CILI KASI TARUK!

BERITA PERAK TODAY - KLIK SINI

Video Panas dari Perak Today - Klik Sini

KALAU KORANG NAK EMAIL AKU -Sila email ke 1housepk@gmail.com

Thursday, October 11, 2012

FUYOH! HASSAN ALI GEMBIRA LAIN MACAM LA! KENAPA EK?

Kenyataan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam Seminar Dakwah Islamiyyah anjuran Muafakat di PWTC semalam telah menimbulkan berbagai reaksi daripada pimpinan Pas dan DAP.

Pimpinan Pas menganggap kenyataan Nasharudin sebagai pendapat peribadi tidak mewakili parti. Sementara pimpinan DAP mahu melihat pimpinan tertinggi Pas mengambil tindakan terhadap Nasharudin yang menyentuh kaitan DAP dengan pembentukan Malaysia sebagai negara Kristian.

Bagi saya Nasharuddin hanya mengulangi pendirian beliau terhadap masalah besar yang sedang dihadapi oleh Pas. Antaranya Pas terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR berhubung dengan negara Islam dan hudud. Pas juga didakwa menjadikan isu negara Islam sebagai isu kedua manakala mendapatkan kuasa dengan menawan Putrajaya sebagai matlamat utama.

Nasharudin tidak berganjak dari segi posisi yang beliau ambil mengenai penguasaan DAP dan PKR terhadap Pas dan juga penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR.

Ada di antara pimpinan Pas seperti biasa mendakwa Nasharudin mempunyai agenda politik tersendiri yang dikaitkan dengan agenda Umno.

Jelas kelihatan pimpinan Pas benar-benar ketandusan modal sehingga mengambil jalan pemikiran yang paling mudah dan dangkal bahawa sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan golongan parasit dalam Pas pada setiap ketika dikaitkan dengan Umno.

Adakah kenyataan-kenyataan yang hampir serupa nadanya yang keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama, Timbalan Murshidul Am Pas dan lain-lain pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengenai halatuju Pas dewasa ini juga dikaitkan dengan Umno? Adakah semua pendapat yang menyelar Pas sudah tergelincir daripada landasan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud juga didalangi oleh Umno? Adakah suara-suara yang semakin lantang di kalangan ahli dan penyokong Pas di merata tempat menyuarakan ketidakrelaan mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR juga kerja Umno?

Pimpinan Pas yang tidak sedarkan diri ini perlu melihat ke arah cermin menyaksikan wajah sendiri di samping melihat kerja-kerja dua lagi rakan kongsi mereka DAP dan PKR. Kedua-dua rakan kongsi ini dikatakan begitu licik dan semakin berani mengutuk dan menghina Islam.

Reaksi pemimpin-pemimpin tahap kedua dan tahap ketiga dalam hierarki Pas seperti yang dilaporkan bagi saya tidak lebih daripada memberi gambaran darjah kecelaruan dan kegoyahan Pas untuk menghadapi PRU13. Saya mendapat tahu dalam perjumpaan-perjumpaan yang diadakan di berbagai peringkat, pimpinan tidak dapat berhujah dan memberi jawapan yang memuaskan kepada ahli dan penyokong parti terutama yang berkaitan dengan isu Pas terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga dan mengenepikan Kitab ALLAH yang menghendaki hamba-Nya melaksanakan tatacara hidup berpaksikan Islam.

Sekali lagi saya menyokong pendirian dan ketegasan yang ditunjukan oleh Nasharudin. Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau terutama dalam perkara-perkara yang bersifat fundamental seperti negara Islam dan hudud. Juga termasuk usaha mempertahankan maruah Islam. Kami bersetuju kita tidak perlu berkompromi dalam perkara-perkara pokok ini.

Saya gembira melihat Majlis Syura Ulama telah mula kembali berwibawa. Saya harap Majlis Syura Ulama dapat mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat membebaskan Pas daripada musuh-musuh Islam dari luar dan golongan parasit dari dalamnya.

Sumber: KL Pos
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

8 comments:

  1. MINTA AJE PAS KELUAR DRP PAKATAN.

    ReplyDelete
  2. Ahli UMNO telah pun menunjukan bagaimana hendak menjatuhkan pemimpim utama (Abdullah Badawi) UMNO pada masa itu kerana di bawah pentadbirannya, ahli semua nampak UMNO telah jauh lari daripada pejuangan asal, iaitu pada masa itu adalah mengkayakan ahli keluarga seperti Tun Dr Mahathir tetang.

    SEKARANG ADALAH MASANYA AHLI PAS MENGIKUT UMNO UNTUK JATUHKAN PEMIMPIN TERTINGGI MEREKA KERANA MEREKA TELAH LARI DRP PEJUANGAN ASAL PAS. BANGKIT LA AHLI PAS SEPERTI MANA AHLI UMNO BANGKIT TIDAK LAMA DULU.

    ReplyDelete
  3. Keluarlah PAS dari pakatan babi tue... Klu x nanti masa alan datang korang akan dipijak2 sampai lumat

    ReplyDelete
  4. Keluarlah PAS dari pakatan babi tue... Klu x nanti masa alan datang korang akan dipijak2 sampai lumat

    ReplyDelete
  5. Jika melayu bersatu. Tidak mudah parti2 monyet utk menjatuhkan org-org melayu.

    P/s: Manatau PAS keluar pembangkang.

    ReplyDelete
  6. PAS nie janganlah biarkan diri anda dipijak dan diperbodohkan lagi...
    sudah-sudah la tu...
    kan bagus korang sedar sekarang daripada terlambat...

    ReplyDelete
  7. pe la nk jadi ngan PASial ni,bila lah mereka nk sedar,
    masih belum terlambat untuk kembali pada pangkal jalan,keluar lah anda dari pakatan sial dan DAP kafir harbi tu.
    pakatan dasar parti sial yg lahanat,parti yahudi yg hipokrit

    ReplyDelete
  8. sptutnya PAS kluarlah dr pakatan tu.. tu yg terbaik utk depa..
    tak payahlah nk jadi lembu cucuk hidung lg dh..!

    ReplyDelete

Aku bagi korang komen bebas kat sini tapi aku harap korang kena bertanggungjawab dengan komen korang. Marilah kita raikan demokrasi dengan lebih beradab dan bertanggungjawab.

BERANI BUAT BERANI TANGGUNG LA YEA!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!

Sama Rata, Sama Rasa, Depan BELAKANG Sama Saja!!