CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Wednesday, December 19, 2012

KAFIRKAH AKU DEDAHKAN DOSA AMANAT HADI AWANG!


BELIAU hanyalah individu biasa ketika menyertai Pas, biar pun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti, namun demi kecintaan dan taksubnya bagi menjayakan perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

Bukan sahaja kerjaya dikorbankan, malahan beliau juga sanggup mengkafirkan abang dan ayahnya hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Jika suatu ketika dahulu beliau sanggup berkorban nyawa demi Pas, tetapi kini beliaulah insan paling ke depan untuk membongkar kemungkaran politik oleh parti yang pernah dianggotai selama 27 tahun.

Dan kini, insan bernama Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani muncul lagi dengan buku terbaru berjudul 'Kafirkah Aku?'. Buku ini adalah hasil karyanya yang ke-20 dan sebelum ini bukunya bertajuk 'Air Mata di Bumi Memali' yang diterbitkan pada November 2010 menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualan dalam kalangan ahli Pas kerana buku tersebut mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali.

Walaupun menerima pelbagai ancaman, ugutan dan tekanan sebelum ini kerana kelantangan mengkritik kepincangan dalam Pas, namun Al-Afghani tidak pernah berasa gentar.

Apa yang beliau paparkan dalam buku terbaru ini akan memberi pemahaman bagaimana seorang penyokong tegar Pas seperti beliau akhirnya meninggalkan perjuangan parti itu selepas melihat Pas yang selama ini menguar-uarkan perjuangan Islam semakin meninggalkan hasrat suci itu semata-mata untuk memburu kuasa bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Dalam buku setebal 85 muka surat itu, Al-Afghani yang pernah berjuang bersama Mujahidin di bumi Afghanistan mendedahkan bagaimana ahli-ahli Pas seperti dirinya begitu taksub dengan perjuangan Pas.

''Tidak keterlaluan kalau dikatakan waktu itu, masing-masing sanggup berkorban apa sahaja demi kawan atau istilah 'orang kita'. Lingkungan orang kita ini hanyalah terdiri daripada ahli Pas. Walaupun ahli keluarga, tetapi masih UMNO tidak diiktiraf sebagai orang kita. Lebih dahsyat lagi hingga ada yang memutuskan hubungan keluarga. Pendirian ini diambil sebenarnya bukanlah mengikut nafsu tetapi ada dalil-dalil yang disampaikan oleh pimpinan Pas."

Demikian coret Al-Aghani dalam muka surat 7 buku berkenaan yang memaparkan bagaimana demi perjuangan Pas, ahli-ahli parti itu sanggup melakukan apa sahaja hatta menjatuhkan hukum kafir kepada mereka yang tidak sehaluan politik.


Keadaan itu menjadi bertambah parah dengan lahirkan Amanat Haji Hadi yang disampaikan pada 7 April 1981 di Kampung Benggol, Peradong, Kuala Terengganu. Sehingga hari ini amanat yang dianggap mencetuskan pelbagai konflik dalam kalangan umat Islam khususnya antara pengikut UMNO dan Pas tidak ditarik balik oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kini menjadi Presiden Pas.

Sebab itulah dalam buku itu, Al-Afghani mencoretkan sebuah 'Warkah Buat Datuk Seri Haji Hadi' yang antara lain meminta Abdul Hadi menarik balik amanat tersebut dan isytihar secara terbuka bahawa UMNO tidak kafir di sisi Islam.

''Dengan ini juga memudahkan lagi kami yang dalam dilema ini berlepas diri daripada ikatan amanat tersebut. Memudahkan kami memohon maaf kepada saudara kandung dan ahli keluarga, jiran tetangga, orang kampung, rakan sekerja juga pimpinan UMNO yang pernah dikafirkan satu masa dulu. Selagi mana Datuk Seri tidak mahu mengisytiharkan begitu, selagi itulah persoalan yang sering menghantui 'Kafirkah aku jika bersama UMNO, Kafirkah aku setelah dipecat dari Pas' tetap mencengkam saya. Datuk Seri harus bertanggungjawab di atas keresahan ini, bebaskanlah kami dari ikatan amanat Datuk Seri itu," tulis Al-Afghani.

Hakikatnya, buku 'Kafirkan Aku?', bukan sekadar berlegar kepada kesan amanat Abdul Hadi sahaja tetapi jauh daripada itu satu renungan dan iktibar serta peringatan kepada ahli-ahli Pas yang masih taksub dengan perjuangan parti itu untuk memahami hala tuju parti tersebut yang semakin bercelaru.

Ia kerana seperti mana dipaparkan Al-Afghani terlalu banyak perkara yang dilakukan oleh Pas sekarang bertentangan dengan prinsip perjuangan asal parti itu dan segala-galanya berlaku kerana keterujaan Pas untuk mengejar kuasa ke Putrajaya bersama rakan-rakan sekutunya.

