CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Monday, January 28, 2013

FUYOH! PM BALIK KE NEGARA DISAMBUT RIBUAN RAKYAT!







Kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongannya dari lawatan bersejarah ke bumi Gaza, Palestin disambut sebagai wirawan negara sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi tadi.

Sambil menyatakan rasa terharu di atas perhimpunan yang diadakan bagi menyambut kepulangannya, Perdana Menteri menjelaskan perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 7,000 penyokong itu bukanlah untuk meraikannya kepulangannya, tetapi sebagai bukti komitmen rakyat yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang menderita akibat ditindas oleh rejim Zionis.

“Saya mengambil keputusan untuk melawat dan pergi ke Gaza kerana saya tahu isu rakyat Palestin amat dekat di hati kita semua. Selama ini, kita sudah kutip derma untuk mereka dan badan bukan kerajaan (NGO) juga sudah pergi ke sana untuk membantu rakyat Palestin.

“Tetapi, lawatan atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia dan atas nama bangsa Malaysia masih belum dilakukan. Maka, saya ambil keputusan untuk ke sana dan selain menyampaikan pendirian rakyat Malaysia, saya juga ingin melihat keadaan sebenar di Gaza, Palestin,” kata Perdana Menteri lagi.

Walaupun diberi tempoh tidak lebih dari enam jam, Najib berkata, Perdana Menteri Gaza dan rakannya telah membawa beliau dan rombongannya melihat keadaan sebenar yang berlaku di Gaza, Palestin.

Di sana, saya bimbang musibah lain yang bakal mendatang tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah kami semua dapat pulang ke tanah air dengan selamat,” katanya lagi.

Perdana Menteri memaklumkan, lawatan kemanusiaan ke Palestin itu bukan atas dasar ingin campur tangan urusan dalaman negara atau memihak kepada pihak tertentu.

Sebaliknya, Malaysia katanya, ingin membawa mesej kemanusiaan bahawa jika rakyat Palestin tidak bersatu dan pihak bertelagah iaitu Hamas dan Fatah gagal mewujudkan kerajaan perpaduan, maka rakyat Palestin tidak ada masa depan yang jelas.

Itulah realiti yang akan dihadapi rakyat Palestin dan perkara itu kata Perdana Menteri, telah dinyatakan ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Gaza agar rundingan dapat diteruskan oleh kedua-dua pihak berkenaan.

“Bagi rakyat Malaysia dan Barisan Nasional (BN), yang penting ialah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan negara mereka,” katanya lagi.

Perdana Menteri sempat berkongsi pengalamannya melawat Gaza, satu kawasan yang berkeluasan kira-kira 360 km persegi, separuh keluasan negeri Perlis.

Kawasan itu katanya, padat dengan penduduk dan mereka hidup dalam keadaan sengsara dan terhimpit dalam rumah yang amat daif lagi menyedihkan.

Serangan bertubi-tubi regim Zionis selama lapan hari berturut-turut dengan senjata canggih menyebabkan banyak nyawa tidak berdosa terkorban.

“Saya melihat sendiri foto kanak-kanak yang mati dalam keadaan menyayat hati dan isteri saya pula melawat ke hospital yang menempatkan kanak-kanak yang menghidap penyakit luekimia.

“Kanak-kanak ini mendapat penyakit luekimia kerana pihak Israel menggunakan bom mengandungi unsur uranium yang menyebabkan radiasi dan seterusnya golongan kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa,” katanya.

Perdana Menteri menjelaskan, regim Zionis melakukan penindasan dan kekejaman kepada rakyat Palestin untuk melemahkan semangat mereka daripada terus berjuang mendapatkan kebebasan dan kedaulatan negara mereka.

“Oleh itu, amat penting bagi kita untuk ke sana dan menyampaikan mesej bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan dalam usaha memperjuangkan hak asasi dan kedaulatan negara mereka,” tambahnya.

Apa yang berlaku di Palestin katanya, wajar menjadi pengajaran buat Malaysia agar mengutamakan perpaduan yang terjalin erat selama ini.

Katanya, walaupun rakyat mendapat sokongan moral dan kewangan, kesudahannya rakyat Palestin perlu mengambil langkah bersatu dan inilah mesej yang ingin Malaysia sampaikan kepada dunia.

