LAPORAN HARI KETIGA DARI JORDAN! MESTI BACA

Duta Besar Malaysia di Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz bersama Presiden Kelab Putra 1 Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim melihat kambing-kambing yang akan dibeli untuk diedarkan kepada mangsa-mangsa pelarian Syria pada Hari Raya Qurban nanti
Hari ketiga Misi Bantuan Kemanusiaan Pelarian Syria di Jordan oleh Kelab Putra 1 Malaysia dipenuhi dengan perbincangan antara pihak KP1M bersama-sama dengan pihak berkuasa Jordan selain NGO dari negara terbabit.

Perbincangan yang difahamkan berkaitan aspek keselamatan sukarelawan dilakukan bagi mengelak sebarang kemungkinan ataupun risiko yang boleh membahayakan peserta misi itu.

Bagaimanapun pada sebelah petang, misi diteruskan dengan program lain dimana ia turut melibatkan Duta Besar Malaysia ke Jordan, Datuk Abdul Malek Abdul Aziz.

Presiden KP1M, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut serta dalam aktiviti sebelah petang itu memaklumkan bahawa kesemua sukarelawan telah dibawa ke ladang ternakan kambing biri-biri bagi melaksanakan urusan jual beli haiwan terbabit sempena sambutan Aidiladha.

“Hari ini, Duta Besar telah membawa kita untuk melihat sendiri di beberapa kawasan penternakan kambing biri-biri… lazimnya kambing biri-biri ini datangnya dari Australia atau Romania

“Jadi kita telah memilih kambing biri-biri daripada Romania yang harganya lebih kurang 200USD seekor.

Read more...

5 Responses to "LAPORAN HARI KETIGA DARI JORDAN! MESTI BACA"

  1. Moga2 selamat anggota kita yg berada di syria tu....

    ReplyDelete
  2. semoga niat suci anggota kita diberkati ALLAH SWT hendaknya.

    ReplyDelete
  3. MUDAH-MUDAHAN ALLAH PERMUDAHKAN MISI BANTUAN ANGGOTA2 KITA SYRIA NI DAN SELAMAT KEMBALI TANPA APA2 MUSIBAH.

    ReplyDelete
  4. taniah kepada semua yg berada di misi bantuan ini dan aku doakan kamu semua selamat dan sihat hendaknya.

    ReplyDelete
  5. sentiasalah berhati2 kepada anggota2 yg berada di syira ni. jgn cuai dgn keselamatan diri sendiri. apa2 pun utamakan keselamatan anda semua dahulu dan aku doakan semoga anda semua berjaya dgn misi bantuan ini.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!