DULU SUPER KINTA KINI UTC IPOH!


Kewujudan Pusat Transformasi Bandar (UTC) di bandar raya Ipoh bakal memberi impak positif kepada pertumbuhan sosial dan ekonomi di kawasan sekitarnya.

Ketika ini, kerja menaiktaraf bangunan yang dahulunya dikenali sebagai pasar raya Super Kinta sedang giat dilaksanakan oleh kontraktor dilantik dan sudah 70 peratus siap.

Pusat sehenti yang menempatkan pelbagai agensi kerajaan dan swasta itu dijangka beroperasi sepenuhnya pada Disember depan, sekaligus menjadi UTC ketiga di negara ini selepas di Kuala Lumpur dan Melaka.

Baru-baru ini, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dilaporkan berkata, kerajaan negeri berpuas hati dengan kerja menaiktaraf bangunan menempatkan pasar raya Super Kinta yang suatu ketika dahulu pernah menjadi tumpuan wargakota Ipoh.

Katanya, kewujudkan pusat sehenti itu pastinya akan menggembirakan rakyat khususnya wargakita Ipoh.

“UTC bakal berfungsi sebagai pusat khidmat setempat akan menempatkan pelbagai jabatan kerajaan bagi memudahkan orang ramai menyelesaikan pelbagai urusan di bawah satu bumbung,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zambry menegaskan, UTC Ipoh itu boleh dikategorikan sebagai pusat transformasi yang menarik, strategik dan terbesar dan apabila siap sepenuhnya, ia juga dijangka bakal mengubah landskap di kawasan berkenaan.

Beliau tambahnya, turut mengemukakan beberapa cadangan untuk kemudahan pengunjung kelak termasuklah menyediakan laluan bersesuaian, tempat solat, bilik mesyuarat dan kawasan khas untuk ibu menempatkan anak mereka buat sementara ketika berurusan di pusat berkenaan.

“Di bahagian bawah UTC ini pula, kita sarankan agar disediakan gelanggang futsal atau kawasan-kawasan permainan untuk golongan muda. Secara keseluruhannya, kita harap UTC ini akan mampu menjadi satu pusat untuk semua,” katanya lagi.

Sementara itu, peniaga yang ditemui Peraktoday.com menyahut baik usaha kerajaan Pusat menaiktaraf pasar raya Super Kinta menjadi UTC ketiga di negara ini.

Salah seorang daripada mereka, Normah Idris, berkata projek itu mampu melonjakkan semula pendapatan peniaga di Pasar Besar Ipoh yang terjejas teruk apabila pasar raya Super Kinta ditutup kira-kira sembilan tahun lalu.

Read more...

7 Responses to "DULU SUPER KINTA KINI UTC IPOH!"

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Aku orang ipoh dah lama beno tak lalu sekitar super kinta. Biasa cuci mata kat gm, jj atau parkson je. Terkejut juga dengar berita camni. Nanti nak pegi tengoklah. Super Kinta ni memang popular di Ipoh ni, tapi dululah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salah seorang dari mereka yang masih hidup, Hashim Yaakub, 122, berkata, beliau terkejut dengan maklumat bahawa kerajaan Jepun telah membayar pampasan kepada kerajaan Malaysia sebanyak RM207 bilion sejak lama dahulu, sedangkan beliau tidak mendapat apa-apa.

      Perasaan itu dizahirkan beliau ketika menerima kunjungan Mohamad Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang di kediamannya di Changkat Jering di sini baru-baru ini.

      Beliau yang masih kuat ingatannya menceritakan, beliau menjadi buruh paksa zaman Jepun itu ketika beliau baru berusia 26 tahun.

      Menurut Pak Hashim, beliau menjadi buruh paksa selama tiga tahun lapan bulan dan hanya menerima gaji sebanyak 3 bath duit Siam.

      Ekoran kehilangannya dan tidak dapat dikesan pada waktu itu, ahli keluarganya telah membuat kenduri tahlil kepada Pak Hashim.

      Sebaik selesai perang dunia kedua, Pak Hashim bagaimanapun selamat pulang ke kampung halamannya bertemu keluarga, dan kepulangannya disambut dengan kenduri kesyukuran.

      Justeru, dengan perkembangan terbaru ini beliau meletakkan harapan tinggi kepada Pakatan Rakyat agar membela nasib mereka yang telah dinafikan hak mendapat pampasan tersebut oleh kerajaan Barisan Nasional.

      Mohamad Nizar dalam pada itu berjanji akan membangkitkan isu tersebut dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak yang akan bersidang 17 Disember ini.

      Malah kata Adun Pasir Panjang itu, satu sidang media bersama bekas buruh dan waris mereka akan diadakan dalam masa terdekat.

      Isu landasan maut ini sebelum ini didedahkan Mohamad Nizar Nizar yang mempersoal ke mana perginya wang pampasan berjumlah RM207 billion yang telah dibayar oleh kerajaan Jepun itu.

      Delete
  3. satu lagi projek bangangsyok sendiri sapu duit rakyat

    ReplyDelete
  4. DEI PARPUKARI tinduputu sootha sori..

    Kalau dah cam ayam tu memenag cap ayam lah...

    Ko perasan tak UTC nie sebelah pasar ayam tersohor di Ipoh...

    UMNO/BN dan Ayam mana nak berpsiah kan...mauhahahhahahahahha

    jakarta trip amacam?...ayam kat sana ok tak..hehehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah rasa ke ayam indon

      Delete
  5. what types of government department it has for the convenience of the public,eg. mykad renewal, quit rent & other bills payment?

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!