Malahan apa yang paling mengecewakan insan-insan perjuang tegar Pas seperti Al-Afghani, pemimpin-pemimpin parti itu bersedia melakukan apa sahaja kerana 'dalam mencapai matlamat (ke Putrajaya), pedulikan dulu apa juga yang ada di kiri kanan lebuh raya ke Putrajaya.'

Sebab itulah prinsip dan dasar sedia ada dikorbankan, tiada lagi ayat-ayat al-Quran atau dalil-dalil yang dibacakan oleh alim ulama Pas berhubung kerjasama dengan bukan Islam seperti mana dahulu mereka sering membaca surah al-Nisa ayat 144 yang bermaksud;

''Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kami mengambil orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang yang beriman.Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang terang dan nyata bagi Allah untuk (menyeksa) kamu."

Al-Alfghani juga dalam bukunya itu turut mempersoalkan mengenai tindak-tanduk kepimpinan Pas terutamanya dalam perjuangan melaksanakan hukum hudud yang kini semakin dipinggirkan sedangkan perjuangan itulah yang mengakibatkan ahli-ahli Pas sanggup melakukan apa sahaja dengan hasrat ingin melihat Pas memerintah negara ini, menggantikan pemerintahan sekular yang dibawa oleh UMNO.

''Sering kali disebut oleh pemimpin Pas, andainya Pas dapat memerintah negara pada 12 jam tengah malam, maka undang-undang Islam akan dilaksanakan pada jam 12.01 minit. Terhapuslah di situ undang-undang Lord Reid. Sokongan padu pada Pas diberikan atas dasar ini, yakni mahu lihat hukum hudud dilaksanakan. Selagi hudud tidak dilaksanakan, ertinya perjuangan Pas masih gagal. Bagaikan makan tidak bergaram, minuman tidak bergula," hujah Al-Afghani.

Apa yang menarik Al-Afghani turut menimbulkan pelbagai persoalan mengenai kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negeri di bawah Pas yang disimpulkan oleh beliau, ''Pada saya, Pas belum boleh diberi kepercayaan menerajui pemerintahan negara berdasarkan beberapa perkara. Biarlah rakyat dan ahli Pas Kedah tertipu, jangan pula seluruh rakyat Malaysia turut terpedaya. Slogan Kerajaan kebajikan, Kedah sejahtera dan Serambi Mekah masih jauh tersasar.''

Mungkin bagi mereka yang taksub kepada perjuangan Pas, seperti biasa mereka akan menuduh Al-Afghani sudah 'dibeli' oleh puak-puak tertentu, Al-Afghani adalah tali barut UMNO dan Barisan Nasional, Al-Afghani adalah pengkhianat kepada Pas.

Tetapi sebelum mereka membuat tafsiran dan tuduhan sedemikian, baca dan kajilah segala hujah dan fakta yang dipaparkan oleh Al-Afghani dalam buku berkenaan, kemudian bandingkanlah dengan situasi Pas sekarang, sudah pasti mereka akan menemui kebenarannya.

Bak kata, Al-Afghani dalam buku itu, ''Tujuan saya tidak lain, semata-mata menyelamatkan ummah yang sedang hanyut dibawa gelombang hijau, biru, merah dan kuning. Atas nawaitu ini, saya terpaksa membelakangkan segala tohmahan, Lontarkan rasa takut terhadap makhluk dan menelan segala kepahitan.

Arus yang dibawa oleh gelombang hijau ini, nampaknya begitu besar. Bagaikan tsunami yang melanda semua tumbuhan dan bangunan di tepi pantai. Saya tampil di suasana begini untuk berteriak, agar insan yang di tepi pantai segera menyelamatkan diri ke tempat yang lebih tinggi. Kembali ke landasan perjuangan sebenar berpandukan al-Quran dan sunnah.''

Oleh Zulkiflee Bakar, Utusan Malaysia

73 comments:

  1. the best article..
    susah.. tak leh buat ape dah, puak PAS ni degil, ketegaq... cakap mufti pon tak nak dengar... Agaknya hadi nak tunggu org pas sembelih anak-anak orang UMNO, baru dia nak tarik balik kot amanat tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekurang kurangnya si penulis telah meluahkan keresahan dan rasa bersalahnya selama ini .... Tiada salahnya penyokong pas dan saya membeli dan membaca buku tersebut dan "tepuk dada tanyalah iman" untuk langkah seterusnya....

      Delete
    2. Insyaallah, apabila Haji Hadi minta maaf dalam masa terdekat ni, pasti orang2 Melayu yang selama ini hidup merempat hampir 60 tahun di bawah pemerintahan UMNO ini akan serta merta menjadi senang hidup mereka dan bertempiaranlah kaum cina dengan kekuatan kekayaan bangsa Melayu dalam masa terdekat ni sebaik sahaja Haji Hadi meminta maaf kelak.

