PANAS WEI! BUKTI PAS TIPU ORANG CINA - MESTI BACA

Pemimpin PAS sering menjaja propaganda bahawa undang-undang Islam ataupun hudud PAS yang mahu diperjuangkan oleh mereka menjamin hak kebebasan orang bukan Islam dengan alasan ia hanya terhad pada orang yang beragama Islam sahaja.

Kita faham tujuan PAS menggembar gemburkan propaganda itu untuk mengurangkan kerisauan masyarakat bukan Islam selanjutnya mengelakkan pakatan pembangkang yang turut melibatkan PAS daripada kehilangan undi sebahagian orang Cina yang menyokong DAP.

Hakikatnya, apa yang menimpa para pengusaha salon gunting rambut di KB Mall, Kelantan baru-baru ini langsung tidak bertepatan dengan propaganda yang dilaungkan oleh PAS selama ini.

Misalnya dalam kes Pengurus E-Life Hair Salon, Ong Lee Ting yang membuka perniagaan di KB Mall sejak 2010 sehingga kini pemilik salon itu sudah 11 kali disaman oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI).

Di bawah Seksyen 107 (2) Akta Majlis Undang-Undang Tempatan seseorang wanita termasuk bukan Islam dilarang memotong rambut seorang lelaki ataupun sebaliknya tanpa mengira agama.

Setiap kali disaman atas kesalahan tersebut, Ong perlu menyelesaikan saman bernilai RM200 hingga RM350. 11 kali disaman bermakna pemilik salon itu sudah kerugian diantara RM2000 hingga RM3000. Bukan sedikit jumlahnya apabila diambil kira sewa kedai yang perlu dibayar saban bulan.

Malah para pemilik salon yang bukan Islam juga turut didenda sekalipun mereka memberi khidmat kepada pelanggan lelaki yang bukan beragama Islam. Bukankah selama ini PAS gah bercakap bahawa orang bukan Islam terkecuali daripada peraturan Islam?

Ternampak jelas PAS telah dengan sengaja menipu orang Cina, baik dalam isu salon unisex mahupun melibatkan hudud PAS. Apa susah sangatkah untuk PAS berkata benar dan memberi penerangan yang sebenar tanpa dolak dalik bermotifkan politik kepartian?

Kira-kira sebulan lalu, Presiden MCA, Chua Soi Lek ada mendedahkan satu SMS yang diterimanya yang tertulis mesej kebimbangan sesetengah golongan bukan Islam keturunan Cina perihal risiko kesan perlaksanaan hudud PAS yang bakal memudaratkan 1.2 juta orang bukan Islam.

Dalam konteks kepentingan orang Cina dan masyarakat bukan Islam, nampaknya kebimbangan yang disuarakan oleh Soi Lek ada asasnya. 

Mungkin disebabkan tidak tahan dengan asakan Soi Lek, selepas itu PAS telah melabelkan Presiden MCA itu telah menghina hudud dan Islam, sekalipun Soi Lek hanya secara sinis mengkritik hudud PAS itupun selepas mengambil kesempatan dari lampu hijau yang diberikan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat pada 12 Ogos 2009.

Mengikut kenyataan Nik Aziz pada tarikh tersebut, katanya pemimpin DAP berhak mengkritik dan menghina Islam disebabkan mereka bukannya beragama Islam. Jadi apa bezanya pemimpin MCA dengan DAP, bukankah Soi Lek pun bukan beragama Islam sama seperti pemimpin DAP?

Berbalik pada isu salon unisex di KBMall, jika logik propaganda PAS bahawa undang-undang Islam yang mahu diperkenalkannya melalui hudud PAS diambil kira yakni hanya terhad pada orang Islam sahaja, bermakna pemilik salon E-Life Hair Hair Salon akan terselamat dari denda tersebut. 

Sebaliknya hanya pelanggan atau pemilik salon yang beragama Islam sahaja akan menerima saman, itu jika logik propaganda PAS digunapakai, tidak begitu?

Namun, lain yang dipropagandakan lain pula yang dilaksanakan. Mungkin bagi PAS isu ini agak remeh temeh, tapi sekarang ia semakin menjadi polemik umum dan isu panas yang pastinya besar impak buruk pada prestasi PR dalam PRU 13.

Orang Cina dan lain-lain anggota masyarakat yang bukan beragama Islam rasa seperti tertipu dengan propaganda PAS bahawa undang-undang Islam hanya terhad pada orang Islam sahaja, sedangkan realiti yang berlaku melibatkan salon unisex di Kelantan turut melibatkan orang bukan Islam.

PAS perlu belajar untuk bercakap benar bahawa undang-undang Islam termasuk hudud yang sebenar-benarnya turut meliputi orang bukan Islam, jika PAS berterusan menyembunyikan fakta ini dan polemik seperti salon unisex ini berulang, bukan sahaja memberi kesan pada imej Islam malah semakin mengelirukan orang bukan Islam.

8 Responses to "PANAS WEI! BUKTI PAS TIPU ORANG CINA - MESTI BACA"

  1. lalalalalalala....hohohho....amekawwwww!!!!

    ReplyDelete
  2. itu macam ka, gua ingat itu, orang cina tiongkok mali bole potong pompuan punya kepala, itu macam itu Haji punya cikgu cacap selupa tikus...

    ReplyDelete
  3. penyokong Msia didikan UMNO:

    https://www.youtube.com/watch?v=4nt1vfIay0Q&feature=plcp

    ReplyDelete
  4. Talipan PAS sejak dulu hingga sekarang masih fikiran kuno, zaman lama, Taliban, sempit, dalam tempurong, sesat, mundur, ketinggalan zaman, paksaan, kosong, mimpi dll. Jika Malaysia diperintahnya pasti akan jadi Afghanistan !

    ReplyDelete
  5. Kalau join pas tak banyak sikit mesti unsur unsur kolot tu ada , sebab saya dah lama bercampor dengan puak puak pas ni !

    ReplyDelete
  6. masalah pas nie terlalu over la dorang nie...
    sendiri pun tak betul pastu otak pun dah tak betul...
    semua benda die buat dah tak betul...
    dah tahu bukan orang islam biar jela die nak potong rambut laki ke pondan ke yang bukan beragama islam juga..
    bagi dorang semua tu tak berdosa..

    ReplyDelete
  7. hukum hudud kan hanya untuk orang yang beragama islam sahaja..pas nie nape la suka buat keliru org

    ReplyDelete
  8. Rasa Taliban PAS juga jangan bagi jururawat dan doktor perempuan merawat pesakit lelaki lagi jurujual perempuan layan pelanggan lelaki. Baguslah PAS boleh nyanyi dan tari TALIBAN STYLE !

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!