PANAS BERAPI! BUKTI NURUL IZZAH PENIPU SEPERTI BAPANYA!

Selepas berminggu-minggu fikirannya berkecamuk dengan isu kebebasan bertukar agama bagi orang Melayu Islam yang tercetus akibat keterlanjurannya sendiri, akhirnya Naib Presiden PKR, Nurul Izzah mengambil keputusan nekad dengan memfailkan saman terhadap Utusan Malaysia.

Tindakan Ahli Parlimen Lembah Pantai menyaman Utusan berhubung isu orang Melayu bebas bertukar agama ini pada pandangan ramai sebenarnya agak pelik dan menimbulkan lebih banyak persoalan yang menuntut jawapan konkrit.

Malah beberapa pemimpin PAS dan PKR yang berlatar belakang agama juga sedikit kurang senang dengan tindakan tersebut yang pada perkiraan mereka ia seumpama satu silap mata untuk mengabui mata rakyat. Dengan kata lainnya macam nak menipu rakyat dan mengalih isu sebenar.

Saman tersebut yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman milik peguam pro PAS, Tetuan Mohamed Hanipa & Associates pada 23 November 2012, anak perempuan sulung kepada Ketua Umum PKR itu antaranya menuntut Utusan memohon maaf dalam tempoh 24 jam.

Lain-lain tuntutan termasuklah meminta defendan menarik balik tuduhan fitnah, ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau tanpa menyatakan nilai tuntutan yang dikehendaki.

Jika Nurul Izzah merasakan dengan kaedah saman menyaman bakal mengambus isu ini dan menyelamatkannya dari terus dibayangi kesilapan dan keterlanjuran mulutnya sendiri, ternyata andaian itu silap sama sekali.

Persoalan besar yang sedang bermain di minda khalayak tika ini ialah kenapa hanya Utusan yang disaman? Mengapa portal berita yang bias kepada PR iaitu Malaysiakini terkecuali dari tindakan?

Sedangkan media pertama yang menerbitkan berita berkenaan kenyataan Nurul Izzah di gereja bersabit isu kebebasan beragama untuk orang Melayu ialah portal Malaysiakini yang pro pembangkang.

Malaysiakini, dalam artikelnya bertarikh 3 November 2012 di bawah tajuk "Nurul: There should be no compulsion in choosing faith" menyebut bahawa "rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu".

Perenggan pertama artikel Malaysiakini itu jelas bermaksud bahawa orang Melayu juga wajar diberi hak untuk bebas beragama, dengan kata lainnya orang Melayu seharusnya boleh keluar daripada Islam ataupun dibenarkan murtad.

Dalam konteks negara kita Malaysia, seseorang Melayu itu ditakrifkan wajib beragama Islam. Bila disebut orang Melayu automatik agamanya Islam, itu hakikat dan itu realiti. Melayu dan Islam berpisah tiada, ibarat aur dengan tebing. 

Jika Utusan disaman atas tuduhan memfitnah, bermakna bila Malaysiakini dikecualikan dari tindakan maksudnya berita yang disiarkan oleh portal itu adalah benar, tidak begitu?

Sekiranya isu kebebasan agama yang sedang memeningkan kepala Nurul Izzah tika ini hanyalah fitnah, langkah yang betul ialah menyaman kedua-duanya dan bukannya bertindak double standard. 

Kenapa mesti ada pendakwaan terpilih dan perbezaan tindakan, bukankah ini mendedahkan kepada umum betapa kebebasan bersuara ala PR yang sering dilaungkan sebenarnya hanyalah omong kosong sahaja.

Terang lagi bersuluh, nawaitu sebenar pemimpin PKR itu dalam samannya terhadap Utusan hakikatnya hanyalah untuk menutup isu disamping cuba menipu rakyat. Ini sebetulnya satu cubaan untuk mematikan isu dan memutar belitkan kisah sebenar.

5 Responses to "PANAS BERAPI! BUKTI NURUL IZZAH PENIPU SEPERTI BAPANYA!"

  1. Pelik juga bila saman kata penipu kalau tak saman nanti kata betullah tuduhan tu.Bagi aku mudah biarlah pihak yg kena saman tu bela diri dlm mahkamah.Satu lagi yg pelik ialah mengapa dok libat pemimpin PAS yg kononnya tak berapa setuju tindakan Nurul Izzah tu,takkan Admin tak tau Sdr Hanipa Maidin tu bukankah AJK PAS pusat merangkap lawyer PAS sekali!!!Akhir sekali pasai apa libatkan bapa dia pulak sbg penipu,bila admin sendiri putar alam (contohnya)terpalit ngan bapa kau pulak dipanggil penipu!!Adilke kiat buat gitu.Sebagai org Islam kita kenalah berlaku adil dan jgn sekali2 kiat melampau batas dan menzalimi diri sendiri>SAma2lah kita mengingati diri kita azab yg dasyat akn menimpa kita kelak.Ya Alllah ampunilah dosa2 kami,bukalah pintu hati kami kepada yg hak dan jauhilah dari segala yg batil dan janganlah jadikan kami sebahagian dari kaum yg melampaui batas.Amin

    ReplyDelete
  2. Saman sudah difailkan dan pihak YB Nurul Izzah menawarkan permohonan maaf dr utusan. Setakat ini sy masih belum mendapat berita permohonan maaf dr utusan. Ini bermaksud utusan akan menunggu notis saman dari pihak YB Nurul Izzah. Dan mahkamah akan memanggil utusan utk perbicaraan dan sesi bela diri. Sy menunggu dan mengikuti dgn penuh minat perkembangan kes ini.

    ReplyDelete
  3. bila menang sok, depa kata depa perjuang kebebasan beragama di malaysia, kalu depa kalah sok, depa kata hakim kena rasuah...kalu ader melayu2 yg sokong sgt kenyataan ini, elok lah muhasabah diri, takut nanti anak cucu kita keliru tentang perlembangan malaysia "islam adalah agama persekutuan"..melayu di malaysia adalah islam dan islam adalah org2 melayu di malaysia...ingatttt hanya di malaysia

    ReplyDelete
  4. macam nie lah rupa pembangkang bila dah tak tahu nak buat apa alih-alih mereka akan ubah cerita..
    tak pun nak saman..
    nak saman kenapa sedangkan sah-sah die memang bersalah..
    biasalah dah bapak sendiri si juburi tu pun tak betul
    kerana manusia macam dorang nie kan lingkup la negara dan agama kita..

    ReplyDelete
  5. betul tu,perangai cam sial.
    macam mana bapak cam tu ank,2 2 pelingkup malaysia.
    dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!