      Manakala bagi orang Melayu di kampung-kampung dan ahli-ahli umno biasa yang selama ini hidup kais pagi makan pagi ataupun berpendapatan dalam tempoh 6 bulan hanya bersamaan nilai sehelai spender rosmah akan terus menjadi kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia ini. Hidup Melayu!!!

      Delete
    3. Anon 11:12.... Apa yang ko merepek ni ! Lu tafsir dalam kontek yg salah. Jenis ni mmg tak bole bawa berbincang....

      Delete
    4. Anon 11:12 PM, plz pujuk haji hadi minta maaf... kami sekampung ni dah tak tahan dah hidup miskin ni... Kalau nak ikut usaha dan rajin kami, 14 orang macam mokhzani lari malam macam tu ja... tapi apa boleh buat, takdak sapa nak lantik kami jadi pengarah glc/atau bagi projek runding terus kepada syarikat dua ringgit yang kami tubuhkan. macam ada sorang orang kampung kami yang berkelulusan setaraf kami tapi sekarang hidup senang lenang di kuala lumpur sebab dia banyak jasa kat seorang pemimpin umno di kampung kami. Masa pemimpin tu diperangkap oleh datin, kawan kami tu selamatkan dato dengan kata pompuan tu kekasih dia... macam tu saja jasa dia sampai sekarang pendapatan dia sebulan bersamaan pendapatan kami sekampung selama 10 tahun... kami tak ada jasa apa pun Anon, kami cuma undi bn saja setiap kali pru. plz Anon, pujuk haji hadi minta maaf, selamatkan kami daripada miskin.

      Delete
    5. Saya rasa pelik dgn meka2 yg berpelok kpd amanat hadi. Apa yg susah nak keluar. Kena paksa mcm mana ye. Hadi letak pistol kat kepala ke. Boleh sesiapa terangkan kpd saya yg kurang arif dgn cerita nih. Mcm drama mggu ini pulak.

      Delete
    6. saya dah baca buku tu...smua orang patut baca..baru minda kita akan bebas dari budaya mengkafirkan org lain yg diamalkan oleh PAS(Parti Ajaran Sesat).....

      Delete
  2. Banyakkan bersabar dalam perjuangan ini pon dah kira jihad.

    ReplyDelete
  3. Hadi bukan ulamak,beliau adalah sejahat abu jahal atau abu lahab.Dia dah lama kafir kerana mengkafirkan orang.Pedulikan dia,tak perlu minta dia tarik balik kenyataan.Pas adalah cult dan mereka semua adalah GBS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agak pelik kalau kata Hadi kafirkan org seperti umno bn cakap kat media hadi kafirkan umno. Kalau lihat amanat hadi pun tak ada pun kafirkan umno. cuba fikirkan kalau kita amalkan islam itu separuh2 apa bezanya dengan liberal atau apa bezanya dengan kafir. ada ke sederhana dalam islam tu suruh kita amalkan separuh2. cuma politik kotor umno sahaja suka menabur fitnah dan putar belit. Umno terasa pedas sebab makan cili, jadi dia fikir dengan putar belit kenyataan akan selamatkan dia, kalau selamat kat dunia sahaja apa guna, akhirat nanti pasti terima balasan. Tulah peraturan dan tuntutan islam tak nak ikut, yang diikut hanya peraturan dan cara barat(penjajah british). Kita memang merdeka, tapi sistem pentadbiran kita masih lagi dijajah british. Kalau umno suruh hadi minta maaf, umno sebenarnya buat lawak. kata hadi berdiam diri, tapi media umno ni tak ada bagi ruang hadi bercakap. kalau nak buatlah debat terbuka. jangan baling batu sorok tangan dalam spender.

      Delete
  4. Salam...parpu. Boleh tny x kat mn nak dapatkan buku tulisan c.n al-afghani ni...kafirkah aku? & psl Memali 2. TK

    ReplyDelete
  5. buku yang sangat padat dan perlu dibaca bagi membongkar rahsia perjalanan PAS selama ini..
    memang benar kata2 beliau menyatakan bahawa kita memang tidak begitu senang mengkafirkan orang lain hanya kerana berlainan pendapat dan cara..
    yang berhak hanyalah allah hanya allah yang maha esa yang mengetahui amalan serta perjuangan siapa yang diterimanya dan dimurkainya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, apabila Haji Hadi minta maaf dalam masa terdekat ni, pasti orang2 Melayu yang selama ini hidup merempat hampir 60 tahun di bawah pemerintahan UMNO ini akan serta merta menjadi senang hidup mereka dan bertempiaranlah kaum cina dengan kekuatan kekayaan bangsa Melayu dalam masa terdekat ni sebaik sahaja Haji Hadi meminta maaf kelak.