“Rakyat Malaysia merupakan pejuang yang sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam meneruskan perjuangan mereka,” katanya lagi.

Menyentuh kehadirannya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Perdana Menteri, berkata dunia semakin mengiktiraf Malaysia hasil agenda transformasi negara yang dilaksanakan oleh BN.

“Majlis makan malam yang dihoskan oleh Malaysia mendapat sambutan luar biasa kerana kita jangka yang hadir sekitar 400 tetamu sahaja tetapi lebih 1,000 orang berpengaruh telah hadir untuk mendengar kisah kejayaan Malaysia.

“Malaysia dilihat sebagai ‘bright spot’ di sebalik ketidaktentuan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia.

“Dunia kini mengiktiraf kerajaan Malaysia hasil agenda transformasi yang dilakukan oleh BN dan saya bersama barisan kepimpinan dan menteri kabinet akan berusaha gigih untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020,” katanya lagi.

Apa yang dilakukan kerajaan BN katanya, adalah untuk menjulang nama Malaysia dan bukannya untuk pilihan raya dan rakyat seharusnya memilih pemimpin terbaik agar bumi Malaysia terus dirahmati.

Untuk galeri gambar – KLIK SINI

26 comments:

  1. YOU ARE GREATE LEADER PAK NAJIB!.

    WE LOVE YOU!.

    ReplyDelete
  2. Inngat elok2 Najib...teruskan sikap padi makin berisi makin tunduk....inshaallah segala urusan dipermudah oleh Allah swt.

    ReplyDelete
  3. FUYOO! I LOVE PM!!!
    FUYOO! PM LOVES YOUR MONEY!!!
    FUYOO! LEMBU MINISTER PUN TARAK MO KETINGGALAN BAS!!!
    FUYOO! BUDAK TADIKA KEMAS PON ADA???

    ReplyDelete
  4. Butoh pak hang la terumbukarang...
    Klu tak suka toksah complain...
    Babi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam bhai...biarkanlah dia nk merepek dh mmng kerja diaorg klu tak merepek mereka melalut...lama2 kena ombak pecah lah terumbu tu...maka takde makna karang tu...ombak semakin hmpir dan semakin kuat...

      Pru13...undi ABU(ALLAH BERSAMA UMNO)

      Delete
    2. Lepas PRU13 ni Dato` Seri Anwar Ibrahim jadi PM, puak-puak pencacai ni mesti tunggu DSAI kat Airport bawak sepanduk "We Love PM".... Hebat betoi politik Malaysia ni, geng makan dua belah dan geng makan keliling cukup ramai....hehehehe

      Delete
  5. FUYOO! I LOVE PM!!!
    FUYOO! PM LOVES YOUR MONEY!!!
    FUYOO! LEMBU MINISTER PUN TARAK MO KETINGGALAN BAS!!!
    FUYOO! BUDAK TADIKA KEMAS PON ADA???

    Salah ker aku posting komen kat sini? Lu berasap jubo apahal? Ato memang jadi SOP UMNO tak leh kena komen?

    Bla lah lu mat ganja! Mcm zaman pak bLAH batu BERTANGKUP jgak kapla hotak ngko!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg ko dtg melalok mcm orng gila nie kenapa????????yg x leh kena komen adalah pencacai2 pakatan harami mcm ko nie magkuk...sbb pencacai2 mcm ko nie mana buleh terima hakikat kebenaran...sbb tu la pencacai2 mcm ko nie mcm lembu yg d cucuk hidung nyer...apa yg pemimpin2 pakatan harami ckp smua nyer ikut...bodoh punyer pencacai pakatan harami bercakap lain kali pakai otak buka nyer kepala lutut.....

      Delete
    2. biasa lah bro yul pakatan mmg takde otak drg selalu pk pakai lutut je sbb tu drg booh nak mampos

      Delete
  6. Terumbu karang bermata lalat atau bermata babi hutan.... Kedua-duanya tidak boleh melihat kebaikan dan keindahan, hanya tertarik kepada benda busuk sahaja

    ReplyDelete
  7. wakakakakaka, gilak, nagkak saya ketaw3a.


    http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2013/01/video-tv3-malukan-najib-tentang-isu-air.html

    ReplyDelete
  8. http://feedproxy.google.com/~r/TukarTiub/~3/2daAaSgw56A/ternow-ter-hot-ter-kini-perogol-rais.html


    bisa modar kayak gini pak rais ya. udah dikejer kuntilanak ya. kakakakakaa

    ReplyDelete
  9. Mantappp...aljobori dan pengikut tegar mula menggigil lutut tgk sokongan rakyat yg begituu masyhukkk..maka utk menyedapkan hati masing2 , cybertrooper2 upahan bodo digunakan utk bagi reaksi bodo di internet. Berbillion rakyat mahu BN terussss memerintah !

