APA NI? KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TAKDE BONUS???

Musim persekolahan 2013 hanya tinggal lebih kurang sebulan saja lagi, bagi kakitangan Kerajaan Pusat dan negeri-negeri yang diperintah Kerajaan Barisan Nasional (BN), mereka tidak perlu risau memandangkan bonus sebulan gaji sedang menanti.

Namun bagi kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan PKR Selangor, kini mereka tertanya-tanya sesama sendiri kenapa semasa pembentangan Bajet 2013 oleh Menteri Besar, Khalid Ibrahim pada 19 November 2012 minggu lepas di Dewan Undangan Negeri tiada sebarang bonus diumumkan?

Jumlah Bajet 2013 yang dibentangkan bukan main punya besar mencecah angka RM1.63 bilion, tanpa perihal bonus sebulan gaji satu ayat pun tak kelihatan. Nak kena tunggu tarikh PRU 13 dulu baru nak bentang bajet tambahan untuk peruntukan bonus agaknya.

Biasanya asal sahaja Kerajaan Pusat mengumumkan bonus atau imbuhan kepada kakitangan sebagai penghargaan di atas kerjasama dan pengorbanan mereka, Kerajaan PKR Selangor akan segera mengumumkan imbuhan yang hampir sama atau lebih sedikit bagi menonjolkan kehebatan ekonomi dan kewangan negeri. 

Misalnya semasa Kerajaan Pusat memberi bonus setengah bulan gaji atau minima RM500 kepada kakitangan awam sempena menjelang perayaan Aidilfitri yang lepas, Kerajaan Negeri pimpinan Khalid segera mengumumkan pemberian bonus setengah bulan gaji diikuti dengan simpanan RM200.

Kali ini bayang pengumuman bonus oleh Khalid Ibrahim satu pun tak kelihatan, sedangkan selama ini Khalid dengan bangganya mengumumkan Kerajaan Negeri memiliki rizab tunai sehingga RM2 bilion. Takkan atas kertas saja kot?

Apakah MB Selangor telah dengan sengaja enggan untuk menghargai jasa pengorbanan kakitangan Kerajaan Negeri atau sememangnya merancang untuk mengurangkan kos perbelanjaan negeri dengan memotong bonus sebulan gaji?

Takkanlah semata-mata mahu membuktikan Kerajaan Negeri pimpinannya mampu menyediakan bajet berimbang maka bonus penghargaan dinafikan dan nasib kakitangan negeri sanggup diketepikan. Sampai hati.

Jika Kerajaan PKR Selangor sanggup berhabis RM100 juta untuk mengkaji kebolehlaksanaan kaedah storm water di hiliran sungai sebagai air terawat, kenapa tidak utamakan dulu kepentingan kakitangan awam?

Sementelah lagi selama ini Khalid sering menafikan Selangor menghadapi masalah bekalan air, jadi apa gunanya mempersia-siakan wang rakyat RM100 juta untuk satu projek yang tidak diperlukan, tak begitu?

Atau sebenarnya Kerajaan PKR Selangor pimpinan Khalid sedang dicengkam ketidakmampuan kewangan selepas saban bulan terpaksa membelanjakan sekurang-kurangnya RM24 juta untuk program air percuma.

Sebulan RM24 juta, setahun RM288 juta, dalam masa hampir 5 tahun bermakna sudah lebih RM 1 bilion wang rakyat dibelanjakan untuk program air percuma yang kaedah perlaksanaannya tidakpun merangkumi segenap lapisan masyarakat.

Selain persoalan bonus sebulan gaji, kebanyakan PBT di Selangor juga sedang menghadapi kesukaran memperolehi dana perbelanjaan serta pengurusan. Silap langkah, jika keadaan ini berterusan mahunya banyak program pembangunan serta baikpulih kemudahan orang ramai bakal terjejas.

Macam-macam hal dan permasalahan timbul sejak Khalid Ibrahim menjadi MB Selangor, dahlah menipu dalam kes pembelian bas mewah untuk kegunaan Ketua Umum PKR, manakala UNISEL pula kerugian berpuluh juta ringgit.

Kini PBT pula merungut masalah dana kewangan dan kakitangan awam pula terpaksa terus mengharap tanpa kepastian entah bilalah bonus sebulan gaji dapat dinikmati sebagaimana kakitangan awam yang bekerja dengan Kerajaan Pusat. 

Malang betul ber MB kan yang hanya tahu bercakap gagap tapi gagal total bila masuk bab kerja buat bermanfaat untuk rakyat.

19 Responses to "APA NI? KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR TAKDE BONUS???"

  1. Bonus hanya untuk syarikat yang buat kerugian je. Rakyat??? Pergi mampus la, janji pemimpin dapat naik bas mewah, jet mewah, kontena mewah.....

