CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Sunday, January 20, 2013

GEMPAR BERAPI! KENAPA ANWAR MENGGELABAH DALAM ISU RCI DI SABAH?

Dimaklumkan oleh seorang kakitangan HQ PKR, Anwar mahukan satu ‘dedicated team’ diwujudkan untuk memantau komunikasi berkaitan RCI di Sabah. Anwar mahu segala laporan dijadikan satu folder khas mengenai isu RCI.

Budak-budak yang buat media monitoring di HQ PKR pun tak faham dengan kerisauan tiba-tiba Anwar mengenai isu ini. Tiba-tiba. Macam melompat. Anwar mahu kenyataan yang diambil oleh mana-mana saksi dimaklumkan dihighlight kan secara personal kepada dirinya. Kalangan budak-budak yang buat media monitoring di HQ, akur dan akan compile isu RCI dalam satu folder khas.

Kenapa Anwar risau?

Rasanya kalau budak-budak yang buat media monitoring itu faham sejarah, tangan Anwar tidak 100 % bersih daripada isu RCI dan kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tidak bersih. Pendatang haram, termasuk satu unit khas yang ditubuhkan di bawah pejabat Ketua Menteri ditubuh tahun berapa? 1991. Apakah satu kebetulan apabila Anwar menang besar pemilihan Timbalan Presiden UMNO tahun 1993? Apakah tidak ada kaitan antara kebanjiran pendatang haram dengan pencalonan terbanyak Anwar sewaktu bertanding Timbalan Presiden?

Seboleh mungkin, Anwar tidak mahu namanya dikaitkan langsung dengan isu RCI. Anwar mahu cuci tangan.

Tapi Anwar lupa, kebanyakan saksi masih hidup dan boleh terangkan bagaimana pejabat Timbalan Perdana Menteri ketika itu MONITOR isu kebanjiran pendatang haram Sabah secara mingguan. Rasanya, susah untuk Anwar nak tai chi isu ini.

Satu-satunya jalan keluar Anwar adalah menyalahkan Mahathir. Siapa yang mengenali Anwar pasti faham, atas nama membodek BOSS-nya pada ketika itu; Anwar dengan rela hati menawarkan diri untuk MONITOR kebanjiran pendatang haram di Sabah. Tanpa pengetahuan Mahathir, Anwar ada agenda sendiri.

Ramai juga kalangan pimpinan PKR yang risau – RCI ini akan check-mate Anwar….berbanding Mahathir. Khabarnya, setakat ini Mahathir belum dipanggil sebagai saksi.

Sumber: Gelagat Anwar

8 comments:

  1. pemberian kerakyatan kepada warga asing lebih sejuta sebelum merdeka. Adakah sesuatu referendum telah di rujuk kepada umat Melayu sebelum menerima cadangan

    ReplyDelete
  2. Tubuh kan segera RCI berkaitan pemberian IC kepada orang cina sebelum merdeka...Kerajaan kena berlaku adil....jangan hanya bila pembankang mahu kan RCI baru ambil tindakan tapi apabila rakyat biasa mohon tubuh RCI kerajaan hanya pekak kan telinga...kalau Najib tak tubuh RCI untuk perkara ini aku akan buat undi protes...aku akan kempen kepada kawan2 supaya buat undi protes juga...

    hahaha tengok apa najib nak buat

    ReplyDelete
  3. pemberian ic kpd warga negara cina dan india sebelum merdeka pun harus dibuat RCI

    jgn hanya buat untuk bangsa melayu/islam jer....

    baru lah adil.....

    najib harus pertimbangkan saranan ini....

    ReplyDelete
  4. La,la,la,la,la,la,la,la,la,la

    ReplyDelete
  5. Adik namanya aqilah,dia sangat comel

    ReplyDelete
  6. Tun M telah pun menyatakan kesediaannya untuk memberi keterangan kat RCI jika dipanggil. Satu contoh pemimpin yang berani tidak seperti yang sikote bengkok tu, asyik nak taichi jer. Diharap RCI akan bagi peluang kat Tun M untuk memberikan keterangan.

    ReplyDelete
  7. Tauliah Prof seorang bekas pensyarah IPTA boleh lah di tarik balik...
    Dikatakan Pakar Perlembagaan...
    Tetapi Malang sekali...
    Kenyataan nya mengenai isu RCI Sabah sama taraf budak baru daftar Tahun Satu...
    Sedih sungguh jika hidup dalam kekecewaan...
    Balik kampong buat bendang lagi sihat...

    ReplyDelete
  8. Bangsa moro bajau bugis dan Mana mana pelarian perang boleh dan bercakap melayu boleh menjadi warga dan rakyat Malaysia.cina dan india yg cakap melayu pun xreti sampai berpuluh tahun duduk kat malaysia kita terima ini kan pulak bangsa moro yg serumpun?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!