemalas nak mampuih tapi Billionaire! Pelaq betoi bhai!!!

      Delete
    6. Mirzan, Mokhzani dan Mukhriz sepanjang hayat depa harap subsidi tapi Billionaire..... Mcm mana tu?

      Delete
    7. Menghalalkan kalimah Allah digunakan dalam bible melayu kristian boleh membawa kepada kekufuran. Tok Guru sempat taubat. Habis apa jadi kepada ahli Pas yang mati diantara tahun 2010 hingga 2013 yang sokong ikut Tok Guru dimana kalimah Allah digunakan dalam bible melayu kristian. Mati dalam kekufuran juga ke. Habis Tok Guru yang menyebabkan orang mati dalam kekufuran walaupun dah taubat macam mana pula. Mungkin masuk neraka dulu lepas tu masuk syurga (kalau). Penyokong yang mati tadi terus kekal kat neraka ke.Atau Tok Guru akan tanggung dosa.semua orang. Mujur bapa aku yang kuat Pas meninggal sebelum 2010. Kalau tak bapa aku mati dalam kekufuran. Abang aku memang ada sebut tahun lepas bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh orang kristian. Ini adalah kerana Tok Guru cakap boleh. Sememangnya, kalau Tok Guru masuk syurga tak semestinya anak buah masuk syurga juga tapi kalau Tok Guru masuk neraka, beribu-ribu orang akan masuk neraka. armd05ya...

      Delete
  2. Tolaklah orang ni. Dia mengecewakan...

    ReplyDelete
  3. Memangla seronok apabila pengikut kita membenci musuh kita. Menunjukan bahwa amanat telah menjadi satu kejayaan. Tak sebut direct pun pengikut dah faham siapa yang dimaksudkan. Tapi adakah Hadi kufur dari 2010 hingga 2013 sebab setuju kalimah Allah digunakan dalam Bible Kristian Melayu. Tapi pengikut akan kata itulah kebijaksaan Tok Guru walaupun kena belit kat Kristian. Mujur tak ada nabi dah selepas Nabi Muhammad saw. Kalau ada orang yang diangakat jadi nabi. Ada pengikut kata Hadi ni.pakar komputer. Abang aku sendiri. Aku tak caya langsung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. siapa hadi nak tentukan seseorang itu kafir atau munafik sedangkan dia juga adalah manusia biasa.

      Delete
  4. Rakan dia di Pulau Melako pun suka berburu pakai senapang panjang gak..

    Selesa sungguh hidup bahagia di negara yang telah diusahakan, diamankan oleh Pemimpin UMNO, Tun Mahathir dan lain-lain. Pas tinggal lagi nikmatinya. Buat bising dan banyakkan komplen saja tak payah buat apa-apa..senangnya hidup iniiiii.

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. KO KOrok pak tua yg dah kecut otak. Ada berani ke pak angguk yg BerBAI'AH talak 3 kpd bini2 Mereka tarik balik taklik gila tu.

      Delete
    2. KO KOrok pak tua yg dah kecut otak. Ada berani ke pak angguk yg BerBAI'AH talak 3 kpd bini2 Mereka tarik balik taklik gila tu.

      Delete
  6. AMANAT HADI AWANG MMG TIDAK BOLEH DI GUNA PAKAI LANGSUNG SEBAB DIA MENGHARAMKAN BENDA YG HALAL DAN MENUDUH SESUKA HATI DIA AJE PADA ORG2 UMNO.