      Manakala bagi orang Melayu di kampung-kampung dan ahli-ahli umno biasa yang selama ini hidup kais pagi makan pagi ataupun berpendapatan dalam tempoh 6 bulan hanya bersamaan nilai sehelai spender rosmah akan terus menjadi kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia ini. Hidup Melayu!!!

      Delete
    2. Takut sangatkah Kafir harbi tengok Melayu bersatu?
      Sampai memperlaga-lagakan melayu dengan fitnah sundal.
      Sudah-sudahlah kita dah tahu yang mana cermin yang mana permata.
      Hasutan fitnah tak akan menjadi lagi.

      Delete
    3. Anon 11:12 PM, plz pujuk haji hadi minta maaf... kami sekampung ni dah tak tahan dah hidup miskin ni... Kalau nak ikut usaha dan rajin kami, 14 orang macam mokhzani lari malam macam tu ja... tapi apa boleh buat, takdak sapa nak lantik kami jadi pengarah glc/atau bagi projek runding terus kepada syarikat dua ringgit yang kami tubuhkan. macam ada sorang orang kampung kami yang berkelulusan setaraf kami tapi sekarang hidup senang lenang di kuala lumpur sebab dia banyak jasa kat seorang pemimpin umno di kampung kami. Masa pemimpin tu diperangkap oleh datin, kawan kami tu selamatkan dato dengan kata pompuan tu kekasih dia... macam tu saja jasa dia sampai sekarang pendapatan dia sebulan bersamaan pendapatan kami sekampung selama 10 tahun... kami tak ada jasa apa pun Anon, kami cuma undi bn saja setiap kali pru. plz Anon, pujuk haji hadi minta maaf, selamatkan kami daripada miskin.

      Delete
    4. ko pemalas, mmg la miskin..dhla miskin harta..agama pn ko nk perkotak katik,hakikat ko miskin lbh penting dr soal akidah,lg penting dr mengkfirkan sedara mara,lg penting dr perpaduan ummah..jenis cm ko ni yg org gereja evangelist suke sgt nk dekat..bg duit sket,ke laut la agknye.

      Delete
  6. alhamdulillah ada jugak yg sedar bahawa perjuangan PAS dah semakin lama semakin serong

    ReplyDelete
  7. kalau benar PAS menggunakan agama untuk memerintah maka haruslah mereka mengikuti hadis dan al quran bukan mengkafirkan org dan mendoakan keburukan org lain

    ReplyDelete
  8. tegok lah sejarah abu jahal atau abu lahab.................
    sekarang ni abu pas yg sangat sesat..........
    penuh dgn fitnah, penuh dgn maki hamun, penuh dgn dendam..............
    itu lah sifat2 islampas...........
    skrg ni, kit siang kata, di berbaik dgn abu pas atas alasan pluralisma agama.....
    bukan atas dasar untuk tegakan hudud, apa lagi abu pas nak kata.........
    neraka neraka neraka................

    ReplyDelete
  9. Pas dalam diam dah bnyk menyesatkan umat islam malaysia dgn pandangan agama rekaan taksiran sndiri..paling sedih dgn niq ajis..ayat al quran dia ckp adalah politik...gile ke ape...dahnyanyuk..elok lah niq ajis tu berundur n ngaji blk dri alifbata

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju dgn kak bedah nik ajis tu ptt berlajar alifbata balik dr dia asik menyesatkan org je

      Delete
    2. Bebo, saya yakin anda seorang yang bijak....
      Satu soalan untuk anda...kenapa anda pilih islam sebagai agama?
      Benarkah anda berada dijalan yang benar dan bagaimana anda mengetahui nya?

      Delete
    3. haiya bedah lo, lu memang fuyo.......kalau lu islam lu juga munafik besaq. lu kalau bukan islam lu kapiaq. wa manyak helan apasat jakim, jawi....pukima tak le tangkap itu pas nya ketua, kalau
      dia salah.? jangan mare ah......wa tanya je. ape sat lu worang manyak takut sama itu pas ha. ameno punya olang ramai wooo! di kedah sekali petik lua puluh olang islam ameno angkat banner wa kakap lu. kalau di selangor lua tiga kepala lembu mali depan dewan undangan negeli woo......jangan mare ah wa tanya.........lu ada otak ah? olang islam semua ale otak ma! wa ingat lu tak de la!

      Delete
    4. bukan ajaran islam pas yang sesat, tetapi umno bn yang menyesatkan fahaman setiap ucapan berkaitan islam oleh pas. tulah masalahnya kalau umno bn ni amalkan islam separuh2.

