MISI BANTUAN SYRIA! BAS SUKARELAWAN DISERANG PUAK PEMBERONTAK!

Menjelang petang hari kedua Misi Bantuan Kemanusiaan Mangsa Perang Syria, para sukarelawan mula bergerak ke kem yang menempatkan ribuan mangsa pergolakan di negara terbabit.

Sesampai sahaja di kem yang terletak di Zarqa iaitu sempadan Syria dan Jordan, pada mulanya bas yang dinaiki oleh para sukarelawan diterima dengan baik sama ada oleh pihak berkuasa mahupun pelarian yang tinggal di kawasan itu.

Selepas beberapa ketika, kumpulan media telah diberi amaran oleh pihak berkuasa untuk tidak mengambil gambar namun team Peraktoday.com telah mengambil langkah initiatif lain.

Keadaan pada mulanya agak terkawal, dimana kedatangan 23 sukarelawan disambut dengan baik malah, kanak-kanak Syria yang menetap di kawasan itu kelihatan begitu teruja untuk menerima bantuan.

Bagaimanapun, keadaan berubah dimana mangsa pelarian di kem tersebut mula bertindak agresif dengan mengerumuni bas yang dinaiki sukarelawan Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M) dan kumpulan media.

Read more... 

Untuk galeri gambar penuh di Jordan, KLIK SINI

11 Responses to "MISI BANTUAN SYRIA! BAS SUKARELAWAN DISERANG PUAK PEMBERONTAK!"

  1. bgs lah perak today mmg ada ciri2 seorg pahlawan yg berani...walaupun tau tindakan mereka tu mendtgkan bahaya namun mereka ttp bersgh2 mengamil gambar utk menunjukkan padsa kita bertapa ssh nye org disana

    ReplyDelete
  2. org pas tau ckp je bab2 mcm ni drg lemah...klu bgs sgt kata sokong islam napa bila islam perlukan bantuan pas buat bodoh je....

    ReplyDelete
  3. wow berani sgh sukarelawan yg g sana..walaupun tau risiko tgg mereka ttp g utk beri bantuan kpd mereka...terbaik lah

    ReplyDelete
  4. kami doakan supaya sukarelawan yg pergi utk hulurkan bantuan di sana selamat pergi dan balik

    ReplyDelete
  5. terbaik lah ssh nak cari org yg berani mcm drg ni...aku tabik kt sukarelawan yg g semua tu

    ReplyDelete
  6. semoga sukarelawan2 tersebut slmt menghulurkan bantuan dan slmt pulang...insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. sukarelawan2 nie mmg sgt beranilh... depa sggup tak kisahkan diri sndri semata2 demi nak menghulurkan bntuan kpd yg memerlukan..

    ReplyDelete
  8. insyallah jika niat baik mereka pasti berjaya pulang dengan selamat..

    ReplyDelete
  9. bahaya tu tanpa pedulikan nyawa meraka terus mengambil langkah meneruskan niat mereka itu..syabas

    ReplyDelete
  10. terbaik la,mmg berani kot mereka ni.
    tinggi risiko sukarelawan yg g sana tu,hopefully dyorg selamat

    ReplyDelete
  11. aku bace dalam malaymail, rupa2nyer ada dua org wanita jer yg join team pertama misi nie n dua2 adalah dari peraktoday... cayalah... korang mmg wanita besi... sanggup tanggung risiko utk join misi 2..

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!