ALHAMDULILLAH! SEMUA PESERTA MISI KP1M TELAH SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR!

Seramai 56 sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Jordan anjuran Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 6.30 petang tadi.

Ketibaan mereka disambut dengan linangan air mata kegembiraan selepas misi yang berlangsung selama 11 hari itu berjaya mencapai objektifnya membantu mangsa konflik yang kini mendiami beberapa kem pelarian.

Selain membantu pelarian Syria, KP1M turut mengembangkan sayapnya membantu pelarian Palestin selain memberi peluang kepada mereka semua menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana yang lebih ceria.

Disifatkan sebagai misi terbaik setakat ini, Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata penglibatan pelajar-pelajar Malaysia di Jordan merupakan antara faktor yang menyebabkan misi tersebut berjalan lancar selain sokongan dan dokongan yang diberikan oleh Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

“Misi KP1M kita telah berakhir dengan jayanya di mana kesemua barangan bantuan telah kita agihkan, sekaligus mencapai objektif yang ditetapkan bagi membantu pelarian Syria dan tidak ketinggalan juga pelarian Palestin.

“Sokongan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam menjayakan misi ini amat dihargai oleh KP1M.

Read more...

House PK: Alhamdulillah , dikala kita bersama-sama keluarga kita menyambut Aidil Adha, mereka ni semua korbakan masa dan sanggup beraya diperantauan untuk misi bantuan kemanusiaan. Tolong la jangan politikkan misi bantuan ini.

Tahniah aku ucapkan pada mereka semua.

KP1M Sedia Bantu Pelarian Syria Hadapi Musim Sejuk Hujung November Ini

0 Response to "ALHAMDULILLAH! SEMUA PESERTA MISI KP1M TELAH SELAMAT KEMBALI KE TANAH AIR! "

Post a Comment

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!