      Delete
  10. .terimalah hakikat yang pemimpin PAS sudah rosak akidah...kerja hampa hari@ menabur fitnah memecahbelah orang melayu Islam dengan amanat gila Haji Hadi Awang tu...woii ada otak jgn letak kat lutut...Allah bg otak utk berfikir...guna logik akal tu jangan semborono ja nak percaya dan akur tok2 lebai hampa cakap...piangggg!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, apabila Haji Hadi minta maaf dalam masa terdekat ni, pasti orang2 Melayu yang selama ini hidup merempat hampir 60 tahun di bawah pemerintahan UMNO ini akan serta merta menjadi senang hidup mereka dan bertempiaranlah kaum cina dengan kekuatan kekayaan bangsa Melayu dalam masa terdekat ni sebaik sahaja Haji Hadi meminta maaf kelak.

      Manakala bagi orang Melayu di kampung-kampung dan ahli-ahli umno biasa yang selama ini hidup kais pagi makan pagi ataupun berpendapatan dalam tempoh 6 bulan hanya bersamaan nilai sehelai spender rosmah akan terus menjadi kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia ini. Hidup Melayu!!!

      Delete
    2. tabiklah kak bedah..pemimpin Umno adalh satu pemimpin yang kuat berpegang kepada agama islam..umno mana pernah kata kat orang,umno mana pernah fitnah kat orang,umno mana pernah pecahbelah masyarakat...sesungguhnya umno perfectlah......puiiiiiiii

      Delete
    3. Betul tu anon 11:13,

      Oleh itu marilah kita sama-sama jadi kaldai DAP dan angkat kaki langgan pelacur serta peliwat jadi PM Malaysia ke-7!

      Hidup Melayu!Takbir x3

      Delete
    4. wow komen anda adalah yg terbaik.........kami tiada halangan kalau kamu nak jadi kaldai sesiapa pun....sila kan che anon 11:56 kaldai terbaik tahun 2012. Rasanya kalau madey baca komen nko tentu nko dapat pingat ni.......melayu jati lah nko

      Delete
    5. yelah tu, ko pun fitnah org. ko dah dengar atau baca ke amanat tu, ke ko pun tak paham bahasa melayu. apa bn ckp ko angguk je, nilah masalahnya. hari2 bn fitnah, cerita buruk2 pasal org lain kerana gila kuasa dunia, ini ke islam bn. peraturan pun peraturan barat. gaya dan cara hidup pun tak mencerminkan islam. jadi ko nak salahkan ajaran islam dalam quran tu salah ke sebab tak sama mcm umno sebab umno buat sikit2 atau sederhan ala ulama najib dan hajah rosmah?

      semua org dah tau, kalau bn cerita pasal taik kambing pun sempat juga dia buruk2kan pas dan tunjuk dia je baik. senjata politik umno hanya fitnah.

      Delete
  11. pas makin lama makin sesat kita kena bubarkan pas br malaysia akn aman

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa helan tengok lu mau bubar PAS Bro.....lu pun sudah hilang wootak. kah kah kah. tahniah bro.....patut lah ..........ameno..........peeeeeeewit.

      Delete
  12. akhirnya ada jgk org yg sedar bahawa Pas nie dh semakin terpesong daripada landasan nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. mawar hitam, benar kah anda dilandasan yang benar?

      Delete
    2. sekurang2 mawar x kafirkan orang mcm hadi dan tak tuntut hak murtad utk melayu mcm nurul izzah.

      Delete
    3. Anon 10.59 pm, kapiaq buat apa nak tanya?

      Delete
    4. Kalau dah memang kapiaq nak kata apa........ tolong tanya kat fuckton baring sat bro.

      Delete
    5. BN takut rakyat keluar menuju landasan benar, sebab bn tau pas adalah parti islam. bukan mcm bn laung je islam terus kata islam walaupun tak mencerminkan islam. samalah seperti makanan dituli perkataan halal walaupun ada kandungan tak halal.

      peliknya bn ni kalau pas dia cakap sesat dan terpesong, tapi suruh pas masuk umno. lepas tu buat fitnah dap tak sehaluan dengan pas kerana dasar pas yang islamik. tapi ckp pas sesat. kalau sesat tu bukan islam lah maksudnya. semua tau umno bn selalu kantoi, tapi masih ada gak yg sanggup diperbodohkan umno bn.

      umno bn kata pas ni sesat, sesat tu maksudnya kafir, jadi umno bn kafirkan pas.Mesti bn umno tak nak terima kenyataan ni kan.
      Umno bn gila kuasa dunia, sehingga membelakangkan tuntutan islam.

      Delete
  13. just nak tahu bagaimana pandangan penyokong2 umno berkenaan serangan di memali sehingga mengakibatkan banyak kematian? adakah anda menyokong serangan tersebut dan sila nyatakan sebab2 anda menyokong serangan tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh kerana serangan itu atas arahan umno, maka ia dibolehkan dan tidak salah disisi perlembagaan malaysia...
      Sekian dimaklumkan..

      Delete
    2. Noob, you tanyalah Al Afghani tentang Memali.
      Dia tu pernah angkat senjata dan bertarung nyawa dengan pejuang islam
      Kamu, setakat belakang keyboard tanya soalan bodoh, tak payah leh nak berlawak pandai.

