ISU SELANGOR! FAEKAH BAKAL MUSNAHKAN AZMIN ALI DENGAN PROJEK JELATEK!

Azmin Ali sememangnya mencari masalah besar apabila sengaja mencetuskan kontroversi dengan SETPOL Khalid Ibrahim, Faekah Husin. Malah lebih teruk lagi ialah apabila konco-konco Azmin Ali termasuklah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah Kamaruddin menyemarakkan lagi kemarahan Faekah Husin yang diketahui sebagai seorang wanita yang amat sukar menahan kemarahan selain amat cenderung untuk membalas dendam.

Perihal sikap dendam dan lepas mulut yang ditunjukkan oleh Faekah Husin terutama terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Noh Omar, sudah diketahui oleh pihak awam. Walaupun tidak mempunyai sebarang bukti, Faekah Husin sanggup berbohong kononnya dia mempunyai pelbagai bukti yang boleh menyebabkan Khir Toyo dan Noh Omar disumbat ke penjara kerana penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa yang mereka lakukan di Selangor.

Selama empat tahun, tidak sedikit usaha yang dilakukan oleh Faekah Husin untuk mengorek pelbagai fail dan data untuk mencari apa-apa kesalahan yang membabitkan Khir Toyo. Walaupun Khir Toyo telah disabitkan dengan kesalahan memiliki hartanah yang nilainya lebih tinggi daripada gajinya, namun isu berkenaan bukanlah sesuatu yang solid. Apatah lagi, keputusan hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, boleh dipersoalkan terutama membabitkan keterangan saksi-saksi SPRM yang saling bercanggah antara satu lain, apatah lagi dengan fakta bahawa pembelian hartanah berkenaan dibuat menerusi pinjaman bank.

Faekah Husin tahu, menggunakan isu banglo mewah tersebut sebagai senjata untuk menekan Khir Toyo sekadar membunuh bossnya sendiri. Sebabnya, Khalid Ibrahim mempunyai hutang peribadi dengan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) berjumlah lebih RM60 juta, tetapi dia masih tidak dikenakan sebarang tindakan. Sedangkan Khir Toyo pula dikenakan hukuman kerana membeli hartanah melebihi gajinya.

Read more...

7 Responses to "ISU SELANGOR! FAEKAH BAKAL MUSNAHKAN AZMIN ALI DENGAN PROJEK JELATEK! "

  1. nmpak sngat la dlm pkr nie smua giler kuasa......mcm nie punyer parti nk perintah malaysia ka???aku rasa perintah satu hari hancur malaysia nie......

    ReplyDelete
  2. Salam perjuangan kpd saudara,sy telah pautkan blog saudara kdlm blog sy.. dan mohon juga dipautkan blog sy ini aktiviskepayangjr.blogspot.com kdlm blog saudara tq.

    ReplyDelete

  3. Bila sebut tentang hutang dengan Bank Islam RM60 Juta tidak dibayar, sepatutnya seluruh penyimpan/pelabur dalam Bank Islam sepatutnya bangkit menuntut supaya pihak yang berhutang menjelaskan hutangnya dengan segera. Dalam pada itu, pihak pengurusan BIMB wajib bertindak untuk mendapatkan semula hutang tersebut daripada pihak yg berhutang tanpa mengira status orang yang berhutang.

    ReplyDelete
  4. Rakyat tak percaya da semua tipu helah UMNO. Talian hayat UMNO dah takde. Cuma liang kubur menanti jenazah UMNO yang nazak ni

    ReplyDelete
  5. Khalid Ibrahim nii...hutang keliling pinggang...dia hutang, UNISEL hutang...entah mana mana lagi ada hutang.....las las tgk selangor pun hutang...

    ReplyDelete
  6. AKU SKONG HABIS ANON 11.08 KENAPA MESTI DOUBLE STANDARD KALAU ORG BIASA DAH TENTU BIMB NI MUFLISKAN ORG TU INI SEBAB ADA STATUS BIMB TERUS DIAMKAN DIRI SAMPAI RM 60 JUTA LANGSUNG TAKDE TINDAKAN KE, KELAKARLAH DGN BIMB NI PUN. SILAP2 SELANGOR DAH DI GADAI KOT MANA TAU KHALID BINI PUN BLH JUAL KALAU DAH TERDESAK.

    ReplyDelete
  7. semua yg dlm pkr ni gilakan kuasa bknnya pandai nak perintah negara silap hari bulan negara pun pkr ni blh gadaikan, aku langsung tak percaya pkr sial ni.

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!