    ReplyDelete
  10. Welcome back PM..kita bersyukur PM selamat sampai...keberanian dan keprihatinan PM kita amat sanjungi...

    ReplyDelete
  11. mesti anwar sakit hati kan sbb dia duk bt mcm2 benda supaya org benci kat pm kita tp aku tgk makin ramai yg sokong pm kita lg adalah..tu lah allah maha adil dia akan adil dgn semua umat dia yg tak bersalah biar lah apa yg org bt utk jatuhkan kita,allah ttp bersama kita

    ReplyDelete
  12. najib dgn isteri dia g buat kerja yg baik mesti lah org ramai sambt drg mmg sesuai lah..lain lah klu drg bt keja tak baik blk ka..apa2 pun drg mmg terbaik lah drg mempunyai hati yg sgt baik byk tlg org biar allah berkati mereka berdua seumur hidup mereka amin

    ReplyDelete
  13. mesti ramai yg dengki dgn najib n rosmah ka..ye lah ramai sgt yg ska buat fitnahh tp masih ramai.......!!!!!!lg yg sambut n sokong drg...pe pun pada yg tgh terbako tu mai jumpa aq aq blh tlg jeentik telur hampa samai hilang bakar

    ReplyDelete
  14. fuyoooo.. memang ramai beb !! Perhimpunan ini tanpa pengetahuan PM dan PM sendiri terperanjat dengan ribuan rakyat yang menunggu kepulangan beliau, ini merupkana satu petanda baik. rakyat sentiasa menyokong kepimpinan DS Najib Razak

    ReplyDelete
  15. ribuan "rakyat"? ka ka ka. Semua pakai baju BN ngan tudung merah kena kerah dengan menteri lembu pergi sambut. Ada la 50 orang kot. terpaksa crop gambar dan copy and paste supaya nampak banyak. ka ka kaka, Bodo punya UMNObabi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bhai lu mesti sakit hatikan takda sapa ajak lu pergi airport....sabar je bhai

      Delete
  16. terbaik!!!selamat pulang ketanah air..keberanian pm dan isteri harus dijadikkan contoh terbaik intuk rakyat..jangan jadi mcm PAS hanaya pandai bercakap dan islam pada nama tapi menjadi pak turut DAP dan ANWAR yang menyokong yahudi bodoh

    ReplyDelete
  17. apa yg boleh ak ckp Najib lebih jantan berbnding dgn Anwar ibrahim walaupun anwar sering bermain Jantan tapi kejantanan dia takde sebab dia pengecut!!kejantanan nya habis diambil oleh jantan2 yg dia selalu main sebelum ni..ho,ho..nampaknya lepas ni lebih ramai lagi anjing2 PR akn mula menyalak bila tgk berita ni...Jijah ngan Anwar tengah hantuk kepala kat dinding sambil pegang anu rafizi lembu...muahahahahahhahaha,,,

    ReplyDelete
  18. Insyallah usaha yang baik akan memperoleh rahmat dari Allah S.W.T...

    ReplyDelete
  19. Lepas PRU13 ni Dato` Seri Anwar Ibrahim jadi PM, puak-puak pencacai ni mesti tunggu DSAI kat Airport bawak sepanduk "We Love PM".... Hebat betoi politik Malaysia ni, geng makan dua belah dan geng makan keliling cukup ramai....hehehehe

    ReplyDelete
  20. PM sebeginilah yang diperlukan oleh rakyat. yang betul betul mengira kebajikkan rakyat dan yang bukan hanya bersuara. Tidak pernah seorang pun dari parti pembangkang yang pergi ke Gaza. Syabas PM

    ReplyDelete
  21. Yang mengata akan terus mengata. tiada guna mereka hidup di dunia ini. Sentiasa akan ada orang sebegini yang akan mencaci segala benda bagus yang dibuat oleh PM

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!