      Delete
    3. Ayah saya ustaz ahmad, salah seorang yang terbunuh dalam peristiwa memali(sila periksa fakta)... ayah saya ustaz ahmad syahid bersama as syahid ustaz ibrahim libya... di depan mata saya ayah saya dibunuh atas arahan orang yang sebangsa dengan saya,bukan cina yang arahkan bunuh ayah saya, ketika itu saya berumur 4 tahun dan peristiwa itu masih segar dalam ingatan saya sehingga hari ini... saya adalah orang yang paling layak bercakap perkara ini berbanding anda semua yang hanya bertujuan untuk memberi keuntungan kepada parti politik masing2...

      Ketika kami merempat, sudahlah ayah kami semua dibunuh, tiada satu pun bantuan kewangan daripada umno kepada kami... yang membantu kami ketika itu, hanyalah PAS. Sekarang, walaupun keturunan memali berselerak serata dunia, tapi masih ingat kejahatan umno yang tergamak meragut nyawa orang yang sebangsa dengan mereka hanya kerana mereka inginkan wang tanpa mahu bekerja dan berusaha seperti manusia yang lain. PRU13 ini, kami akan pulang beramai-ramai untuk mengtalkinkan umno atas segala kekejaman mereka selama ini kepada umat Islam di Malaysia. ALLAHUAKBAR!!!

      Delete
    4. polis bunuh mereka ..... salah
      mereka bunuh polis...... tak salah la

      Delete
    5. Polis bunuh mereka - anak isteri mereka merempat sehingga Allah keluarkan mereka daripada kemiskinan

      Mereka bunuh polis -Anak Isteri mereka dibela kebajikan oleh UMNO sehingga sekarang


      Delete
    6. mengikut kertas putih dibentangkan di parliamen selepas peristiwa itu....kematian polis adalah di sebabkan tembakan 'friendly fire' dalam bahasa orang bodoh macam kau....polis tembak kawan dia sendiri......bahaloooooooool.

      Delete
    7. dah polis tembak rakannya sendiri, apsal nak salahkan keturunan memali pulak? bodohnya....maknanya jelaslah di sini yang polis terbunuh tu sebab ditembak oleh polis sendiri tetapi syahid-syahid memali yang gugur tu disebabkan arahan umno kepada polis-polis melayu...polis2 tu nak ingkar arahan takut miss soru, nak meniaga tak boleh sebab semua peluang besar ditutup oleh umno, yang ada cuma peluang RM17K untuk projek selama setahun setengah maka jadilah tanah dipijak ini milik orang... jahanam betul umno, celaka haram jadah....dengan cina bukan main lagi umno lembik tengkuk, pukimak punya umno...

      Delete
    8. polis tembak kawan dia, polis juga bunoh para syuhada..........berapa ringgit ameno bayaq kat kat cebai alafghan ni ha.....yg mengaku mujahideen , lancheow soilek betul la ameno ni. Aku sokong amanat hj hadi. hanya pengikut lancheow soi lek saja yg menentang apabila diseru kebaikan.

      Delete
    9. The thing is..at the first place knape terjadi peristiwa memali tu klu x kerana amanat hj hadi tu.2nd, yg terbunuh kt memali tu memilih utk dibunuh..so,nape nk salahkn polis lak...dorg nk memberontak,pilihan dorg..ade dorg pk anak bini dorang time tu?dorg dibunuh pn,dorg rela..so ape nk disedihkan..3rd.bukan ade tabung memali ke yg byk amountnyer,mana pegi?asal org pas yg kaye x tolong anak bini mangsa memali tu?ke dh tlong cme duitnye x sampai?too bad..sndiri cr sakit sndiri tanggung la jgn nk slhkan org lain.

      Delete
    10. Sangat bijak..tahniah observer :) akibat terlalu taksub itulah akibatnya

      Delete
    11. read this noob..http://syburi-times.blogspot.com/2010/11/peristiwa-memali-berpunca-dari-pas.html

      Delete
  14. Insyaallah, apabila Haji Hadi minta maaf dalam masa terdekat ni, pasti orang2 Melayu yang selama ini hidup merempat hampir 60 tahun di bawah pemerintahan UMNO ini akan serta merta menjadi senang hidup mereka dan bertempiaranlah kaum cina dengan kekuatan kekayaan bangsa Melayu dalam masa terdekat ni sebaik sahaja Haji Hadi meminta maaf kelak.

    Manakala bagi orang Melayu di kampung-kampung dan ahli-ahli umno biasa yang selama ini hidup kais pagi makan pagi ataupun berpendapatan dalam tempoh 6 bulan hanya bersamaan nilai sehelai spender rosmah akan terus menjadi kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia ini. Hidup Melayu!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin!
      Saya harap doa awak yang di ulang2, menjadi, dan Hadi insaf atas perbuatannya dan Melayu bersatu makmur semula.