    ReplyDelete
  2. Depan Bas ni adalah Barisan pengkianat negara

    ReplyDelete
  3. oooo itula barisan Syaitan dan Iblis yg di anta utk memecahbelahkn umat Islam di Malaysia.....

    Gambar yg terpampang kat bas tuh mcm pernah ku lihat ya...tapi dimana ya?....ooooooooo dlm video jongkang jongkit dgn china dolll.....kiranya aq telah berjumpa dgn kembar yg smmgnya sama dgn pelakon porn itu ye.....

    ReplyDelete
  4. BN pun nak bagi tahun depan ..bukan hujung tahunni.Bayaran sekolah rm100 utk anak sekolah juga kununnya akan diberi tahun depan bukan sebelum Januari seperti tahun lepas.Betultak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku ni tengah dok gosok tangan nih! 15/12/12 nih dapatlah sebulan gaji sebagai bonus! Bulan januari nanti tambah RM500 duit BR1M. Syoknya anak-anak aku semua baju/seluar baru, beg baru!

      Delete
  5. Kalau tak silap PKR ni dah sediakan dana RM300 juta untuk PRU13, mungkin sebahagian duit itu nanti akan dilambakkan kepada kakitangan mereka kelak termasuk Ahli JKKK sewaktu PRU bagi melupakan sementara segala kelemahan PKR..

    ReplyDelete
  6. Janji BN janji ditepati. Janji PR janji dibontoti

    ReplyDelete
  7. Mana nak dapat bonosnya..takde satu pembanngunan pun yang dilakukan oleh kerajaan selangor untuk menjana ekonomi negeri cuma menyambung apa yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.
    Duit yang ada digunakan untuk membantu syarikat yang nak bengrap..supaya MB dan kroni DAP nya dapat komisyen..mereka pedulikan apa dengan rakyat sebab manifesto pilihanraya tu bukannya satu janji. selagi mereka duduk memerintah dan berkuasa MB dan kroni akan mencari dan mengaut semua hasil bumi untuk memperkayakan diri..sebab mereka tau selepas PRU13 mereka tak akan merasa lagi..

    ReplyDelete
  8. Bulan Disember dan Januari masing-masing setengah bulan gaji, BR1M's, Bantuan persekolahan RM100, Voucer buku dan ada yang lebih menarik dan mampu memberi pukulan KO pada fuckatan nanti. Fuckatan sekarang tengah kumpul duit judi, arak, pelacuran dan jual tanah dan aset Melayu untuk kumpul duit bagi bonus kepada kroni mereka.

    ReplyDelete
  9. Penyokong PKR jangan susah hati, pergilah isi borang BR1M, kan tu utk rakyat Malaysia. Kerajaan tak pernah bezakan parti mana kita pangkah. Asalkan kita rakyat Malaysia semua dapat termasuk voucher buku.

    Kerajaan BN tahu anda semua telah diberikan maklumat yg salah. Sedangkan Penjawat Awam dan kakitangan GLC pun ada yg menyokong pembangkang. Walaupun mereka ibarat kacang lupakan kulit, BR1M adalah untuk semua rakyat Malaysia.

    Jadi bergembiralah....

    ReplyDelete
  10. Macamana kerajaan negeri Selangor nak beri bonus, nak tampung bajet pun habis semua kena lelong. Kalau mereka dapat Putrajaya habis semua lelong...
    Punaisihat ekinomi mereka tak pandai uruskan dana hanya pandai sembang je...

    ReplyDelete
  11. nak kasi bonus mcm mana duit habis di cili kasi taruk oleh khalid gagap...nama pun kerajaan PR selangor kuat tipu makan duit rakyat

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu tipu duit rakyat dgn rakusnya dan enjoy di thailand..

      Delete
  12. KO cakap ler apa pun asal bukan UMNO...Ko ingat senang ker nak tawan selangor balik???Jumpa nanti PRU13..Kasik pecah KEPALA>>>

    ReplyDelete
    Replies
    1. org bodoh macam ko je yg tinggal lg mempercayai pakatan haram

      Delete
    2. wei anon sial,hanya manusia sial macam ko je yg percaya pada pakatan sial.
      jgn bermimpi lah korang nk dpt bonus,isu air pun x boleh nk selesaikan.
      dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit

      Delete
  13. Aku tahu bonos aku ada , kalau bonos aku tak ada aku sekeh kepala kalid nanti ....

    ReplyDelete
  14. nak bagi bonus macam mana duit dah habis belikan anuar bas..
    dah abis duit bagi kat gundik-gundiknya..
    air punya kisah pun die tak boleh nak tampung ini kan pulak bonus..
    bermimpi saja la rakyat selangor..

    ReplyDelete
  15. Jual pasir untung berlipat ganda mana pegi duit tu oooooooop baru tai makna PR(perompak rakyat)

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!