CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Wednesday, November 21, 2012

ANWAR ZION KATA: TO BE OR NOT TO BE ISRAELI LOVER!

Dewan Rakyat meluluskan usul tergempar mengutuk serangan dan keganasan yang dilakukan oleh rejim Zionis Israel dengan disokong sebulat suara oleh semua ahli parlimen Selasa lalu.

Usul tersebut dibentang oleh Perdana Menteri, datuk Seri Najib Tun Razak dan dibaca oleh Perbahasan digulung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Usul itu diluluskan setelah tiga jam perbahasan oleh anggota Dewan Rakyat termasuk Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang yang lain.

Anwar dalam membahaskan usul tersebut turut mengutuk dengan keras perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan oleh rejim Zionis terhadap penduduk Gaza yang lemah lagi tertindas.

Malah Anwar dengan lantangnya mengesyorkan supaya Kerajaan Malaysia mengambil langkah lebih drastik untuk menghalang rejim Zionis terus menindas penduduk bumi Palestin yang di bawah cengkamannya.

Bagi sesiapa yang mendengar ucapan Anwar yang berapi dan begitu tegas, sudah tentu akan teruja dan tertarik dengan sikap beliau yang seakan-akan sama dengan pendirian kerajaan Barisan Nasional.

Malah boleh dikatakan ketua Umum PKR itu seolah-olah mahu dilihat sebagai pejuang dan pendokong kuat kepada perjuangan rakyat Palestin yang telah dirompak serta dijarah tanah air mereka oleh sang penindas Zionis Yahudi sejak 1948.

Tetapi apakah benar kenyataan Anwar yang mengutuk serangan terbaru Zionis ke atas penduduk Gaza satu pendirian beliau yang harus dipercayai oleh umat Islam di negara ini.

Adakah kenyataan keras beliau lebih baik daripada dasar berterusan kerajaan BN yang bukan sahaja telah mengutuk tindakan kejam rejim Zionis Yahudi sejak dari era Merdeka lagi tetapi telah memberi sokongan moral dan materi kepada perjuangan untuk membebaskan Palestin daripada penjajahan kaum Yahudi.

Disetiap peluang pada pentas persidangan mesyuarat antarabangsa termasuk perhimpunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, wakil Malaysia akan berdiri di hadapan perwakilan menyatakan tanpa selindung dan ragu pendirian tegas negara berhubung isu Palestin.

Dasar dan pendirian Malaysia tidak pernah berubah sejak 55 tahun lalu berhubung isu Palestin.

Ini berlainan pula dengan Anwar yang berubah-ubah pendiriannya terhadap Israel.

Kalau semasa di dalam Kabinet, beliau akur dan patuh kepada pendirian kerajaan namun setelah disingkir daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri, rakyat mula melihat sikap sebenar atau 'true colours' Anwar berkaitan isu Palestin.

Kenyataan beliau semasa diinterbiu oleh akhbar Wall Street Journal pada 26 Januari tahun ini menyerlahkan keyakinan Anwar dalam konteks konflik Palestin-Israel.

Kata beliau, "I support all efforts to protect the security of the state of Israel." atau "Saya menyokong semua usaha untuk menjaga keselamatan negara Israel."

Seperti juga kenyataan songsang anaknya, Nurul Izzah yang seolah-olah mengalakkan orang Melayu murtad tidak dapat disangkal, begitu juga kalimat yang diucapkan oleh Anwar tidak mampu dinafikan walaupun sedaya mungkin mahu dijelaskan dengan pelbagai cara.

Hakikatnya Anwar cuba mempamerkan sikap talam dua muka menyokong perjuangan rakyat Palestin tetapi malangnya pada masa yang sama juga mencintai musuh yang membunuh beribu kanak-kanak, wanita, orang tua serta rakyat Palestin yang tidak berdosa sejak 64 tahun menduduki wilayah tersebut.

Pendirian bermuka-muka Anwar ini adalah kerana beliau tidak mahu kehilangan sokongan kawan-kawannya Yahudinya yang berpengaruh di Washington dan London dalam usaha politik untuk menjadi Perdana Menteri.

Jika beliau tidak menyokong golongan Yahudi kaya yang terus membiayai rejim Zionis untuk melakukan kekejaman ke atas rakyat Palestin, maka tiadalah harapannya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Maka kutukan Anwar terhadap kezaliman rejim Zionis di Gaza semasa perbahasan usul tergempar itu hanyalah usaha untuk menutup sikap munafik beliau yang secara senyap dan terang menyokong Israel dan golongan Zionis-Yahudi.