      Delete
    2. Makmur di kaca tv saja kami tak mau, kami nak makan nasi sedap2 juga mcm mirzan makan di filipina tu.. kami lebih rajin dari dia, usaha kami jauh lebih dari dia... plz la....

      Delete
    3. jasa mirzan besaq bro......dia telah membawa kpd anak anak malaysia san miguel minum terbaik dari yg terbaik. Madey kata kat ameno jelly good. irony nya nape ameno tak suruh madey minta maaf ah? Orang mabuk boleh berstu ke? ketua polis semasa memali sekarang jadi tokey judi pulak tu! ameno memang boleh........boleh belah dengan ajaran betulnya......kah kah kah. Aku mati miskin pun aku rela bro.....duit dr ameno memang haram jadah.

      Delete
    4. jangan silap dengan mainan ameno bro, duit umno tu duit rakyat malaysia, celah bedah mana umno ada duit? umno tu pertubuhan bukan berorientasikan keuntungan. jadi ameno mana ada duit... umno tu kaki rembat duit... Hang tengok geng2 mamak mahadey, celaka haram jadah... selagi cita2 aku nak bekukan seluruh harta keturunan mahadey untuk dibabahagikan kepada umat Islam di Malaysia, selagi tu aku akan terus berjuang...

      Delete
  15. UMNO LAKNATULLAH VS ISLAM AD DIN = WHO`S THE WINNER?

    ReplyDelete
  16. sian aku baca tulisan kau pencacai Pas...bila kau kata umur 4 tahun ayah kau di bunuh depan mata..poorah!! pembohong...apa bukti kau anak memali..sekadar taip kat keybord semua boleh kau tulis..polis bunuh orang Memali..sedangkan orang Memali yg merusuh siap bawak parang..cuba kau ingat balik sejarah memali tu...kalau kau hidup la masa tu...kalau kau malas belajar ..keputusan pun setakat boleh aje ..lepas tu mintak bukan2..usahalah bro..jangan nak pandang orang lain dengan rasa iri hati kau...kalau umno kaki rembat duit ..duit tabung memali tu mana pergi nya..kena ambik dengan siapa..siapa pula yg rembat kohilal punyA DUIT SAMPAI RUGI..KALAU TAK ADA ILMU PERNIAGAAN TAPI NAK BERLAGAK PANDAI JAWAPNYA RUGI LA..JADI SEMUA NI SALAHKAN UMNO..SENANG HIDUP KAU..ISLAM APA YG PAS PERJUANGKAN..KALAU PENGHINA PARA SAHABAT KAU SANGGUP AMBIL SEBAGAI KAWAN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku pernah tengok video peristiwa memali tu..orang memali tidak pernah merusuh ,mereka ingin mempertahankan diri dan pihak polis menggunakan kereta perisai untuk meloloskan diri dan belah pintu pagar kawasan pengajian pondok ustaz Ibrahim libya....duit tabung memali sudah diterangkan oleh saudara Yusoff Hussin sudah lama...nak tau pi tanya dia sendiri...dia selalu ada di pejabat pas kedah...nak fitnah agak agak la woi...umno baguih oooo mana pernah kedarah duit..semua hasil peluh sendiri....uweeeeekkkkkkkkkkk

      Delete
    2. kalau hang pernah tengok video tu ..hang mesti ingat mcm mana anggota polis cedera parah di ajar mengucap ...hang ada tengok bukak mata besar ka hang tengok sambil tutup mata...kalau duit tabung memali dah diterangkan oleh Yusoff Hussin..mai la mana video dia..letak lah kat youtube ..biaq semua orang boleh tengok ..ada berani ka...

      Delete
  17. KALAU NAK DAPAT JAWATAN MB BAGI TANAH KAT DAP..TU YG PENCACAI KATA PANDAI..POOORAH!! TOK GURU HANG DAH TIPU HANG HIDUP-HIDUP LA BRO...RAMAI LAGI ORANG KELANTAN YG MEREMPAT TAK ADA TANAH KENAPA PEMIMPIN HANG TAK BOLEH NAK BAGI TANAH BUAT TEMPAT TINGGAL..APA CERITA 'LADANG RAKYAT'..DAH HABIS KENA SEBAT DENGAN PEMIMPIN PAS YG HANG PUJA-PUJA KE..HANG PARA PNCACAI PAS DAPAT APA..ELEK POOCITT!!NAK BUAT LEBUH RAYA HANG KENA BAGI DERMA..DERMA TU KENA AUDIT KE TAK ..KALAU TAK JAWAPNYA HILANG JUGALAH NANTI TUU

    ReplyDelete
  18. adoiiii cam haram....tapi pemimpin pas tak dilanda dosa kalo buat cam ni...tetap UMNo gak yg salah hahahahahaha...ye la dosa pahale kan pas yg tentukan....islam itu PAS, PAS itu islam...