    ReplyDelete
  7. Najib, Satu-Satunya PM Yang Takut Dengan Pilihanraya

    Ambo nak umum dah, itulah ayat terbaru yang dilafazkan Najib mengenai tarikh PRU 13. Sebelum ini, sudah beberapa kali beliau cuba memberi bayangan tentang tarikh pilihanraya akan diadakan. Pihak pembangkang pula cuba meneka beberapa tarikh yang difikirkan logik untuk Najib membubarkan Parlimen.Tetapi semua tekaan dan ramalan itu tidak menjadi kenyataan. Apabila beberapa hari lepas, Najib sekali lagi membayangkan tentang tarikh pilihanraya, rakyat sebenarnya tidak lagi teruja. Jauh sekali merasa suspen dan terkejut.Tarikh piliharaya kali ini bagi rakyat sudah jadi anti klimaks. Tiada sesiapa pun yang stim dengan bayangan tarikh pilihanraya yang disebutkan Najib itu.Ini kerana inilah kali pertama sejak Allah SWT menciptakan pilihanraya untuk Malaysia, ia diadakan di penghujung tempoh atau akhirnya mungkin terbubar dengan sendirinya. Sebelum ini pilihanraya biasanya diadakan dalam tempoh tiga tahun lebih selepas pilihanraya sebelumnya atau sekurang-kurangnya setahun lagi sebelum tempohnya berakhir.Di era pentadbiran Mahathir, beliau biasanya mengadakan pilihanraya umum sekurang-kurangya setahun sebelum tempoh edahnya berakhir, biar bagaimana getir sekali pun cabaran politik yang dihadapinya. Pilihanraya 1990 dan 1999 misalnya, ia diadakan ketika suhu politik sedang mendidih ketika itu.Di era Pak Lah juga begitu, selepas mengambil alih pentadbiran daripada Mahathir pada 2003, hanya beberapa bulan selepas itu beliau mengadakan pilihanraya iaitu pada 2004. Pilihanraya 2008 juga diadakan ketika Pak Lah panas dengan pelbagai isu serangan daripada Mahathir.Hakikatnya, mereka tidak takut mengadakan pilihanraya dan tidak menganjak tarikhnya sehingga ke penghujung tempoh.Hanya Najib yang kelihatan takut mengadakan pilihanraya. Tarikh akhir Parlimen dibubarkan ialah 28 April depan dan sekiranya Najib masih takut memilih tarikh untuk mengadakan pilihanraya, Parlimen akan terbubar dengan sendirinya pada 29 April itu.Tetapi ada juga beberapa Dewan Undangan Negeri atau DUN yang tarikh luputnya lebih awalnya daripada itu. DUN Johor yang paling awal tarikh matinya iaitu 21 Mac. Bermakna jika selepas 21 Mac, tarikh pilihanraya tidak diumumkan, DUN Johor juga terbubar dengan sendirinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawok...pelawok bengong... pebendanya takut dgn PRU ke 13 ni. Siang2 buta PENGUNYIT yg tekun buat kerja2 DRILLING takut nak bubar DUN secara serentak pd awal2 lg.

      Putar giling kunyit sudahlah .. jgn putar belit lidah mcm pok ajis hip hop.

      Delete
    2. Setuju,khalid gagap takut bubar DUN serentak dengan kerajaan pusat

      Delete
    3. Strategi politiklah 8.33. Dengan ini akan menyebabkan negeri mesti bubarkan dewan undangan negeri serentak dengan Parlimen. Khalid, Nik Aziz, Azizan dan LGE kena concerntrate tempat sendiri untuk kekal MB. Kalau gi tempat lain.silap-silap tumbang negeri. Hadi pula kena buat kerja kat Terengganu sebab dia kalah PRU12. Paling mudah bagi PR adalah buat demo lagi, boleh bagi cermah serentak. Penyokong datang jumpa ramai-ramai senang. Kalau demo buat kat Kelantan macam.buat kat KL baru ni molek juga buat kat KB. Ramai orang datang jadi peniaga dapat duit. Hotel penuh. Kos pengangkutan tak tinggi sebab yang pergi demo.pun ramai orang kelantan yang gi demo. Cerdik kita, kita tahu, cerdik orang kita tak tahu. ARMD

