CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Seminar

Seminar

Friday, November 23, 2012

CILI KASI TARUK! ANWAR HARAMI MEMALUKAN NEGARA JE!

Menteri Luar Australia, Senator Bob Carr, berkata Australia tidak boleh dan tidak akan mempengaruhi cara pilihan raya umum patut dilaksanakan di Malaysia walaupun menerima rayuan berhubung perkara itu daripada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.Anwar dilaporkan menulis kepada Carr untuk meminta Australia membantu dalam memastikan pilihan raya umum akan datang di Malaysia, yang berkemungkinan diadakan awal tahun depan, bebas daripada penipuan dan rasuah.

Anwar juga dilaporkan memberitahu Carr bahawa beliau menemui bukti tentang penipuan dalam pendaftaran pemilih dan anomali lain dalam menghadapi pilihan raya itu.Beliau turut mempertikai kebebasan Suruhanjaya Pilihan Raya dan mendakwa pembangkang diketepikan oleh media.

Bagaimanapun, Carr berkata pilihan raya di Malaysia merupakan urusan rakyat Malaysia sendiri.“Amat sukar bagi Australia berbuat sesuatu tentang cara ia dilaksanakan, sama sukarnya bagi Malaysia atau kerajaan lain untuk menganjurkan bagaimana pilihan raya di Australia perlu diadakan.“Kami bukan pihak berkuasa pilihan raya bagi Malaysia,” katanya kepada ABC Radio.

Carr bagaimanapun berkata Australia ingin melihat pilihan raya diadakan secara bebas dan adil di semua negara.Kata Carr Anwar secara peribadi menimbulkan kebimbangan itu dalam pertemuan mereka ketika beliau melawat Malaysia baru-baru ini.Carr juga menolak andaian bahawa Australia akan menghantar pemantau pilihan raya ke Malaysia dan menegaskan perkara itu perlu dipohon oleh Malaysia.

Beliau turut menangkis andaian bahawa Canberra enggan bertindak kerana ingin memelihara hubungan baik dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang pihaknya sedang mengadakan rundingan berkaitan perjanjian pertukaran pencari suaka.

Dalam temu bual dengan ABC Radio pada Rabu, Anwar berkata beliau bimbang, pilihan raya umum, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun depan, akan melibatkan penipuan dan ramai rakyat yang layak mengundi, tidak akan dibenar berbuat demikian.

Katanya nama mereka yang terlalu muda untuk mengundi, berusia antara dua dan 12 tahun, terdapat dalam senarai pemilih.Anwar juga mendakwa pembangkang dinafikan akses kepada media arus perdana.Anwar berbincang tentang kebimbangannya itu dengan bekas perdana menteri Australia,

Kevin Rudd, dan menghantar satu nota kepada Carr untuk mendapatkan bantuan Australia dengan menyatakan bahawa Australia menyokong pilihan raya bebas dan adil di Iraq, Afghanistan dan Myanmar, tetapi membisu tentang Malaysia.

14 comments:

  1. Replies
    1. Ya ka malu? Orang Islam(secara zahir) memiliki saham syarikat arak St Miguel Filipina lagi la malu pd negara, agama dan Allah. Apa punya hawaq punya manusia, sampai halal haram pun tak ketahuan. Bapak dia yang komen kata kenyataan Nurul Izzah melampau pd Islam pun tak kata haram sepatah pun bila anak kandung dia berniaga arak. Lapaq duit sampai nak lawan tegahan Allah, pelaq punya manusia. Orang mcm tu kalau org Melayu boleh percaya lagi sebagai pembela Islam, tak tau nak kata la.

      Delete
    2. Adakah tuan gagal memahami penjelasan Mirzan dlm isu saham arak ini? Krn setahu sy dia hanya menjadi ahli lembaga dlm syarikat Qtech Alliance yg menjurus kpd bidang infrastruktur dan tenaga.