    ReplyDelete
  19. oooiii cai..cai 12.58..hang ingat semua orang bodoh mcm hang ka..gi sekolah balik la weeii..hang gi tanya pemimpin PAS yg hang sayang tu..depa hantar anak gi belajar kat sekolah mana?..sekolah yg BN buat jugakan..lepas tu gi Universiti mana..yg BN tubuhkan jugakan..kalau gi ngaji kat mesir ..agak2 dia orang naik tongkang ka naik kapal terbang..sebab aku ni kalau jenis tak suka aku semua pemberian dari orang yg aku menyampah aku tak ambil..baru berani beb...kalau hang nak berhujah ..kerajaan kena sediakan kemudahan asas ..jadi kenapa Kerajaan Langit hang tak leh sediakan kemudahan air yg bersih..kat kelantan..masjid pun harap kerajaan BN yg buat ..lepas tu puak cai gi buat fitnah kat dalam masjid ..jadi orang munafik yg suka tengok orang lain berpecah..yg aku herat nak amat..BOLEH PULAK KERAJAAN PAS HANG BAGI PERUNTUKAN BUAT PATUNG BESAR..FUIYOOO..BANYAK ALIM LAGI HEBAT TOK GURU HANG!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2-57pm.betul sangat. Dah tu dah d hantar belajar keluar negara cucok pulak pelajar2 d sana. Macam tak da kerja lain. Klau pakai duit oyang korang pon muka tak malu juga. Ni kan pakai duit kerajaan bn. Shame on u. Org kel ni pon serupa jg. Dtg negeri org tjk lagak. Tikam orang dari belakang. Muka tak malu. Negeri kau tu tak da kerja nak kerjakan duit orang pulak. Pathetic loosers.

      Delete
  20. anon 11.57 Dec 19..kalau ayah hang hidup balik..mesti putus kepala hadi awang kena pancung..

    ReplyDelete
  21. Tolong lah sedar...agama PAS nie hanya nak menyesat kan sahaja....kalau ye die berjuang untuk agama islam...kenapa time izzah mengaku melayu bebas beragama ikut hak msing2 mereka tidak bersuara? kenapa? itu lagi teruk dari org tidak memakai tudung wahai baghal2 sekalian yg msih buta..

    ReplyDelete
    Replies
    1. klo izzah x ckp pn..ramai gak melayu yg cara hidup terpesong...pakai tutdung tp baju/seluar ketat...yg x pakai tudung apetah lagi...

      Delete
    2. Dia pakai tudung pon lisan mcm penyangak mcm bapak dia. Yg pakai baju2 ketat tu pengikut pas yg miang mengeletik mcm adik kau. Cuba buka tudong tu kot ada salib kat leher dia.

      Delete
  22. Nak tau cerita nye click link nie http://matkilaupenang.blogspot.com/2011/12/peristiwa-memali-berpunca-dari-pas.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. peristiwa memali ini sukar dicari kebenarannya kerana ahli PAS telah banyak menyeleweng dan menukar ceritanya..
      banyak sumber peristiwa memali ini didedahkan oleh PAS sendiri..
      PAS menunjukkan seolah UMNO jahat dan menjadi punca kematian ramai org pada masa peristiwa itu berlaku..
      kalalulah benar allah itu maha adil..
      kenapa waktu itu umno tidak diturunkan bala?
      kenapa hadi biarkan ahli pas hidup dlm kemiskinan?
      kenapa balu dan anak yatim tidak dibantu?
      mana perginya tabung yang berjuta ringgit itu?

      Delete
  23. Untuk Abg Zainon, bagus berjuang untuk agama Islam ni, tapi "ANGLE" kena betul. Perkara ni sebenarnya common sense je, salah satu sifat ulamak ialah "CAKAP SERUPA BIKIN" yang jenis "CAKAP TAK SERUPA BIKIN" tu adalah ahli politik bukannya Ulamak bang. So kesimpulannya ahli2 PAS ni yang kononnya digelar ulamak ni hanyalah ahli politik yang pakai serban, janggut sikit dan berjubah, itu jee diaorang ni. Ape objektif ahli politik?? Untuk kait undilaa bang, itu jelaa PAS, same je mcm ahli politik lain

    ReplyDelete
  24. Parpukari,

    Tolong kami dapatkan buku itu.

    Sekian, terima kasih.

    ReplyDelete
  25. apa landasan UMNO ?

    ReplyDelete
  26. hummmmmm...xtaw la apa yg di pikirkan...bg aku,isu nama allah s.w.t dah sgt2 besar...senang2 je nak bg agama lain pakai....nak ke nama allah s.w.t di letakan d pintu atau di gantung and d ukir d tmpat org2 kafir...



    Anonymous wan

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!