      Delete
  8. Ini bermakna bila pilihanraya mesti diadakan sudah boleh dijangka.Sebab itu, tarikh piliharaya kali ini tidak lagi mendatangkan suspen atau stim kepada rakyat. Walaupun tarikh tepatnya tidak diketahui tetapi tempoh ia diadakan sudah boleh diramalkan. Ia umpama seseorang yang sedang nazak di hospital sejak sekian lama dan hanya hidup kerana mesin bantuan hayat, bila ia akan meninggal dunia tidak lagi mendatangkan kejutan atau kesedihan kepada saudara mara dan kenalan terdekatnya.Orang hanya terkejut bila seseorang itu tiba-tiba meninggal dunia tanpa dikhabarkan sakit sebelumnya.Begitulah juga dengan PRU 13 ini, meskipun Najib cuba memberi bayangan baru mengenai tarikhnya, tiada sesiapa lagi yang teruja. Rakyat sudah tahu sebelum 21 Mac ini atau 28 April ini ia mesti diadakan walaupun sudah beberapa tarikh dihebohkan sebagai pilihan Najib untuk membubarkan Parlimen. Antaranya 15 Februari, 22 Februari dan sebagainya.Bila pun tarikh pilihanraya tidak lagi penting dan mendatangkan stim. Ia sudah anti klimaks kerana rakyat sudah tahu tarikh matinya Parlimen yang ada sekarang. Najib merupakan satu-satunya Perdana Menteri Malaysia yang takut dengan pilihanraya dan melanjutkan tempoh pembubaran Parlimen semata-mata untuk duduk lebih lama sebagai Perdana Menteri.Jika kelewatan pembubaran Parlimen itu untuk menyelesaikan isu dan masalah yang berlaku, mungkin juga ia difahami. Malangnya Najib tidak cuba pun menyelesaikan masalah dan isu yang berlaku itu, beliau hanya cuba menutupnya dengan mencipta isu lain saja. Banyak isu hanya dibiarkannya dan tidak mahu diselesaikan. Isu-isu berkaitan dirinya juga tidak mahu dijawab. Jawapan terhadap dakwaan Deepak juga sekadar melepaskan batuk di tangga manakala Rosmah pula menjawabnya dengan helah, " saya terlalu sibuk".Bagi rakyat, tarikh pilihanraya ini tidak lagi penting. Apa yang penting ialah memberi pengajaran kepada kerajaan yang sedang memerintah sekarang. Walaupun BN sudah hilang majoriti dua pertiga, ramai yang merasakan suara majoriti kerajaan yang ada sekarang perlu dikurangjan lagi atau ditukarkan terus atas nama perubahan.Jika tidak diubah, BN tidak akan berubah sampai bila-bila.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betapa panjang komen kau..tapi tak de isi yang bernas yang boleh diambil iktibar.. Kesian PAS berjuang dengan nyawa2 ikan... PAS is dead

      Delete
    2. apa masalah hang ni sebenaqnya?

      Delete
    3. ''isu-isu berkaitan dirinya juga tidak mahu dijawab''....

      sapa? anwar ke? hehehehe

      Delete
    4. PAS nak hantar nama calon2 kat SPRM pon takut. Buang masa ualls layan anon kat atas tu. Cuci mcm mana pon hati tu tetap gak legam sama ngan ketua2nya sekali.

      Delete
    5. kah kah kah keh keh .....umno umno umno?????????????

      Delete
  9. Bagi Pakatan Rakyat juga, jika pun mereka diberi mandat kali ini, rakyat tidak akan memberinya mandat yang selesa. Rakyat menyedari bahawa Anwar dan PR banyak memberi janji-janji yang mengagumkan. Ia mungkin boleh dilaksanakan dan mungkin juga gagal. Rakyat dalam hal ini amat berhati-hati. Jika Anwar dan PR gagal menunaikan janjinya setelah diberi kuasa, melalui kemenangan tipis yang diberikan nanti, ia lebih mudah ditukar semula selepas itu.Walaupun Najib dan ramai pemimpin BN meminta mereka diberi mandat dua pertiga, rakyat tidak sebodoh itu kali ini. Pelbagai jenis bantuan, BR1M, BROOOM dan gula-gula yang diumumkan kerajaan adalah bukti nyata bahawa kemenangan yang tipis bagi mana-mana kerajaan akan menghasilkan manfaat yang berganda bagi rakyat.Jika dulu pilihanraya adalah medium untuk pemimpin dan parti politik mendapatkan mandapat daripada rakyat, PRU 13 ini pula adalah medan untuk rakyat mendapat hak mereka yang sewajarnya daripada kerajaan yang setiap lima tahun bergantung kepada undi mereka.Rakyat memang tidak stim dan teruja bila tarikh pilihanraya, tetapi mereka sedang berbunga-bunga untuk mengutip hasil yang maksima daripada pilihanraya nanti. (SH 23/01/2013)y

    ReplyDelete
    Replies
    1. BN sejak kalah di 5 negeri telah melihat jelas diri mrk depan cermin.Sebaliknya pr leka dgn gula2 janji mrk sejak mng sehingga bakal pm mrk jadi pelakon lucah yg disaksikan satu dunia.
      Kealpaan mrk dgn janji2 serta gagal mjadi wakil kpd rakyat dlm menangani isu2 yg sepatutnya membuat rakyat muak dan benci.
      Bagi pihak bn pula telah cuba memenangi hati dan perasaan rakyat sejak najib mgambil alih bn dan nampak kesannya di hati rakyat.
      MAKA...MANA2 AHLI POLITIK YG BENAR2 IKHLAS MENJADI WAKIL KPD RAKYAT AKAN MNG PRU13 NANTI.