Beliau pernah menuding jari mengkritik hebat tindakan kerajaan mengupah firma komunikasi APCO dan mengaitkan syarikat itu dengan tokoh-tokoh Yahudi di Israel dan Amerika Syarikat tetapi lupa bahawa beliau sentiasa di dalam dakapan pemimpin Yahudi ketika berada di luar negara.

Siapakah yang ditemui oleh Anwar setiap kali beliau bertandang ke Amerika Syarikat jika tidak pemimpin-pemimpin Yahudi yang telah beliau kenali dengan rapat semasa berada di dalam kerajaan lagi?

Jadi janganlah rakyat Malaysia tertipu oleh sikap lunak yang cuba ditunjukkan oleh Anwar berhubung isu Palestin kerana sebenarnya itu hanya topeng yang dipakai luaran untuk menyembunyikan agenda sebenarnya.

Sent by Maxis from my StrawBerry® smartphone

15 comments:

  1. apa kata forwardkan kta2 manis anwar kononnya perjuankan palestin di web2 n blog2 geng yahudinya...

    ReplyDelete
  2. SAYA FIKIR PERLU DITERJEMAHKAN SATU VIDEO ANWAR BERAHIM YANG TERNYATA BERPURA-PURA DI PARLIMEN KONONNYA MENGUTUK KEZALIMAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN KE DALAM BAHASA INGGERIS. KEMUDIAN DIPOSKAN DI LAMAN WEB PIHAK YAHUDI ATAU ORGANISASI YANG MENYOKONGNYA. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=1Qj6xcQEe2c

    ReplyDelete
    Replies
    1. MMG TERBAIKLAH IDEA ANON 4.25 PM INI, ELOK KITA BUAT SATU VIDEO VERSI ENGLISH N POSKAN KAT KE LAMAN WEB PIHAK YAHUDI BARU ANWAR SIAL INI TAU APA YAHUDI AKAN BUAT AGAKNYA PADA ANWAR NANTI.

      Delete
  3. saya setuju sangat2 cadangan di atas...

    ReplyDelete
  4. aku setuju ngan cadangan anon di atas..patut buat mcm tu parpu,kita bagi satu dunia tgk anwar ni sape..masa aku baca berita tentang anwar bahaskan isu gaza kat dalam parlimen aku da pleik ngan mamat ni,dulu ia2 dia skong israel,skrg ni buat2 tntg plak mntang2 la dh dkat ngan PRU,klau dia xckp apa2 nnti tkut2 jadi isu plak..pada aku manusia yg lidah bercabang mcm anwar ni xboleh pkai dan akn trus kekal munafik smpai bila2..!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku setuju habis dgn daddy cool apa yg dia ckp mmg benar belaka anwar ini mmg manusia yg bertopengkan syaitan.

      Delete
    2. yup mmg betul,aq setuju dgn pe yg daddy cool ckp.
      anuwar hanya berdrama saja,konon2 menentang israel.
      dia takut org buat isu,so peliwat sial ni buat la drama simpati kat rakyat gaza.
      dasar manusia sial yg lahanat,manusia yahudi yg hipokrit

      Delete
  5. Mat sabu tu terkenangkan satu bau ke?

    ReplyDelete
  6. Itu silap manusia MUNAFIQ! cadangan anon 4:25 n sahabat2 sangat bernas, saya setuju dan meyokong

    ReplyDelete
  7. tulah pada org2 yg sokong anwar haram jadah ini masih buta mata atau buta hati agaknya dah terang2 anwar ini jahat orgnya, kenapa mesti sokong dia lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua tu yg sokong anwar haramjadah tu bkn apa depa tu dh kena sogok dgn dia...sbb tulah semuanya buta mata buta hati buta segala2nya!!

      Delete
  8. inilah perangai sebenar anwar sial ini hidupnya penuh dgn lakonan tapi aku masih hairan kenapa mesti ada yg masih nak sokong anwar gampang ini.

    ReplyDelete
  9. anwar dgn kepura-puraan mmg tak blh dipisahkan..
    org mcm anwar nie lbh terok dr ular tau tak..
    klu nmpk anwar dgn ular katok anwar tu dulu!!!
    hipokrit nak mampus!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hipokrit pun rasa mcm xsesuai je dgnnya..rasa mcm kurang sesgt..die lagi dasyat dari tu

      Delete
  10. tengok lakonan anuar artis-artis didunia akan terasa hati....
    tahu kenapa kerana anuar lagi pandai berlakon dari dorang...
    kalaudie berlakon beruk pun akan terpegun..
    perrrggghhhh dasyat tu wei

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!