AIR MATA MEMALI! HADI DIDESAK TARIK BALIK AMANAT MENGKAFIRKAN UMNO!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C. N al-Afghani berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Katanya, dalam soal tersebut Abdul Hadi perlu meletakkan kepentingan akidah jauh lebih penting daripada pertimbangan politik kerana jika tidak, puluhan ribu pengikut Pas terus bergelumang dengan dosa akibat mengkafirkan saudara seagama hanya kerana perbezaan politik.

"Kepimpinan Pas tidak boleh berdiam diri dalam hal ini seolah-olah Abdul Hadi tidak melakukan apa-apa kesalahan ketika mengeluarkan amanat kerana kesannya kepada masyarakat terlalu besar. Soal kafir-mengkafir ini isu akidah jauh melebihi kepentingan politik.

"Saya salah seorang ahli Pas yang terpengaruh dengan amanat tersebut sehingga sanggup mengkafirkan ayah dan abang sendiri. Sehingga kini saya tidak tenang kerana dihantui dosa itu. Saya memohon kepada Allah agar diampunkan dosa sebelum ajal menjelma.

"Tapi sebagai individu bertanggungjawab apatah ketika berkuasa, Abdul Hadi perlu membetulkan semula akidah pengikut Pas kerana masih terdapat puluhan ribu ahli parti yang taksub dan menganggap UMNO kafir," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Zainon, walaupun sudah 31 tahun berlalu, tetapi amanat Abdul Hadi membarah sehingga ke hari ini di dalam jiwa dan pemikiran pengikut tegar Pas menyebabkan mereka menolak mentah-mentah apa sahaja termasuk kebaikan yang cuba dibawa kerajaan.

Dalam pada itu, Zainon berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi pelbagai ‘serangan’ yang bakal dilemparkan pemimpin Pas termasuk ‘tuduhan wajib’ seperti dibeli oleh UMNO kerana bertindak mendesak Abdul Hadi menarik balik amanat beliau yang membawa perpecahan.

"Saya buat semua ini atas sifat keinsafan diri demi untuk melihat akidah orang Islam khususnya pengikut tegar Pas yang bertindak mengkafirkan saudara seagama dapat diperbetulkan semula dan bagi tujuan itu, saya sedia bersemuka dengan mana-mana pemimpin Pas," katanya.

Sumber: Utusan Malaysia

21 Responses to "AIR MATA MEMALI! HADI DIDESAK TARIK BALIK AMANAT MENGKAFIRKAN UMNO! "

  1. Replies
    1. ceh, geng2 yang dalang ni semua puak2 madrasah salihiah, kutip duit merata kedah tapi haram tak tau pi mana pun....pukimak betul....

      Delete
  2. Mat Sabu ni bile tgok betul betul ada iras iras adolf hitler...lepas ni dia plak jd presiden..abis ler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi bukan main peka lagi no duit memali hilang konon....hahaha yang mahadey rembat duit perwaja puluh billion haram hangpa buat tak tau saja...yang mahadey rembat juta2 untuk bail out kilang anak jantan dia, tongkah holdings, haram hangpa jadi syaitan bisu...yang mahadey songlap billion dana rakyat untuk disalurkan kepada mirzan st miguel arak tu haram hangpa senyap saja....pukimak punya umno...

      Delete
  3. Kafirkan org kesannya bukan sekarang nanti nak mampus baru rasa.

    ReplyDelete
  4. nampaknya istilah ahli seumur hidup pas dah tak boleh pakai sebab dah ada ahli yang dah jadi bekas...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pukimak ko la noob... Haram jadah betul la

      Delete
    2. Tak baik pukimak kan org... Jaga adab dan sopan santun sebagai org Islam...Islam tu kan ker indah..cerminkan keindahan itu dlm bentuk bahasa maupun perbuatan...

      Delete
  5. Masihkah ada generasi baru Pas hari ini yg ingat apa yg dikatakan 'Amanat Hj Hadi' tu?? Rasanya tak ramai generasi muda yg ingat. Yg pasti yg masih teringat cuma peminat2 setia dan tegar Hj Hadi di RTM, TV3 dan Media Prima.