      Delete
  10. Gambar hadi berangan nak tawan putrajaya. Berangan projek balak berbillion dlm tangan. Berangan kalimah Allah terpangpang kat semua gereja. Berangan Berangan Berangan.

    ReplyDelete
  11. HJ ADI ni mungkin lupa dia dan NIK AJIS juga akan dihisab oleh ALLAH SWT.Orang lain jadi Ulamak dan Cerdek pandai membela bangsa/agama tapi diani lain macam pulak!

    ReplyDelete
  12. sahabat2 semua..aku minta maap sbb undi parti agamanya sasau pada pru12...pru13 ni jagalah ko hardy n little nicky!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. cara tulisan pun tau ini umno totok.......toksah dok gebang undi pas...

      Delete
    2. Biaq pi la depa nak undi sapa pun..yang hang sebok wat pa? kali ni aku pun nak undi BN...hang buleh ngundi ka?

      Delete
    3. dia lupa ramai yg buat undi protes kat pak bedolah pada pru12... jgn perasan...

      Delete
  13. " org org yg beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dgn kezaliman (syirik), mereka itulah org org yg mendapat keamanan dan merekalah yg mendapat petunjuk ". Al An'am 82. sila rujuk tafsirannya sekali. jgn mudah mudah kufurkan org lain.

    ReplyDelete
  14. Kami mau Parpukari dilantik sebagai senator. Beliau layak dilantik sebagai menteri di Kementerian Propaganda. Papagomo pun layak dilantik senator dan memegang portfolio Menteri Provokasi & Pergaduhan. UFB tidak perlu lah dilantik menteri, cukuplah menjadi Pengarah Jabatan Hal Ehwal Pinoy & Perhubungan Selatan Thailand. Sharizat masih diperlukan & perlu diberi portfolio Menteri Penternakan & Kondominium. Sedang Dr M harus diberi jawatan yg setaraf, sebagai mengenang jasanya, iaitu Pengerusi Persatuan Orang Nyanyuk SeMalaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami mahu anda jadi seorang Homoseksual. Supaya tidak ada anak nanti. Bukan apa takut anak-anak kamu nanti mewarisi cara kamu berfikir.

      Delete
    2. hi hi hi nikky ajis ngan pok hadi jd ticketing sorga nerako...puiihh

      Delete
    3. Bhai 01.53....adakah ini menunjukkan lu dah yakin seyakinnya yg bn menang besar sebesar2nya....hinggakan bn berhak membuka jawatan merepek semerepek seperti yg lu sebut....
      Bhai lu pun kita bg jawatan tp dlm biro jew..
      Pengerusi biro org PR terkecewa...

      Delete
  15. PRU13 nanti Roket akan menjunam, bulan takkan mengambang, si dajjal mata satu akan buta matanya!

    ReplyDelete
  16. Terlalu Banyak Kelemahan… Sudah Tiba Masanya Pas Mesti Ditolak

    Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini memberi sebab mengapa Barisan Nasional (BN) perlu merampas kembali kerajaan negeri Kelantan daripada Pas.Beliau berkata sudah tiba masanya Pas, yang memerintah Kelantan sejak 1990, berhenti memerintah negeri itu kerana banyak isu rakyat tidak dapat diselesaikan seperti isu kemiskinan dan bekalan air bersih.“Kelemahan yang berlaku dalam Pas membuatkan rakyat Kelantan teraniaya,” katanya selepas program turun padang bersama penduduk di Jalan Pintu Geng di sini, Sabtu.Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata kelemahan dalam Pas menyebabkan parti itu terpaksa mengikut telunjuk DAP dan mengetepikan perjuangan asal menegakkan negara Islam.“Kita tahu Pas sudah mengikut telunjuk DAP, kita tahu Pas tidak ada tulang belakang, mereka terpaksa mengikut rentak DAP, maka kerana itu rakyat hendaklah menolak Pas di Kelantan,” katanya.Mustapa berkata tidak pernah berlaku dalam sejarah di Kelantan di mana UMNO dan BN dilihat berada dalam keadaan terbaik berikutan banyak isu yang meyakinkan rakyat supaya menolak Pas pada pilihan raya umum ke-13 akan datang.“Sudah tiba masa rakyat memberi peluang kepada kerajaan BN menyelesaikan masalah mereka dengan memberi mandat kepada BN kembali memerintah di Kelantan,” katanya.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!