PANAS BERAPI! LYNAS ADALAH MAINAN POLITIK DAP YANG DENGKI!

Berita yang pasti menggemparkan dan menyayat hati Pakatan Haram Pembangkang. Sila baca : 



KUANTAN: Kilang Lynas Advanced Material Plant (LAMP) hari ini dibenarkan beroperasi selepas Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan injunksi interim ke atas Lesen Operasi Sementara (TOL) oleh tiga penduduk Kuantan.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya berkata injunksi itu ditolak kerana ia bukan sahaja melibatkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), tetapi juga Lynas sebagai responden ketiga.
 
"Keseimbangan ekuiti perlu diputuskan bukan sahaja antara pemohon (penduduk Gebeng) dan MOSTI serta AELB, tetapi juga Lynas sebagai pihak ketiga yang mempunyai kepentingan dalam keputusan kes ini," katanya.

Sebelum ini penduduk Kuantan yang diwakili peguam Datuk Bastian Pius Vendargon, memohon supaya mahkamah membekukan TOL bagi menghentikan operasi LAMP. 
Pihak Lynas membuat permohonan untuk menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman terhadap permohonan penduduk Kuantan yang mencabar keputusan dua responden (MOSTI dan AELB) dalam pemberian TOL kepada Lynas sebelum ini.

Hakim juga dalam penghakimannya turut membenarkan Lynas menjadi responden ketiga dalam semakan kehakiman itu di mana tarikh semakannya belum diputuskan lagi.

Dalam pada itu, Vendargon ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata pihaknya akan merayu terhadap keputusan itu dalam masa dua hari. Selain Vendargon, pemohon diwakili oleh Hon Kai Ping, R. Sarengapani, Anne Marie dan Gene Anand Vendargon manakala kedua-dua responden diwakili Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan, Datin Noor Azzah Abdul Aziz dan Laila Muhamad Bostaman. Lynas pula diwakili oleh Sunil Abraham, Wong Kah Hui and Emily Chin. - BERNAMA


Dan ini pula beberapa fakta tentang Lynas yang perlu kita tahu :
  1. Maklumat Lynas adalah berdasarkan Fakta Saintifik yang boleh di uji dan di bukti.
  2. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan bagi menyemak
  3. Laporan berkaitan dengan keselamatan radiasi dan alam sekitar
  4. Lynas mengalu-alukan pakar-pakar berkecuali yang berkelayakan untuk menyertai AELB atau DOE bagi menjalankan ujian mereka sendiri


Kilang Lynas TIDAK MERBAHAYA kepada orang awam, persekitaran dan pekerja Lynas Corporation sendiri kerana

  1. Kilang Lynas BUKAN KILANG NUKLEAR..Ia hanya kilang kimia biasa
  2. Mengikut undang-undang pengangkutan antarabangsa bahan Lynas tidak tersenarai sebagai bahan radioaktif kerana kandungan radioaktifnya adalah rendah
  3. Dedahan radiasi kepada orang awam adalah sangat rendah
  4. Pelepasan air dan udara daripada kilang Lynas tidak mewujudkan kehadiran bahan radioaktif
  5. Kilang Lynas berteknologi tinggi dan mengikut garis panduan undang-undang antarabangsa dan Malaysia
Mengikut kajian pendedahan radiasi oleh kilang Lynas pada orang awam selama setahun hanyalah 0.002mSv. Apakah angka dedahan radioasi yang membahayakan manusia? Mengikut undang-undang Malaysia dan antarabangsa berhubung had dedahan radiasi kepada manusia :

1) Orang Awam - tidak melebihi 1.0 mSv setahun
2) Pekerja sinaran - tidak melebihi 20mSv setahun


Lynas TIDAK SAMA dengan Asian Rare Earth (ARE), Bukit Merah :
  • Bahan mentah kilang ARE di Bukit Merah adalah bahan buangan industri bijih timah, iaitu tahi bijih 
  • Bahan mentah Lynas adalah tanah dari lombong dan bukan BAHAN BUANGAN. 
  • Kandungan radioaktif bahan mentah Lynas adalah jauh lebih rendah dari bahan mentah dan sisa ARE Bukit Merah 
  • Kandungan radioaktif dalam bahan mentah ARE Bukit Merah adalah 37 kali lebih tinggi dari Lynas 
  • Kandungan radioaktif dalam sisa ARE Bukit Merah adalah 60 kali lebih tinggi dari Lynas
Baca seterusnya disini

3 Responses to "PANAS BERAPI! LYNAS ADALAH MAINAN POLITIK DAP YANG DENGKI! "

  1. Dailog: Perbualan antara Hero Tamil dgn anaknya, Norule

    HT : (Dgn nada marah membebel) How many times I must tell you, you have to becareful with what you said. You so stubborn! Dont want to listen with what I said. How many times I said, when you want to say something use your brain. But you just membebel je, mulut tu macam jubor ayam.

    Norule: (frust) I dont like jubor ok, you yg ketagih jubor not me ok! so keep your filthy mouth shut! asshole!
    HT: (terdiam dgn rasa malu, lalu bergegas pergi tak terkata)

    ReplyDelete
  2. Kes yg berpunca drpd hasrat dengki & politikus .

    ReplyDelete
  3. Blog Pro BN... penuh dengan maki hamun dan bahasa kesat.. macam dh terdesak je.. Cuba bandingkan dengan Blog pembangkang.. lebih nampak profesional. Bercakap dengan fakta bukan auta..

    -Al-Falah-

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!