    Dekat2 pilihanraya ni peminat2 setia dan tegar Hj Hadi pasti akan memutar semula lagu lama Hj Hadi yg dah tak popular tu dlm RTM, TV3 dan Media Prima atau dlm blog Tuan Mamak...

    Tak payahlah mainkan lagu2 lama yg dah tak relevan dgn citarasa anak muda tu lagi...mainkanlah lagu2 pop rock dan balada baru pula, misalnya lagu:

    i) Lagu Dana Haram Tokeh Cina Hongkong RM40 Juta Utk Umno Sabah
    ii) Lagu Deepak Bongkar Najib Terlibat Dalam Pembunuhan Altantuya
    iii)Lagu Skandal Deepak dan "My Sister" Rosmah
    iv) Lagu Musa Hasan Bongkar Skandal Najib-Hishamuddin Palsukan Fakta
    v) Lagu Lembu dan Kondo Shahrizat Yang Masih Misteri
    vi) Lagu Umno Oh Umno Mengapa Engkau Samseng (Suka Serang Ceramah Orang)

    Dan banyak lagi lagu2 baru yg sdg popular di kalangan anak2 muda masa kini...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apakata buat lagu dimanakah jam omega aku... X pun lagu "siapa bilang china doll x menawan"... Ataupun lagu "sepuluh batang hitam"

      Delete
    2. Yg ni aku setuju... Lagu Jellyfish atau Jelly KY...yg mana baik utk mu...ini contoh jer lirik nyer..

      Delete
  6. Memang fatwa Hj Abdul Hadi perlu diperbetulkan. Memang Umno adalah salah sekiranya tidak melaksanakan hudud. Umno tidak.salah sekiranya mempunyai alasan kukuh. Jadi Hj Hadi memilih bahawa Umno bersalah dan Umno tidak diberikan peluang kepada Umno untuk memberi alasan. Tapi bagi orang yang bijak, mereka tahu kenapa Umno gagal melaksanaaan hudud. Tapi Hj Hadi pun tahu kenapa Umno gagal melaksananan hudud. Cuma Hj Hadi sengaja buat tak tahu, buat dono. Tapi kalau Hj Hadi sanggup menanggung segala dosa disebabkan oleh farwa beliau maka beliau tidak takut sekiranya ianya akan mengheret beliau jauh dari syurga.

    ReplyDelete
  7. sama ada orang itu jatuh kafir ke munafik ke atau sebagainya...
    kita sebagai orang islam tidak mempunyai hak untuk mengkafirkan orang islam lain kerana ini hanyalah hak dah kerja allah..
    siapakah kita untuk menyatakan diri kita bagus dan orang lain kafir..
    hal ini ditujukan kepada ahli alhi PAS.,,
    ingat islam sejak diturunkan sampai lah kiamat adalah tetap sama tiada yang berubah yang berubah hanyalah zaman dan manusia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku sokong kau seratus peratus kejora malam mmg terbaik pa yg kau katakan ini, pas takde hak nak kafirkan org atau munafik org.

      Delete
  8. diharapkan dan didoakan supaya PAS kebmali ke jalan dan maksud islam yang sebenar dan tidak hanya menginginkan dunia dan kuasa sampai sanggup mengikut dan bersetonggokol dgn kafir lahanat

    ReplyDelete
  9. SEDARLAH PAS SEBELUM TERLAMBAT JGN BERMAIN DGN AGAMA, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN JGN GILAKAN KUASA DAN DUIT SEHINGGA AGAMA DIPERTARUH.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dyorg kisah pe,nik aziz kn macam father.
      buat dosa just jumpa dia,nanti dia maafkn so habis la dosa mereka.
      duit semua habis disapu,konon tuk derma lah tuk bina masjid la.
      padahal semua masuk poket,semua sapu kat PASial.
      dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit

      Delete
  10. Pemimpin PR nie merbahaya..pengikut plak bodoh...nk buat cane...

    ReplyDelete
  11. Pas nie mmg dh semakin hari semakin melampau dn semakin terpesong jauh!! pasal gilakan kuasa yg tak seberapa tu depa sggup menggadaikan agama sndri!! apa pny bangsalah Pas nie!!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!