      Delete
    3. Anon 10:53, tu setau hang tapi faktanya yang rakyat tau, Mirzan tu memiliki saham besar dlm st miguel. Hang ni anon keja nak bodek tak habih2, sebab hang taksub kat Mahadey, semua benda salah yang dia buat tetap hang kata betoi. Kalau ulama' pulak hangpa maki hamun siang malam. Mahadey sah2 hina nabi, mesti hang defend kata dia tak maksud mcm tu kan? Apa punya pelaq la hang ni Anon, sampai tak tau halal haram,keja bodek ja...

      Delete
    4. Setau aku, yg suka maki ulamak dan pemimpin UMNO & BN siang malam cuma orang Pas je..lagi satu, bila nik ajis samakan Nabi Muhammad dengan Mamat budak kampung tu bukan hina nabi ke tu?

      Delete
  2. tak payah la nak mintak2 orang negara luar campur tangan urusan negara kita sendiri... negara kita kita setel sendiri, apa masalah bawak berbincang.

    btw jom join contest dapat hadiah pen drive 8GB/16GB klik kat sini, sangat mudah dan senang.

    ReplyDelete
  3. Zaman dahulu sewaktu British mula mahu mencampuri urusan di Tanah Melayu mereka menghantar residen sbg penasihat sultan yg lama kelamaan menyebabkan semua urusan pentadbiran dikawal oleh mereka dan menyebabkan Tanah Melayu ini dijajah. Dan usaha utk membebaskan semula Tanah Melayu dr cengkaman British waktu itu menuntut pelbagai pengorbanan darah dan air mata nenek moyang kita dahulu. Betapa peritnya mereka berusaha utk meletakkan kembali pengurusan dan pentadbiran negara ini ke tangan org melayu tanpa ada campur tangan org luar krn mereka berpegang teguh bhw Tanah Melayu ini adalah bumi berdaulat.

    Namun skrg setelah lebih 50 tahun merdeka bangsa kita sendiri yg mula berusaha memanggil org luar utk mencampuri segala urusan di negara yg merdeka dan berdaulat ini. Sia-sialah air mata dan darah nenek moyang kita dahulu jika perkara ini benar-benar berlaku.

    ReplyDelete
  4. negara yang berkeadilan sosial bagi seluruh rakyat adalah cita cita dari kemerdekaan.Rakyat harus merasa aman dan adil dalam segala hal,baik itu ekonomi dan politik.ada ke benda neh dalam negara kita.Oposisi ato pembangkang diperlukan sebagai Cek n balancing dalam pentabiran negara dan kelengkapan demokrasi.macam mana kalo tak da pembangkang? siapa sebagai kontrol dalam negara.Tapi semuanya harus bertindak ikut undang undang,Kalo tak nak pembangkang haramkan je,kita satu parti dan tak payah PRU.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju dgn anda kerana sejak pembangkang mempunyai suara yang lebih dalam parlimen,parti pemerintah tidak lagi boleh melakukan sesuatu mengikut suka hati mereka.

      Delete
    2. Bagi aku je merentah tau aku mengerjekanya

      Delete
    3. Tugas pembangkang itu penting. Tetapi semasa membangkang dlm masa yg sama perlu berikan cadangan yg lebih baik. Sy hairan knp masih lagi mendakwa SPR tidak bersih? Sedangkan 5 negeri pd PRU yg lalu jatuh ketangan pembangkang. Jika benar ada maklumat yg tidak betul, bantu SPR utk betulkan. Bukan minta bantuan dr negara lain.

      Delete
  5. For your info that is Anwar style not to get support from foreign goverment but to show to his follower he is good leader and have a foreign support.

    Only the brain damage people will believe him.

    ReplyDelete
  6. Anwar dah macam budak budak ! Tak matang , idea dah tepu !

    ReplyDelete
  7. Jangan buat malu lah nuar ! Tak nak undi kau lagi !

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!