ISU SELANGOR! KHALID GAGAP CUBA TUTUP ISU HUTANG TALAM DALAM SIDANG DUN!


Kepimpinan kerajaan Selangor sememangnya bijak dalam mengalihkan kesalahan mereka kepada pihak lain di mana dalam masa yang sama berlakon seolah-olah pentadbiran kerajaan negeri seringkali dianiaya atau difitnah.

Menerusi Sidang Dun Selangor ke-12 penggal kelima, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim cuba menyorokkan perbuatan kepimpinan kerajaan negeri dalam isu hutang Talam melalui satu cadangan.

Khalid hari ini telah mencadangkan pembeli  rumah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) supaya mengemukakan dokumen tunjuk sebab berhubung gesaan  meminta perbadanan itu melangsaikan hutang rumah mereka.

Tindakan Khalid itu dilihat, sengaja dicetuskan bagi menampakkan pentadbiran PR di Selangor adalah benar dan sekaligus menutup kesalahan mereka.

Kononnya, cadangan itu dibuat sebagai membuktikan dakwaan bahawa PKNS membiayai hutang Talam Corporation (Talam) seperti dilemparkan pihak berkenaan adalah fitnah kerana tiada pembayaran berlaku.

Pelbagai bukti telah pun dikemukakan oleh pelbagai pihak termasuk MCA dalam isu hutang Talam yang cuba disorok oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

Namun, pembohongan demi pembohongan terus dilakukan oleh kepimpinan tertinggi negeri sebagai usaha menutup kesalahan mereka dalam mencetuskan kontroversi berkenaan.

Khalid membuat cadangan itu ketika menjawab pertanyaan lisan daripada Sulaiman Razak (BN-Permatang) berhubung sama ada Kerajaan Negeri bercadang untuk melupuskan hutang itu atau memberikan subsidi atau pengurangan harga terhadap hutang berkenaan.

Read more...

15 Responses to "ISU SELANGOR! KHALID GAGAP CUBA TUTUP ISU HUTANG TALAM DALAM SIDANG DUN!"

  1. Aku sebenarnya malas nak komen cuma atas kebenaran,cuba kita tanya siapa yg buat perjanjian dgn dan bagi hutang dgn TALAM dulu, Kerajaan sekarang ataupun kerajaan negeri semasa BN dulu?.Sepatutnya pihak yg berkenaan perlu perjelaskan kepada rakyat kenapa projek yg dilabelkan bater trade itu,iaitu kerajaan negeri bagi tanah ,pemaju keluar modal.Yg peliknya kenapa pula bila dah bagi tanah kerajaan bagi pulak pinjaman.Bila tak boleh bayar jadilah hutang.Bagi aku Tan Sri Khalid hanya menjalankan amanah kutip hutang. Sepatutnya MB dahulu keluar bagi penjelasan yg sebenarnya kepada rakyat,bukan buat2 tak tahu.Jgnlah kita jadi seperti org yang BERAK tengah jalan kemudian datang seorg hamba Allah cuba nak bersihkan.Tapi yg peliknya kita ketwa pulak pada hamba Allah tersebut dan kalih cerita kononnya dia pulak yg buat kerja kotor tu.Marilah kita kita menggunakan akal yg diberikan Allah dlm menilai sesuatu dan ingatlah DIA yg Maha Mengetahui setiap sesuatu yg kiat cuba sembunyikan dan takutlah kita pada AZABNYA yg Maha pedih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya sekarang org sekarang sepatutnya bersihkan berak tu n dakwa pihak berkenaan bukan nya salah menyalah, yang penting fokus selesai bukannya nak tambah tahik lg. FAHAM!

      Delete
    2. masalahnya tak kisah la sape yg mentadbir dahulu..
      sekarang nie adalah kerja dan kewajipan gagap lah utk menyelesaikan segala masalh yang berkaitan..kenapa nak salahkan orang lain kan

      Delete
    3. btl2 apa yg kejora malam katakan nie mmg btl seratus peratus.

      Delete
    4. hutang peribadi dia kena fikir jugak mcamna nak settle....

      Delete
    5. ........... NO COMMENT SEMUA SAMA JUGA

      Delete
  2. MCA saja guna isu talam untuk malukan UMNO tampa UMNO sedar.

    ReplyDelete
  3. Kita korek lepas menang nanti dan cari penyangak2 di selangor sampai kelubang cacing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl apa yg kau ckpkan nie anon 3.30 PM. Lps Umno menang nanti kita cari penyagak2 di selangor tu.

      Delete
  4. selagi pakatan mentadbir selangor selagi tulah merana rakyat2 selangor

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempoyak basi bukannya Selangor merana di bawah jajahan pakatan haram nie kalau pakatan menang lagi tak tahulah nak kata apa lagi pada rakyat Selangor selamatkan Negeri kita sebelum musnah di tangan anwar haram jadah nie kan.

      Delete
    2. aku sokong kau jinjai rakyat Selangor mmg kena bangun dari tidur utk selamatkan balik negeri drg dari musnah di tangan anwar haram jadah nie.

      Delete
  5. klu dah pakatan yg mentadbir mmg mcm tulah jadinya..
    semuanya lingkup!!cuba bg kat umno selamat je kn...

    ReplyDelete
  6. pakatan sial semua asyik nak salahkan umno
    meluat dah dgn perangai dorang sendiri xreti nak expose
    pastu letak ats kepala org lain pulak

    ReplyDelete
  7. MACAM MACAM ADA DI DALAM MALAYSIA HUTANG ORANG KENA BAYAR MASALAH ORANG KENA SELESAIKAN DAN BANYAK LAGI,,.di sini saya ada satu soalan jika salah IM SORR.. jika menteri sebelum ini ambil hutan tapi menteri sekarang kena bayar. so macam mana dengan rakyat malaysia yang beli rumah dan kerata secara hutang tapi tidak membayar berturut-turut 3 atau 6 bulan nama seseorang itu kena masuk di senarai hitam ataupun tarik balik harta rakyat malaysia .kenapa pula macam ini,,, rakyat malaysia buat pilihan untuk menteri tapi menteri tak tolong rakyat dan kena bayar hutan orang lain ,, tolonglah,,, tarikh balik hata menteri lama baru lain menteri tak berani buat benda tu,, KALAU NAK IDEA LAGI SAYA BAGI..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!